Anda di halaman 1dari 9

DATO' ONN JAAFAR SEBELUM MENGETUAI PENENTANGAN MALAYAN UNION

Untuk menonjolkan tokoh Dato Onn sebagai pejuang kemerdekaan bangsa adalah
suatu yang dianggap tidak relevan oleh pemimpin kontemporari terutamanya
daripada UMNO. Dato Onn hanya diiktiraf sebagai tokoh yang berjasa kepada
negara kerana mengasas penubuhan UMNO dan menjadi Yang di Pertua pertama
dari 1946 hingga 1951. Dato Onn berjasa menentang dan menguburkan Malayan
Union.
Sumbangan Dato Onn dalam perjuangan ke arah kemerdekaan negara pada
hakikatnya tidak boleh dinafikan. Meskipun ada suara-suara yang melabelkan beliau
sebagai pemecahbelah perpaduan UMNO dan pembunuh semangat kemerdekaan
yang amat gairah diperjuangkan oleh orang-orang Melayu, beliau tetap merupakan
seorang tokoh Melayu terulung yang mempunyai wawasan yang begitu jauh.
Kemerderkaan hari ini yang tercapai pada 31 Ogos 1957 meskipun tidak dianggap
sebagai buah tangan darinya, tetapi sebenarnya adalah merupakan hasil asas yang
dibinanya. Asas dan rangka kemerdekaan yang dilakar oleh DatoOnn tetap menjadi
ikon perintis jalan kepada bangsa Melayu walau pun beliau tidak dianggap sebagai
pemimpin Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan.
Kemerdekaan hari ini adalah hasil buah tangan Y.M. Tunku Abd Rahman. Tetapi
ironinya apabila sejarah mencatatkan bahawa Y.M. Tunku juga keluar dari UMNO di
penghujung usianya seolah-olah menjejaki langkah Dato Onn kerana berlaku
masalah dalaman UMNO. UMNO berjaya mengekalkan maruah dan martabat politik
Melayu. Kuasa politik Melayu adalah lambang kejayaan dan kedaulatan Melayu pada
hari ini. Meskipun tokoh ulung kepimpinannya datang dan pergi dengan pelbagai
haluan, UMNO berjaya meneruskan perjuangan.
Di era Tun Abdullah (Pak Lah), bekas Prisiden UMNO yang terlama memegang
rekod kepimpinan iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed juga bersara dalam dilema
apabila UMNO mengucil dan memperkecil sumbangan beliau selama 22 tahun
mengetuai negara dan lebih separuh usianya berkhidmat kepada UMNO. Beliau
telah keluar dari menjadi ahli UMNO dan apabila Pak Lah melepaskan jawatan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah menyertai semula UMNO Baru yang
ditubuhkannya. UMNO Baru dianggap kesinambungan dari UMNO lama yang telah
dibatalkan pertubuhannya secara perundangan.
Apa yang telah menjadi sejarah adalah kenyataan dan realiti yang telah dilalui dan
diharungi oleh orang Melayu. Sehubungan itu, sejarah politik Melayu semakin kental
dan matang jika dibanding dengan politik kaum lain di negara ini yang tidak banyak
berhadapan dengan dugaan dan tekanan sosial. Disebalik kematangan dan
pengalaman yang luas, politik Melayu melalui UMNO juga dikhuatiri menjadi begitu
complicated yang memperlihatkan kerapuhan kerana teras perjuangan yang

diilhamkan oleh pemimpin unggul berterusan berganti-ganti. Terlalu banyak


pertukaran dasar dan teras yang berdasarkan percubaan. Walau pun pembaharuan
dasar-dasar memperlihatkan kekuatan dan kehebatan, kekerapan pertukaran dasar
juga membayangkan kelemahan tunggak falsafah dan hala tuju politik Melayu itu
sendiri.
Catatan sejarah adalah sumber yang tidak bias kepada mana-mana pihak. Persepsi
dan pandangan adalah mengikut tahap pemikiran dan keadaan semasa.
Sehubungan itu adalah baik sekali jika rakyat diperkenalkan kepada Dato Onn
mengikut ringkasan biografi beliau supaya rakyat mendapat input dan menilai sendiri
ketokohan Dato Onn.
Dato Onn dilahirkan di rumah bapanya di Bukit Gambir, Johor Bahru pada tahun
1895. Sebelum pembangunan Johor Bahru, Bukit Gambir ialah ladang pekebunan
gambir yang sangat luas dan dari situlah nama bukit ini diperolehi.Bapanya, Dato
Jaafar Muhamad ialah Menteri Besar Johor ketika itu. Rumahnya terletak dibelakang
Kebun Istana di Jalan Gertak Merah ialah rumah kediaman rasmi yang disediakan
oleh sultan untuknya. Ketika usia Dato Onn 8 tahun, ibunya Cik Rogayah Hanim
meninggal dunia. Ibunya adalah dari keturunan bangsawan Turki yang terpelihara di
Istana Harem. YM Cik Khadijah dan Cik Rogayah Hanim adalah keluarga
bangsawan Turki yang dinikahkan atas perkenan dan restu Sultan Turki sebagai
tanda persaudaraan dengan Maharaja Abu Bakar ketika baginda melawat Turki pada
tahun 1887. YM Cik Rugaya telah dinikahkan dengan adinda Maharaja Abu Bakar,
Tengku Majid. Apabila Tengku Majid meninggal, YM Cik Rugayah bernikah dengan
seorang saudagar Arab dari Bogor, Jawa Barat. Apabila meninggal suaminya Syed
Abdullah Al-Attas, Sultan Johor telah menitahkan Dato Jaafar memperisteri Cik
Rugayah bagi menjaga kebajikan dan kebangsawanan serta perhubungan dengan
kerajaan Turki.
Disamping itu, Sultan Ibrahim sendiri telah menikahi Cik Dara, kakak Dato Onn
berlainan ibu yang kemudiannya berputerakan Temenggong Ahmad. Daripada
hubungan perkahwinan itu, menjelaskan bahawa Dato Jaafar bukan saya
berperanan sebagai perdana menteri dan penasihat kepada kerajaan tetapi juga
sebagai bapa mertua kepada sultan Johor. Hubungan ini adalah seperti amalan
tradisional dimana peranan bendahara disamping sebagai perdana menteri adalah
mertua kepada sultan. Dengan kedudukan itu memperlihatkan keistimewaan
kedudukan Dato Onn di kalangan kerabat di raja Johor.
Sejak kecil Dato Onn bebas di Istana malah rumahnya sendiri di Bukit Gambir
seperti rumah kedua. Ini adalah kerana beliau dianggap sebagai anak angkat oleh
Sultan Ibrahim. Dato Onn sangat rapat dengan Tengku Mahkota Johor, Tengku
Ismail yang sebaya dengan beliau. Dato Onn sejak kecil merupakan seorang anak
yang sangat cerdas dan aktif. Beliau menunjukkan sikap yang pendiam ketika ibunya
meninggal dunia. Beliau sering merajuk dengan membawa diri ke kebun istana.

Beliau bebas melakukan aktiviti bersendiri atau bersama putera-putera raja di situ. Di
kalangan sebaya, beliau menjadi ketua. Sejak kecil ketokohan beliau telah terserlah.
Sebelum beliau dihantar ke England, Dato Jaafar sendiri mengajar akhlak dan
agama serta adab budaya Melayu kepadanya. Tetapi pelajaran formalnya semenjak
berusia 4 tahun adalah mempelajari Bahasa Inggeris bersama-sama putera-putera
sultan yang lain dengan dua orang guru perempuan bangsa Inggeris yang
didatangkan khas untuk tujuan itu. Guru berbangsa Inggeris itu juga bertindak
sebagai pengasuh kepada anak-anak raja mengenai adab dan budaya Inggeris.
Daripada pemerhatian guru itu, Dato Onn dilaporkan sebagai seorang kanak-kanak
yang pintar dan terlalu berani bertanya dan menkritik. Beliau mengesyorkan puteraputera dan anak bangsawan yang diasuhnya dihantar ke England.
Pada tahun 1904, ketika Dato Onn berusia 9 tahun beliau dengan putera-putera
Sultan telah dihantar ke England. Beliau amat rapat dengan Tengku Mahkota dan
dianggap guardian atau pasangan dan teman penjaga kepada baginda. Di England,
mereka bersekolah di sekolah khas untuk anak bangsawan Inggeris di Sulfork.
Semua pembiayaan persekolahan ditanggung oleh Sultan Johor. Di sekolah, Dato
Onn sangat petah berbahasa Inggeris dan sering menang dalam ppertandingan
debat. Beliau cekap berhujah dan mematahkan pihak lawan hingga pegawai Inggeris
yang bertanggongjawab mengawasi perjalanan sekolah tidak menyangka beliau
adalah seorang Melayu atau pelajar yang bukan berbangsa Inggeris.
Beliau juga merupakan seorang pelajar yang hebat dalam sukan terutamanya dalam
permainan bola sepak. Beliau adalah seorang yang aktif disamping bertindak seolaholah orang yang bertanggungjawab terhadap Tengku Mahkota. Ini adalah berikutan
dari nasihat dan pesanan bapa dan juga pembesar Johor. Mereka jarang berpisah.
Dimana Tengku Mahkota, disitulah Dato Onn dan ini tidak disenangi oleh pihak
Inggeris kerana mereka mempunyai agenda memberi keistimewaan kepada Tengku
Mahkota tetapi tidak kepada Dato Onn. Daripada pemerhatian mereka Dato Onn
adalah seorang kanak-kanak pintar yang perlu dipisahkan daripada Tengku Mahkota
kerana Dato Onn berupaya mempengaruhi Tengku Mahkota dalam segala bidang.
Sehubungan itu DatoOnn dilaporkan tidak layak diberi kemudahan pelajaran dan
tidak dibenarkan melanjutkan pelajaran yang dikhususkan kepada anak bangsawan
kerana akan menyulitkan pihak Inggeris mendidik Tengku Mahkota yang seperti isi
dengan kuku dengan Dato Onn. Demi masa depan Tengku Mahkota dan negeri
Johor dan kepentingan Inggeris, Dato Onn perlu dipisahkan. Pada tahun 1909 Dato
Onn telah dihantar pulang. Beliau sangat kesal dan berdukacita dengan tindakan
pegawai Inggeris yang bertanggongjawab menjaga kebajikan putera-putera sultan
Johor di England. Ketika baru pulang di Johor beliau telah dimarahi oleh bapanya
Dato Jaafar kerana dianggap sebagai remaja nakal yang tidak menghormati guru
Inggerisnya dan kebudayaan di sana. Dato Onn kelihatan amat keInggerisan
daripada anak-anak remaja Inggeris sendiri.

Beliau telah dihantar oleh bapanya melanjutkan pelajaran di Malay College Kuala
Kangsar (MCKK). Di sana, Dato Onn mendapati kurikulum kolej itu telah ketinggalan
berbanding apa yang telah dipelajari di England. Oleh kerana beliau telah diletakkan
dibawah pengawasan seorang guru khas mengajar jawi dan adat kebudayaan
Melayu beliau telah memberi tumpuan kepada matlamatnya nya itu. Beliau sangat
disenangi ramai. Malah beliau sendiri telah mengajar bahasa Ianggeris kepada anakanak bangsawan Melayu dan kepada guru Jawi beliau.
Di MCKK, Dato Onn tidak berseorangan. Beliau diikuti oleh Tengku Mahkota Johor
yang enggan melanjutkan pelajaran di England dengan ketiadaan Dato Onn.
