Anda di halaman 1dari 8

Peranan seseorang guru bimbingan dan kaunseling adalah amat berat.

Pada amnya, guru


bertanggungjawab dalam usaha memperkembangkan segala bakat yang ada pada diri seseorang pelajar
semasa ia bersekolah. Keadaan ini bertambah sulit lagi apabila seseorang guru bimbingan dan kaunseling
terpaksa memikul berbagai-bagai lagi beban kerja sebagai guru. Oleh itu, mereka yang dilantik hendaklah
merupakan guru yang terlatih dan pakar dalam bidang ini. Guru-guru mendapat latihan secara khusus
dalam bidang bimbingan dan kaunseling.
Dari itu, apabila seseorang guru dilantik menjadi guru bimbingan dan kaunseling, ia sentiasa memikirkan
program yang sesuai untuk dilaksanakan secara berkesan. Untuk memastikan keberkesanan program
perkhidmatan unit ini, ia akan melaksanakan perancangan yang diaturkannya itu dengan penuh teliti
bagi menentukan dan menjamin matlamatnya tercapai. Guru bimbingan dan kaunseling amat arif dalam
menguruskan pelaksanaan dan perancangannya itu.
Pada permulaannya, ia akan menyusun dan menyediakan progam bimbingan dan kaunseling bagi
sepanjang tahun dengan teliti dan amat arif dalam prosedur-prosedur program. Guru akan menelolakan
Rancangan Suai Kenal untuk membimbing para pelajar dalam memilih mata pelajaran. Ia akan
mencadangkan tempat-tempat pelajaran lanjutan, tabiat belajar dan lain-lain kegiatan panduan
pelajaran. Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, ia memberikan segala kerjasama, nasihat dan
pandangan kepada guru disiplin dan guru-guru lain ketika menyelesaikan masalah disiplin.
Selanjutnya, ia menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan pelajar yang bermasalah disiplin untuk
mewujudkan tingkah laku yang diingini. Guru ini membina perhubungan dengan ibu bapa dan penjaga,
pegawai kebajikan masyarakat dan pihak polis. Ia mengelolakan kursus, bengkel, seminar, ceramah dan
pameran di peringkat sekolah. Guru bimbingan dan kaunseling juga mengambil bahagian dalam
mengelolakan kursus bimbingan dan kaunseling di peringkat daerah, negeri dan zon. Jika memerlukan
alam hubungan dengan pihak luar, ia membantu mewujudkan perhubungan yang erat antara sekolah dan
badan-badan yang berkaitan seperti jabatan-jabatan kesihatan, sumber manusia, kebajikan masyarakat,
kebudayaan, belia dan sukan, badang persendirian, persatuan-persatuan dermawan dan sebagainya.
Beliau membuat penentuan kes-kes untuk dirujukkan kepada pihak-pihak tertentu dan membuat
susulan. Ia juga bertanggungjawab dalam mengisi, menjaga dan menggunakan Rekod Himpunan Pelajar
dan butiran yang terkandung di dalamnya.
Guru bimbingan dan kaunseling ini juga membuat peraturan untuk mengisi dan menyimpan rekod-rekod
perseorangan termasuk butiran peribadi dan maklumat pelajar. Guru juga mengelolakan bilik bimbingan
dan kaunseling serta melengkapkannya dengan kerusi, meja, papan kenyataan dan sebagainya. Selain itu,
ia juga mengelola dan mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling, temu ramah dengan para pelajar, ibu
bapa dan penjaga. Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, ia merahsiakan perbincangan mengenai
masalah peribadi, pemilihan mata pelajaran, kursus, pemilihan kerjaya, kesihatan, penyesuaian diri,
pergaulan, sosial dan sebagainya.
Memang telah menjadi tugasnya untuk merancang dan mengelolakan kaunseling kelompok di peringkat
sekolah untuk memberi kesedaran kepada pelajar. Dengan itu mereka dapat mengatasi masalah peribadi,
kebiasaan, sikap, menjelaskan nilai-nilai dan membentuk sahsiah pelajar untuk menjadi orang yang
bertanggungjawab. Guru bimbingan dan kauseling juga menggunakan kaunseling kelompok sebagai
usaha mencegah penyalahgunaan dadah, membantu mereka memilih mata pelajaran pilihan,
mengembangkan minat dan kemahiran untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran dan
sebagainya.
Dalam bidang kerjaya, ia menyebarkan maklumat mengenai peluang, latihan, pelajaran, pekerjaan,

kaedah memohon pekerjaan, perilaku dalam temu duga bagi para pelajar dan sebagainya. Ia mengesan
sikap, bakat, kebolehan dan sahsiah para pelajar melalui ujian khas yang diadakan olehnya. Guru ini
melaksanakan kajian dan penyelidikan ke atas tindakan yang telah dilakukan oleh pelajar yang
berhubung dengan pekerjaan. Mengelola dan menyelia Kelab Bimbingan dan Kaunseling sekolah dan
menentukan agar ia berjalan lancar dan berkesan juga merupakan tugasnya.
Selaku guru bimbingan, ia mengetuai program yang dijalankannya dan membuat keputusan
mengeluarkan garis panduan, meningkatkan motivasi dan kaunseling. Selain itu, guru bimbingan dan
kaunseling juga membuat penilaian keberkesanan program, mengenal pasti kekurangan dan mengambil
langkah untuk menyelesaikannya. Di samping itu, guru bimbingan dan kaunseling menjalankan urusan
pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling dengan mengadakan perhubungan awam, pengendalian
bahan-bahan cetak, surat-menyurat dan lain-lain. Ia mengadakan sistem fail dan menyediakan laporan
mengenai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakannya dan melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab
sebagai guru bimbingan dan kaunseling yang diarahkan oleh pengetua, Penolong Pengarah Pendidikan
Hal-Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya.
Sekiranya seorang guru bimbingan dan kaunseling diperuntukan mengajar 12 waktu seminggu, ini
bermakna ia mempunyai lebih kurang 16 waktu untuk menjalankan kegiatan bimbingan dan kaunseling.
Peruntukan masa untuk bimbingan dan kaunseling adalah 1300 minit. Hal ini adalah berdasarkan 40
minit bagi setiap waktu mata pelajaran di sekolah. Walau bagaimanapun, penggunaan waktu bimbingan
dan kaunseling yang minimum untuk aktiviti-aktiviti kaunseling, tunjuk ajar dan kelompok adalah 640
minit dalam seminggu, manakala kaunseling individu, perbincangan kes dan keluarga adalah 120 minit
dan pengurusan bilik bimbingan dan kaunseling adalah 60 minit dan semuanya berjumlah 820 minit
seminggu.
Pengagihan masa yang lebih untuk kaunseling, tunjuk ajar dan bimbingan serta kaunseling kelompok
adalah untuk membolehkan pelajar ditemui oleh guru bimbingan dan kaunseling dengan lebih kerap
dalam masa yang singkat. Dengan itu, usaha-usaha untuk menyampaikan maklumat dan interaksi yang
informal adalah digalakkan.

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN B&K


1. PERKHIDMATAN KAUNSELING
a). Kaunseling individu atau kelompok.
- pencapaian akademik yang tidak memuaskan.
- rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.
- kerjaya, pelajaran, dan peribadi.
- tidak turut serta dalam ko-kurikulum.
- masalah disiplin seperti ponteng, budaya berpeleseran, merokok, bertumbuk, dan
menggunakan dadah atau bahan inhalen
b). Kaunseling keluarga
- jika perlu dan jika guru bimbingan dan kaunseling boleh mengendalikannya .

c). Kaunseling tunjuk ajar


- guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara
berkait dengan penilaian diri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran berkomunikasi,
menghadapi masalah, membuat keputusan, dan menghindar diri dari tercebur dalam
pengguaan dadah dan inhalen.

2. PERKHIDMATAN BIMBINGAN
- Bimbingan kelompok dan pengajaran iaitu bimbingan perkembangan yang
mengandungi aktiviti terancang dan tersusun
3. PERKHIDMATAN INVENTORI INDIVIDU DAN REKOD PELAJAR.
- sistem fail
- rekod
- dokumentasi
4. PERKHIDMATAN MEMBERI MAKLUMAT.
- pendidikan pencegahan dadah
- latihan dan kerjaya
- sosial dan peribadi

5. PERKHIDMATAN PENEMPATAN
- membantu memilih aktiviti ko-kurikulum.
- penempatan pekerjaan
- penempatan IPT dan IPTS
6. PERKHIDMATAN MENCEGAH PENGGUNAAN DADAH
- memberi bimbingan dan kaunseling penyalahgunaan dadah
- membuat penilaian dan memberi maklum balas tentang program pencegahan
penggunaan dadah.
7. PERKHIDMATAN RUNDINGCARA DAN RUJUKAN
- membantu bekas pelajar
- membantu dan berunding dengan pihak pentadbir dan staf sekolah
- membantu ibu bapa atau penjaga tentang kebajikan pelajar
- membuat rujukan

