Anda di halaman 1dari 11

ISI KANDUNGAN

Penghargaan

1.0 Pengenalan

2.0 Bagaimana Guru Dapat Membentuk Pelajar Ke


Arah Insan Bermoral

a. Guru Model Sebagai Insan Bermoral


b. Pelaksanaan Disipin Dalam Setiap Aktiviti
c. Menggunakan pelbagai Strategi , Kaedah
dan Aktiviti
d. Memberikan gajaran
e. Menggalakkan Penglibatan Aktif Dalam
Aktiviti Ko-Kurikulum
f. Penggabungjalinan Dalam Aktiviti
Pengajaran Dan pembelajaran
g. Menjalinkan hubungan Yang Mesra
Dengan murid Dan Persekitaran

4
5
6
7
7
8
9

Bibliografi

13

Lampiran

14

1.0 Pengenalan
Pendidikan Moral merupakan satu mata pelajaran wajib yang diajar di sekolah rendah dan
sekolah menengah.Pendidikan Moral memberikan tumpuan kepada pemupukan nilai dan
membina kekuatah rohani dan moral melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni yang
terdapat dalam agama serta budaya di negara ini. Penghayatan dan amalan nilai-nilai murni
yang diterapkan ini melibatkan penekanan dalam penakulan moral, perasaan moral dan
tindakan moral. Ketiga-tiga perkara ini dikenali sebagai dimensi potensi insan.
Dalam kerja kursus ini akan membincangkan bagaimana seorang guru iaitu saya
sendiri dapat membentuk pelajar-pelajar untuk menjadi insan bermoral. Selain kaedah
ataupun cara , sedikit sebanyak saya kaitkan dengan konsep asas moral, teori-teori
perkembangan moral , teoriteori etika serta nilai-nilai murni itu sendiri dalam membentuk
pelajar yang bermoral.
Perkataan moral berasal daripada bahasa Latin iaitu moralis yang bererti tingkah
laku yang sesuai dengan tatasusila dan peraturan masyarakat.Abdullah Zhidi bin Omar dan
rakan-rakannya(2014) mendefinisikan moral sebagai ajaran, pegangan ataupun perbuatan
yang menunjukkan baik ataupun buruk.bermoral bermaksud memiliki sifat-sifat yang baik
Serta terpuji selaras dengan amalan dan kehendak masyarakat.Nilai moral merupakan nilai
bersama masyarakat. Kemoralan ialah kualiti dan sifat perlakuan yang berdasarkan prinsip
yang dianggap betul dan dianggap salah.Etika pula merupakan prinsip-prinsip tingkah laku
yang mengawal tingkah laku individu atau kumpulan individu.Keperibadian mulia
merupakan satu kandungan etika yang mana menunjukkan akhlak yang tinggi. Akhlak yang
tinggi menunjukkan budi pekerti, kelakuan, tabiat, perangai dan tingkah laku kebiasaan yang
bermoral.
Seorang guru perlu menguasai teori-teori etika, teori-teori perkembangan moral serta
nilai-nilai murni agar dapat memudahkan pengaplikasian ilmu tersebut dalam membentuk
pelajar yang bermoral. Dalam pembentukan moral pelajar guru perlu menjadikan dirinya
2

mengamalkan nilai-nilai tersebut. Pembentukan moral murid dapat dibentuk dengan


menggabungjalinkan pendidikan moral dan menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap mata
pelajaran yang diajarkan.
Guru juga perlu melaksanakan didiplin yang tegas, memberikan ganjaran serta
mewujudkan persekitaran yang membentuk moral murid secara ansur maju mengikut tahap
perkembangan pelajar. Ini sesuai dengan pendapat Jean Piaget bahawa tahap
perkembangan moral kanak-kanak dibentuk mengikut tahap yang sesuai. Pelaksana-an
disiplin haruslah berterusan dan berulangkali mengikut teori perlaziman oleh Skinner yang
mengatakan bahawa pembentukan moral kanak-kanak dapat dibentuk secara perlaziman
yang akhirnya membentuk kebiasaan tabiat yang bermoral. Ini mesti disertai dengan
pengalaman yang menarik bagi mengekalkan nilai tersebut dalam diri kanak-kanak
sehingga ke akhir nyawanya.
Secara umumnya terdapat pelbagai cara yang dapat guru gunakan untuk
membentuk moral pelajar. Kaedah , cara dan strategi tersebut boleh didasari oleh gabungan
teori-teori perkembangan moral. Teori psikoanalisis, teori behaviourisme, moral kognitif dan
humanistik akan melengkapkan perkembangan moral pelajar secara menyeluruh.
Pengetahuan tentang teori perkembangan akan memudahkan guru memahami dan memilih
pendekatan serta kaedah yang sesuai untuk pembentukan moral murid.

2.0 Bagaimana Guru Dapat Membentuk Pelajar Untuk Menjadi Insan Bermoral
Dalam membentuk pelajar menjadi insan yang bermoral terdapat pelbagai cara
dan kaedah yang dapat dilakukan serta diaplikasikan. Dalam perbincangan ini saya hanya
menumpukan bagaimana saya sebagai seorang pendidik dapat membentuk pelajar-pelajar
saya menjadi insan yang bermoral. Penulisan esei ini lebih ke arah pembentukan pelajar
sekolah rendah. Berikut merupakan cara dan kaedah saya untuk membentuk pelajar saya
ke arah menjadi insan bermoral .

a.

Guru Model Sebagai Insan Bermoral

Seorang insan yang bermoral dikatakan mempunyai sifat-sifat insan bermoral. Menurut
Abdul Rahman Md. Aroff(1999), sifat-sifat insan moral dapat dilihat melalui perlakuan yang
3

menggambarkan pemikiran dan jiwanya. Namun, pemikir-pemikir lampau mengemukakan


tiga prinsip asas dalam menentukan insan bermaral iaitu :
i.

Prinsip autonomi yang meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih.


Seorang pelajar dikatakan bermoral sekiranya dapat membuat pilihan ataupun

ii.

pertimbangan tanpa pengaruh daripada luar.


Prinsip keadilan merujuk kepada perlakuan yang adil dan saksama dalam
tindakan. Tindakan pelajar bermoral akan dapat mengatasi sikap tamak, marah

iii.

dan sebagainya.
Prinsip altruisme merujuk kepada sebarang tingkah laku yang melibatkan orang
lain. Sikap yang diamalkan akan menyenangkan, memanfaatkan dan prihatin
kepada orang lain.

Tingkah laku seorang guru perlu mengamalkan dan menunjukkan nilai moral yang tinggi.
Menurut teori perkembangan moral moral sosial yang dipelopori oleh Miller dan Dollard
(1941), kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan meniru orang lain dan bukannya
melalui pembelajaran secara formal. Kanak-kanak sentiasa memerhati tingkah laku, gerak
balas, gaya, bahasa dan sifat-sifat personaliti orang lain khususnya ibu bapa, guru, rakan
sebaya dan watak tertentu dalam media.
Menurut Albert Bandura(1925),peniruan berlaku dalam tiga bentuk iaitu tiruan secara
langsung, peniruan melalui sekat lakuan dan tidak sekat alkuan serta peniruan secara
elisitasi. Tingkah laku guru yang bermoral akan ditiru secara langsung oleh murid.Tambahan
pula timbul keinginan murid untuk meniru perlakuan guru yang disukainya.Hasil pemerhatian
murid disimpan dalam ingatan mereka. Oleh itu adalah sangat penting guru mengamalkan
perlakuan dan tingkah laku yang bermoral kerana setiap perlakuan guru diperhatikan dan
ditiru oleh murid. Nilai moral seperti baik hati, hemah tinggi, menghormati,kasih sayang dan
kerajinan guru dengan mudah ditiru oleh pelajar.

b.

Pelaksanaan Disipin Dalam Setiap Aktiviti

Selaku seorang pendidik guru perlu melaksanakan disiplin yang teratur dan konsisten dalam
membantu menbentuk pelajar untuk menjadi insan yang bermoral. Dalam setiap aktiviti
penurutan terhadap peraturan haruslah ditekankan.Menurut pendapat teori perkembangan
moral behaviouris mengatakan kanak-kanak yakin peraturan merupakan ketentuan yang
harus dilakukan dalam interaksi dengan orang lain. Pelajar yakin dan menerima serta sedar
4

aturan-aturan dan hokum dicipta oleh manusia dan mereka mempertimbangkan maksud
dan akibat setiap tindakan.
Pelaksanaan didiplin yang berterusan akan kekal dalam diiri pelajar kerana menurut
teori perkembangan moral behaviourisme yang dipelopori oleh Skinner(1904-1980),
tindakan membentuk pelajar kearah insan bermoral haruslah berulang-ulang diajarkan bagi
menjadikankanya satu kebiasaan dan seterusnya menjadi tabiat dan lazim pelajar tersebut.

c.

