Anda di halaman 1dari 18

PUNCA STRESS DI KALANGAN PELAJAR

ANAK-anak hari ini berhadapan dengan stres yang membawa kepada kemurungan,
pemberontakan dan penyakit.

Remaja yang tertekan berasakan dirinya insan yang gagal lalu mengambil tindakan tidak
belajar dan membuang masa bersama rakan-rakan. Remaja tertekan boleh terlibat dengan
pelbagai masalah sosial.
Apakah yang mendorong kepada stres?
1. Masa belajar yang panjang.
Anak-anak bangun untuk ke sekolah seawal jam 6 pagi dan pulang ke rumah jam 2 petang.
Kemudian, ke kelas agama hingga jam 4 petang.
Sebelah malam perlu hadiri kelas tuisyen. Kekerapan kelas tuisyen ini pula bergantung
kepada bilangan subjek yang diambil.
Ada anak terpaksa hadiri tiga hingga empat kali kelas tuisyen seminggu.
Dalam masa yang sama mereka perlu siapkan kerja sekolah. Jika kerja sekolah tidak siap
bermakna mereka terpaksa berhadapan tindakan guru dan didenda. Ada ketikanya
dimalukan. Disamping kerja sekolah, mereka juga mungkin diberikan kerja oleh guru
tuisyen. Ulang kaji perlu dilakukan terutamanya apabila tahun ini mereka berhadapan
dengan peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM.
Bayangkan apabila anak yang mengambil sembilan subjek diberikan kerja sekolah yang
banyak oleh guru. Mereka tidak sempat menyiapkannya dan tiada masa urusan lain.
Hinggakan, waktu cuti pun tidak dapat cuti. Waktu perayaan pun terpaksa bawa kerja
sekolah. Hinggakan apabila balik kampung, beg sekolah pun terpaksa dibawa sama.
Semua ini menuntut masa belajar yang panjang. Masa mana agaknya mereka punya masa
untuk diri mereka sendiri? Ada juga anak-anak seawal usia tujuh atau lapan tahun sudah

dibebankan dengan semua ini sedangkan itulah masanya mereka mahu meneroka zaman
kanak-kanak mereka.
Tiga puluh tahun dahulu, anak-anak seusia mereka punya masa yang banyak bergaul dan
bermain lalu membina kemahiran sosial yang tinggi.
Hari ini, anak-anak banyak meluangkan masa membina kemahiran sosial melalui Internet
dengan melayari laman sosial seperti facebook dan twitter.
Kemahiran sosial yang diperolehi melalui Internet tidak sama dengan berjumpa dan bergaul
secara fizikal. Ini menimbulkan ketagihan laman sosial yang membawa kepada masalah
baru.
2. Harapan yang tinggi daripada ibu bapa dan guru.
Hari ini ibu bapa dan guru berlumba-lumba mahukan anak-anak dan pelajar mendapat
semua A dalam peperiksaan.
Ibu bapa yang berkemampuan melakukan apa sahaja dan sanggup mengeluarkan
perbelanjaan tinggi bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang. Bagi ramai ibu bapa
malu jika anak mereka hanya mendapat 3A 2B dalam UPSR. Mereka mahukan 5A.
Kasihan melihat anak-anak yang dikerah dan dipaksa belajar bagi memenuhi hasrat dan
cita-cita ibu bapa dan guru, bukan cita-citanya sendiri.
Ada beberapa sebab yang mendorong sikap obses semua ini.
keputusan anak apabila mereka tahu anak kita menduduki peperiksaan penting. Kegagalan
anak dilihat sebagai kegagalan ibu bapa itu sendiri.
Kedua, syarat kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) yang memberikan laluan
kepada pelajar yang hanya mendapat semua A juga satu tekanan. Malah ada SBP yang
langsung tidak memberikan borang permohonan kepada pelajar yang tidak mendapat
semua A.
Berbeza 30 tahun dulu, pelajar yang mendapat 2A atau 3A dalam peperiksaan masih punya
harapan memasuki SBP kerana turut mengambil kira faktor demografi dan latar belakang
ekonomi keluarga.
Ketiga, guru-guru turut memberikan tekanan ke atas murid bagi mencapai sasaran sekolah
dan memenuhi tanda aras yang diletakkan oleh jabatan pendidikan.
Sudah sampai masanya ibu bapa dan guru memikirkan pembangunan diri pelajar yang lebih
seimbang. Mendapat semua A dalam peperiksaan bukan jaminan anak-anak ini boleh
cemerlang dalam kehidupan.
Ramai yang menjawat jawatan sebagai ketua, menjadi pemimpin masyarakat dan mencipta
kecemerlangan dalam kerjaya hari ini datangnya daripada golongan pelajar yang biasa
sahaja ketika di sekolah.