8. PERKHIDMATAN KONFERENS DENGAN IBU BAPA


- memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga berbincang dengan guru bimbingan
dan kaunseling sekolah tentang pendidikan, sosial, peribadi, dan perkembangan
kerjaya anak-anak mereka.
9. PERKHIDMATAN PENYELARASAN RESOS
- menyelaras aktiviti kebajikan pelajar dengan agensi luar
- merancang dan berusaha untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti B & K kepada
komuniti luar.
10. PERKHIDMATAN PENILAIAN
- membuat penilaian aktiviti bimbingan
- menilai model atau modul bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN


1.2
1.2.1

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN


PERKHIDMATAN INVENTORI , TAKSIRAN DAN REKOD.

Antara perkhidmatan yang paling penting dan perlu dilaksanakan di bilik kaunseling ialah pengendalian fail
bimbingan dan kaunseling. Pengendalian fail bimbingan dan kaunseling ini dikendalikan bagi setiap murid oleh guru
kaunseling. Guru kaunseling perlu mengumpul dan merekod butiran ujian dan penilaian diri pelajar. Selepas itu, guru
tersebut harus mengemaskinikan rekod kaunseling pelajar. Di samping itu, guru kaunseling harus mentafsir data
untuk tujuan pembangunan diri pelajar.
1.2.2

KHIDMAT PENGUMPULAN DAN MEMBERI MAKLUMAT

Perkhidmatan yang perlu guru kaunseling menitikberatkan nya adalah tentang penyebaran maklumat
pendidikan dan kerjaya. Segala maklumat pendidikan dan program kerjaya perlu dilaksanakan oleh guru kaunseling
di sekolah rendah. Ini boleh memudahkan murid mendapat sedikit pendedahan tentang dunia pendidikan. Sebagai
contoh, murid tahun enam yang ingin melanjutkan pelajaran sekolah menengah di sekolah teknik juga boleh
mendapatkan syarat kemasukan dan cara memohonnya di bilik bimbingan dan kaunseling.
Selain itu, perkhidmatan kerjaya seperti program teori kerjaya dan inventori kerjaya juga dilaksanakan oleh guru
kaunseling. Melalui perkhidmatan kerjaya ini, murid dapat mengetahui bakat dirinya. Jadi, murid mudah memilih citacita mereka mengikut kebolehan dan keminatan yang ada padanya. Seterusnya bilik kaunseling juga menjadi pusat
penyebaran maklumat mengenai isu semasa pendidikan. Untuk itu, seseorang guru kaunseling perlu
mengemaskinikan papan tanda dengan isu yang bangkit dalam alam pendidikan. Bukan sahaja murid, tetapi guru
lain juga boleh menjadikan bilik kaunseling sebagai tempat penyebaran isu semasa tentang dunia pendidikannya.
1.2.3

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan yang seterusnya adalah khidmat krisis kaunseling. Perkhidmatan krisis kaunseling
bermaksud berikutan itu, terdapat beberapa jenis kaunseling seperti kaunseling individu, kaunseling
kelompok, kaunseling
pengembangan
diri
dan
kaunseling kerjaya. Kaunseling individu dijalankan secara individu kepada seseorang murid. Ia terbahagi kepada
empat bahagian kecil iaitu kaunseling individu akademik, kaunseling individu kerjaya, kaunseling individu peribadi
dan kaunseling individu tentang penyalahgunaan dadah.
Kaunseling individu akademik selalunya dijalankan untuk membimbing murid untuk membuat pilihan mata
pelajaran yang selarannya dengan minat, keupayaan dan pencapaian mereka. Kaunseling individu kerjaya pula
dijalankan untuk membantu murid mendapat maklumat kerjaya yang sesuai dengan perkembangan minat,
keupayaan dan pencapaian klien.
Kaunseling individu peribadi sedikit berbeza daripada kaunseling individu yang lain.. Kaunseling individu
peribadi semangat sensitive dan perlu menangani dengan berhati hati. Ini kerana isu yang dibawa oleh para murid
terdiri daripada hal percintaan, perhubungan social, isu kewangan, isu kekeluargaan, persahabatan, pengurusan
emosi. Komunikasi positif, peningkatan konsep kendiri, estim kendiri dan lain.
Kaunseling individu tentang penyalahgunaan dadah juga sebahagian daripada kaunseling individu. Walaupun
masalah ini bukanlah begitu kerap berlaku di sekolah, tetapi guru perlu memikirkan tindakan yang perlu diambil
sekiranya berlaku sesuatu perkara sebegitu.
Kaunseling ini lebih berfokus kepada murid yang salah bergaul dengan samseng, penghisap dadah, pil khayal
dan pil kuda. Kebiasaannya murid yang terlibat dalam gejala sebegini tidak dapat menumpukan pada pelajaran.
Mereka lebih gemar untuk tidur dalam kelas, kurang bermaya dan hanya berada dalam dunia sendiri.
1.2.4