Menggunakan pelbagai Strategi , Kaedah dan Aktiviti

Dalam teori perkembangan Moral kognitif , perkembangan kognitif dan kematangan intelek
memberikan perubahan dalam timbangan moral.Jean Piaget mengatakan bahawa semua
manusia dilahirkan dengan kecenderungan untuk berinteraksi dan mentafsir persekitarannya. Perkembangan kognitif, mental dan intelektual kanak-kanak akan mengubah
pertimbangan selaras dengan peringkat pertumbuhan mereka.
Pada peringkat sekolah rendah( peringkat operasi konkrit) kanak-kanak
menggunakan logik atau rasional untuk memahami perkara-perkara yang konkrit. Fikiran
mereka lebih fleksibel dan mula menerima pandangan orang lain, sifat egosentrik
berkurangan. Kebolehan menilai baik dan buruk dapat dinilai. Melalui peraturan-peraturan
yang ditentukan ,murid belajar mematuhi peraturan seterusnya mendidik murid untuk patuh
kepada autoriti selagi tidak lari jauh daripada nilai agama dan nilai sejagat.
Pada peringkat ini , dorongan dan motivasi daripada guru dan ibu bapa untuk
perkembangan sangat penting.Dari segi moral, kanak-kanak mula sedar perasaan orang
lain tetapi suka mengejek, menyindir dan mengajuk rakan. Nilai-nilai moral seperti
memahami, kerjasama, tolong-menolong , bertimbang rasa, kasih sayang dan kebersihan
berkembang pesat. Oleh itu guru perlu mempelbagaikan strategi, kaedah dan aktiviti bagi
membentuk pelajar bermoral. Contohnya akviti kumpulan akan memupuk sikap bekerjasama, tolong- menolong dan memahami dan menghormati orang lain seperti perbincangan
kumpulan, menjalankan eksperimen bersama dan sebagainya. Penerapan nilai moral juga
harus sesuai dengan tahap penerimaan murid untuk memahami dan mematuhi peraturan
yang dilaksanakan.
Salah satu contoh teknik yang digunakan ialah teknik simulasi. Teknik simulasi dan
main peranan sesuai digunakan untuk melakonkan watak nilai-nilai murni. Apa yang
5

diperhatikan akan cuba ditiru oleh para pelajar.Aktiviti lakonan lebih mudah difahami oleh
kanak-kanak dalam melihat kepada kesan atau akibat setiap tindakan yang diambil. Ini
membolehkan para pelajar belajar kesan dan akibat setiap tindakan mereka. Seterusnya
membantu murid untuk memilih membuat keputusan yang memberikan kepuasan serta
kebaikan kepada semua pihak alaupun itu tidak memberikan kebaikan kepada difi sendiri.

d.

Memberikan gajaran

Setiap tindakan yang baik ataupun jahat akan diberikan ganjaran. Perlakuan yang dianggap
bermoral diberikan ganjaran positif . Perlakuan yang dianggap tidak bermoral dan
melanggar etika, peraturan dan kebiasaan masyarakat akan diberikan ganjaran negatif.Ini
bertujuan untuk mengukuhkan tingkah laku bermoral dan memusnahkan tingkah laku tidak
bermoral dalam diri pelajar.
Menurut Albert Bandura(teori pembelajaran moral sosial, tidak semua tingkah laku
yang diperhatikan ditiru oleh murid. Ini tergantung kepada ganjaran positif atau negatif yang
diperolehi oleh murid.Pelajar yang kemas, bersopan santun dan bermoral akan selaludipuji
akan dicontohi oleh pelajar lain. Tingkah laku yang didenda atau dihukum tidak akan ditiru
oleh murid lain. Ganjaran positif yang diterima oleh murid akan menggalakkan murid
mengulangi tingkah laku tersebut sehingga menjadi kebiasaan dan seterusnya menjadi
tabiat murid.
Namun dalam memberikan ganjaran, guru perlu berhati-hati agar tidak menyentuh
sensitivi seseorang pelajar bagi mengelakkan pelajar tersebut merasa tidak dihormati atau
tidak dihargai dan disayangi. Ganjaran negatif haruslah sesuai dengan kesalahan tingkah
laku murid.Selepas dihukum atau didenga guru perlu menerangkan kenapa murid tersebut
dihukum agar murid akan berfikiran rasional bahawa dia layak dihukum dan berusaha untuk
tidak mengulanginya.Penggunaan dendaan atau ganjaran akan melazimkan perlakuan
moral wajar dilakukan diperingkat awal kanak-kanak.

