Anda di halaman 1dari 28

GE6383

BAHAN-BAHAN PENGAJARAN UNTUK PEMBELAJARAN BAHASA

TUGASAN 2 (KUMPULAN)
APLIKASI BLOGGER

DISEDIAKAN UNTUK:
PM DR. JAMALUDIN BADUSAH
FAKULTI PENDIDIKAN

DISEDIAKAN OLEH:
HERNIWATI BINTI LUNGGU (GP03882)
MOHD HAFIZ MOHD NOOR (GP03896)

SARJANA PENDIDIKAN (BAHASA MELAYU)


KOTA KINABALU

1.0

Pengenalan
1

Blog singkatan dari web log adalah aplikasi

mengandungi

informasi yang

dipublikasikan di World Wide Web, yakni sistem dokumen hypertext (teks yang merujuk pada
teks lainnya) yang saling terkait dan boleh diakses melalui intenet. (Wikipedia)
Secara

bahasa

(Inggeris), web bermaksud

jaringan; log bermaksud

buku

harian atau catatan. Dengan demikian, blog bisa dikatakan sebagai catatan harian yang
tersedia secara online (online diary), iaitu catatan peribadi seorang blogger (pemilik blog)
tentang apa sahaja yang dialami, dirasakan, dan diketahui.Blog adalah bentuk Aplikasi Web.
Pada dasarnya blogger merupakan aplikasi website yang dapat diakses secara online
yang memiliki fungsi utama memuat tulisan-tulisan dan gambar (dimuat dalam posting) pada
setiap halaman web. Blog biasanya dikelola oleh pengguna tunggal (sebagian lainnya oleh
beberapa penulis) dibuat sesuai dengan topik dan tujuan dari pengguna blog tersebut.Pada
amnya, log web atau blog (kata lakur daripada perkataan Inggerisnya weblog) merupakan
diari peribadi, ruang kolaboratif, saluran berita terkini dan koleksi pautan kepada memomemo pandangan peribadi anda untuk tatapan umum. Pendek kata, blog anda boleh menjadi
apa-apa sahaja yang anda inginkan. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis blog, dan tiada
peraturan yang tetap mengenainya.
Ringkasnya, blog ialah satu laman web untuk anda membuat catatan secara
berterusan. Perkara baharu dipaparkan pada bahagian paling atas agar pelawat boleh
membaca catatan terkini. Kemudian mereka boleh memberi komen terhadap entri anda,
membuat pautan kepadanya atau menghantar e-mel kepada anda. Dalam bidang pendidikan,
blog digunakan bagi memenuhi pelbagai bentuk keperluan komunikasi untuk membantu
amalan e-pembelajaran (Susana & Sergio 2007).

2.0

Sejarah Blogger
2

Media Blog pertama kali dipopularkan oleh blogger.com, dimiliki oleh perusahaan Pyra Labs
yang disebarluaskan pada Ogos 1999. Blog sebagai salah satu perangkat publikasi blog
pertama di dunia, Blogger berperanan dalam mempopularkan format blog di dunia. Pada
Februari 2003, Pyra Labs dibeli oleh Google, membuat sejumlah fitur premium Blogger yang
sebelumnya dikomersialkan Pyra Labs menjadi layanan yang sepenuhnya percuma. Pada
Oktober 2004, salah satu pengasas Pyra Labs iaitu Evan Williams, mengundurkan diri dari
Google. Pada tahun 2004 juga, Google membeli Picasa, dan mengintegrasikannya dengan
Blogger sehingga pengguna Picasa dapat mempublikasikan koleksi gambar milik mereka ke
paparan blognya. Seterusnya pada 9 Mei 2004, Blogger memperkenalkan beberapa
perubahan besar pada sistem pemaparan blognya, menambahkan fitur seperti templat yang
memenuhi standar web, halaman simpanan individu untuk masing-masing berkongsi
maklumat dan berinteraksi sesame pengguna blog.
Pada 14 Ogos 2006, Blogger melancarkan versi terbarunya dalam tahap beta, yang
diberi nama kod "Invader". Versi terbaru ini memigrasikan pengguna Blogger ke server milik
Google dan menambahkan beberapa fitur baharu. Seterusnya, pada Disember 2006, versi
baru ini keluar dari tahap beta dan pada Mei 2007, Blogger selesai memindahkan semua data
penggunanya ke server Google. Sebelum 2009, blog lebih menjurus kepada hasil kerja
individu dan selalunya berkaitan dengan satu subjek sahaja. Namun, sejak kebelakangan ini,
blog ditulis oleh ramai penulis dan diedit secara profesional oleh ramai penulis.

Penulis

terdiri daripada individu dari pelbagai latar belakang seperti akhbar, universiti, kumpulan
profesional dan institusi.
Antara contoh blog yang popular adalah seperti Tumblr, Wordpress, Technorati dan
Blogger. Antara jenis Blog termasuklah Blog peribadi yang ditulis oleh seorang individu,
Blog kumpulan yang ditulis oleh beberapa individu, Blog mikro yang membolehkan
pengguna memasukkan

teks, gambar, link video yang kecil,

Blog korporat & blog

organisasi berkaitan perniagaan, Blog agregat yang melibatkan individu atau organisasi
post sesuatu topik dan memberikan penerangan kepada pembaca, Blog berdasarkan genre,
Blog berdasarkan jenis media seperti vlog, linklog serta sketchblog photolog,

Blog

berdasarkan alat iaitu moblog ( mobile blog ) dan juga Blog reverse yang ditulis oleh
pelawat.