KHIDMAT PENILAIAN

Perkhidmatan yang perlu dilaksanakan di bilik bimbingan dan kaunseling adalah membuat penilaian
program bimbingan dan kaunseling yang disediakan secara formatif dan sumatif. Penilaian secara formatif
bermaksud atau jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam
kelas. Penilaian sumatif pula bermaksud satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu
tap persekolahan.
1.2.5

KHIDMAT INVENTORI DAN REKOD

Seterusnya, perkhidmatan kaunseling yang terdapat di bilik kaunseling adalah pengendalian fail bimbingan
dan kaunseling. Guru kaunseling perlulah mengumpul dan merekodkan butiran-butiran penilaian dan pentafsiran
minat murid (Kad 001 R/ 001 M) untuk mengetahui tentang diri seseorang murid
.
1.2.6 KHIDMAT PENEMPATAN
Selain itu, unit kaunseling juga perlu menyediakan pembantuan kepada para pelajar dalam penempatan
kelas dan aliran. Seseorang guru kaunseling boleh memberi cadangan penempatan seseorang murid mengikut aliran
yang sesuai kepada dirinya. Kebiasaannya, guru kaunseling di sekolah menengah menentukan penempatan para
pelajar lepasan PMR ke aliran sains dan bukan sains.
1.2.7

KHIDMAT KONSULTASI DAN RUJUKAN

Selain itu, ahli kaunseling juga menjadi orang yang berkuasa untuk memberi khidmat konsultasi kepada
guru, pentadbir dan ibu bapa. Walaupun golongan yang berpelajaran seperti guru dan pentadbir, namun adakalanya
berlaku perselisihan faham antara mereka. Pelbagai masalah dapat diselesaikan dengan adanya khidmat konsultasi
daripada ahli kaunseling.

Ekoran itu, khidmat yang disediakan di bilik kaunseling adalah merujuk pelajar kepada pihak yang tertentu
untuk mendapatkan khidmat pakar dan lanjutan. Sebagai contoh, guru kaunseling boleh merujuk tentang kelebihan
seseorang murid kepada guru kelas, guru kokurikulum ataupun jurulatih bagi membantu murid tersebut menjadi
pakar dalam bidang yang diceburi.
1.2.8

KONFERENSI KES

Perkhidmatan yang terakhir adalah pelaksanaan strategi dalam memberikan bimbingan dan memberikan
kebajikan kepada para pelajar. Permasalahan murid akan dibincangkan bersama dengan pakar-pakar iaitu yang
terdiri daripada guru kelas, guru disiplin, doktor dan jururawat, pegawai kebajikan masyarakat, guru besar, kaunselor
sebagai
penyelaras.
Ini bertujuan untuk menyemak dan menganalisis sesuatu kes dan merancang kaedah pertolongan dan bimbingan
yang diperlukan oleh pelajar.

1.3
1.3.1

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING


KAUNSELING PENCEGAHAN

Khidmat pencegahan bermaksud perkhidmatan memberi maklumat mengenai elemen yang membahayakan
diri dan masyarakat secara individu dan kelompok. Sebagai contoh, isu bencana alam iaitu tsunami ataupun gempa
bumi menjadi buah mulut orang ramai di seluruh dunia. Namun, terdapat juga beberapa orang sengaja mengatakan
sesuatu mengenai bencana alam tersebut tanpa mengkaji secara terperinci. Tugas unit kaunseling adalah
merumuskan apa yang benar tentangnya dan menyampaikan kepada murid di sekolah rendah.
1.3.2