e.

Menggalakkan Penglibatan Aktif Dalam Aktiviti Ko-Kurikulum

Penglibatan murid yang aktif dalam bidang kokurikulum akan mendedahkan murid kepada
pergaulan sesame pelajar. Murid akan belajar berkomunikasi, bekerjasama, berani
6

bertempat dan menghormati orang lain. Pergaulan sesama pelajar membantu mereka tidak
mementingkan diri.Ini juga membantu mereka menghargai dan menghormati setiap
manusia.
Pertimbangan moral, pengalaman moral, tabiat dan kelakuan manusia banyak
dilazimkan dalam hubungan sosial. Persekitaran sosial yang berbeza mempengaruhi sikap
egoisme.Melalui pergaulan dengan rakan lain semasa aktiviti kokurikulum dapat
mengembangkan potensi nilai intrinsik murid. Berdasarkan konsep asas nilai, nilai relatif
mengatakan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi nilai dalam diri yang mana
kualiti moral yang diterima atau ditolak mereka sendiri tanpa dipengaruhi oleh nilai orang
lain. Apabila bergaul dengan pelbagai golongan pelajar melalui aktiviti kokurikulum, pelajar
dapat mempratikkan nilai yang perlu diikuti dan nilai yang ditolah. Ini juga dapat membantu
murid untuk belajar, memahami dan seterusnya menghargai dan menghormati nilai
kepercayaan dan menjaga perasaan orang lain.
Menurut teori pembelajaran humanistik yang diutarakan oleh Carl Rogers(19021987),pengalaman akan menjadi hidup jika seseorang membuka diri terhadap pengalaman
itu sendiri.Murid harus dididik agar mempercayai diri dan membuat apa yang dikatakan
benar. Murid perlu dimotivasikan bahawa setiap manusia mempunyai kekuatan dan
kelemhan sendiri. Melalui aktiviti kokurikulum murid dididik untuk mempercayai kemampuan
diri. Melalui pengalaman baru, mereka dapat berubah dan menyesuaikan diri dengan
masyarakat. Selain itu murid belajar untuk membuat keputusan sendiri ketika menyiapkan
tugasan kokurikulum secara bebas tanpa paksaan orang lain.
Sekirannya murid bebas dan bertanggungjawab, murid dapat bertindak selanjutnya.
Guru memainkan peranan agar mengawal kebebasan tersebut kea rah mendorong untuk
memiliki kreativiti , bertingkah laku sopan, berubah dan berkembang sebagai tindak balas
atas ransangan kehidupan yang pelbagai ragam di sekolahnya.

f.

Penggabungjalinan Dalam Aktiviti Pengajaran Dan pembelajaran

Dalam semua mata pelajaran, guru perlulah menggabungjalinkan pendidikan moral dan
pendidikan agama serta menerapkan nial-nilai moral semasa melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran. Guru perlulah sentiasa menekankan nilai moral dalam semua aktiviti dalam
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
7

