Nasi Ayam Paling Sedap
Nasi Ayam Paling Sedap
Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng. Saya lebih suka goreng
dari dipanggang. Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering
airnya.
Nasi Ayam:
Mentega - tak guna
Minyak ayam - saya tambah
Bawang merah
Bawang putih
Halia
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
Susu full cream
Serbuk ayam
Garam
Gula
Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker.
Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah
dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.
Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam,
serbuk ayam dan gula mengikut rasa.
Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa
dan masak seperti biasa.
Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.
Sambal Cili
5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia - saya tambah
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula,
garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil
sehingga likat.
Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Angkat.
Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur
Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.
Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.