3.0

Kelebihan Menggunakan Blogger

Setiap

pengguna

blogger

mempunyai

kepentingan

menggunakan blogger sama ada atas urusan kerja

sendiri

dalam

mahupun minat

semata-mata. Namun, terdapat beberapa kelebihan dalam menggunakan


blogger termasuklah dapat melatih diri pengguna. Berblogging ini
umpama melatih diri untuk bermain dengan bahasa dengan lebih baik
tidak kira pengguna menulis artikel dalam bahasa Melayu atau bahasa
Inggeris sekurang-kurangnya dapat melatih penulisan menjadi lebih baik.
Blog juga di jadikan tempat membuat uji kaji terhadap susunan ayat,
melodi dan alunan lagu dalam penulisan. Bagi mencapai bahasa penulisan
yang baik ia perlu dilakukan secara berterusan dan blog merupakan salah
satu medium yang dapat membantu.

Seterusnya boleh meneliti maklumbalas daripada pengguna blogger yang lain. Setiap
post blog mempunyai ruang komen di bahagian bawah post untuk para pengunjung memberi
pandangan dan komen mengenai topik tersebut. Pandangan dan komen ini sangat penting
bagi melihat sejauh mana mesej yang di tulis sama ada dari segi perkongsian atau pendapat
anda sebagai blogger ini dipersetujui dan sampai kepada para pengunjung. Komen daripada
pengunjung.
Kegunaan bloh juga boleh dijadikan sebagai aktiviti bebas dan santai. Blogging tidak
terlalu memerlukan waktu dan tenaga yang banyak. Semua terpulang kepada pengguna.
Penggunalah yang menjadi manager atas diri dan pekerjaan mereka. Selain itu, pengguna
blogger Tidak Memerlukan Fizikal Sempurna Kekekuragan fizikal bukan masalah. Ketidak
upayaan anda secara fizikal tidak menghalang pengguna dalam blogging. Banyak orang yang
tidak mampu secara fizikal yang telah blogging yang sangat membantu dan memberikan
inspirasi kepada orang lain.

Selain itu, boleh menjadi sumber pendapatan sampingan. Blogging juga akan
memberipendapatan kepada pengguna. . Pengguna boleh menjana wang melalui iklan yang
diletakkan di dalam blog contohnya Nuffnang dan Google Adsense. Keuntungan lainnya
4

adalah adanya kepuasan batin. Kepuasan ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Seorang blogger, terutama blogger baru, akan merasakan kebanggaan dan kepuasan yang
tiada taranya ketika ketika artikel postnya mula dipublish dan mendapat komen daripada para
pembaca di blog sendiri. Dari sini barulah anda tahu blogging sungguh membahagiakan.

4.0

Kelebihan Aplikasi Blogger dalam Pendidikan

Dunia IT berkembang begitu pesat. Hampir tidak ada aktiviti atau profesion yang
tidak berhubungan dengan IT. Salah satu produk IT diantaranya adalah internet. Teknologi
sekarang ini sudah semakin canggih, perkembangan internet juga sangat pesat. Fenomena ini
dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan. Sistem pembelajaran yang ada sekarang
semakin inovatif dan berkembang. Mungkin akibat perkembangan teknologi inilah yang
membuat kemudahan akses dalam berbagai bidang kehidupan tidak terkecuali dalam dunia
pendidikan.
Pendidikan merangkumi berbagai hal dan melalui berbagai media. Guru sekarang ini
dituntut memiliki kreativiti dan selalu berinovasi dalam proses pendidikannya. Begitu juga
halnya dengan perkembangan teknologi internet yang perlu dan dapat dimanfaatkan sebagai
media pembelajaran. Selain itu internet juga menyediakan fasiliti transaksi produk,
tranformasi ilmu dan life style.
Biasanya

kemudahan

tersebut

terangkum

dalam

sebuah website atau

blog.

Blog merupakan teks dokumen, gambar, objek media, dan data yang tersusun secara rapi dan
menurut kronologi tertentu, yang dapat dilihat melalui browser internet dan biasanya berisi
catatan atau jurnal peribadi pengguna.
5.1