Jika semua mata pelajaran memasukkan unsur nilai moral, maka penekanan nilai
moral yang berulang-ulang akan membentuk tabiat mengamalkan nilai moral dalam setiap
diri pelajar. Ini akan mengekalkan nilai moral dalam diri murid seterusnya akan membentuk
tabiat insan bermoral murid.Contohnya, melalui pendidikan seni visual, nilai kepercayaan
kepada Tuhan dapat dipupuk kepada para pelajar. Penghargaan dan pujian guru terhadap
hasil seni murid membimbing ke arah penghargaan terhadap setiap seni yang ada di dunia.
Ini membantu murid untuk mengucapkan syukur dan menghargai ciptaan Tuhan.
Kepercayaan kepada Tuhan dan amalan beragama murid akan menjadi panduan mereka
untuk membuat pertimbangan dan memilih keputusan dan tindakan yang tidak bertentangan
dengan nilai moral dan nilai agama.
Pendidikan agama juga harus digabungjalinkan dalam semua mata pelajaran.
Contohnya , sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, guru boleh
memulakannya dengan menyuruh semua murid berdoa mengikut kepercayaan masingmasing.Kemudian guru akan mengingatkan semua murid agar sentiasa mengingati Tuhan ,
menghormati ibu bapa serta peka kepada persekitaran dan keuntungan ataupun kesan
tindakan mereka itu. Secara tidak langsung ia sedang menuju kea rah insan bermoral dan
berakhlak mulia.

g.

Menjalinkan hubungan Yang Mesra Dengan murid Dan Persekitaran

Hubungan yang erat dan mesra dengan murid memudahkan murid menerima nilai moral
yang diamalkan oleh guru.Hubungan yang baik dan mesra menimbulkan rasa hormat,
sayang ,di hargai dan disenangi oleh pelajar. Hubungan yang erat memudahkan murid
mendengar kata dan nasihat guru.
Jika guru mempunyai hubungan yang baik dengan murid, murid lebih mudah
menerima arahan, teguran daripada guru berbanding guru yang tidak disenangi oleh
murid.Guru yang rapat dengan murid mendapat kepercayaan daripada murid. Sekirannya
murid mempunyai masalah, murid akan mendapatkan khidmat nasihat ataupun meluahkan
masalahnya kepada guru. Ini membolehkan guru memberikan pandangan dan pendapat
bagaimana menyelesaikan masalah tersebut. Murid juga mudah berbincang dengan guru
yang disenangi oleh murid. Ini dapat mengelakkan murid mendapat nasihat kurang bijak dan
seterusnya terjebak kepada aktiviti-aktiviti tidak bermoral.
8

Ini kerana tanpa bimbingan daripada orang dewasa, pelajar mudah terpengaruh
dengan rakan sebaya. Mereka akan meniru perlakuan rakan mereka secara sedar ataupun
tidak. Keadaan yang tegang dan terdesak akan menyebabkan mereka hilang pertimbangan.
Contohnya, murid yang hilang keyakinan diri dan rasa tidak dihargai cenderung mencari
penghargaan dari luar. Kurangnya kasih sayang daripada keluarga akan menyebabkan
mereka mencari kasih sayang dan perhatian daripada luar, contohnya kekasih mereka. Jika
mereka tersilap memberikan kepercayaan, maka mereka boleh terjebak kepada seks bebas
yang mana akan membawa ketagihan dan sukar untuk dielakan walaupun mereka tahu
perbuatan tersebut salah.
Mereka juga mudah terpengaruh kepada segala tindakan yang mendatangkan
keseronokan dan kebahagian kepada mereka tanpa memikirkan kesan perbuatan mereka.
Ini menyebabkan sikap mementingkan diri, egoism diri, dan sikap membelakangkan agama
akan berakar umbi dalam diri pelajar berkenaan.Akibatnya tindakan mereka berpandukan
perasaan, emosi dan kepentingan diri sendiri.

BIBLIOGRAFI
Abdul Zhidi bin Omar, Mahdi bin Shuid,etc.(2014).Pengantar Pendidikan Moral:
9

Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd: Selangor

Ee Ah Meng,(1988).Pendidikan Moral untuk Bakal Guru. Selangor :


Longman Malaysia Sdn. Bhd.

________________,(2010) .Panduan Guru Pendidikan Moral Tahun Satu:


Bahagian Pembangunan Kurikulum : Selangor.

http://www.scribd.com/doc/131250659/Peranan-Guru-Dalam-Pembentukan-InsanBermoral#scribd

http://www.academia.edu/6050005/Guru_Sebagai_Agen_Pembentukan_Akhlak_Dan_Moral
_Pelajar

10

LAMPIRAN

11

Anda mungkin juga menyukai