Anda di halaman 1dari 8

SJK(C) THUNG HON

TG.TUALANG, PERAK

KERTAS KERJA

KEM BESTARI SOLAT


SIRI 1
ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SESI 2016 / 1437 H
TARIKH :
14 MEI 2016 ( SABTU )
TEMPAT :
BILIK PENDIDIKAN ISLAM SJK(C) THUNG HON
TEMA :
MARILAH MENUJU KEJAYAAN

PENDAHULUAN
Program Kem Bestari Solat merupakan satu bentuk aktiviti ko-kurikulum bagi murid
tahun 1,2,3,4 dan 5. Tujuan pelaksanaannya ialah untuk menerap aspek solat di
kalangan pelajar. Pelaksanaan seawal umur 7 - 9 tahun adalah bertepatan dengan
ajaran al-Quran dan al-Sunnah dan di peringkat usia 10 tahun adalah sebagai latihan
ke arah memantapkan lagi pelaksanaan ibadah di kalangan murid-murid.
MATLAMAT
Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi memastikan semua murid tahun 1,2,3,4 dan 5
mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian
dengan sempurna dari segi bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat.
OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul berdasarkan
rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan
2. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan
betul dan lancar
3. Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat
berjemaah
4. Murid dapat melafaz Azan dan Iqamah dengan betul
5. Menanam sikap tanggungjawab untuk melaksanakan solat fadhu sebagai
ibadat yang wajib dalam kehidupan harian
6. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang sempurna sama
ada solat secara bersendirian ataupun berjemaah
KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar tahun 1,2,3,4 dan 5 yang beragama Islam
KEWANGAN
1. Peruntukan Kementerian
2.

Kutipan Kegiatan Pendidikan Agama Islam

JAWATANKUASA PELAKSANA
KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 2016

Penasihat

: En.Yee Chun Weng ( Guru Besar )

Pen. Penasihat 1

: Cik Liew Lay Peng (PK Pentadbiran)

Pen. Penasihat 2

: En.Teoh Kheng Lam ( PK Hal Ehwal Murid )

Pen. Penasihat 3

: En.Chong Hean Long ( PK Kokurikulum )

Pengerusi
Setiausaha
Penyelaras Program
Bendahari
AJK

: En.Muhamad Zulhilmi Rosli


: En.Muhamad Zulhilmi Rosli
: En.Muhamad Zulhilmi Rosli
: En.Azhar bin Am
: Pn. Zuraida

FASILITATOR
1. En.Abdul Haiyi Ilmam
2. En.Hamdan Husaing

ANGGARAN PERBELANJAAN
KEM BESTARI SOLAT ( KBS ) SIRI 1/ 2016

BIL
1

PERKARA

KOS

FOTOKOPI
1) NOTA ( RM 1.oo x 16 )

RM 16

MAKANAN
1) NASI (RM 1.50 x 16)
2) AIR (RM 1.00 x 16)

RM 24
RM 16

JUMLAH KESELURUHAN

RM 56

TENTATIF PROGRAM

MASA

AKTIVITI

7.00 - 7.30 pagi

TAKLIMAT PROGRAM
( Pengurusan Program & Pendaftaran)

8.30 - 9.30 pagi

LDK 1 Amali wuduk serta Doa

9.30 10.00 pagi

REHAT

10.00 11.00 pagi

LDK 2 Niat solat fardhu, Bacaan Surah pendek, Doa Iftitah,


Bacaan rukuk, iktidal dan sujud

11.00 12.00 pagi

LDK 3 Bacaan Tahiyyat Awal, Akhir, dan Doa Qunut

12.00 1.00 T/hari

REHAT

1.00 1.30 petang

LDK 4 Azan dan Iqamah

1.30 2.00 petang

Solat Zohor Berjemaah

2.15 petang

BERSURAI

PENUTUP
Semoga program yang dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Diharapkan juga program ini dapat mencapai matlamat dan objektif seperti yang telah
ditetapkan dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa warga pendidik yang
terlibat.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(EN.MUHAMAD ZULHILMI ROSLI)


Setiausaha KBS Siri 1 2016

.........................................
(CIK LIEW LAY PENG)
Penolong Kanan Pentabiran

Disahkan oleh,
....................................................
(EN.YEE CHUN WENG)
Guru Besar



SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN ( CINA ) THUNG
HON
31800 TANJUNG TUALANG, PERAK DARUL RIDZUAN
TEL : 05-3609775
FAX: 05-3609775

Ruj.Kami
Tarikh

:
:

Kepada:
Ibu Bapa / Penjaga
Tuan / Puan,
PEMBERITAHUAN KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 2016
Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2.

Adalah dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam SJKC Thung


Hon, Tg.Tualang akan mengadakan Kem Bestari Solat Siri 1 pada
butiran seperti yang berikut:
Tarikh:
Hari :
Masa :

3.

4.

14 Mei 2016
Sabtu
8.00 pagi 2.00 petang

Sehubungan dengan perkara di atas, adalah diharapkan agar


pihak tuan/puan dapat memastikan kehadiran anak jagaan
tuan/puan pada hari tersebut.
Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(EN.YEE CHUN WENG)


Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai