Anda di halaman 1dari 7

MASA BERTINDAK YANG

BERKESAN
BERKESAN
MERS 999 - TEKNOLOGI PENGURUSAN PANGGILAN
KECEMASAN TERUNGGUL
Oleh : Jupiri Apou (koupirie67@gmail.com)

Misi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)


Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) telah memperuntukkan peranan
dan fungsi penting Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam
aspek kebombaan dan penyelamatan di dalam negara ini. JBPM merupakan
agensi kecemasan yang menjadi tunjang utama dalam masyarakat dari segi
kesejahteraan dan keselamatan di mana-mana sahaja di seluruh negara. Misi
Jabatan menetapkan bahawa JBPM terus komited untuk melaksanakan atau
memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang profesional
bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar dengan
penggunaan teknologi terkini serta penggunaan sumber secara berkesan

kepada seluruh masyarakat dalam apa jua situasi yang mengancam


keselamatan nyawa, harta benda atau menjejaskan alam sekitar di dalam
negara ini.
Dalam erti kata lain, JBPM merupakan sebuah organisasi unggul (great
organization) yang senantiasa menyumbang ke arah peningkatan tahap
kesejahteraan dan rasa selamat dalam kalangan masyarakat di mana sahaja
mereka berada. Selain dari itu, JBPM juga memikul tanggungjawab besar
untuk memastikan rantaian dan struktur ekonomi negara terus berkembang
dengan menyediakan pra-sarana keselamatan dalam aspek kebombaan
kepada para pelabur yang datang ke negara ini. Kesiapsagaan JBPM begitu
menonjol dan terserlah dengan pembangunan dan perolehan pelbagai
kemudahan balai dan peralatan kebombaan dan menyelamat berteknologi
tinggi, kecekapan pengurusan aset, logistik dan kakitangan berintegriti tinggi
serta peningkatan tahap kemahiran dan profesionalisme anggota dan
pegawai agar sentiasa berada di tahap tertinggi.
Falsafah Masa Bertindak Yang Berkesan
Istilah masa bertindak dalam perspektif operasi merujuk kepada tempoh
masa berbanding keupayaan dan kecekapan seseorang mengambil langkahlangkah dalam proses kerja yang telah ditetapkan dalam prosedur operasi
seragam(Standard Operating Procedure - SOP. Ucapan YAS Dato Wan Mohd
Nor Bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah JBPM sempena Sambutan Hari Anggota
Bomba Sedunia 2012

telah menekankan konsep dan falsafah Masa

Bertindak Yang Berkesan yang perlu dijadikan budaya kerja warga JBPM
dalam pelaksanaan tugasan seharian sepanjang perkhidmatan dengan JBPM.
Masa Bertindak Yang Berkesan mempunyai maksud seperti di bawah:-

Kepantasan
panggilan

Petugas

kecemasan

Bilik

Kawalan

dengan

untuk

sewajarnya

menerima
dan

butiran

menggerakkan

pasukan atau pasukan-pasukan bertindak ke tempat kejadian dalam


tempoh masa yang singkat. Seterusnya, pasukan atau pasukanpasukan bertindak mestilah cepat mengatur gerak kerja yang cekap
dan berkesan untuk mengembalikan situasi yang berbahaya kepada
situasi yang normal.
Dalam perkataan lain, peningkatan response time dan kualiti kerja
bukan sahaja semasa menerima panggilan kecemasan bahkan meliputi
semua aktiviti dan tindakan kecemasan yang berkaitan dengan operasi
sebenar dari mula panggilan diterima sehingga operasi tamat sepenuhnya di
lokasi kejadian. Profesionalisme, komitmen, kemahiran tinggi dan sikap
positif serta prihatin merupakan intipati kepada kejayaan pelaksanaan
operasi jabatan.
Teknologi Sistem MERS 999 Dimensi Baru Pengurusan Panggilan
Kecemasan
Era

perubahan

teknologi

maklumat

dan

rangkaian

internet

banyak

mempengaruhi pelaksanaan aktiviti sesebuah organisasi yang dinamik dan


berprestasi

tinggi

seperti

Jabatan

Bomba

dan

Penyelamat

Pelaksanaan operasi kebombaan dan penyelamatan turut

Malaysia.
mengalami

peningkatan response time dan peralihan gerak kerja yang lebih cekap dan
pantas.