Kepentingan blog kapada guru

Guru boleh membuat sebarang pengumuman berkaitan mata pelajaran yang diajar. Guru juga
boleh memberikan sesuatu tugasan berkaitan mata pelajaran melalui tulisan dalam blog
sekiranya tidak dapat hadir semasa pembelajaran di sekolah. Pelajar dapat mengakses bahan
5

daripada guru dengan mudah, tanpa dibatasi oleh waktu dan tempat. Melalui cara ini, proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dari segi masa selain
dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia ada di negara kita.
Seterusnya, blog juga, boleh menjadi laman untuk menyebarkan sebarang maklumat
berkaitan sekolah tempat mereka bertugas. Dengan blog guru dapat menjalin komunikasi dan
interaksi antara komuniti guru di seluruh pelusuk. dan yang lebih menarik lagi, guru dapat
membangun personaliti maya. Dengan itu, perkongsian maklumat dapat dikongsi dengan
sekolah lain. Melalui blog juga, guru boleh mendapatkan teknik-teknik pengajaran yang lebih
baik dan boleh dipraktikkan kepada pelajar mereka. Selain itu, guru dapat bertukar informasi
dan pengetahuan dengan guru-guru lain melalui tulisan dalam blog. Dengan itu,
penambahbaikkan dapat dilakukan dari semasa ke semasa.
Penggunaan blog dapat berfungsi sebagai media pembelajaran menulis. Melalui blog,
guru boleh belajar dan mengasah kemampuannya dalam membuat sebuah karya ilmiah atau
penulisan. Selanjutnya boleh menjadi media penerbitan hasil karya yang paling mudah dan
strategik. Contohnya, penerbitan hasil penemuan, karya ilmiah dan kegiatan-kegiatan siswa
atau guru di sekolah.
Selain itu, paradigma pendidikan kini telah berubah seiring perkembangan ilmu
pengetahuan dan teknologi, ertinya guru sekarang tidak lagi menjadi pusat ilmu bagi peserta
didik. Pemanfaatan teknologi seperti komputer dan internet telah memberi manfaat yang
sangat besar bagi guru dan pelajar.

5.1

Kepentingan blog kapada pelajar

Kepentingan blogger kepada pelajar dapat mendorong pelajar untuk


berkongsi sesuatu maklumat dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.
Melalui

blog,

pelajar

dapat

berkongsi

pengetahuan,

pengalaman,

perasaan, pendapat dan lain-lain dengan menggunakan tulisan, gambar,


mahupun maklumat berbentuk video. Blog merupakan laman untuk
6

mencoretkan idea yang terpendam selain menjadi laman untuk berkarya.


Idea dan karya yang baik boleh diiktiraf agar pelajar lebih terdorong untuk
meluahkan apa yang ada dalam pemikiran mereka. Penghargaan tidak
hanya berbentuk material bahkan, boleh juga berbentuk pujian serta
kritikan yang membina.

Seterusnya, dapat meningkatkan minat belajar kepada para


pelajar. Remaja merupakan golongan yang gemar untuk mencuba sesuatu
yang baharu dan lebih suka belajar di luar bilik darjah. Melalui blog ini,
pelajar tidak mudah jemu untuk belajar dan membaca. Hal ini kerana,
mereka boleh melayari internet sekiranya telah penat belajar. Konsep
pembelajaran seperti ini membuatkan pelajar lebih gemar belajar
walaupun di luar waktu sekolah.
Pelajar dapat menjimatkan masa untuk berbincang di luar waktu
sekolah. Melalui blog, pelajar tidak perlu berjumpa untuk membincangkan
sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu, perkongsian
pendapat dan sebarang masalah tentang sesuatu mata pelajaran boleh
diutarakan. Pelajar tidak perlu lagi keluar dari rumah untuk mengadakan
sesuatu

perbincangan.

Masa

dan

tenaga

dapat

dijimatkan

selain

memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak dan mendalam.

Blog membolehkan pelajar berkomunikasi secara global. Pelajar


sekolah boleh berkenalan dengan pelajar dari seluruh pelosok dunia dan
dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka yang telah sedia ada.
Selain itu, mereka juga dapat mengetahui teknk belajar yang lebih
berkesan melalui rakan-rakan dari negara yang berlainan. Kebaikan ini
membolehkan minda pelajar lebih terbuka dengan keadaan dunia luar dan
dapat mengetahui sesuatu berita dari pelbagai sumber, bukannya melalui
akhbar sahaja.

6.0

Kelebihan dan KelemahanBlog

KELEBIHAN

KELEMAHAN

1) Satu alternatif untuk menyimpan

1) Bahan yang disimpan belum

idea atau tugasan untuk dijadikan

tentu kesahihannya kerana ada

rujukan pada masa akan datang.

maklumat yang dimasukkan


belum di semak dan dipantau.

2) Dapat melatih kemahiran kreativiti

2) Menyebabkan berlaku

dalam mengubahsuai blog

penyamaran identiti kerana


menggunakan blog yang sedia
ada dan biasanya pengguna
akan tertipu kerana sebenar
tidak didedahkan.

3) Melatih kemahiran menulis dalam

3) Penulisan yang dimasukkan

pelbagai bahasa dan dapat

mungkin menggunakan ayat-

meningkatkan pembelajaran

ayat atau perkataan yang

kendiri.

memburuk-burukkanbangsa,
agama, masyarakat atau
negara.

4) Dapat berkongsi maklumat dan

4) Blogger yang berniat jahat akan

idea dengan rakan-rakan dan

berlaku penyebaran

guru-guru mengenai bahan-bahan

maklumatyang negatif, gambar

pengajaran dan pembelajaran

lucah, videolucah atau bahan-

seperti nota, gambar, video dan

bahan terlarang lain yang

sebagainya.

sangat mudah didapati melalui


internet.

