Anda di halaman 1dari 9

SOALAN 1

Penjanaan sosiologi merupakan suatu proses sosialisasi yang mampu merekacipta


pembentukan rupa diri seseorang itu dalam sesuatu masyarakat. Bahkan cadangan Edward
Wilson berkaitan dengan Sociobiology mengatakan bahawa ianya adalah asas kepada
pembentukan tingkahlaku mayarakat dalam sebarang jenis organisma. Beliau percaya bahawa
tingkahlaku sosial manusia berdasarkan asal genetik.
a. Apakah agen-agen asas kepada pensosialisasian masyarakat?
KELUARGA
Ibu bapa akan mengajar anak-anaknya mengenai apa yang harus dilakukan dan apa
yang harus dilarang seperti mempelajari kemahiran, sikap, norma dan nilai-nilai
seperti kejujuran, amanah, rajin, bersih dan hormat menghormati.
Kanak-kanak semasa dilahirkan diibaratkan seperti sehelai kain putih. Ini bermakna
kanak-kanak itu tidak jahat dan tidak baik. Bagaimana personalitinya dibentuk adalah
bergantung kepada keluarganya, rakan sebayanya, sekolahnya dan unsur-unsur lain
yang terdapat dalam alam sekitarnya. Pada peringkat awal, kanak-kanak
menghabiskan sebahagian besar masanya dengan keluarganya.
Cara ibu bapa mengasuh anaknya adalah berbeza. Bagi ibu bapa yang garang, anakanak membesar menjadi individu yang patuh, pasif, takut memberi pandangan dan
kurang berinisiatif. Sebaliknya, ibu bapa yang bersifat terlalu berlembut serta cepat
melayani segala permintaan mereka akan mendapati bahawa anak-anak itu akan
membesar menjadi individu yang kurang bertanggung jawab, terlalu bergantung
kepada orang lain, kurang berikhtiar dan kurang menghormati orang-orang tua.
Keluarga yang bersifat demokratik, iaitu di mana ibu bapa sentiasa berbincang secara
terbuka, melibatkan anak dalam membuat akan berjaya membentuk individu yang
lebih tinggi keyakinan dirinya. Selain itu anak-anak itu juga lebih aktif, bersopan
santun, gemar berkongsi satu-satu masalah.
Saiz keluarga juga mempengaruhi sosialisasi seseorang individu. Pertuturan dan
interaksi adik beradik akan menggalakkan individu itu bertutur dengan lebih cepat.
Anak-anak dalam keluarga yang besar mempunyai tugasan masing-masing manakala
anak tunggal atau anak keluarga kecil lebih dimanjakan. Nilai-nilai serta sikap yang
dihargai oleh adik beradik juga akan mempengaruhi seseorang individu itu.

SEKOLAH

Apabila kanak-kanak bersekolah, interaksinya dengan masyarakat menjadi bertambah


luas. Ia bukan sahaja sekadar biasa dengan peraturan-peraturan dan amalan-amalan
keluarganya, ia akan sedar bahawa alam persekolahan juga mempunyai peraturanperaturan yang ketat yang perlu dipatuhi.
Di sekolah kanak-kanak bukan sahaja belajar sosialisasi secara formal yang
ditentukan oleh kurikulum sekolah tetapi ia juga melalui kurikulum tersembunyi
dengan cara menyesuaikan diri dalam suasana baru seperti beratur mengikut giliran,
mengikut peraturan, bekerjasama dengan orang lain dan bersaing dalam aktivitiaktiviti sekolah.
Guru-guru dan rakan-rakan menjadi orang yang penting kepadanya. Guru-guru
memainkan peranan yang penting selepas ibu bapa dalam perkembangan moral
kanak-kanak.
Cara pentadbiran sekolah, persekitaran sekolah. personaliti dan pergaualan guru
mempunyai pengaruh terhadap perkembangan moral kanak-kanak di sekolah.
RAKAN SEBAYA
Apa yang mereka lakukan, bahasa yang digunakan, semua ini akan meninggalkan
kesan ke atas kanak-kanak.
Kumpulan rakan sebaya adalah kumpulan yang biasanya mempunyai umur dan taraf
yang hampir sama. Aktiviti kumpulan rakan sebaya adalah berbentuk sukarela,

ahlinya terdiri daripada yang sama taraf dan dipilih berdasarkan suka sama suka.
Dalam kumpulan rakan sebaya mereka suka tanpa diganggu oleh pihak yang lebih
berkuasa seperti ibu bapa atau sekolah. Mereka belajar berdikari dan membentuk

peraturan, nilai dan norma kumpulan tersendiri.


