Anda di halaman 1dari 3

Pengurusan Permainan Tradisional

Pengenalan kepada permainan tradisional Membentuk sebahagian daripada


kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita Ini membolehkan mereka bekerja
dan berhibur pada masa yang sama. Tempoh antara musim inilah digunakan
untuk mengadakan keramaian serta pesta. Turut juga dikenali sebagai permainan
rakyat Merupakan sebahagian daripada aktiviti rekreasi. Merupakan aktiviti yang
dipilih secara sukarela tanpa paksaan atau tekanan. Konsep permainan
tradisional adalah untuk berlipur dan memnuhi masa lapang pemainnya.
Permainan tradisional dimainkan bertujuan bagi mendapat keseronakan,
ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti permainan tradisional
biasanya tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan dan juga tidak
mempunyai masa yang piawai. Merupakan permainan yang diwarisi dari generasi
terdahulu. Berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu bangsa.
Permainan tradisional adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan
yang positif terhadap aspek jasmani emosi dan rohani dan intelektual. Tujuan
Pertandingan Permainan Tradisional Terdapat pelbagai tujuan permainan
tradisional antaranya ialah:- a) Permainan tradisional merupakan aktiviti yang
dirancang bagi memenuhi masa lapang. b) Permainan tradisional seperti
permainan dam dan congkak adalah permainan yang meminta pemainnya
berfikir. Oleh itu mendorong pemainnya menggunakan fikiran dalam
menyelesaikan masalah. c) Permainan tradisional seperti permainan wau
membolehkan pemainnya menggunakan kreativiti dalam membina wau. d)
Permainan tradisional yang menggunakan fizikal dapat membantu kita membina
kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran seperti:
i.
Kekuatan kardiovaskular
ii.
Kelenturan
iii.
Daya tahan otot
iv.
Kekuatan otot
v.
Ketangkasan
vi.
Imbangan
vii.
Koordinasi
viii.
Kuasa
ix.
Masa tindak balas
x.
Kelajuan Kebaikan Permainan Tradisional Permainan tradisional
bersifat sebagai permainan untuk beriadah, ia dilihat berupaya menangani
masalah tekanan hidup harian pengamalnya dan membentuk kehidupan yang
bermotivasi. Permainan tradisional sebagai medan yang baik untuk
membentuk komunikasi yang berkesan antara pemain sepasukan dan pemain
lawan yang seterusnya akan merangsang ukhuwah.
Permainan tradisional
dapat akan memudahkan individu untuk menerapkan kebudayaan, nilai, sikap
dan sahsiah sesuatu bangsa atau masyarakat.
Permainan tradisional
memberi peluang yang terbaik kepada pengamalnya untuk membina dan
mengekalkan tahap kesihatan fizikal. Jenis Permainan Tradisional Permainan
tradisional lahir daripada budaya dan sosiologi masyarakat, permainan
tradisional wujud dalam variasi pertandingan yang banyak.
Dipertandingkan dalam 2 jenis:- Individu (dipertandingkan antara individu
dengan individu yang lain) Kumpulan (dipertandingan lebih dari seorang
sekumpulan) Individu Kumpulan
Congkak
Usung balak
Dam

Galah panjang
Wau
Tating lawi
Gasing
Sorong
kereta
Laga Ayam
Sepak raga bulatan
Terdapat banyak
permainan tradisional yang dimainkan di setiap pelusuk negeri di Tanah Melayu
sejak dari dulu lagi.
Kebanyakkan permainan adalah hampir sama dan
disebabkan dialek negeri berlainan, oleh yang demikian nama permainan juga
sedikti mengalami perubahan.
Tetapi, cara permainan dijalankan adalah

masih lagi sama dari segi teknik dan cara dimainkan.


Antaranya ialah: 1)
Galah panjang 2) Batu seremban 3) Gasing 4) Congkak 5) Wau 6) Tengteng 7) Sepak raga 8) Konda-kondi 9) Lain-lain Kategori Pertandingan

Permainan tradisional terbahagi kepada dua iaitu pertandingan anjung dan


pertandingan laman. Permainan Anjung Permainan Berpasukan Kawasan
permainan di dalam ruangan rumah contohnya di anjung rumah. Kawasan
permainan di luar rumah atau di kawasan lapang contohnya di padang. Tempat
permainan dileparan simen atau lantai kayu. Tempat permainan di ruang tanah,
rumput atau simen. Tempat permainan melibatkan kawasan yang tidak luas.
Tempat permainan melibatkan kawasan permainan yang luas. Melibatkan
bilangan pemain yang tidak ramai. Melibatkan pemain yang ramai dan biasanya
dalam bentuk kumpulan. Peraturan-peraturan permainan tradisional Galah
panjang
Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini
bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di
pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh
golongan dewasa.
Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi
dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan.
Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan
kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.
Salah seorang dari ahli
kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak
sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang
masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan
tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya
menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.
Sebelum permainan
dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan.
Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan
bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke
badan pemain atau dengan menangkap pemain.
Gelanggang permainan:

Gelanggang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan


bertar atau bersimin dan di atas padang
Tiada ukuran khas penetapan yang
perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan
jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter.
Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari
mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan. Pemain pasukan penyerang tidak
boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati
yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan. Pasukan penyerang
dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang. Pasukan
penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi
kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan
kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.
Mana-mana
pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan
tersebut. Batu seremban
Dikenali sebagai permainan Selambut atau
Serembat.
Dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat
orang atau lebih.
Menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil
atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat.
Bilangan yang biasa
digunakan sebanyak lima biji.
Dimainkan dalam beberapa peringkat atau
cara sambutan buah yang berlainan
Bermula dengan peringkat pertama
yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah
satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas Gasing


Jenis gasing seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar,
gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang
dan gasing pinang.
Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan
sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh
permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak
dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Dimain dalam dua cara
iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan
dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan
Gasing uri
dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
Satu lagi gasing
ialah gasing pinang yang dimainkan oleh kanak-kanak.
Buah pinang muda
dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian
bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta
pemegang gasing itu. Sepak Raga
Permainan sepak raga telah wujud
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Bola diperbuat daripada bilahbilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau
tiga lapis. Permainan dimulakan dengan salah seorang pemain melambung
bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu
dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah
pemain lain.
Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu
mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh
ke bumi. Congkak Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan
congkak dan buah congkak
Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli
kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya.
Papan congkak
mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar
di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Permainan ini
dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap
"kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya
"buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di
kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
Jika buah terakhir
singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan
permainan. Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung
lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan
didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
Di
akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung
masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke
arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam
kampung ianya dikira kalah. Pengurusan pertandingan tradisional Pertandingan
tradisional dijalankan berdasarkan kepada kawasan atau tempat tersebut. Tidak
terdapat peraturan yang spesifik yang telah difaktakan untuk permainanpermainan tradisional. Kebanyakan permainan dijalankan dengan cara sendiri
atau yang diterima pakai oleh kumpulan yang memainkan permainan tradisional
tersebut. Peraturan yang dikenakan adalah berdasarkan kepada persetujuan
ramai. Seandainya terdapat sesebuah pihak yang ingin menjalankan
pertandingan tradisional secara besaran, pandangan orang ramai hendaklah
diambil kira kerana setiap negeri mempunyai permainan yang sama tetapi
berlainan dari segi nama dan cara ia dijalankan.
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai