Anda di halaman 1dari 3

SMK (P) METHODIST KUALA LUMPUR

LAPORAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENCERAPAN 2016


FASA I ( JAN - JUN )
Proses pencerapan sebagaimana yang diputuskan oleh KPM menghendaki guruguru sama ada baru dan yang telah lama berkhidmat dicerap sekurang-kurangnya
sekali dalam setahun. Tugasan pencerapan ini meluputi :
Memaklumkan kepada semua guru bahawa mereka akan dicerap sekurangkurangnya sekali dalam setahun
Penerangan kepada semua pencerap tentang instrumen pencerapan
Menyediakan jadual pencerapan guru dan mengagihkan tugas antara pentadbir
Menjalankan pencerapan mengikut jadual yang telah ditetapkan
1. ANALISIS KESELURUHAN PENCERAPAN GURU -GURU FASA I
Seramai 26 orang guru di sekolah ini telah dicerap bagi fasa I ( Jan hingga
Jun ) tahun
2016. Berikut adalah skor markah bagi guru-guru tersebut.

LAPORAN KESELURUHAN
KEKUATAN PENCERAPAN GURU
Kemahiran komunikasi
Guru berkomunikasi dengan bahasa yang betul, mudah difahami, sebutan yang
jelas, tepat serta nada suara yang sesuai
Guru berkemahiran mendengar dan memberi maklum balas secara lisan
Penguasaan isi kandungan pengajaran
Isi kandungan dikuasai dengan baik oleh guru
Refleksi dicatatkan bagi setiap pelajaran dengan merujuk kepada objektif
pengajaran
RPH yang disediakan berdasarkan RPT. Objektif dinyatakan dalam bentuk
perlakuan, Aktiviti dirancang untuk mencapai objektif pelajaran
Pengurusan kelas
Guru memastikan kelas berada dalam keadaan kondusif untuk proses PdP
Guru dapat mengawal tingkah laku murid dengan menegaskan pematuhan pada

peraturan serta memastikan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran


Susun atur kedudukan murid sesuai dengan aktiviti yang dilaksanakan dan ruang
kelas digunakan secara optimum untuk tujuan pembelajaran

Amalan profesionalisme keguruan


Guru mempunyai kesungguhan dalam menyampaikan pelajaran
Guru bersikap prihatin terhadap murid, menyayangi murid
Guru menepati masa
Guru bersikap mesra, sabar dan mudah didekati
Penglibatan murid
Hampir keseluruhan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti
murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan bahan
Kebanyakan murid memberi tumpuan semasa PdP guru
Penggunaan sumber pendidikan
Guru menyediakan sumber pendidikan yang sesuai, menarik dan merangsang
pemikiran murid
Ada guru yang dicerap menggunakan Vle-Frog dengan baik sebagai nilai tambah
kepada PdP sedia ada. Inisiatif ini diharap akan berterusan selepas ini
Pada keseluruhannya , guru-guru yang dicerap telah berjaya mencapai objektif PdP
tetapi masih boleh dibuat penambaikan.
KELEMAHAN PENCERAPAN :
1. Ada segelintir guru tidak bersedia dengan RPH yang terperinci
2. Masa pelajaran tidak digunakan secara optimum
3. Terdapat segelintir guru yang memerlukan peneguhan dari segi teknik
penyampaian, suara guru dan keyakinan dalam menyampaikan isi
pengajaran.
4. Penyediaan rancangan pelajaran harian terutamanya komponen aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam buku rekod mestilah lebih terperinci.
5. Penggunaan sumber pendidikan ada kalanya tidak digunakan
semaksimumnya
6. Hasil kerja murid tidak disemak secara konsisten
7. Penghasilan hasil kerja murid perlu dibimbing oleh guru terutama bagi kelas
yang lemah.Ini boleh dilihat melalui hasil kerja pelajar yang agak ringkas dan
tidak teratur.
8. Aktivit PdP yang dilaksanakan tidak disokong dengan penggunaan sumber
pendidikan yang sesuai.
9. Penggunaan peta pemikiran I-Think dan element KBAT masih boleh
dipertingkatkan kerana kebanyakan guru lebih tertumpu menggunakan ICT

dalam PdP

Disediakan oleh,
( HANIZAH HAMZAH )
Pengurus Pencerapan
MGSKL 2016