5) Proses pembelajaran lebih mudah

5) Proses pembelajaran agak sukar

dan fleksibel kerana pelajar boleh

kerana ada segelintir pelajar

belajar di mana-mana dan pada

lebih meminati pembelajaran di

bila-bila masa sahaja.

dalam bilik darjah berbanding


tempat lain kerana pelajar
mahu dipantau dan dibantu
8

oleh guru.
6) Komen yang terdapat pada ruang

6) Penggunaannya terhad kerana

blog membolehkan pengunjung

tidak semua pelajar mempunyai

memberi komen sama ada dari

talian internet di rumah dan

segi pujian atau pun kritikan

peluang untuk mengakses

untuk penambahbaikan.

hanya di rumah. Oleh itu,


terdapat pelajar yang tidak
dapat memberi komen atau
kritikan.

7) Dapat mentransformasikan

7) Pembelajaran berorientasikan

pengajaran dan pembelajaran

guru dimana guru mengedarkan

berpusatkan guru kepada

nota dan bahan daripada blog

berorientasikan pengalaman

kepada pelajar kerana pelajar

pelajar di mana pelajar

tiada inisiatif untuk

mendapatkan sendiri semua

mendapatkan bahan dari blog

bahan di blog guru mereka.

guru.

8) Pelajar juga akan menjadi aktif

8) Pelajar yang aktif akan sentiasa ke

kerana pembelajaran lebih

hadapan untuk mengambil

menarik dan ia tidak terhad

bahagian manakala yang pasif akan

kepada penggunaan buku teks

mendengar sahaja jawapan atau

sahaja. Pelajar akan meneroka

pendapat yang diberikan rakan.

bahan dengan lebih banyak


menerusi carian di internet.
9) Membantu pelajar untuk

9) Kadangkala guru gagal

memperbaiki penulisan dan

memantau jawapan yang

memudahkan pelajar melihat

diberikan pelajar menyebabkan

hasil daripada guru dan rakan-

jawapan yang diberikan kurang

rakan.

tepat dan tidak sesuai dikongsi


oleh pelajar lain.

10)

Mencetuskan pemikiran

10)

secara kreatif dan kritis.

Boleh berlaku copy right

di mana akan berlaku peniruan


maklumat, idea dan pendapat
kerana pelajar yang malas
berfikir akan menggunakan
9

jawapan dan maklumat yang


ada sebagai jawapannya.
11)

Menggalakkan guru dan

11)

Semua idea, pendapat

pelajar berkolaborasimelalui

dan maklumat menjadi kurang

bertukar-tukar pendapat,

formal kerana ia dapat di akses

berkongsi idea dan komen-komen

oleh sesiapa sahaja pada bila-

yang positif.

bila masa dan menyebabkan


ada komen-komen atau kritikan
yang menggunakan ayat-ayat
yang tidak baik.

12)

Perkongsian pendapat

12)

Kekangan guru yang

antara guru dan pelajar akan

tidak mengambil tahu tentang

dapat meningkatkan profesion

teknologi, tidak mahu

dan prestasi akademik pelajar.

mempelajari perkara baharu


dan kesibukan dengan kelas
dan aktiviti lain menyebabkan
pengajaran masih berada di
takuk lama dan profesion guru
tidak dapat ditingkatkan.

10

7.0

Cara membina Blog

Langkah awal sebelum membuat blog, pengguna

harus memiliki Email. Email

diperlukan ketika hendak mendaftar blog. Jika tidak mempunyai Email, Gmail, Yahoo dan
Hotmail juga boleh digunakan.

Langkah pertama sila layari http://blogger.com. Kemudian daftar masuk untuk


membina blog. Klik Get Started untuk membuat akaun tersebut. Pastikan anda mempunyai
akaun Google sebelum mendaftar. Sekiranya anda belum mempunyai akaun google, anda

11

dikhendaki mengisi borang dalam talian seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

Langkah seterusnya, lengkapkan maklumat yang dikehendaki seperti langkah dalam


gambar di bawah.

12

Setelah itu, anda boleh log masuk ke dalam laman blogger. Sebelum memulakan blog
anad perlu memberikan nama blog anda dan nama tersebut boleh diubah sesuka hati pada

13

bila-bila masa. Setelah itu, anda boleh mengikut langkah di bawah bagi memilih templet blog
kegemaran anda. Akhirnya, blog anda sudah siap dibina dan anda boleh mula mencatat.

Langkah seterusnya, untuk memulakan catatan anda klik pada new post kemudian
masukkan judul dan anda boleh mula menulis catatan diruangan yang disediakan.

Setelah siap menulis, anda diberi pilihan sama ada menyimpan catatan atau melihat
catatan yang telah dibuat. Sekiranya, anda bersedia memaparkan catatan, anda boleh klik
pada Piblish Post.
Semasa mengedit catatan anda boleh memilih jenis tulisan mengikut kegemaran dan
memasukkan link imej mahupun video.

14

Setelah itu, terdapat ruangan komen yang disediakan. Pengguna lain boleh meninggalkan komen
dalam ruangan tersebut dan anda juga boleh berinteraksi bersama mereka.

15

Akhir sekali, adda bolehlah mengubahsuai blog anda mengikut kegemaran sendiri.