Komponen

pertama

dalam

aliran

kerja

operasi

yang

telah

dipertingkatkan adalah pengurusan panggilan kecemasan dan penghantaran


bantuan kecemasan ke lokasi kejadian. Prestasi pengurusan operasi JBPM
pada tahap tertinggi telah diperkukuhkan lagi dengan penggunaan Sistem
MERS 999.

Sistem

ini

digunakan

meningkatkan

sepenuhnya

kecekapan

dan

oleh

JBPM

keberkesanan

dalam

usaha

pengurusan

untuk

panggilan

kecemasan yang melibatkan jabatan.


Pengurusan Operasi Kebombaan Berprestasi Tinggi

Pengurusan operasi kebombaan dan penyelamatan yang cekap dan pantas


amat penting untuk memastikan sesuatu insiden tertentu dapat dikendalikan
dengan sepenuhnya. Ini termasuklah pengurusan penerimaan panggilan
kecemasan dan penghantaran pasukan tindakan kecemasan ke lokasi
kejadian dalam tempoh masa yang terpantas. Response Time dalam
operasi JBPM merujuk kepada tempoh masa sesuatu gerak kerja yang
melibatkan satu pasukan bermula dari panggilan pertama diterima hingga
jentera sampai ke lokasi kejadian. Dalam aspek penetapan masa ini, setiap
balai hendaklah mengambilkira Kawasan Jagaan (Ground Area) dan Kawasan
Keluaran (Turn-Out Area) untuk memastikan jentera pertama yang paling
hampir dengan lokasi kejadian sampai di lokasi kejadian. JBPM telah
menetapkan bahawa setiap balai hendaklah menentukan response time
dan memenuhi ketetapan masa tindakbalas (response time) yang diperlukan
seperti berikut:a) Tempoh Masa jentera keluar dari balai hendaklah dalam tempoh 60
saat dari mula loceng kecemasan dibunyikan.
b) Tempoh Masa jentera tiba di lokasi kejadian hendaklah berdasarkan
tetapan masa yang ditentukan bagi setiap zon iaitu:-

1. ZON A - Tempoh masa kurang dari 10 minit


2. ZON B - Tempoh masa di antara 10 - 20 minit
3. ZON C - Tempoh masa lebih dari 20 minit

Dari segi pengoperasian, sistem CAD MERS telah memberikan kemudahan


fungsian dan memberikan impak positif terhadap organisasi dalam aspek
operasi kebombaan seperti berikut:a) Pengurusan Penerimaan Panggilan Kecemasan Terpantas
Apabila

orang awam memerlukan bantuan kecemasan daripada

jabatan ini menggunakan Talian Kecemasan 999, Pusat Panggilan


Kecemasan (PPK) akan menyalurkan maklumat utama yang berkaitan
dengan insiden kecemasan melalui rangkaian MERS 999 terus ke Pusat
Gerakan Operasi (PGO) Negeri. Dalam tempoh masa kurang dari 8
saat, semua maklumat mengenai lokasi kejadian, jenis kejadian, nama
pemanggil dan nombor pemanggil akan diterima oleh PGO Negeri
melalui sistem CAD MERS untuk tindakan selanjutnya termasuklah
pengesahan

insiden

melalui

percakapan

dengan

pemanggil.