Kumpulan rakan sebaya mempunyai pengaruh kuat ke atas tingkah laku individu.
Kesan buruk rakan sebaya boleh berlaku apabila ahli kumpulan dikehendaki menolak

nilai-nilai ibu bapa dan masyarakat, dan mengikut nilai norma kumpulannya.
Pada peringkat remaja mereka biasanya mempunyai sub-budaya tertentu, mereka
mempunyai cara bercakap, jenis-jenis pakaian, muzik, nilai dan norma kumpulan

rakan sebayanya. Jurang generasi kerap berlaku pada peringkat ini.


Walau bagaimanapun harus diingat bahawa tidak semua kumpulan rakan sebaya
membelakangkan nilai dan norma yang dipegang oleh keluarga dan masyarakat,
terdapat kumpulan rakan sebaya yang diwujudkan dengan bantuan dan restu daripada
keluarga ahli-ahli kumpulan rakan sebaya masing-masing.
AGAMA

Agama di dapati mempunyai hubungan dengan perlakuan moral. Ramai berpendapat


agama adalah penting untuk mencapai perlakuan moral yang baik.
Adalah didapati kanak-kanak yang menghadiri kelas-kelas agama lebih jujur daripada
kanak-kanak yang tidak menghadiri kelas agama.
Ramai berpendapat kanak-kanak menggunakan ajaran agama sebagai petunjuk dalam
proses perkembangan moral mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga kes-kes di
mana orang-orang yang percayakan agama tidak menggunakan prinsip-prinsip moral
yang tinggi dalam perlakuan mereka seharian. Ini kerana tidak ada keimanan di dalam
diri mereka.
Sekiranya kanak-kanak ini diberi didikan agama yang kuat dan berpegang kepada
keimanan nescaya mereka tidak akan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan
moral manusia malahan agama itulah yang akan membentuk jiwa, moral dan
akhlaknya kerana di dalam agama itu ada cara dan kaedah untuk membentuk akhlakakhlak yang baik dan berjiwa luhur kepada tuhan seperti yang terkandung di dalam
agama Islam.
MEDIA MASSA
Media massa yang merangkumi surat khabar, majalah, radio dan terutama televisyen
boleh meninggalkan kesan yang negatif dan positif ke atas sosialisasi seseorang.
Pengaruh baik atau buruk yang diterima oleh kanak-kanak melalui media massa
bergantung kepada apakah bahan atau unsur yang didedahkan kepada mereka.
Rancangan-rancangan televisyen mempunyai tema yang berbagai. Tema yang baik
seperti cerita di mana orang yang baik selalu mendapat kejayaan dan sebaliknya orang
jahat menerima hukuman atau balasan dapat membantu perkembangan pertimbangan
moral kanak-kanak. Kanak-kanak patut digalakkan untuk menonton rancangan

sedemikian.
Sebagai ibu bapa dan guru yang bertanggung jawab adalah menjadi tanggung jawab
mereka untuk mendidik kanak-kanak supaya mereka tahu memilih apakah rancangan
televisyen dan bahan-bahan bacaan yang baik dan sesuai untuk mereka.

b. Jelaskan asas-asas idea Erikson, Piaget, Kohlberg dan Gilligan dalam perkembangan
personaliti dalam menghuraikan proses sosialisasi individu sesuatu masyarakat.