16

8.0

Contoh Penggunaan Blogger

17

18

19

9.0

Kesimpulan

Blog seharusnya diketengahkan sebagai satu bentuk pendidikan yang baru di negara kita.
Kepentingan blog dalam institusi pendidikan memang jelas terbukti. Pihak yang berwajib
harus menjalankan peranan mereka agar mutu pendidikan di negara kita dapat ditingkatkan.
Ibu bapa juga haruslah sentiasa peka dalam pendidikan anak-anak mereka. Setiap kebaikan
dan keburukan boleh ditentukan oleh diri sendiri. Jadi, keburukan sesuatu perkara adalah
kecil berbanding kepentingan yang dibawa dalam sesuatu perkara.
Jelaslah penggunaan blog sangat bermanfaat terutama kepada guru dan murid dalam
berkongsi maklumat. Oleh itu, setiap guru perlu mempunyai blogger. Blog juga boleh
dijadikan sebagai salah satu medium dalam mempelbagaikan kaedah PdP guru. Hal ini kerana
setiap guru perlu kreatif dalam menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran. Namun,
keberkesanan penggunaan blogger dalam pdp masih boleh dipersoalkan kerana penggunaan
blogger tertakluk kepada kawasan yang memerlukan talian internet tetapi masih boleh
dijadikan bahan pembelajaran di luar waktu persekolahan.

20

DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian bagi soalan Sejauh mana Blogger meningkatkan penglibatan pelajar
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Bagi temu bual yang dijalankan terhadap empat orang pelajar, hasil temu bual
dianalisis. Daripada analisis yang dibuat, didapati responden pertama menyatakan bahawa
beliau mampu untuk berkomunikasi dengan guru dengan lebih baik melalui blog. Responden
pertama bersetuju bahawa komunikasi dengan guru berkaitan dengan isi pelajaran yang diajar
oleh guru memberikan pemahaman yang lebih kepada responden. Responden pertama
menyatakan bahawa penggunaan Blogger melatih kreativiti pelajar dalam menghasilkan blog
di dalam kelas. Blog yang dihasilkan di dalam di dalam kelas membantu pelajar untuk
mengembangkan pengetahuan pelajar berkaitan isi pelajaran yang diajar guru di dalam kelas.
Pengembangan pengetahuan pelajar sangat penting dalam menghasilkan kemahiran berfikir
aras tinggi. Isi isi pelajaran yang ada di dalam blog memudahkan pelajar untuk memahami
input yang dirancang guru. Apa yang disediakan guru dapat diakses pelajar melalui blog.
Penglibatan pelajar dalam blog di dalam banyak membantu mereka untuk terlibat secara aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas.
Bagi responden kedua, beliau menyatakan bahawa penggunaan Blogger di dalam
kelas dapat melatih kemahiran

menulis dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Bahasa

Melayu merupakan mata pelajaran yang penting. Justeru itu, penguasaan kemahiran menulis
dalam Bahasa Melayu dapat meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar. Melalui penggunaan
blog di dalam kelas, responden menyatakan bahawa kemahiran menulis dapat diasah melalui
penulisan yang dibuat di blog. Penulisan yang dihasilkan mengandungi isi yang sesuai
dengan tajuk yang diajar guru. Selain itu, aspek tatabahasa juga ditekankan apabila menulis
di dalam blog. Penulisan yang menitikberatkan aspek tatabahasa ini menjadikan pelajar lebih
peka dengan perkara berkaitan dengan hukum tatabahasa dan mengaplikasikannya ketika
menghasilkan penulisan di dalam blog. Penglibatan pelajar dalam blog di dalam bilik darjah
meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Bagi responden ketiga, beliau menyatakan bahawa penggunaan Blogger di dalam
kelas dapat meningkatkan perkongsian maklumat dengan guru dan rakan rakan yang lain.
Maklumat yang diberikan guru di dalam blog memberikan maklumat kepada pelajar. Di
samping itu, pelajar juga boleh mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang
diajar guru di dalam blog. Pelajar boleh mendapatkan maklumat ini daripada pelbagai sumber
21