Tetapi mereka memiliki EQ (Emotional Quotient) yang baik dan kemahiran sosial yang tinggi.
EQ dan kemahiran sosial terbina sejak kecil melalui aktiviti, pergaulan, perhubungan,
interaksi dan proses komunikasi.
Apabila anak-anak hanya tertumpu kepada kecemerlangan akademik semata-mata, mereka
tiada peluang memantapkan EQ dan membina kemahiran sosial ini. Kesannya, mereka
tidak pandai bergaul, lemah jiwa, cepat mengalah dan putus asa, rendah diri, tidak tahu
memimpin, tidak pandai berkomunikasi dan tidak sensitif dengan perasaan orang lain. Estim
diri mereka rendah.
3. Tekanan daripada rakan sebaya
Stres yang ketiga datangnya dari rakan sebaya. Ada ketikanya anak kita dipinggirkan hanya
kerana berbeza pendapat atau tidak bersetuju dengan cara dan tingkah laku mereka.
Pelajar yang bersekolah di sekolah harian mungkin tidak begitu tertekan berbanding dengan
pelajar SBP. Sebab di SBP, anak-anak jauh daripada keluarga maka rakan-rakanlah yang
keluarga terdekat mereka. Hingga ada di antara anak-anak terpaksa mengikut telunjuk
rakan meski pun tahu ia satu kesalahan kerana enggan dikatakan berbeza.
Sebab itulah anak-anak perlu dibekalkan dengan kemahiran bergaul dan
kebolehan mempengaruhi agar mereka dapat menyesuaikan diri secara positif dengan
rakan-rakannya. Malah, ada beberapa kes ponteng sekolah yang berlaku kesan daripada
tekanan rakan sebaya ini.
Ibu bapa dan guru perlu tingkatkan benteng diri pelajar dengan sentiasa menasihati dan
mendorong mereka secara positif. Mencuri masa hanya lima minit, setiap kali sebelum
memulakan kelas, bagi membuka minda dan mendorong pelajar boleh memberikan impak
yang besar dalam hidup mereka.
Maklumkan kepada pelajar bagaimana menguruskan rakan-rakan yang negatif agar tidak
memberikan tekanan kepada mereka.
Sediakan jalan mudah bagi menyampaikan aduan dan rahsiakan siapa si pengadu demi
kebaikan mereka.
Ramai pelajar yang tidak berani tampil ke hadapan dan membuat sebarang aduan kerana
mereka tidak percaya kepada pengawas dan guru serta tidak yakin akan ketelusan sistem
yang sedia ada.
Sebab itulah ibu bapa dan sekolah perlu babitkan anak-anak secara aktif dalam aktiviti
kokurikulum seperti sukan, pasukan beruniform dan berpersatuan.

Gangguan emosi perlu


ditangani
TAN SRI LEE LAM THYE ialah Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan
Mental.