Erikson
Teori Erik Erikson tentang perkembangan manusia dikenal dengan teori
perkembangan psiko-sosial.
elemen penting adalah perkembangan persamaan ego. Persamaan ego adalah perasaan
yang kita kembangkan melalui interaksi sosial. Menurut Erikson, perkembangan ego
selalu berubah berdasarkan pengalaman dan informasi baru yang kita dapatkan dalam

berinteraksi dengan orang lain.


Erikson juga percaya bahwa kemampuan memotivasi sikap dan perbuatan dapat
membantu perkembangan menjadi positif, inilah alasan mengapa teori Erikson disebut

sebagai teori perkembangan psikososial.


Terbahagi kepada lapan fasa yang dikenali sebagai Lapan Tahap Manusia. Dalam
setiap fasa, Erikson percaya setiap orang akan mengalami konflik. Erikson
berpendapat, konflik-konflik ini berpusat pada perkembangan kualiti psikologi.
Selama masa ini, potensi pertumbuhan pribadi meningkat. Begitu juga dengan potensi
kegagalan.
Tahap 1. Trust vs Mistrust (percaya vs tidak percaya)
Tahap 2. Otonomi (Autonomy) VS malu dan ragu-ragu (shame and doubt)
Tahap 3. Inisiatif (Initiative) vs rasa bersalah (Guilt)
Tahap 4. Industry vs inferiority (tekun vs rasa rendah diri)
Tahap 5. Identity vs identify confusion (identitas vs kebingungan identitas)
Tahap 6. Intimacy vs isolation (keintiman vs keterkucilan)
Tahap 7. Generativity vs Stagnation (Bangkit vs Stagnan)
Tahap 8. Integrity vs depair (integritas vs putus asa)
Erik Erickson mempercayai bahawa manusia berpotensi untuk perkembangan
psikologi yang sihat. Beliau berpendapat manusia berupaya mengatasi kesulitankesulitan yang timbul dari masa ke semasa pada peringkat-peringkat perkembangan
tertentu.

Piaget
Jean Piaget ahli psikologi terkenal berpendapat bahawa pembentukan personality
seseorang ialah berdasarkan empat perkembangan kognitif seseorang, iaitu 0-2 tahun,
2-6 tahun, 6-12 tahun dan 12-15 tahun. Sekiranya seseorang kanak-kanak dapat
melalui perkembangan proses sosialisasi tersebut dengan teratur maka dapatlah ia
menyesuaikan diri dengan masyarakat.

Piaget berpendapat, moral kanak-kanak lebih berkembang berdasarkan interaksi


kanak-kanak dengan rakan-rakan berbanding interaksi dengan ibu bapa mereka.
Bagi Piaget, ibu bapa lebih kepada level yang kurang matang kerana hubungan ibu
bapa dan anak-anak lebih kepada cara hadiah dan hukuman atau untuk
mempromosikan kepercayaan bahawa penilaian moral itu bergantung kepada kuasa
orang dewasa. Manakala rakan-rakan pula lebih mengutamakan pertukaran
(reciprocity) dan hak kesamarataan antara mereka untuk mempertahankan
perhubungan sosial mereka.
Kohlberg
Kohlberg (1976) mengenal pasti enam peringkat perkembangan moral. Melalui enam
pendekatan ini juga Kohlberg memperkenalkan konsep moral dilemma yang mana responden
harus memilih antara patuh pada undang-undang atau melakukan sesuatu yang menentang
undang-undang. Tiga peringkat utama dalam perkembangan moral menurut Kohlberg (1976)
adalah:
1. Peringkat Preconventional
Pada peringkat ini, perkembangan moral bergantung kepada faktor-faktor luaran.
Kanak-kanak perlu patuh untuk mengelakkan dihukum atau untuk mendapatkan
hadiah.
2. Peringkat Conventional
Peringkat ini bermula seawal usia remaja 13 hingga 14 tahun. Pada peringkat ini,
individu lebih berusaha untuk memenangi pujian dan pengiktirafan bila melakukan
perkara baik.
3. Peringkat Post Conventional
Tindakan moral individu lebih patuh untuk menegakkan undang-undang.
Pada peringkat ini, individu sudah mula ada kesedaran dan keinginan untuk
melakukan yang terbaik bagi memenuhi kepuasan orang ramai.
Carol cilligan
Meyatakan bahawa lelaki lebih memiliki perspektif adil yang bermaksud bahawa
mereka lebih menekankan aturan formal dalam menentukan benar dan salah.
Sebaliknya perempuan lebih memiliki perspektif pedul dan bertanggungjawab di
mana hubungan ersonal dipertimbangkan dalam menilai sesutu situasi