Baginda sangat kasih kepada Dato Onn lebih dari seorang teman atau kawan. Dato
Onn beranggapan pendidikan di MCKK bukanlah pendidikan yang berteras ilmu
tetapi lebih kepada pendidikan untuk menjadikan anak-anak bangsawan Melayu
sebagai real gentlemen untuk pentadbiran Inggeris. Di MCKK, beliau dianggap
seorang remaja Melayu yang kurang beretika kebangsawanan oleh teman-teman
yang berdarah raja kerana keberanian beliau bercampurgaul dengan anak-anak
pembesar dari kelas bawahan. Hal ini tidak disenangi oleh Inggeris. Mereka telah
melaporkan kepada kerajaan negeri Johor, bahawa Dato Onn telah bersedia
berkhidmat supaya Dato Onn tidak lama di MCKK. Mereka juga mengetahui dan
berasa bimbang jika Dato Onn berupaya mempengaruhi anak-anak bangsawan lain
di situ.
Dato Onn telah pulang ke Johor pada tahun 1912 dan sebaik saja sampai, beliau
telah dilantik menjadi kerani rendah sementara di Pejabat Perkhidmatan Pos.
Beberapa bulan kemudian beliau telah dinikahkan dengan keluarga angkat beliau
Cik Rafaeh bt Abdullah. Ketika berusia 18 tahun beliau diwajibkan menyertai Askar
Timbalan Setia. Jiwanya terasa tertekan kerana terasa dikongkongi oleh peraturan
dan disiplin tentera. Banyak peraturan sengaja beliau langgar dan sering membuat
hal hingga tidak menyenangkan pihak atasan. Akibat daripada itu, Sultan telah
menguatkuasakan Ordinan Ketenteraan pada tahun 1916 yang berkuatkuasa
kepada semua anggota tentera tidak kira mereka dari golongan bangsawan atau
rakyat biasa. Dato Onn masih tidak berubah dan beliau beranggap beliau juga
mempunyai imuniti berikutan kerabat di raja sering diberi pengecualian.
Beliau beranggapan beliau juga adalah kerabat kerana bapanya sendiri adalah
Menteri Besar dan mertua kepada Sultan Johor. Tambah pula, perangai beliau yang
dianggap telah melakukan kesalahan bukannlah mengenai tatatertib kententeraan
tetapi lebih kepada ketidakpuasan hati beliau terhadap Sultan yang terlalu bias
kepada pegawai orang putih dan kerabat terdekat. Pada tahun 1919 ayahanda
beliau, Dato Jaafar meninggal dunia dan ini memberi kesan psikologi yang amat
sangat kepada Dato Onn. Meskipun beliau tidak dimanjai oleh bapanya tetapi beliau
sangat sadar bahawa bapanya ialah seorang bangsawan Melayu berjiwa rakyat yang
sangat mengambil berat tentang rakyat. Bapanya sangat menitikberatkan kebajikan

orang Melayu. Bapanya memang seorang tokoh pemimpin Melayu yang amat
terkenal.
Dato Jaafar adalah seorang pemimpin Melayu yang bijak dan terkenal memodenkan
pemikiran orang Melayu Johor sejak pemerintahan Sulatan Abu Bakar. Apbala Sultan
Ibrahim merampas kediaman bapanya dan keluarganya diarah pindah kerana sultan
memilik negarakan semua harta Dato Jaafar, Dato Onn telah mengkritik terangterangan bapa angkat beliau iaitu sultan Johor. Berikutan itu, beliau telah dipecat dari
pangkatnya dan diberhentikan dari menjadi Askar Timbalan Setia. Setelah
menganggur beberapa bulan pada tahun 1921 dengan rekomen Tengku Mahkota
beliau diterima menyambung kerja di Pejabat Tanah Muar sebagai penolong pegawai
rendah pemungut hasil.