KAUNSELING PERKEMBANGAN

Perkhidmatan seterusnya ialah guru kaunseling perlu mengadakan hubungan dengan penjaga mengenai
kemajuan pelajar. Guru kaunseling bolehlah mengaturkan program perjumpaan dengan para ibu bapa untuk
berbincang tentang kemajuan dan kebolehan murid dalam aktiviti sekolah. Dengan ini, ibu bapa dapat memahami
rupa asal anak dalam sekolah. Terdapat beberapa murid yang tidak menonjolkan watak sebenarnya kepada kedua
dua ibu bapa. Mereka sering berpura pura terhadap ibu bapa kerana takut akan dimarahi oleh kedua ibu bapanya.
Jadi, ibu bapa bolehlah menggunakan kesempatan ini untuk mengetahui tentang pendirian anak mereka dengan
lebih terperinci.
Selain itu, guru kaunseling juga berperanan untuk mendapat kerjasama ibu bapa dengan program
pembangunan diri pelajar. Ini disebabkan program pembangunan diri pelajar perlu dilaksanakan dengan kebenaran
ibu bapa. Jadi, guru kaunseling harus bertungkus lumus untuk mendapatkan kebenaran dan kerjasamanya.
1.3.3

KAUNSELING KRISIS

Kaunseling krisis digunakan bagi kes yang memerlukan perhatian atau tindakan segera guru bimbingan dan
kaunseling. Contohnya, kes hysteria, pergaduhan dalam kelas atau sekolah; percubaan membunuh diri;penggunaan
dadah; kejadian trauma seperti banjir,gempa bumi, kebakaran, kehilangan ahli keluarga akibat
kemalangan,kematian; kes cemas seperti penceraian ibubapa dan sebagainya.
1.3.4

KAUNSELING PEMULIHAN

Kaunseling pemulihan dijalankan ke atas kanak-kanak yang berisiko seperti ponteng sekolah, merokok,
vandalisem, melawan guru dan masalah disiplin yang lain. Mereka dikumpulkan untuk menjalani kaunseling individu
atau kelompok bertujuan mengubah perlakuan masing-masing dan mengelakkan berlakunya krisis.

LATAR BELAKANG
SRK St. Agnes memulakan bimbingan kaunseling di sekolah sekitar
tahun 2002. Pada peringkat awal ini hanya sebuah bilik khas untuk
menjalankan perkhidmatan . Pada tahun 2004 maka lantikan Guru
bimbingan peringkat sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri telah
dilakukan bagi menyahut keperluan yang diumumkan oleh
Kementerian sehingga pada tahun 2003. Guru bimbingan Sepenuh
masa Sekolah Rendah yang bertugas sekarang telah mendapat
perlantikan rasmi dari kementerian sejak tahun 2005.

LATAR BELAKANG
SRK St. Agnes memulakan bimbingan kaunseling di sekolah sekitar
tahun 2002. Pada peringkat awal ini hanya sebuah bilik khas untuk
menjalankan perkhidmatan . Pada tahun 2004 maka lantikan Guru
bimbingan peringkat sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri telah
dilakukan bagi menyahut keperluan yang diumumkan oleh
Kementerian sehingga pada tahun 2003. Guru bimbingan Sepenuh
masa Sekolah Rendah yang bertugas sekarang telah mendapat
perlantikan rasmi dari kementerian sejak tahun 2005.
Namun sekolah ini juga perlu penambahbaikkan perkhidmatannya.
Antaranya
ialah perkhidmatan yang diberikan kepada pentadbir,guru-guru dan
masyarakat kurang
memuaskan. Untuk mengatasi masalah ini guru-guru kaunselor haruslah
merancang dan
melebihkan perkhidmatan kepada pentadbir,guru-guru dan masyarakat.
Sebagai
contohnya mengadakan ceramah yang berkaitan dengan kerjaya,keluarga
dan cara
menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Selain daripada itu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling boleh
mengadakan
konferens dengan ibubapa . Antaranya ialah memberi penjelasan khidmat
bimbingan dan
kaunseling di sekolah dan cara ibu bapa boleh bekerjasama dengan pihak
sekolah.
Pihak Bimbingan dan Kaunseling juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti

pembangunan diri pelajar. Contohnya mentor-menti,bicara hari,kursus


kepimpinan
pengawas serta cara-cara belajar yang berkesan. Secara keseluruhannya
tinjauan ini
dapat memberikan maklumat mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh
pihak
bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah . Perkhidmatan yang
ditawarkan
haruslah merangkumi keperluan pelajar dan persekitarannya.
SIFAT-SIFAT

Anda mungkin juga menyukai