c. Bagaimanakah pensosialisasian dalam pernyataan di atas mempengaruhi statifikasi


social seseorang itu melalui gabungan pelbagai elemen lain seperti survival,
interaction symbol dan mobility sosial dalam suatu revolusi penstrukturan mobility
dalam membina Rupa Masyarakat Baru di Malaysia?

SOALAN 4
Meritokrasi merupakan suatu usaha untuk meningkatkan tahap kualiti kependidikan di
Malaysia
a. Apakah halangan-halangan dalam pelaksanaan meritokrasi di Malaysia
untuk membenteras buta huruf dikalangan orang-orang dewasa. Kumpulan ini tidak
berpeluang mengikuti pembelajaran formal diperingkat kanak-kanak dan remaja

disebabkan oleh faktor penjajahan, kemiskinan dan persekitaran yang jauh dari
pembangunan. Kita berasa sungguh bangga kerana mendapat pengiktirafan oleh
badan antara bangsa seperti UNESCO kerana kadar buta huruf merupakan yang
terendah di dunia.
sikap kurang membaca dikalangan rakyat negara ini sangat ketara apabila diberitahu
bahawa hanya membaca purata setengah halaman dalam setahun. Kajian mendapati
sebahagian besar daripada masyarakat kita pandai membaca, pandai menulis dan
pandai mengira tetapi mereka tidak ada minat dan semangat membaca untuk
meluaskan ilmu pengetahuan dan pemikiran mereka.
bagaimana untuk membudayakan ilmu di dalam komuniti setempat. Membudaya di
sini membawa maksud supaya menjadi amalan dalam hidup. Natijahnya akan berlaku
sesuatu perubahan dalam kehidupan hasil dari pemerolehan dan perkembangan ilmu
pengetahuan. Inilah budaya yang hidup subur dan berkembang di negara maju
pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia
global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran.
Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan
Maklumat Sekolah bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan.
Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit sebanyak membantu dalam pengurusan
pendidikan

b. Huraikan sejauhmanakah konsep reformasi pendidikan dan pengkoporatan dalam


sistem pendidikan di Malaysia mampu melaksanakan mentokrasi secara adil dan
saksama dalam kalangan penduduk yang multi-racial

c. Bagaimanakah usaha-usaha ahli sosiologi dalam memainkan peranan dalam


menstruktur semula masayarakat dalam konteks pelaksanaan akta pendidikan
Malaysia untuk mencapai taraf negara maju
Guru-guru di sekolah diberikan ruang secara luas untuk melaksanakan tugas hakiki mereka di
dalam bilik darjah/kelas/padang/makmal dan sebagainya. Guru-guru jangan sesekali
dibebankan dengan kerja-kerja pentadbiran yang sehingga pada satu tahap menenggelamkan
peranan asal guru untuk mengajar.
(2) Sistem pentadbiran sekolah direvolusikan dengan membawa masuk/melantik baru
Pegawai dari skim pentadbiran untuk melaksanakan kerja-kerja pentadbiran di sekolah.
Dengan ini, guru akan mampu fokus sepenuhnya kepada tugas hakiki mereka iaitu mengajar.
Selain itu, perubahan dalam sistem ini juga akan mewujudkan peluang pekerjaan baru dan
sekaligus mengurangkan masalah pengangguran negara.
(3) Selain daripada itu, bagi mengelakkan berlakunya tugas-tugas mengulang dan
membebankan. Sepatutnya diwujudkan dua bentuk skim perkhidmatan guru. Pertama, skim
guru akademik dan kedua skim guru ko-kurikulum. Guru akademik akan memberikan fokus
sepenuhnya kepada usaha mengajar di dalam kelas, membuat kajian kendiri untuk
meningkatkan teknik pengajaran dan meningkatkan keupayaan akademik pelajar/murid. :-)
(4) Bagi guru ko-kurikulum pula, mereka akan memberikan fokus kepada persatuanpersatuan kelab-kelab, acara-acara sukan, seni dan yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum. Guru kelompok ini bertanggungjawab meningkatkan keupayaan penglibatan aktif
pelajar di dalam ko-kurikulum, merangka pelan aktiviti yang lebih komprehensif dan
mewujudkan keseimbangan di dalam fokus hidup dan masa depan pelajar/murid.

