Anda di halaman 1dari 2

2. Apakah punca/sumber yang menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau?

Perindustrian.
Sektor perindustrian banyak membebaskan gas-gas seperti kloroflorokarbon,
halon, karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida, metana dan lain-lain
yang telah menjadi agen utama menghakis dan menipiskan lapisan ozon serta
membentuk selimut atmosfera. Contohnya :
Industri pencuci atau pelarut : CFCs dalam bentuk cecair digunakan sebagai
bahan pencuci minyak dan gris dalam perlatan elektronik dan elektrik, mikrocip
dalam komputer dan pelbagai jenis logam. CFCs dalam bentuk gas pula
digunakan sebagai pencuci peralatan perubatan.

Pengangkutan.
Gas-gas rumah hijau juga turut dikeluarjan dari kenderaan akibat pembakaran
yang tidak lengkap dalam sistem enjinnya iaitu mengeluarkan banyak karbon
monoksida.
Ujian nuklear.
Kawasan kutub selatan khususnya di benua antartika, lapisan ozon bukan sahaja
menipis tetapi telah berlaku kebocoran sehingga terbentuknya lubang-lubang
ozon. Kesan ini disebabkan daripada tindakan manusia yang menjadikan
kawaasan tersebut sebagai tapak untuk ujian pelancaran roket dan peluru
berpandu yang sebahagian besarnya dilakukan oleh negara Rusia dan Amerika
Syarikat.

Pembakaran terbuka
Aktiviti pembakaran terbuka seperti di tapak pelupusan sampah, di kawasan
tapak pertanian, pembakaran hutan yang berlaku secara semula jadi seperti
letusan gunung berapi, juga menyumbang peningkatan gas karbon dioksida
dalam atmosfera.

Anda mungkin juga menyukai