Di Muar beliau aktif dalam permainan bola sepak. Ketika menyambut Hari
Keputeraan Sultan di Muar, beliau telah menganjurkan pakaian beragam dan beliau
telah memakai kostum raja dalam wayang Cina. Secara simbolik ketika mengaya
dan memperagakan kostumnya, beliau berlagak sebagai raja diktaktor kerana
menyindir Sultan Johor. Sekitar tahun 1926 beliau dipindahkan ke Pejabat Pemungut
Hasil di Batu Pahat dengan jawatan dan tugas yang sama. Ketika di situ, sekali lagi
beliau memberi kritikan terbuka kepada ayahanda angkatnya, baginda sultan kerana
mengutamakan pegawai Inggeris daripada anak tempatan sendiri. Ini adalah
berikutan tuntutan alaun sara hidup beliau yang tidak dilayan oleh Sultan berbanding
sara hidup pegawai Inggeris yanag cepat dinaikkan.
Akibat dari itu beliau telah dipecat pada tahun 1928 dan dibuang negeri ke
Singapura. Pada waktu yang sama abangnya Dato Aabdullah Jaafar yang sedang
menjadi Menteri Besar Johor juga diberhentikan daripada jawatannya. Mereka telah
tinggal bersama di Singapura. Oleh kerana ketika itu zaman kemelesetan sedang
berlaku begitu teruk, mereka gagal mendapat pekerjaan. Untuk menyara hidup Dato
Onn telah menyewa sebuah rumah setinggan dan bekerja sebagai nelayan. Apabila
tidak memungkinkan beliau ke laut, beliau telah meluangkan masanya menonton
wayang Cina dan opera bangsawan Melayu. Beliau juga sering menumpang baca
berita-berita yang di jual dan di cetak oleh syarikat cetak milik saudagar Arab
berdekan tempat beliau menghabiskan waktu. Kerana minat dan kebolehan beliau ,
DatoOnn diberi kepercayaan menyumbangkan rencana dan akhirnya diterima
menjadi penulis di Syarikat Percetakan Akhbar Singapura.
Kesempatan itu telah digunakan sepenuhnya oleh Dato Onn untuk mencurahkan isi
hati dan ketidakpuasan dirinya terhadap Sultan Johor. Beliau menganggap Sultan
Johor suka membazir dan tidak mempedulikan nasib rakyat jelata. Beliau juga
pernah mengritik Sultan Johor memaksa Askar Timbalan Setia membuat kerja-kerja
buruh seperti buruh paksa untuk kepentingan perladangan milik peribadi Sultan.
Kelancangan dan keberanian beliau mendapat liputan meluas dari akhabar-akbar
lain. Dato Onn mula dikenali dan popular dengan cepat. Latar belakang beliau juga

diketahui dan banyak penulis dan masyarakat pembaca Melayu menyukai tulisan
yang berani seperti tulisan Dato Onn.
Penulisan Dato Onn sering berkisar dalam Istana Sultan Johor. Beliau juga berjaya
memperlihatkan gambaran hidup dan pemikiran yang serupa di kalangan istana rajaraja Melayu lain. Kepincangan gaya hidup dan keborosan putera-putera raja menjadi
isu besar manakala pada waktu yang sama kesadaran terhadap keadilan dalam
layanan terhadap pegawai dan kakitangan awam yang tidak selaras dan adil apabila
dibandingkan dengan pegawwai Inggeris dan bangsa asing. Orang Inggeris dan
bukan Melayu dilayan baik dan ini sangat tidak menyenangkan orang-orang Melayu.
Dato Onn kerap menulis mengenai persoalan layanan, perbedaan gaji dan alaun
hingga menular kepada perbicaraan dan perbincangan mengenai keadaaan
kesihatan, pelajaran dan ekonomi dan adat- resam dan kebudayaan.