rujukan. Pelajar boleh berkongsi bahan atau maklumat yang mereka peroleh dengan guru dan
rakan rakan. Perkongsian bahan dalam bentuk nota, peta minda, gambar dan video boleh
dilakukan. Bahan bahan yang berguna ini memberikan faedah kepada pelajar untuk lebih
memahami isi pelajaran yang disampaikan guru. Perkongsian bahan oleh pelajar ini
menunjukkan penglibatan yang positif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagi responden keempat, beliau menyatakan bahawa penggunaan Blogger di dalam
kelas memberikan pengalaman pembelajaran yang unik. Hal ini adalah kerana pelajar
berpeluang untuk mengakses bahan yang diberikan guru dengan mudah. Bahan yang guru
berikan memberi panduan kepada pelajar untuk mengetahui tajuk pelajaran pada hari itu. Isi
kandungan guru dapat diketahui pelajar. Pelajar boleh melayari web untuk mendapatkan
maklumat tambahan berkaitan tajuk yang diperkenalkan guru. Pelajar berpeluang untuk
mendapatkan pengalaman belajar yang berpusatkan pelajar. Pembelajaran yang berpusatkan
pelajar memberikan kelebihan kepada pelajar untuk meneroka sendiri tajuk yang diberikan
guru. Penerokaan pelajar ini memberikan kepuasan kepada pelajar kerana mereka dapat
memperoleh maklumat yang banyak daripada pelbagai sumber. Penerokaan melalui Blogger
menunjukkan peningkatan positif penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Bagi responden kelima, beliau menyatakan bahawa penggunaan Blogger di dalam
kelas merupakan satu peluang kepada pelajar untuk menjadi pelajar yang aktif di dalam kelas.
Hal ini adalah kerana aplikasi yang canggih seperti Blogger menarik minat pelajar untuk
menerokanya. Kebiasaannya, pelajar diajar dengan berbantukan bahan seperti buku teks.
Penggunaan buku teks merupakan cara yang biasa digunakan di sekolah. Namun,
penggunaan Blogger berupaya memberikan kelainan kepada pelajar berkaitan medium untuk
memperoleh maklumat. Blogger ini berupaya untuk memberikan ilham kepada pelajar untuk
mendapatkan bahan dari pelbagai sumber dan berkongsi dengan guru dan rakan rakan di
dalam kelas. Medium yang lebih dekat dengan generasi masa kini seperti Blogger dapat
memenuhi cita rasa pelajar. Justeru itu, penggunaan Blogger mampu meningkatkan
penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Bagi responden keenam, beliau menyatakan bahawa Blogger mampu menjana
pemikiran kritis dan kreatif pelajar. Kemahiran kritis dan kreatif perlu digilap dari semasa ke
semasa. Dengan adanya Blogger, pelajar boleh meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Hal
ini adalah kerana pelajar diberikan panduan daripada guru tentang apa yang perlu murid
22

tahun dan faham. Apabila sudah memahami isi pelajaran, pelajar boleh menambahkan
maklumat berkaitan dengan isi pelajaran. Apabila pelajar melayari web yang berkaitan
dengan tajuk yang diajar guru, mereka boleh mendapat tambahan maklumat yang berguna.
Perkongsian yang dilakukan pelajar mampu meningkatkan nilai tambah diri mereka berkaitan
dengan tambahan maklumat yang mereka ada. Sekiranya pelajar berkongsi bahan dengan
rakan, ia memberikan peluang kepada pelajar untuk menilai sesuatu maklumat yang mereka
peroleh. Apabila sudah membuat penilaian, barulah pelajar berkongsi maklumat dengan rakan
dan guru. Proses menilai maklumat berupaya meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif.
Dapatan kajian bagi soalan Sejauh mana Blogger meningkatkan interaksi pelajar di
luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
Bagi responden pertama, beliau menyatakan bahawa Blogger dapat dijadikan rujukan
sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Jika sebelum ini, pelajar lebih biasa membuat
nota berdasarkan buku teks. Namun, dengan adanya Blogger pelajar dapat membuat ulang
kaji menggunakan Blogger. Responden menyatakan bahawa mereka dapat merujuk nota yang
diberikan guru pada bila bila masa. Selain itu, perbincangan dengan rakan boleh dibuat
dengan guru dan rakan rakan di luar sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Perbincangan tentang isi seperti tatabahasa, penulisan karangan dan sebagainya dapat
dilakukan bila bila masa. Perbincangan boleh dilakukan di mana mana sahaja selagi ada
liputan internet. Perbincangan dengan guru dan rakan rakan yang lain dapat meningkatkan
pemahaman dan menyumbang kepada prestasi yang baik dalam peperiksaan.
Bagi responden kedua, beliau menyatakan bahawa Blogger dapat memberi peluang
kepada pelajar untuk terus berhubung di luar waktu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Hal ini membolehkan pelajar untuk menghasilkan penulisan mereka di Blogger sama ada di
rumah atau ketika mereka mengembara. Apabila pelajar mempunyai idea untuk dikongsi
dengan guru dan rakan- rakan, pelajar boleh terus menghasilkan penulisan di dalam blog
walaupun di luar waktu persekolahan. Hal ini memberikan peluang kepada pelajar untuk
berkongsi apa yang terlintas dalam fikiran mereka walau di mana sahaja mereka berada.
Bagi responden ketiga, beliau menyatakan bahawa Blogger memberi peluang kepada
pelajar untuk bertanya soalan kepada guru bila bila sahaja. Kebiasaannya, pelajar hanya
berkesempatan untuk mengajukan soalan kepada guru ketika berada di dalam kelas sahaja.
Namun, dengan adanya Blogger, pelajar dapat mengajukan soalan yang muncul dalam fikiran
23

