Anda di halaman 1dari 2

Rasulullah s.a.

w bersabda :

1. "Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat"
( H.R.Bukhari dan Muslim)

2. "Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian
solat 2 rakaat maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" (H.R.Tarmizi)

3. "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan
haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah
sunat" ( H.R.Attabrani)

4. "2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya"
(H.R. Muslim &Tarmizi)

5. "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya
dari api neraka"( H.R.Attabrani)

6. "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosadosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah
dosa-dosanya itu"(H.R.Attabrani)

7. "Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat
maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka( H.R.Abu Daud & Tarmizi)

8. "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga
dari bawah kukunya juga" (H.R.Muslim)

9. "Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan
melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia
dan turunkanlah RahmatMu kepadanya" (H.R.Bukhari)

10. "Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) malam dan
(pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah juga maka (pahalanya)

bagaikan bangun semalaman (penuh). (H.R.Muslim & Ahmad)

11. "Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah
keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau
tercium baunya" (H.R.Muslim)

12. "Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (mengangkat
kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala kaldai"(- H.R.Sahih Muslim)

13. "Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70 x solat tanpa siwak"
(H.R.Zanjawaih & Hakim)

14. "Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak memakai
serban dan solat jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai
serban" (H.R.Ibn'Asakir)

15. "Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang
padanya, selagi ia tidak berhadas" ( H.R.Bukhari & Muslim)

16. "Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu membaca
"Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan
Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu" (H.R.Bukhari & Muslim)

17. "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang
yang sembahyang pada saf yang pertama" (H.R. Ahmad & Abu Daud)

18. "Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh
hasanat" (H.R.Abu Dawud)

19. "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan"
(H.R.Attabrani)

Anda mungkin juga menyukai