Anda di halaman 1dari 4

Saidatina Aisyah Humairah R.

A (Zaujah Rasulullah SAW)


March 21, 2014 at 11:52pm
BIODATA SAIDATINA AISYAH HUMAIRAH R.A
Nama: Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq r.a
Gelaran: Al-Humaira (putih kemerah-merahan)
Tempat lahir: Mekkah al-Mukarramah
Tarikh lahir: 8 tahun sebelum hijrah:614M
Nama bapa:Abu Bakar Abu Quhafah
Nama Ibu:Ruman binti Umairah b Amir
Nama suami: Muhammad b Abdullah (Rasulullah SAW)
Tarikh wafat: 17 Ramadhan tahun 58 hijrah
Tarikh perkahwinan: Bulan Syawal, tahun 10 kenabian
Umur Wafat: 67 tahun
Tempat wafat dan di Maqamkan: al-Baqi, Madinah al-Munawwarah
SIFAT MULIA
Bersungguh-sungguh menuntut ilmu:
Sejak kecil/zaman kanak-kanak menunjukkan minat yg dalam terhadap
ilmu
Dermawan:
Sanggup menjual barang keperluannya semata-maat membantu orang
lain.
Taat dan tegas:
Taat dan patuh kepada ibu bapa dan suami.Tegas dan berani menegakkan
kebenaran.
Sabar Cekal dan Tabah:
Tidak penah mengeluh walau menempuh pelbagai cabaran. Cekal dan
tabah dalam menghadapi dugaan seperti fitnah dalam peristiwa
HadithulIfqun
SUMBANGAN
TAFSIR AL-QURAN:
-Memperkaya bidang tafsir al-quran
-Sering dijadikan tempat rujukan bagi para sahabat
KEWANITAAN:
-Memberi petua tentang agama terutama yang berkaitan dengan
kewanitaan
-Seorang pejuang Islam yang bersama Rasulullah dlm beberapa
peperangan menentang musuh
HADIS :

-Banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah . Sebanyak tidak kurang


1210 hadis telah diriwayatkannya

SIRAH
Wahyu Allah
Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda,
Aku bermimpi melihatmu dua kali atau tiga kali. Malaikat datang
membawamu pada sehelai kain sutera, lalu malaikat itu berkata
kepadaku, Ini adalah isterimu. Lalu aku membuka kain penutup mukamu
dan ternyata engkaulah orangnya. Aisyah lantas menjawab, Kalau hal
ini dari Allah, Dia pasti akan membenarkannya [HR Bukhari dan Muslim].
Beliaulah penyeri hidup Rasulullah selepas kewafatan Saidatina Khadijah
radiallahu anha. Gaya lincahnya membuatkan Rasulullah sering terhibur.
Kehidupan rumah tangga mereka dipenuhi suasana ceria, bahagia dan
tenteram. Beliau amat bersungguh-sungguh dalam memupuk kasih
sayang dan menarik perhatian Rasulullah. Perkara-perkara yang digemari
Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam sangat diutamakannya. Beliau sering
mencari-cari kesempatan merapatkan hubungan dengan keluarga
baginda. Penampilan dirinya sentiasa dijaga agar kemas, cantik, harum
dengan wangi-wangian yang disukai suaminya, Nabi Sallallahu Alaihi wa
Sallam.
Namun ada perkara lain yang menyebabkan Saidatina Aisyah begitu
istimewa di hati Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam sehingga
membuatkan isteri-isteri baginda yang lain merasa cemburu melihat
layanan istimewa baginda serta orang ramai terhadap Saidatina Aisyah
yang pintar itu. Rasulullah lantas berterus terang,
Janganlah kalian mengguris hatiku kerana Aisyah. Demi Allah, aku tidak
pernah menerima wahyu ketika bersama isteri-isteri lain kecuali ketika
aku bersama Aisyah.
Tersentuh perasaan hati para ummahatul mukminin dek mendengarkan
penjelasan Rasulullah. Sesalan menyelubungi hati mereka. Jika begitu
sekali istimewanya Aisyah di sisi Allah Subhanahu wa Taala, mengapa pula
mereka mempertikaikannya. Lantas perkara itu tidak lagi ditimbulkan
setelah itu.
Sifat Cemburu
Aisyah radhiyallahu anha adalah seorang wanita pencemburu, hal ini
terjadi karena begitu besar rasa cintanya kepada kekasihnya yaitu
Rasulullah shalallahu alaihi wassalam.Nah, marilah kita hayati kisah
baginda!
Dari Aisyah, bahwa Rasulullah SAW keluar dari rumahnya pada suatu
malam. Aisyah menuturkan, Maka aku pun menjadi cemburu kepada