pada bila bila masa dan di mana- mana sahaja. Blogger dapat membantu pelajar untuk
merungkaikan persoalan yang timbul tanpa memerlukan pelajar untuk bertanyakan kepada
guru di dalam kelas semata mata.
Bagi responden keempat, beliau menyatakan bahawa Blogger memberi peluang
kepada pelajar untuk berbincang dengan rakan rakan di mana mana dan bila bila sahaja.
Kebiasaannya, pelajar dapat berbincang dengan rakan rakan di dalam kelas sahaja. Ada
juga pelajar yang berkunjung ke rumah rakan untuk mengadakan sesi perbincangan. Namun,
dengan Blogger pelajar dapat melakukan perbincangan di mana mana sahaja. Pelajar tidak
perlu bersemuka secara berdepan untuk mengadakan perbincangan. Sebaliknya, pelajar boleh
bertukar tukar pendapat melalui perbincangan dalam Blogger.
Bagi responden kelima, beliau menyatakan bahawa Blogger memberikan peluang
kepada pelajar untuk memberikan ulasan tentang hasil penulisan guru di dalam blog.
Kebiasaannya, pelajar boleh memberikan komen di dalam kelas sahaja. Namun, dengan
adanya Blogger, pelajar dapat memberikan ulasan kepada penulisan guru di mana mana dan
bila bila masa sahaja. Pelajar berpeluang untuk menggunakan kemahiran berfikir ketika
membuat ulasan di dalam blog. Apa yang terlintas di fikiran boleh diutarakan dalam blog di
mana sahaja pelajar berada.
Bagi responden keenam, beliau menyatakan bahawa Blogger memberikan peluang
kepada pelajar untuk memberikan komen tentang penulisan rakan rakan di dalam blog.
Selalunya, pelajar hanya mampu memberikan pendapat dan komen berkaitan hasil tugasan
rakan mereka di dalam kelas sahaja. Namun, dengan adanya Blogger pelajar mampu untuk
memberikan pendapat mereka secara terus tanpa perlu menunggu sesi pertemuan di dalam
kelas.

24

Perbincangan
Penggunaan Blogger mampu membantu pelajar untuk mencari data dan maklumat
yang diperlukan dengan segera. Bahan bahan yang diperoleh daripada blog dapat dijadikan
sebagai bahan rujukan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui blog juga,
pelajar

dapat membincangkan atau memperkatakan tentang sesuatu topik dengan lebih

terbuka melalui ruang komen yang disediakan di dalam blog. Justeru itu, ia merupakan
sesuatu yang penting apabila sesuatu blog ingin dibangunkan. Hal ini adalah kerana blog
perlu menyediakan maklumat yang betul dan tepat bagi membantu pengguna mendapatkan
pelbagai maklumat dan informasi terkini. Menurut Ahmad Muhaimin (2004), faktor yang
menentukan baik dan buruknya sesuatu laman web itu adalah dari aspek reka bentuk isi
kandungan, reka bentuk interaktif dan reka bentuk antara muka. Semua aspek ini harus
dititikberatkan oleh pembangun blog. Hal ini bertepatan dengan isu ketepatan maklumat
dalam bidang pendidikan.
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan blog ini dilihat sebagai salah satu kaedah
yang mampu menjamin keupayaan pelajar untuk berfikir. Selain itu, pengajaran dan
pembelajaran berasaskan blog ini juga dapat meningkatkan daya imaginasi pelajar untuk
menghasilkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Corak pembelajaran tradisional

telah bertukar daripada tradisional kepada moden. Sejak kebelakangan ini, banyak laman web
berasaskan pendidikan dihasilkan. Laman web ini selalunya mesra pengguna bagi
memudahkan pelajar mengakses bahan, penggunaan bahan yang menarik dan sejajar dengan
perkembangan teknologi terkini. Menurut Cabrera (2002), perkongsian ilmu merupakan satu
aktiviti di mana ilmu dikongsi

dalam kalangan pengguna, rakan-rakan, ahli keluarga,

komuniti atau sesebuah organisasi


Hasil kajian mendapati blog sangat diminati ramai. Hal ini adalah kerana blog-blog
yang dihasilkan dihiasi dengan pelbagai grafik. Antaranya adalah seperti reka bentuk yang
menarik, elemen muzik, visual yang menarik dan sebagainya. Pelajar berasa teruja apabila
bahan yang dimasukkan dapat diakses dengan mudah. Selain itu, blog juga boleh dikunjungi
pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Hal ini membolehkan pelajar tidak terikat dengan
masa yang terhad. Di samping itu, tiada bayaran yang dikenakan kepada pelajar melalui
aplikasi blog. Seterusnya, data dan maklumat yang dimasukkan dalam blog dapat disunting,
dikutip dan ditaksir oleh pelajar dengan mudah. Pelajar juga boleh memberikan pendapat
berkaitan bahan-bahan pembelajaran yang dimasukkan dalam blog. Bahan bahan ini banyak
membantu pelajar untuk meningkatkan pemahaman mereka dalam sesuatu topik. Hal ini
25

ditambah lagi dengan wujudnya pautan-pautan lain yang terdapat pada blog. Pautan pautan
ini memudahkan pelajar untuk mendapatkan bahan tambahan yang berkaitan dengan topik
pelajaran. Dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan blog dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah adalah sangat baik untuk diteruskan. Hal ini adalah bagi
mentransformasikan pengajaran tradisional kepada moden yang menggunakan kemahiran
teknologi maklumat.
Dapatan kajian juga mendapati pelajar lebih gemar menggunakan blog kerana pelajar
dapat mengumpul banyak maklumat berkaitan sesuatu topik. Blog juga membolehkan pelajar
untuk memberi komen dan berkongsi idea pada ruangan yang disediakan. Bagi pelajar yang
menjadi pengikut sesuatu blog mereka akan menerima maklumat-maklumat terbaru yang
akan dihantar kepada mereka dari semasa ke semasa. Menurut NurAzza (2009), penggunaan
blog sebagai medium penghubung yang membolehkan maklumat atau bertukar pendapat
dengan pengguna yang lain tanpa sempada atau kekangan masa. Guru perlu menggalakkan
penggunaan blog sebagai perantara komunikasi antara guru dan pelajar. Menurut Kuroptawa
(2005), penggunaan blog di dalam kelas mempunyai potensi yang tinggi untuk
mempengaruhi pelajar dalam banyak cara positif antaranya medium permulaan
memperkenalkan konsep baharu dan forum untuk perbincangan di dalam dan luar kelas.