Di awal tahun 1930-an kesedaran kepada pelajaran dan minat pembacaan mula
berkembang subur. Di zaman meleset tidak banyak bahan bacaan yang dapat
dirujuk. Akhbar-akhbar Melayu tempatan mendapat tempat dan pesanan yang amat
menggalakkan. Pertumbuhan dan pengeluaran akhbar melayu seperti cendawan
tumbuh selepas hujan. Berita-berita dunia pula mulai masuk dengan mudah dan
berita sensasi peperangan di Eropah mula mendapat perhatian. Kegiatan dan
peranan Angkatan Muda yang gagal mempengaruhi masyarakat Melayu melalui
dakwah telah menggunakan flatfom akhbar dan berita semaksima mungkin.
Fahaman Angkatan muda telah meuar-uarkan perjuangan kebebasan mentadbir dan
memerintah sendiri. Ini dilakukan kerana terhasil daripada kesedaran dari keadaan
negara Turki yang telah dikongkongki oleh kuasa barat apabila Empayar Othmaniah
ditamatkan di awal 1920-an. Pejuang-pejuang kebebesan Islam telah ditangkap dan
disekat kebebasan bersuara. Mereka melihat agama telah dikongkongi dan negara
Turki telah dijajah. Pengaruh dan dasar kerajaan baru Turki yang memperkenal
sistem skular dan moden telah mematikan kebudayaan Islam. Dengan perjuangan
dan mesej yang dibawa oleh mereka ke sebelah Timur mereka telah meuar-uarkan
semangat perjuangan dan kemerdekaan melalui pendidikan moden.
Dato Onn yang mempunyai latar belakang pendidikan Inggeris dan berpengalaman
dengan sikap bias, prijudis dan hipokrit Inggeris berasa bertanggungjawab untuk
berbuat sesuatu. Ini didorong pula oleh asal-usul dirinya yang mempunyai darah
Turki. Beliau telah mengambil peluang ini dengan sepenuh tenaga dengan menulis di
dada akhbar. Beliau tidak memperlihatkan dirinya terpengaruh dengan arus perdana
yang dibawa oleh Angkatan Muda. Sebaliknya beliau menilik diri sendiri dan keadaan
bangsanya sendiri. Beliau berasakan isu-isu yang ditulisnya sangat relevan. Beliau
telah menulis dengan penuh minat dan bertanggongjawab tanpa memikirkan penat
lelah dan upah. Usaha beliau telah menjadikan akhbar yang dipertanggongjawabkan
kepadanya iaitu akhbar Warta dan Warta Negara menjadi begitu laris dan terkenal.

Jualan akbarnya mendapat sambutan sehingga beliau mampu mengurus dan


menerbitkan akhbarnya sendiri. Beliau telah menulis banyak kepincangan dan
kelemahan orang Melayu dan cara-cara mengatasinya. Beliau juga mendedahkan
kelalaian intitusi raja dan cendikiawan Melayu yang berpendidikan Inggeris. Mereka
dianggap telah lupa kepada tanggongjawab untuk menjaga maruah diri dan maruah
bangsa. Dato Onn sering menkritrik sikap pegawai-pegawai Melayu yang telah di
brain wash oleh Inggeris hingga kadang kala menjadi lebih Inggeris daripada orang
Inggeris sendiri. Liputannya mendapat perhatian bukan sahaja di kalangan rakyat
biasa tetapi juga di kalangan istana, para bangsawan serta orang-orang Melayu
berpendidikan Inggeris.
Dato Onn telah berjaya memberi kesedaran kepada mereka kerana DatoOnn
sendiri adalah daripada kalangan bangsawan di istana. Beliau gigih
memperjuangkan hak bangsa Melayu yang dianggapnya sebagai perjuangan
sejagat. Beliau berjuang melalui penulisan dan beliau menyindir pedas orang Melayu
berpendidikan Inggeris yang tidak sadar diri. Dato Onn berjaya meluahkan
perasaannya selari dengan kenyataan keadaan sosial ketika itu. Beliau berjaya
mencuit hati para pembaca kerana beliau menilik diri beliau sendiri dengan
semangat Melayu yang tulin.