Ini

bertujuan untuk memastikan lokasi kejadian adalah benar dan


mengelakkan kekeliruan mengenai alamat kejadian dan jenis kejadian.
b) Pengurusan Penghantaran Bantuan/Pasukan Tindakan
Kecemasan Terpantas
Proses penghantaran pasukan tindakan kecemasan secara
lazimnya

mengambil

tempoh

masa

hingga

manual

minit

untuk

dilaksanakan. Ini disebabkan pegawai bertugas di PGO berkenaan


perlu

mendapatkan

maklumat

insiden

terlebih

dahulu

sebelum

menentukan jentera balai terlibat dan memaklumkan balai berkenaan


melalui alat komunikasi. Pada masa kini, teknologi sistem CAD MERS
berupaya memaparkan maklumat insiden dalam tempoh masa 8 saat
sahaja dan memberikan kelebihan kepada pegawai bertugas yang
menguruskan jentera atau sumber operasi di PGO untuk menentukan
jentera atau sumber operasi dengan pantas dari balai yang paling
hamper

dengan

lokasi

insiden.

Pegawai

berkenaan

seterusnya

memaklumkan (dalam tempoh masa kurang dari 2 minit) pasukan


tindakan kecemasan di balai berkenaan melalui alat komunikasi untuk
bertindak segera ke lokasi kejadian dalam tempoh masa yang
ditetapkan oleh jabatan. Teknologi aplikasi khas LiteCAD yang dipasang
di balai berjaya meningkatkan kecekapan tempoh masa penghantaran
maklumat insiden secara manual kepada tempoh masa 8 saat sahaja
manakala cetakan call chit atau Rip Sheet hanya dalam tempoh
masa kurang dari 20 saat. Justeru itu, Pasukan Tindakan Kecemasan
Balai terlibat mampu bergerak pantas ke lokasi insiden dalam tempoh
masa piawai yang telah ditetapkan berdasarkan zon yang berkaitan.
c) Pengurusan Sumber atau Jentera Operasi Yang Cekap
Proses penghantaran pasukan tindakan kecemasan yang cekap dan
berkesan memerlukan kesiapsiagaan setiap sumber atau jentera di
peringkat balai. Sistem ini memberikan kelebihan untuk memantau
dan memastikan status semasa bagi setiap sumber di balai-balai di
bawah pengawasan PGO Negeri dikemaskini melalui laporan kekuatan
anggota dan logsitik pada setiap 12 jam. Maklumat Sumber atau
jentera operasi yang tidak bersedia untuk kegunaan operasi akan
dimasukkan dalam sistem CAD MERS untuk rujukan pihak pengurusan
jabatan. Selain dari itu, sistem ini berupaya merekodkan pergerakan
dan aktiviti bagi setiap unit jentera atau sumber operasi pada setiap
bulan dan seterusnya menyediakan ringkasan laporan pergerakan
sumber setiap tahun. Semua laporan mengenai sumber atau jentera
boleh dipaparkan dan dicetak untuk tujuan semakan oleh pegawai
logistik yang berkenaan. Teknologi sistem CAD MERS meningkatkan
lagi kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber atau jentera
operasi secara sistematik dan boleh dicapai dengan pantas apabila
diperlukan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan kualiti
perkhidmatan jabatan kepada masyarakat umum.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan sebuah agensi tindakan


kecemasan yang unggul, dinamik dan sentiasa mengorak langkah ke
hadapan untuk memberikan perkhidmatan terbaik agar kualiti perkhidmatan
jabatan sentiasa berada di tahap tertinggi kepada masyarakat Malaysia di
seluruh negara pada setiap masa. Kekuatan logistik serta anggota,
profesionalisme dan peningkatan kemahiran yang tinggi bagi Pegawai
Bomba serta penggunaan teknologi maklumat yang canggih merupakan
elemen-elemen yang penting dalam jabatan. Elemen-elemen ini menjadi
pemangkin utama yang memacu kecemerlangan operasi jabatan dan
meningkatkan lagi imej jabatan di peringkat antarabangsa selaras dengan
Visi Jabatan iaitu Menjadi Sebuah Organisasi Kebombaan dan Penyelamatan
Berprestasi Tinggi.

Anda mungkin juga menyukai