Anda di halaman 1dari 4

SJH 3143

A0611/860

ULASAN KRITIS

Artikel yang terpilih adalah berjudul Liberalisme : Moderat Atau Pelampau Agama karya
Muhammad Rashidi Wahab menerusi majalah Dewan Tamadun Islam bertarikh 22 Mac 2016
ini memfokuskan kepada isu tuntutan kumpulan liberalisme di Malaysia untuk
menghapuskan kedaulatan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Menurut
Dr Syamsuddin Arif (2008), istilah liberalisme berasal daripada bahasa Latin yang membawa
maksud bebas atau merdeka1. Kumpulan liberalisme di Malaysia ini memperjuangkan
kebebasan berfikir secara mutlak terutamanya menerusi jalan hak asasi manusia walaupun
bercanggahan dengan ajaran agama Islam. Mereka sedaya upaya menyatakan bahawa
kedudukan kebebasan dan hak asasi manusia adalah lebih tinggi atau utama berbanding
kedudukan agama Islam. Tujuan mereka adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara sekular yang tidak terikat langsung dengan agama Islam.
Isu ini adalah tidak relevan sama sekali dengan Perlembagaan Malaysia. Pertamanya,
hal ini adalah kerana golongan liberalisme memperjuangkan kedudukan taraf agama Islam
sama dengan agama lain. Hal ini jelas sekali bertentangan dengan sejarah pembentukan
Tanah Melayu yang sememangnya meletakkan status agama Islam sebagai yang tertinggi.
Cadangan oleh sesetengah pihak Islam dan bukan Islam yang mahukan kesamarataan agama
diamalkan di Malaysia ini juga sebenarnya adalah dapat ditafsirkan sebagai jahil dalam
sejarah dan perlembagaan. Asas kedudukan Islam di Malaysia terbukti diperuntukkan dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 3 (1) islam sebagai agama persekutuan2 dan
pada Jadual Keempat sumpah Yang Dipertuan Agong yang berjanji memelihara agama Islam 3
dan tidak seharusnya dipertikaikan lagi.
Kedua, suara yang mahukan hak sama rata agama dalam Perlembagaan Malaysia dan
mempertikaikan peruntukan Islam dalam Perlembagaan dan undang-undang lain ini adalah
1 Dr. Syamsuddin Arif. 2008. Orientalis & Diabolisme Pemikiran. Jakarta: Gema
Insani. Hlm 76.
2 Chin Yee Mun, Ira Meilita binti Ibrahim & Wong Khek Seng. 2010. Kenegaraan
Malaysia. Selangor: PearsonMalaysia Sdn. Bhd. Hlm 328.
3 Lembaga Penyeleidikan Undang-undang. 2008. Perlembagaan Persekutuan
(Hingga 15hb Mei 2008).Selangor: International Law Book Services. Hlm 138.
1

SJH 3143
A0611/860

amat merbahaya kerana perkara ini akan merungkaikan asas dan kerangka yang terbina dalam
perlembagaan. Agama Islam yang diletakkan sebagai agama rasmi persekutuan
sememangnya mempunyai keunggulannya yang tersendiri. Menurut Rafiza Mohamed (2015)
agama islam dianggap sebagai al-din4, iaitu suatu cara hidup dan bukan hanya khusus untuk
upacara rasmi sahaja. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kebebasan berfikir secara mutlak
seperti yang diperjuangkan liberalisme tanpa merujuk sumber asasi daripada Al-Quran dan
As-sunnah ini boleh membawa kepada kesesatan. Ideologi liberalisme yang menuntut kepada
tiga perkara iaitu kebebasan berfikir tanpa batasan, sentiasa meragukan dan menolak
kebenaran serta sikap longgar dan mengambil jalan mudah dalam beragama ini adalah
merupakan satu fahaman yang bercanggah daripada ajaran Islam yang secara tidak langsung
akan mewujudkan suasana yang tidak aman di Malaysia.
Liberalisme juga adalah kesinambungan sekularisme iaitu pengasingan agama
daripada pengurusan pemerintahan dan kehidupan. Manusia mempunyai kebebasan mutlak
dalam tingkah laku mereka tanpa terikat kepada undang-undang atau penetapan dan
meletakkan akal dan logik melebihi segala-galanya Menerusi akhbar Utusan Malaysia,
kumpulan G25 memperjuangkan hukuman khalwat untuk dimansuhkan 5 dengan hujah
perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah
kecuali jika dilakukan di kawasan awam. Sememangnya kebebasan adalah merupakan aspek
penting dalam kehidupan individu, namun dalam kebebasan itu juga hendaklah terkandung
satu bentuk kawalan, supaya kebebasan itu tidak membawa kepada kehancuran manusia.
Menurut Dr. Abdullah Nashih Ulwan (1996), mengumpamakan tanggungjawab individu
terhadap sesama sendiri ibarat kapal dengan memberi penegasan kepada fungsi sosial setiap
muslim6. Hal ini jelas menunjukkan kebebasan juga tidak boleh melangkaui prinsip-prinsip
muamalah tentang tanggungjawab seseorang itu kepada individu yang lain, atau
tanggungjawab individu terhadap masyarakatnya.
Kumpulan liberalisme yang juga berusaha menghapuskan Undang-undang Syariah
mendakwa bahawa Undang-undang Syariah bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia
4 Rafiza Mohamed. 2015. Gelandangan Antara Tret Personaliti dan Religiositi.
Kuala Lumpur: InstitutTerjemahan & Buku Malaysia Berhad. Hlm 41.
5 Utusan Malaysia. 7 Disember 2015. G25 Mahu Hukuman Khawat Dimansuhkan.
6 Dr Abdullah Nashih Ulwan. 1996. Islam Syariat Abadi. Jakarta: Gema Insani.
Hlm 38.
2