baginda sekiranya baginda mendatangi isteri yang lain. Kemudian beliau


kembali lagi dan melihat apa yang terjadi pada diriku.
Apakah engkau sedang cemburu? tanya baginda.
Apakah orang semacam aku ini tidak layak cemburu terhadap orang
seperti engkau ?
Rupanya syaitan telah datang kepadamu, sabda baginda.
Apakah ada syaitan besertaku? tanyaku
Tak seorangpun melainkan bersamanya ada syaitan jawab baginda.
Besertamu pula? tanyaku.Ya, hanya saja Allah menolongku untuk
mengalahkannya sehingga aku selamat, jawab baginda.(ditakrij Muslim
dan Nasai)
Dari Aisyah, dia berkata, Aku tidak pernah melihat orang yang pandai
masak seperti halnya Shafiyah. Suatu hari dia membuatkan makanan bagi
Rasulullah SAW, yang ketika itu beliau di rumahku. Seketika itu badanku
gemetar kerena rasa cemburu yang menggelegak. Lalu aku memecahkan
bejana Shafiyah. Aku pun menjadi menyesal sendiri.
Aku berkata,Wahai Rasulullah, apa tebusan atas apa yang aku lakukan
ini?
Baginda menjawab, Bejana harus diganti dengan bejana yang sama,
makanan harus diganti dengan makanan yang sama, (ditakrij Abu Daud
dan An-Nasai)
Dalam riwayat lain dari Anas bin Malik , dia menceritakan, Nabi SAW
pernah berada disisi salah seorang isterinya. Kemudian seorang dari
ummul mukminin mengirimkan satu mangkuk makanan. Lalu isteri Nabi
yang berada dirumahnya memukul tangan Rasulullah sehingga mangkuk
itu jatuh dan pecah.
Maka Nabi pun mengambil dan mengumpulkan makanan di dalamnya.
Baginda berkata:Ibumu cemburu, makanlah.
Maka mereka pun segera memakannya. Sehingga baginda memberikan
mangkuk yang masih utuh dari isteri dimana beliau berada, dan
meninggalkan mangkuk yang telah pecah tersebut di rumah istri yang
memecahkannya. (HR.Bukhari, Ahmad, Nasai dan Ibnu Majah)
Hadis senada diatas dengan beberapa tambahan, yaitu di dalam AshShahih, dari hadits Humaid dari Anas Radhiyallahu anhu, dia berkata,
Ada di antara istri Nabi shalallahu alaihi wassalam yang menghadiahkan
semangkuk roti dicampur kuah kepada baginda, ketika baginda berada di
rumah istri beliau yang lain (Aisyah).
Aisyah menepis tangan pembantu yang membawa mangkuk, sehingga
mangkuk itu pun jatuh dan pecah. Nabi SAW langsung memunguti roti itu
dan meletakkan kembali diatas mangkuk, seraya berkata, Makanlah. Ibu
kalian sedang cemburu.

Setelah itu baginda menunggu mangkuk pengganti dan memberikan


mangkuk yang pecah itu kepada Aisyah.(diriwayatkan oleh Bukhari,
Tirmidzi, Ahmad, Abu Daud dan Nasai)
Begitupula kecemburuan Aisyah terhadap Shafiyah. Tatkala Rasulullah tiba
di Madinah bersama Shafiyah yang telah dinikahinya, dan beliau berbulan
madu bersamanya ditengah jalan, maka Aisyah berkata, Aku menyamar
lalu keluar untuk melihat.
Namun baginda mengenaliku. Baginda hendak menghampiriku, namun
aku berbalik dan mempercepat langkah kaki. Namun baginda dapat
menyusul lalu menahanku, seraya bertanya,Bagaimana pendapatmu
tentang dia?
Aku menjawab, Dia adalah wanita Yahudi di tengah para wanita yang
menjadi tawanan (ditakrij Ibnu Majah).
Aisyah Radhiyallahu anha pernah berkata, Aku tidak pernah cemburu
terhadap wanita seperti kecemburuanku terhadap Khadijah, karena Nabi
SAW seringkali menyebut namanya.
Suatu hari baginda juga menyebut namanya, lalu aku berkata, Apa yang
engkau lakukan terhadap wanita tua yang merah kedua sudut mulutnya?
Padahal Allah telah memberikan ganti yang lebih baik darinya kepadamu.
Beliau bersabda, Demi Allah, Allah tidak memberikan ganti yang lebih
baik darinya kepadaku (Diriwayatkan Bukhari)

Anda mungkin juga menyukai