KEBELAKANGAN ini, terdapat beberapa kejadian bunuh diri


berlaku termasuk dalam kalangan murid sekolah. Walau apa pun
puncanya, ia berkaitan dengan masalah emosi atau gangguan
terhadap kesihatan mental individu terbabit.
Ini menunjukkan terdapat keperluan mendesak kerajaan dan lainlain pihak berkaitan untuk meningkatkan usaha mempromosi
kesihatan mental yang baik kepada rakyat termasuk murid-murid
dan warga sekolah.
Apa yang menyedihkan, ramai yang tidak mengambil serius perkara
ini atau kurang prihatin bagaimana untuk bertindak apabila
berhadapan dengan mereka yang menunjukkan kecenderungan
membunuh diri atau pun yang mengalami kemurungan.
Masalah kesihatan mental terutamanya berkait dengan stress yang
tidak dapat ditangani adalah serius dan perlu diberi perhatian
supaya gangguan seperti kemurungan atau depression dan cubaan
bunuh diri dapat dielakkan.
Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia pada 2006
menunjukkan masalah kesihatan mental di kalangan kanak-kanak
dan remaja adalah 20.3 peratus (%) dan ini menunjukkan
peningkatan berbanding 13% pada 1996.
Dengan bilangan remaja yang mengalami masalah ini meningkat,
pada Januari 2011, Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental,
Kementerian Kesihatan yang dipengerusikan oleh Menteri
Kesihatan memutuskan supaya satu projek perintis Program Minda

Sihat Menangani Stres dilaksanakan di enam buah sekolah


menengah di seluruh Malaysia.
Program dengan kerjasama Kementerian Pelajaran ini akan
mengenalpasti status kesihatan mental murid-murid sekolah
melalui saringan tahap stress, keresahan dan kemurungan. Mereka
yang dikenalpasti mempunyai masalah ini, akan diberi intervensi
sewajarnya termasuk kaunseling dan kemahiran daya tindak
kesihatan mental (mental health coping skills).
Antara aktiviti promosi kesihatan mental yang boleh dilaksanakan
di sekolah termasuk mengenali lebih dekat tentang kesihatan
mental di dalam komuniti sekolah melalui ceramah, pameran dan
kuiz yang boleh dijadikan aktiviti kokurikulum serta melibatkan
PIBG dan kelab sekolah.
Sekolah perlu mempunyai lebih ramai kaunselor yang terlatih
dengan kemahiran untuk membimbing dan membantu pelajar
untuk menguruskan stres.
Kita tidak boleh menafikan bahawa sistem pendidikan
berorientasikan peperiksaan telah menambah tekanan kepada ibu
bapa dalam mengharapkan anak-anak menunjukkan prestasi yang
baik di sekolah.
Walaupun ibu bapa mengatakan bahawa mereka tidak memberi
tekanan tersebut, namun anak-anak tahu harapan tinggi itu
terhadap mereka. Apabila gagal memenuhinya, kesannya akan
memudaratkan mereka.
Kita perlu memupuk keyakinan diri anak-anak agar sebarang
kegagalan atau kekecewaan dilihat sebagai suatu peluang untuk
mencuba semula daripada menjadikannya suatu kekurangan dan
akhirnya menyebabkan mereka memilih jalan mudah untuk keluar
dari masalah tersebut.

Artikel

Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2011&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&
pg=re_06.htm#ixzz4ECzrhEJj
Utusan Melayu (M) Bhd

Tekanan Emosi dalam Kalangan Murid

3.0 Pengenalan
Bab ini akan memberikan fokus kepada kanak-kanak yang mengalami
gangguan emosi. Terdapat perbezaan antara gangguan emosi dengan tekanan
emosi. Gangguan emosi akan berlaku tidak lama sekiranya tindakan diambil
dengan segera. Jika berlarutan, gangguan emosi ini akan menjadi penyakit
yang lebih serius dan boleh menyebabkan gangguan mental. Selain itu, bab ini
akan menjelaskan hak kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Hak Kanakkanka Sedunia 1989. Seterusnya huraian berkenaan hak kanak-kanak di
Malaysia diutarakan berdasarkan beberapa peruntukan perundangan.