Implikasi Kajian
Kajian ini memberikan pelbagai implikasi sama ada kepada murid, guru, dan
pentadbir sekolah. Bagi murid, kajian ini boleh dijadikan sumber rujukan kepada murid
murid berkaitan dengan penggunaan blog dalam dan luar kelas. Justeru, mereka akan lebih
mempraktikkan penggunaan blog di dalam dan luar kelas untuk meningkatkan pemahaman
tentang pelajaran.
Bagi pihak guru pula, kajian ini memberikan pengetahuan tentang penggunaan blog
di dalam dan di luar kelas. Dapatan kajian memberikan peluang kepada guru untuk
memaksimumkan penggunaan blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Oleh itu,
guru boleh menekankan penggunaan blog di dalam kelas terutamanya ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, guru juga boleh merancang aktiviti yang dapat
menggalakkan penggunaan blog di luar waktu persekolahan.

26

Bagi pihak pentadbir pula, mereka perlu sentiasa memantau penguasaan pelajar dalam
pelajaran. Penggunaan aplikasi yang terkini seperti blog perlu digalakkan di sekolah. Sekolah
boleh menyediakan lebih komputer untuk memenuhi keperluan penggunaan teknologi
maklumat yang terkini dari semasa ke semasa.
Kesimpulan
Blog merupakan medium perantaraan yang dapat membantu pelajar untuk berhubung
secara atas talian dengan guru dan juga rakan-rakan.

Pelajar dapat menggunakan blog

sebagai tempat untuk mencari maklumat. Selain itu, pelajar juga boleh bertukar-tukar
pendapat dan berkongsi idea dengan rakan - rakan yang lain. Kos untuk mengendalikan blog
adalah lebih rendah untuk dikendalikan. Pelajar boleh menjadikan blog sebagai buku harian
peribadi untuk menceritakan perjalanan dan pengalaman harian masing-masing secara atas
talian. Penggunaan blog sangat digalakkan kerana melalui blog mampu melahirkan generasi
yang celik teknologi.
Teknologi maklumat adalah penting pada dunia hari ini. Justeru itu, sistem pendidikan
di negara kita perlulah menggalakkan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi
maklumat. Pembangunan penggunaan teknologi boleh dicapai dengan mengaplikasikan
penggunaan internet dalam bidang pendidikan. Blog yang merupakan salah satu media sosial
yang berkembang secara meluas pada masa kini merupakan satu aplikasi yang menarik
perhatian guru dan pelajar.
Penggunaan blog sebagai medium perantara antara guru dan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mampu memberi impak yang baik dalam perkembangan
teknologi maklumat. Guru dan pelajar lebih mudah berinteraksi, memberi komen dan
bertanya soalan berkaitan pembelajaran sama ada di dalam kelas atau di luar kelas.
Penggunaan blog dalam kelas dapat menimbulkan minat dalam kalangan pelajar. Hal ini
adalah kerana ia merupakan satu trend yang diminati oleh pelajar. Selain itu, blog dapat
meningkatkan pembelajaran kendiri kerana pelajar akan meneroka dan mencari maklumat,
menyunting, menaksir dan menerbitkan sendiri maklumat yang mereka dapat.
Guru juga perlu merancang dengan teliti untuk memastikan penggunaan blog di
aplikasikan di dalam kelas masing -masing. Penggunaan bahan dan sumber yang menarik
dapat memastikan pelajar menerima input yang tepat dan terkini. Diharapkan agar
penggunaan blog dapat ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa.
27

Rujukan
Ahmad ZamzuriMohamad Ali (2012). Pembelajaran Berasaskan Web : Isu dan Trend,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohamed Amin Embi (2014). 40 Aplikasi Terpilih Web 2.0. Pusat Pembangunan Akademik:
University Kebangsaan Malaysia.
Noorfazlinda Binti Othman (2010). Kajian Penggunaan Blog Dalam Kalangan Pelajar Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Tesis Universiti Teknologi Malaysia.
http://blogs.iium.edu.my/marzuki/ files/2009/05/model-assure.pdf
http://cikguwanupsi. blogspot.com/2010/08/1.html
http://edu3105-amin.blogspot.com/2011/06/model-assure_28.html
http://www.blogger.com/tour_start.g
http://en.wikipedia.org/wiki /Blog
http://mohdruzzi.blogspot.com/2008/08/strategi-pengajaran-dan-pembelajaran.html

28

Anda mungkin juga menyukai