SJH 3143
A0611/860

apabila mengganggu hak kebebasan individu dengan mengetuk pintu rumah pada pukul 3
pagi7. Walaupun perundangan Syariah bukanlah penyelesai kepada semua permasalahan
sosial yang menyebabkan ketidakteraturan dalam masyarakat, namun sekurang-kurangnya ia
mampu bertindak sebagai satu mekanisme berkesan untuk menjadikan masyarakat faham
bahawa ada had-had tertentu yang mereka harus patuhi dalam mengurus kebebasan
sebagaimana yang dicanang menerusi yang dikatakan prinsip demokrasi. Had-had ini tidak
sepatutnya dianggap sebagai sesuatu yang mengacau atau menggugat kebebasan individu.
Had-had ini seharusnya diterima sebagai satu garis panduan untuk menjadikan kehidupan
individu, bahkan kehidupan masyarakat dan negara itu mempunyai had serta tidak
menyumbang kepada ketidakteraturan atau kecelaruan sosial. Sebagai contoh, dalam era
masa kini, masalah sosial seperti gejala seks bebas, masalah anak luar nikah, masalah lari dari
rumah, perceraian, masalah ketagihan dadah dan seumpamanya. Adakah kita mahu
berterusan membincangkan masalah, sedangkan punca masalah kita buka seluas-luasnya.
Kesimpulannya, isu tuntutan kumpulan liberalisme di Malaysia untuk menghapuskan
kedaulatan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dengan menyatakan
bahawa kedudukan kebebasan dan hak asasi manusia adalah lebih tinggi atau utama
berbanding kedudukan agama Islam adalah tidak relevan dengan Perlembagaan Malaysia.
Sebagai warganegara Malaysia yang memahami sejarah serta perlembagaan, kedudukan
agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia sememangnya tidak wajar dipertikaikan.
(788 patah perkataan)

7 Utusan Malaysia. 7 Disember 2015. G25 Mahu Hukuman Khawat Dimansuhkan.


3

SJH 3143
A0611/860

RUJUKAN

Chin Yee Mun, Ira Meilita binti Ibrahim & Wong

Khek Seng. 2010. Kenegaraan

Malaysia.Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.


Dr Abdullah Nashih Ulwan. 1996. Islam Syariat Abadi. Jakarta: Gema Insani.
Dr. Syamsuddin Arif. 2008. Orientalis & Diabolisme Pemikiran. Jakarta: Gema Insani.
Lembaga Penyelidikan Undang-undang. 2008. Perlembagaan Persekutuan (Hingga 15hb
Mei

2008). Selangor: International Law Book Services.

Muhammad Rashidi Wahab. 22 Mac 2016. Liberalisme: Moderat atau Pelampau Agama?.
Dewan Tamadun Islam. 4-8.
Rafiza Mohamed. 2015. Gelandangan Antara Tret Personaliti dan Religiositi. Kuala
Lumpur: InstitutTerjemahan & Buku Malaysia Berhad.
Utusan Malaysia Online. 7 Disember 2015. G25 Mahu Mahu Hukuman Khawat
Dimansuhkan. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/g25-mahu-hukuman-khalwat-dimansuh1.166423

Diakses pada 1 Julai 2016.