3.1 Gangguan Emosi

1. Gangguan emosi berlaku apabila seseorang:


mengalami emosi tertentu
tidak mampu menunjukkan kasih sayang, marah serta penolakan
sukar berhubung dengan orang lain
mempunyai dua atau lebih emos
2. Terdapat pelbagai jenis ketakutan yang dapat dijelmakan dalam bentuk
kecemasan.
3. Guru bertanggungjawab membantu murid yang mengalami gangguan emosi
kerana masalah ini akan memberikan kesan kepada prestasi akademik dan

hubungan dengan orang lain.


4. Langkah-langkah dalam menangani masalah gangguan emosi murid:

Khidmat sokongan daripada pakar psikologi atau kaunselor.


Diberi bimbingan kerjaya.
Kerjasama daripada ibu bapa.
Modifikasi tingkah laku yang bersesuaian.
Didedahkan dengan pengurusan emosi.
Peraturan bilik darjah yang bersesuaian.
Murid diberi peluang mengenal pasti masalah dan tingkah laku sendiri.

Pelajar mengalami gangguan emosi perlu dibantu

3.2 Hak Asasi Kanak-kanak


1. Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 merupakan satu dokumen yang
memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi:

Pengabaian
Penderaan
Eksploitasi

Jaminan kanak-kanak mendapat haknya


2. Kepentingan konvensyen diperlukan

Tidak ada perundangan di dalam beberapa buah negara


Menjamin perkembangan yang sihat untuk kanak-kanka
Kanak-kanak lemah berbanding dengan orang dewasa
Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tiada pengaruh politik dan
ekonomi
3. Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 -- berkaitan dengan pemulihan dan
perlindungan kanak-kanak.
4. Akta Taman Asuhan Kanak-kanak diperuntukkan untuk pendaftaran,
pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak yang berusia 4
tahun ke bawah.
5. Dalam melindungi anak angkat kerajaan telah mengadakan perundangan
berhubung dengan pengambilan anak angkat.
6. Akta Kanak-kanak 2001 memastikan perlindungan, pemulihan dan
pembangunan diberi perhatian serius untuk menjaga kebajikan dan
kepentingan kanak-kanak.

Rumusan
Dalam bab ini telah dibincangkan perkara-perkara yang berikut:

Gangguan emosi dalam kalangan murid mungkin berlaku pada


peringkat awal perkembangan kanak-kanak dan ada kemungkinan gangguan
tersebut akan hilang semasa mereka meningkat remaja.
Murid yang menghadapi masalah gangguan emosi yang terlalu serius
kemungkinan akan mempamerkan pemikiran yang celaru, perasaan bimbang
yang keterlaluanserta perlakuan-perlakuan yang pelik. Oleh hal yang demikian,
menjadi peranan guru untuk membantu mereka.
Murid-murid ini perlu mendapat bantuan daripada pihak-pihak tertentu
misalnya pakas psikologi dan kaunseling.
Hak kanak-kanak perlu dijamin dan dihormati.

Hal ini bermakna,kanak-kanak tidak boleh didiskriminasikan dari segi


warna kulit, jantina, bahasa, agama, pendapat politik atau lain-lain pendapat,
asal usul kebangsaan, kaum atau sosial, harta benda, kecacatan, kelahiran
atau lain-lain status kanak-kanak itu atau ibu bapa atau penjaga sahnya.

Tekanan Emosi dalam


Kalangan Kanak-kanak
Mengikut kajian di negara lain, kekerapan kemurungan teruk dan sederhana
adalah dua hingga empat peratus dalam kalangan kanak-kanak manakala 10
peratus dalam kalangan remaja dan 15 hingga 20 peratus dalam kalangan
dewasa. Mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar mendapati 10.5
peratus daripada pelajar sekolah rendah mengalami tekanan emosi dan
kemurungan. Gangguan atau tekanan emosi dalam kalangan kanak-kanak
tidak boleh dibiar berlarutan dan perlu diberi perhatian segera. Setiap kanakkanak mungkin mempamerkan emosi yang berbeza ketika mereka mengalami
tekanan. Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana simptomnya tidak
jelas. Kebiasaannya kanak-kanak akan murung, menyendiri, tidak bercampur

dengan keluarga atau rakan-rakan, tidak mahu makan dan hilang minat pada
aktiviti yang biasa mereka lakukan. Walaupun begitu, boleh dikatakan jarang
kanak-kanak boleh menerima tekanan emosi kerana pada peringkat umur
tersebut, mereka tidak akan memendam perasaan sebaliknya melahirkan
rasa tidak puas hati dengan cara memberontak atau menangis.