Sejak dari kecil beliau terasa beliau dihalang untuk berdamping dengan puteraputera raja oleh pegawai Inggeris. Beliau tidak dibenarkan melanjutkan pelajaran di
England bukan kerana beliau lemah tetapi dikuatiri beliau akan mempengaruhi anak
raja dan orang Melayu. Dulu, beliau tidak begitu menyedari hal itu tetapi apabila
beliau berpengalaman menjadi marhein, ketika itulah apa yang tersirat menjadi nyata
di mata dan fikiran beliau. Jjika beliau diberi pendidikan tinggi dan berpengetahuan,
tentunya membahayakan Inggeris. Inggeris melihat beliau memang berpotensi
menjadi peminpim Melayu Moden. Keadan itu mesti dielakkan demi kepengtingan
Inggeris.
Ramalan Inggeris memang menjadi kenyataan apabila Dato Onn mengetuai orangorang Melayu menentang Malayan Union. Dato Onn juga sedar kekurangan pada
dirinya yang tidak berpelajaran tinggi. Kekurangan itu tidak dibiarkan. Alam
kewartawan banyak mengajar dan memberi input kepada beliau. Beliau sendiri
mempunyai latar belakang keluarga yang baik. Ini telah memberi keyakinan diri yang
tinggi kepada jiwa dan semangat beliau. Beliau dapat menghayati dan mengalisa
keadaan semasa dan agenda Inggeris daripada pengalamannya. Beliau Berjaya
membaca strateji Inggeris yang bersifat penjajah.
Pengalaman ketika berkhidmat sebagai pegawai awam negeri Johor, ketika menjadi
Askar Timbalan Setia dan ketika beliau menghadapi kesukaran hidup menjadi
golongan marhein sebagai nelayan dan menyewa di rumah setingan di Singapaura
telah menjadi modal tidak ternilai dalam penulisannya. Pengalaman dan
penghayatan beliau telah membuka bukan saja mata tetapi juga minda dan fikiran

beliau dan beliau berjaya meluahkannya dan mempengaruhi masyarakat sekeliling .


Beliau sungguh sensitif dengan kedaifan bangsa beliau. Bangsa Melayu, di negara
Melayu yang dianggap sebagai negara milik dan warisan datuk nenek moyang. Di
satu pihak lain, beliau melihat golongan bangsawan dan pembesar negeri terus leka
dibuai oleh pengaruh kecerdikan Inggeris. Inggeris terus mengaut hasil yang tidak
terhitung banyaknya dari bumi Melayu.
Pada tahun 1935 Dato Onn telah menerbitkan Selamat Johor sempena Hari
Kemahkotaan Sultan Johor ke 40. Beliau telah memuatkan berita-berita istana yang
positif. Beliau berharap kematangan Sultan memerintah ke arah pembaikan. Beliau
yakin bahawa nilai yang baik perlu dicontohi dan diketengahkan. Begitu juga yang
tidak elok perlu diberi perhatian agar tidak diteladani oleh anak bangsa. Terbitan
Selamat Johor yang diterbitkan oleh beliau sangat popular dan mendapat pesanan
diluar jangkaan.Beliau menjadi bertambah popular.Tengku Mahkota Ismail telah
menyarankan ayahanda baginda memberi pengampunan kepada Dato Onn kerana
jasanya mengangkat kebajikan yang dilakukan oleh Sultan Ibrahim. Sultan Johor
berasa sukacita dan menganggap Dato Onn telah berjasa kepada baginda dan
negeri Johor. Sehubungan itu baginda Sultan Johor berkenan memberi keampunan
kepada beliau. Baginda telah mengundang beliau dan keluarga balik dan berkhidmat
di Johor.
Pada tahun 1938 Dato Onn telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.
