Anda di halaman 1dari 2

KAWAD OPERASI H1

PENGENALAN
Kawad latihan ini dijalankan oleh 4 orang anggota. Semua permulaan kawad ini mesti
dilakukan pada permulaan semua kawad kebombaan. Perlu diingatkan semua perbuatan
seperti , senang diri , sedia ,
ke-kanan lurus , pandang hadapan , berpusing , berjalan dan berlari adalah sama seperti
kawad kaki.
Panduan ini tertakluk kepada panduan : KAWAD HOSE PERMULAAN yang dilampirkan.
HUKUMAN
KAWAD H1 Satu aliran 300 kaki PASUKAN GERAK.!.
PERGERAKAN
Apabila dapat hukuman : Kesemua sekali ( 4 orang ) buat kerja serentak.
Orang No 1 : Ambil satu gulung hos satu nozzle lari ke-hadapan 200 kaki tunggu dan
sambung coupling no. 3 , bentangkan hos , sambung nozzle , standby di
bahagian hadapan bersama no. 3 & 4.
Orang No 2 : Ambil Standpipe / Hydrant Key and Bar sambungkan ke pili bomba dan
sambut coupling no. 4 , sambung ke stand pipe.
Orang No 3 : Ambil satu gulung hos , lari ke 100 kaki dan sambung coupling no.4 dan
bentang hose kehadapan serta sambut coupling no.1 dan sambung. Setelah
selesai hendaklah lari kehadapan Bantu orang no. 1 memegang nozzle.
Orang No 4 : Ambil satu gulung hos , sambung di standpipe pada no. 2 dan bentang hos
tersebut. Setelah coupling no. 3 , cantumkan dan terus lari kehadapan
membantu no. 3 & 1 memegang nozzle.
APABILA PERGERAKAN SIAP :
-

No. 1 perintahkan no. 4 BUKA AIR


No. 4 jawab perintah no. 1 , dan terus lari kepada orang no. 2 pada
jarak 100 kaki BUKA AIR
No. 2 jawab perintah no. 4 dan terus buka air dengan menggunakan
Hydrant Key.
No. 4 lepas memberi arahan lari balik kehadapan Bantu no. 1 & 3
memegang nozzle.

PERGERAKAN TUTUP AIR DAN KEMAS :


Jurulatih akan mengarahkan TUTUP AIR DAN KEMAS
-

No. 1 akan sambut arahan tersebut dan seterusnya perintah kepada no.
4
TUTUP AIR DAN KEMAS

No. 4 akan sambut arahan tersebut dan seterusnya berlari ke no. 2 pada
jarak
100 kaki dan arahkan TUTUP AIR DAN KEMAS

No. 2 sambut arahan tersebut dan seterusnya menutup air daripada pili
bomba.

Setelah perjalanan air diberhentikan , semua anggota yang terlibat didalam kawad mengemas
peralatan masing masing dan susun ditempat asal peralatan mengikut susunan yang teratur.
Semua anggota yang terlibat hendaklah beratur dalam keadaan SEDIA dihadapan
peralatan / seterusnya no. 1 bertindak sebagai ketua pasukan melaporkan pada jurulatih
bahawa pasukan telah siap menjalankan kawad.

Anda mungkin juga menyukai