Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERTUKARAN

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan EN. KAMARULZAMAN


BIN ISMAIL ,diiringi, PENGURUSAN PENTADBIRAN, GURUGURU DAN PELAJAR-PELAJAR SMK Ibrahim Fikri masuk ke
dalam dewan.
Pagi yang indah penuh ceria, Hari yang berbahagia penuh
bermakna kita raikan Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai
sempena pertukaran Guru kesayangan SMK Ibrahim Fikri.
EN. KAMARULZAMAN B. ISMAIL
Bissmillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T.
Yang Diraikan
EN. KAMARULZAMAN B. ISMAIL
Mantan Pen kanan Pentadbiran SMK Ibrahim Fikri
Yang berusaha Guru-guru Penolong kanan,
Guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru seterusnya para
pelajar yang dikasihi sekalian.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Hadirin yang dihormati sekalian,
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan,
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh
__________________________________
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Terima kasih diucapkan kepada


kpd ustaz Wan Kamruzzaman bin Wan Drahman atas bacaan
doa sebentar tadi
Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke
hadrat Ilahi kerana dengan limpah Kurnia-Nya pada hari yang
ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi
meraikan majlis pertukaran seorang warga pendidik di sekolah
yang tercinta ini. Untuk makluman semua, En. Kamarulzaman
b. ismail, telah berkhidmat dalam bidang pendidikan walaupun
belum lama di sekolah ini. Tetapi kehadiran cg kamarulzaman di
sekolah menengah Ibrahim Fikri ini memberi seribu makna
kepada kami warga SMKIF. Sesungguhnya majlis yang kita
adakan pada hari ini, tidak mampu untuk membalas segala
keringat dan jasa yang diberikan oleh beliau terhadap sekolah
yang kita cintai ini.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Hadirin yang dihormati sekalian,
Bagi membuka tirai majlis pada pagi ini, Ucapan dimulakan
daripada wakil pelajar yang akan disampaikan oleh
____________________________ ketua pelajar SMKIF.
Majlis mempersilakan...
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Meneruskan majlis kita pada pagi ini, dijemput Pengerusi kelab
keluarga En ________________untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi.


Hadirin yang dihormati sekalian,
Seterusnya merupakan ucapan yang akan disampaikan oleh
yang berusaha
En. Razali bin Osman,
Pengetua SMKIF.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Kalungan penghargaan buat Tn Pengetua kita
yang dititipkan sebentar tadi.

atas ucapan

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Tiap pertemuan pastinya ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak langkah
Selagi hayat dikandung badan
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan
daripada guru Yang Diraikan
En. Kamarulzaman b Ismail
Mantan Penolong Kanan Pentadbiran SMKIF
Majlis
dengan
segala
hormatnya
menjemput
dan
mempersilakan.
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan ucapan
ribuan terima kasih kepada guru Yang Diraikan
atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Majlis diteruskan dengan acara penyampaian cenderamata sebagai
tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini .
Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Pengetua, Tn hj
Razali bin Othman untuk mengiringi Yang Diraikan En.
Kamarulzaman bin ismail menerima cenderamata kenangkenangan naik ke pentas.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(MC membacakan senarai pemberi hadiah)
Begitulah acara penyampaian hadiah yang telah disampaikan itu
tadi.
Majlis mengucapkan ribuan Terima kasih kepada guru Yang
Diraikan atas kesudian menyempurnakan acara penyampaian
hadiah dan cenderamata sebentar tadi.
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Kepada cikgu kamarulzaman ,
Selamat meneruskan tugas baru sebagai Pengetua SMK
__________________
Budi mu tuan yang tumpah di sini,
hatta setitis mahupun selaksa.
Yang dikau laksanakan amanat dan tanggungjawab yang tidak
berbelah bagi .
Ucapan Terima kasih kamidaripada kami warga SMKIF
Kenanglah SIF dalam doamu...
Sekian, terima kasih
Sekian Wabillahi taufik walhidayah wasalamualaikum.