(5) Untuk itu, perkara perubahan di dalam skim perkhidmatan guru ini boleh dimulakan di
maktab/institusi latihan guru/universiti di mana pengkhususan adalah dibahagi kepada dua
iaitu pilihan untuk menjadi guru akademik atau guru ko-kurikulum.
(6) Selepas bakal guru membuat pilihan, modul fokus kepada subjek/aktiviti ko-kurikulum
akan diterapkan melalui pilihan yang ditentukan sendiri. Dengan perubahan ini, kita akan
dapat meningkatkan bilangan guru pakar dalam bidang akademik dan ko-kurikulum secara
fokus dan menyeluruh dan kesan baiknya sudah pasti dirasai oleh pelajar/murid. Sekaligus
mampu membantu memberikan masa depan lebih baik untuk negara.

(7) Konsep pengasingan pelajar pandai dan kurang pandai hendaklah dihentikan. Seharusnya
sesuatu kelas itu perlu ada keseimbangan, daya saing yang sihat dan keterbukaan dalam
proses menerima dan memberi ilmu
(8) Konsep kelas sains untuk pelajar bijak dan kelas sastera untuk pelajar kurang bijak juga
perlu dihentikan dengan serta-merta. Pihak berkaitan perlu faham bahawa, Sains dan Sastera
adalah dua cabang ilmu berbeza, jadi mengaitkan kedua-dua cabang ilmu ini dengan tahap
kepandaian seseorang pelajar adalah salah sama sekali. Pelajar boleh menjadi bijak dan
menguasai aspek sesuatu cabang ilmu jika mereka mempunyai minat yang mendalam dan
usaha yang berterusan terhadap sesuatu ilmu, bukan dengan cara memaksa pelajar
mempelajari aliran yang mereka tidak gemari.
(9) Di sini, bagi memastikan pelajar belajar aliran yang digemari, dicadangkan satu ujian
kecenderungan secara bertulis dan temuduga dijalankan. Penilaian sebegini penting dan perlu
dijalankan sebaik sahaja pelajar tamat belajar di Darjah 6. Ujian kecenderungan ini juga perlu
dinilai bersekali dengan tahap kelayakan akademik pelajar bagi memastikan pelajar tidak
secara sesuka hati membuat pilihan tanpa melihat kepada keupayaan diri terlebih dahulu.
(10) Penilaian akademik berasaskan peperiksaan semata-mata adalah satu konsep penilaian
yang rigid dan tidak mampu menilai secara keseluruhan aspek pencapaian pelajar. Oleh itu
dicadangkan diwujudkan satu penilaian berterusan untuk semua subjek dengan aspek
permarkahan boleh dipecahkan kepada dua sama ada 50:50, 60:40 atau 70:30 bergantung
kepada kesesuaian subjek dan keadaan semasa. Penilaian keseluruhan begini akan
memberikan guru dan pelajar peluang untuk membuktikan keupayaan diri dalam tempoh
yang lebih panjang

(11) Akhir sekali, dicadangkan Sekolah Berasrama Penuh seperti Sekolah-Sekolah Sains dan
MRSM diluaskan kepada bidang-bidang bukan sains seperti ilmu kemanusiaan, sosiologi,
sejarah, kajian budaya, etnik dan kenegaraan demi mewujudkan masyarakat masa hadapan
yang lebih matang berfikir dan menambah kesesuaian dalam usaha meningkatkan keupayaan
modal insan negara.