Anda di halaman 1dari 2

Pengaruh Pemakanan terhadap Pembentukan Modal Insan yang

Sejahtera Minda dan Fizikal.


Abstrak
Dalam mencapai status negara maju, modal insan yang berminda kelas pertama
merupakan aset penting kepada negara. Dalam menuju ke arah era globalisasi dan
pemodenan, modal insan seharusnya memiliki intipati berikut iaitu berilmu,
berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti,
bersopan santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil,
progresif, cekal dan berdaya saing. Keperluan makanan seimbang dapat memberi kesan
positif untuk tenaga kerja yang produktif dan memenuhi kriteria minda kelas pertama
iaitu ketangkasan kerja, ketepatan kerja dan keberhasilan kerja. Oleh sebab itulah
pendapatan yang tinggi, kesihatan yang baik dan pembentukan nilai dan tabiat yang baik
akan memberi kesejahteraan kepada kehidupan seseorang. Lantaran itu, gaya hidup
pemakanan seimbang merupakan salah satu elemen penting dalammengekalkan kesihatan
modal insan. Perkembangan minda dan fizikal manusia bergantung kepada nutrisi yang
diambil selain dari faktor-faktor yang lain. Kekurangan nutrisi atau diet yang tidak
sempurna dapat merencatkan mental individu seterusnya menjejaskan komuniti sesebuah
negara dan menjadikan ia lemah dari pelbagai aspek. Pemakanan yang seimbang
merupakan satu amalan yang penting bagi mengekalkan tahap kesihatan mental dan
fizikal bagi jangka masa yang panjang. Selain dari mengekalkan kecergasan minda,
pemakanan sihat juga dapat mengelakkan individu daripada penyakit-penyakit kronik
seperti kencing manis, obesiti,diabetes dan juga masalah jantung. Sedari hingga hari ini,
ramai tenaga kerja muda yang mengalami masalah ini malahan ada yang meninggal dunia
akibat penyakit-penyakit kronik yang berpunca dari tabiat pemakanan ini. Oleh sebab itu,
pemakanan seimbang amat penting dalam membentuk modal insan yang sejahtera minda
dan kesihatan dalam memikul tanggungjawab merealisasikan pembangunan dan
kemajuan sesebuah negara. Dalam kertas kerja ini akan membincangkan secara lebih
lanjut fakta dan sokongan mengenai kajian yang bakal dijalankan ini.
Kata kunci : Pemakanan seimbang, modal insan, minda kelas pertama

Influence of Nutrition on Human Capital Formation


Prosperous Mind and Physical.
Abstract
In order to achieve developed nation status, first class mindset is an important asset to the
country. In moving towards an era of globalization and modernization, human capital
should have the following essence which are knowledgeable, confident, have good values
and high moral, ethical, well mannered, polite, disciplined, dynamic, innovative, creative,
healthy, patriotic, fair , progressive, strong and competitive. From the listed essences,
balanced diet can have a positive impact for healthy and productive workforce and meet
the criteria of the first class mindset includes working agility, accuracy of work and
employment success. That is why high income, good health and the formation of values
and good habits will give prosperity to one's life. Thus, balanced eating lifestyle is one of
the essential elements in sustaining human capital health. Balance eating behavior means
that taken the right portion of nutrient needed by human body. Physical and mental
development of mankind depends on the nutrients taken together with other factors.
Nutrition or diet imperfect mentally retarded individuals can then affect the community of
nations and make it weak from various aspects. A balanced diet is a practice that is
important for maintaining mental and physical health for a long time. Apart from
maintaining mental fitness, healthy diet can also prevent individuals from chronic
diseases such as diabetes, obesity, diabetes and heart problems. Realize until today, many
young workers who suffer from this problem even exists, who died cause of chronic
diseases that stem from these eating habits. Therefore, a balanced diet is very important in
shaping the human capital of peace of mind and health in the responsibility to realize the
development and progress of a country. In this paper will discuss more detail the facts
and support of this study that will be carried out by researcher.
Keywords: Balanced diet, human capital, first class mindset

Anda mungkin juga menyukai