Persetujuan beliau untuk berkhidmat dengan Sultan Johor dengan bersyarat supaya
pandangan beliau tidak disekat kecuali pandangan yang merugikan rakyat. Beliau
telah diberi jaminan kerana beliau dianggap oleh para cendekiawan Johor sebagai
seorang yang berani dan sangat berguna kepada negeri Johor. Sultan dinasihati
supaya menganugerahkan jawatan yang penting dan tinggi kepada Dato Onn
sebelum beliau dilamar oleh Singapura, negeri Melayu lain atau Inggeris. Sultan
Johor telah memperkenan lebih-lebih lagi Tengku Mahkota yang sering memangku
sultan juga berkeras menginginkan teman setia dan karibnya berkhidmat di Johor.
Ketika Dato Onn menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor, cadangan beliau telah
diterima untuk mewujudkan biasaiswa pelajaran kepada pelajar-pelajar Melayu yang
bekelayakan. Biasiswa tersebut merupakan biasiswa yang pertama telah diujudkan
di negeri Johor dan Semenanjung Tanah Melayu. Pelajaran dilihat sangat penting
bagi menjamin dan membantu orang Melayu. Mereka nanti akan berupaya mencapai
dan memajukan bangsa apabila tamat belajar. Dato Onn juga menggesa agar
pendidikan kepada kaum wanita juga ditingkatkan. Di samping itu pelajaran agama
juga tidak diabaikan.
Ketika zaman Jepun, Dato Onn telah diberi kepercayann oleh Pentadbiran Tentera
Jepun menjadi pegawai bekalan dan mengagih makanan. Beliau telah mengagihkan
beras mengikut arahan dan kuasa yang telah diberikan. Beliau tidak menggunakan
kuasa dan pangkat beliau secara bias. Tetapi, di dalam senyap dan rahsia beliau

juga membantu memberi bekalan makanan kepada pergerakan kiri yang anti Jepun.
Beliau mengetahui strateji yang dibuat oleh Ibrahim Yakob dan Ahmad Boestaman .
Beliau mempunyai hubungan baik dengan mereka dan juga dengan MPAJA.
Kepimpinan Dato Onn terserlah apabila dilantik khas menjadi pegawai daerah Batu
Pahat bagi menghentikan persengketaan kaum antara orang Melayu dengan orang
Cina. Majoriti orang Cina Batu Pahat telah menyertai MPAJA ketika zaman Jepun
kerana penindasan tentera Jepun terhadap orang Cina. Setelah tentera Jepun
menyerah, mereka menjadi komunis dan telah menzalimi dan menganiaya orang
Melayu. Orang Melayu telah bersatu dan menubuhkan tentera Selimpang Merah
yang diketuai oleh Kiai Salleh dan membalas serangan-serangan orang Cina. Dalam
masa yang singkat beribu orang Cina terbunuh. Apabila sultan menerima laporan
dan bantuan perlindungan dari saudagar Cina dari Batu Pahat, Dato Onn telah
dititah menyelesaikan persengketaan itu.
Dato Onn telah berjaya memujuk angkatan kumpulan Selimpang Merah yang diketui
oleh Kiai Salleh agar menghentikan serangan dan berdamai. Ketika Inggeris kembali
ke Tanah Melayu dengan idea pemerintahan Malayan Union yang melenyapkan
keistimewaan dan hak-hak orang Melayu, Dato Onn segera menubuhkan Kesatuan
Melayu Semenanjung Johor yang akhirnya berjaya menyatupadukan persatuan dan
kesatuan Melayu seluruh Tanah Melayu bagi menghalang pencabulan Inggeris dan
menentang Malayan Union. Beberapa persidangan dan kongres telah diadakan dan
di Kongres Melayu di Johor Bahru pada 11 Mei 1946, UMNO dengan rasminya telah
ditubuhkan. Dato Onn telah dilantik menjadi Yang DiPertua. Melalui UMNO, beliau
menyusun strateji dan aktiviti menentang Malayan Union sehinggga Inggeris
terpaksa membubarkannya pada 1 Februari 1948 dan digantikan dengan
Persekutuan Tanah Melayu.

Anda mungkin juga menyukai