Jenis dan Implikasi Emosi


Terhadap Kanak Kanak

Gembira membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana


melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai
sesuatu yang mereka sukai.
Marah membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk
mendapat sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti kesabaran, belajar

melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari


jalan penyelesaian.
Takut rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari
aspek fizikal dan psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan
perasaan takutnya, mencari jaminan mendapat ketenangan dan
ketenteraman.
Sedih Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan
kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan
dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.
Geli Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang
semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak
terkena apa yang yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu
mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.
Cemas Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak
berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar
menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan
sesuatu yang terbaik.
Malu Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik
dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini
membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri.
Rasa bersalah wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap
keluar dari standard tingkah laku yang baik. Si kecil akan berusaha untuk
tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya
kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak
meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi
pada waktu yang lain.
Rasa bangga tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati atau
dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti
merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa
bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.

TEKANAN EMOSI DALAM


KALANGAN MURID
1.0 PENGENALAN
Falsafah pendidikan di Malaysia
menekankan empat aspek pendidikan iaitu
spiritual, fizikal, intelek, dan emosi. Justeru,
dalam proses pendidikan yang berjalan di
dalam kelas para guru sewajarnya menekankan
keempat-empat aspek tersebut, bukan hanya
fokus pada pembentukan intelek. Emosi
merupakan antara aspek yang memastikan
kecemerlangan seseorang pelajar. Sewajarnya,
guru perlu saling menerima teguran dan
menyediakan emosi pelajar untuk menerima
pengajaran dalam keadaan yang sebaiknya. Ini
merupakan perkara yang perlu diberi perhatian
supaya pelajar melibatkan diri dalam setiap

kegiatan keilmuan yang diadakan di sekolah.


Sememangnya dalam diri setiap individu pelajar
terdapat kepelbagaian tingkah laku, sosial dan
rohani kerana mereka berasal daripada latar
belakang yang berbeza. Oleh itu, guru perlu
mendidik dengan bersifat sebagai seorang
pembimbing bukan sahaja pengajar.
2.0 TANDA-TANDA AWAL GANGGUAN EMOSI

Pelajar sering tertekan kerana beban pelajaran

Secara umumnya gangguan emosi


boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu
gangguan emosi ringan, sederhana, dan berat.
Gangguan emosi ringan merupakan gangguan
yang tidak terlalu kelihatan ciri-ciri luarannya.
Pada peringkat ini, pelajar masih dapat
mengawal diri masing-masing. Gangguan emosi
sederhana pula merupakan gangguan emosi
yang agak kelihatan secara luaran. Pada
kebiasaannya perasaan marah, takut, atau

sedih berlaku pada keadaan yang seharusnya


normal jika berlaku kepada murid lain.
Gangguan emosi berat pula jelas sekali
kelihatan daripada luar. Tingkah laku murid
kelihatan janggal. Ketika murid itu marah, dia
cenderung untuk mengamuk, menjerit atau
menyakiti dirinya sendiri.
Gangguan emosi berpunca daripada
beberapa faktor, antaranya ialah persekitaran
sekolah yang tidak kondusif, contohnya,
kesesakan di dalam kelas yang menyebabkan
murid melakukan kesalahan disiplin. Keadaan
ini menjadi ketara apabila wujudnya
sekelompok murid yang menjadi pengganggu
bagi menarik perhatian murid lain di dalam
kelas ketika guru mengajar.
Gaya pengajaran guru juga memberikan impak
kepada emosi pelajar. Seorang guru yang
bersifat mesra dan memberikan sokongan dan
penghargaan dalam pengajarannya
menyebabkan murid menyenangi guru tersebut
dan bersemangat untuk menghadiri kelas.
Selain itu, pengaruh keluarga dan rakan sebaya
juga mempengaruhi emosi pelajar kerana
mereka merupakan golongan yang banyak
meluangkan masa dengan pelajar. Mereka yang
hidup dalam keadaan mesra dan saling
menyayangi akan menyebabkan pelajar suka
membantu, peramah, dan aktif di dalam kelas.

