Anda di halaman 1dari 6

PERGERAKAN ASAS BUKAN LOKOMOTOR

Pengenalan
Pendidikan pergerakan di sekolah amatlah penting, murid-murid dapat
mengenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan berbagai-bagai
pergerakan. Secara tidak langsung, murid-murid memperoleh pengetahuan
tentang keadaan alam fizikal yang melibatkan perkara abstrak seperti masa,
jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan, dan hubungan dengan pergerakan yang
dilakukan.
Bidang ini sangat menyeronokkan murid-murid kerana di peringkat umur
ini mereka bebas dan spontan melakukan pergerakan yang tertentu.
Bagi pembelajaran pergerakan asas, terbahagi kepada dua iaitu lokomotor dan
bukan lokomotor. Bagi penerangan ini, kami menumpukan pergerakan asas
bukan lokomotor.

Definisi
Definisi bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan bahagian
tubuh badan tanpa beralih tempat atau secara sainsnya kebolehan bergerak
menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manik, mengangkat tangan,
menghayun tangan dan sebagainya.

Diantara Pergerakan asas bukan lokomotor ialah:

Meregang sisi

Menghayun tangan

Mengilas badan

Memusing tangan

Menghayun kaki

Mengayuh di udara

Mendekam mengecilkan badan

Mengangkat badan dan kaki

Mengimbang

Melentur badan

Bersama-sama ini disertakan gambar rajah pergerakan diatas ini.

Meregang Sisi

Menghayun Tangan

Mengilas Badan

Memusing Tangan

Menghayun Kaki

Mengayuh Di Udara

Mendekam

Mengecilkan Badan

Mengangkat Badan Dan Kaki

Mengimbang

Melentur Badan

Aspek-aspek keselamatan
Sebelum melakukan aktiviti pergerakkan bukan lokomotor,sebagai guru
kita perlulah mengenalpasti kemungkinan kecederaan yang mungkin berlaku
semasa aktiviti ini dilakukan.Kita perlu menilai tahap kemampuan murid sebelum
melakukan aktiviti pergerakan ini.Guru perlulah mengenalpasti keadaan
persekitaran atau tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini.Guru juga
perlulah

menyediakan

kemudahan

peralatan

yang

secukupnya

bagi

memudahkan murid melakukan aktiviti.

Nyatakan perbezaan diantara lokomotor dengan bukan lokomotor?


Lokomotor bermaksud kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar
seperti melompat, berjalan berlari dan sebagainya. Manakala bukan lokomotor
bergerak menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manik, mengangkat
tangan, menghayun tangan dan sebagainya.