Antara tanda seseorang murid


sedang mengalami gangguan emosi ialah, tidak
hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah,
selalu mengantuk atau tertidur di dalam kelas,
sentiasa merasa letih, sentiasa merasa cemas
dan benci, mudah diserang penyakit, dan
pencapaian akademik yang merosot.

Guru perlu memantau pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang


merosot.

Para pelajar yang mengalami


gangguan emosi sewajarnya dibantu kerana
masalah mereka, jika dibiarkan berlarutan akan
mempengaruhi masa hadapan mereka. Ibu
bapa merupakan insan yang paling penting
dalam menggalas tanggungjawab ini. Pepatah
Melayu ada mengatakan, "tangan yang
menghayun buaian mampu menggoncangkan
dunia," Didikan awal dan bimbingan daripada

ibu bapa sememangnya mampu membentuk


akhlak dan emosi yang baik dalam diri anakanak mereka. Kebanyakan ibu bapa sering
memarahi anak-anak mereka kerana perbezaan
kehendak yang wujud akibat jurang generasi.
Anak-anak yang sering dimarahi akan menjadi
seorang yang bengis, sensitif, dan panas baran.
Justeru, ibu bapa seharusnya berusaha untuk
membentuk persefahaman yang baik dengan
anak-anak dalam masa yang sama tetap
mendisiplinkan mereka.
Selain ibu bapa, guru juga
berperanan penting dalam menyemai emosi
positif pelajar. Seorang guru seharusnye
berusaha untuk menyediakan suasana yang
kondusif di dalam kelas untuk menghadirkan
'mood' ceria dan bersemangat dalam kalangan
para pelajar. Perasaan ini penting untuk
penerimaan para pelajar terhadap subjek yang
diajar di dalam kelas. Guru yang mengamalkan
gaya pengajaran autokratik mencetuskan rasa
keterpaksaan dalam diri pelajar dan seterusnya
menyebabkan para pelajar berasa takut
terhadap guru. Guru juga boleh menerapkan
nilai-nilai murni dalam apa jua silibus yang
diajar.

Guru yang memberikan motivasi kepada para pelajar mampu


menaikkan semangat pelajarnya untuk menerima pelajaran.

Dengan itu, dapatlah dirumuskan


bahawa pembentukan emosi murid memerlukan
komitmen daripada orang-orang yang terdekat
dengan murid. Emosi para pelajar ini
seharusnya sentiasa dipantau daripada semasa
ke semasa demi memastikan kecemerlangan
mereka dalam pencapaian di bidang-bidang lain
sama ada bidang pelajaran, kemahiran
komunikasi, sukan, dan lain-lain.

Murid yang mengalami masalah


gangguan emosi yang terlalu serius berkemungkinan akan

mempamerkan pemikiran yang celaru, perasaan bimbang yang


keterlaluan serta perlakuan-perlakuan yang pelik.

Oleh yang demikian, adalah menjadi peranan guru untuk


membantu mereka kerana jika tidak diatasi, masalah ini akan
memberikan kesan kepada prestasi akademik dan hubungan
murid dengan orang lain.

Langkah-langkah dalam menangani masalah


gangguan emosi murid;
~ khidmat sokongan daripada pakar psikologi ataupun
kaunselor
~diberi bimbingan kerjaya
~ kerjasama daripada ibu bapa
~modifikasi tingkah laku yang bersesuaian
~ didedahkan dengan pengurusan emosi
~peraturan bilik darjah yang bersesuaian
~murid diberi peluang mengenal pasti masalah dan tingkah
laku sendiri

Anda mungkin juga menyukai