Anda di halaman 1dari 5

Teknik- teknik Kaunseling.

1. Teknik-teknik Kognitif

Kaunselor mengajar klien bagaimana berhadapan dengan penyataan tidak

rasional mereka supaya tidak mempercayainya.


REBT amat menitikberatkan pada pemikiran, menyingkirkan, mendebatkan,
mencabar, mengintepretasikan, menerangkan dan mengajar. Kesemua ini
merupakan cara yang kaedah yang berkesan dalam memastikan klien

melihat pemikiran tidak rasional mereka.


Teknik-teknik kognitif adalah teknik yang digunakan untuk mengubah cara

berfikir klien.
Kaunselor bertindak secara aktif menyingkirkan kepercayaan tidak rasional
dan mengajar klien bagaimana melakukan. Persoalan tidak rasional klien
perlu dicabar dan digantikan dengan pemikiran baru yang lebih rasional.
Konfrontasi yang baik mampu menyerang pemikiran tidak rasional klien dan

membuat klien menyedari keadaan tersebut.


Teknik Pengajaran Dalam REBT, kaunselor mengambil peranan lebih aktif
dari pelajar. Teknik ini memberikan keleluasan kepada kaunselor untuk
berbicara serta menunjukkan sesuatu kepada klien, terutama menunjukkan
bagaimana

ketidaklogikan

berfikir itu

secara

langsung

menimbulkan

gangguan emosi kepada pelajar tersebut.


Teknik Persuasif Meyakinkan pelajar untuk mengubah pandangannya
kerana pandangan yang ia kemukakan itu tidak benar. Kaunselor langsung
mencuba

meyakinkan,

mengemukakan

pelbagai

argumentasi

untuk

menunjukkan apa yang dianggap oleh pelajar itu adalah tidak benar.
Teknik Konfrontasi Mempertikai idea yang tidak rasional. Kaunselor
menyerang ketidaklogikan berfikir pelajar dan membawa pelajar ke arah

berfikir yang lebih logik.


Teknik Pemberian Tugas Kaunselor memberi tugas kepada pelajar untuk
mencuba melakukan tindakan tertentu dalam situasi nyata. Misalnya,
menugaskan pelajar bergaul dengan anggota masyarakat kalau mereka
merasa dipencilkan dari pergaulan atau membaca buku untuk memperbaiki

kekeliruan caranya berfikir.


Teknik menukar penggunaan bahasa seseorang - Penggunaan bahasa yang
tidak tepat merupakan salah satu penyebab berlakunya perubahan proses
pemikiran, termasuklah pemikiran tidak rasional. Penyataan seperti mesti,

harus, atau sepatutnya boleh diubah oleh klien dengan pilihan yang lebih
baik Klien yang menggunakan bahasa yang menggambarkan keadaan yang
tidak berdaya atau menjatuhkan diri sendiri boleh belajar menggunakan
penyataan baru yang mana dapat membantu klien berubah tingkahlaku dan

sekali gus mengubah perasaan lebih baik dan tenang.


Teknik Psikopendidikan - Kaedah berunsurkan pendidikan merupakan
kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran kepada klien. Terapis
mengajar klien tentang keadaan masalah klien dan bagaimana rawatan yang
boleh dilakukan. Klien mungkin perlu bekerjasama dengan program rawatan
sekiranya mereka memahami bagaimana proses berjalan dan memahami
kenapa teknik-teknik tertentu digunakan (Ledly, Marx, & Heimberg, 2005).
Kaunselor mengambil peranan lebih aktif, kaunselor boleh berbincang serta
menunjukkan sesuatu kepada klien, seperti ketidaklogikan dan cara praktis
tertentu.

2. Teknik-teknik Emotif

Teknik-teknik emotif yang terkandung ini merupakan teknik yang bertujuan

mengubah emosi klien.


Kesemua teknik emotif tersebut boleh dikatakan sebagai medium untuk
menguatkan dan memberi semangat kepada klien, namun tujuan utamanya
adalah diharap dapat membawa klien melihat semula kerosakan yang

dilakukan terhadap diri sendiri disebabkan kepercayaan tidak rasionalnya.


Rational Emotive Imagery - merupakan satu bentuk latihan mental teknik
yang direkabentuk untuk membina corak emosi yang baru (Ellis, 2001). Klien

membayangkan sendiri berfikir, merasakan dan berkelakuan sama seperti


dengan cara yang mereka inginkan dalam dunia realiti (Maultsby, 1984).
Klien juga boleh ditunjukkan bagaimana membayangkan salah satu perkara
yang teruk yang mungkin berlaku kepada diri mereka, bagaimana merasa
kecewa dengan situasi tersebut, bagaimana menjiwai perasaan pada situasi
tersebut, dan seterusnya bagaimana mengubah pengalaman tersebut
kepada perkara negatif yang sihat. Eliis (2008) menegaskan bahawa
sekiranya individu mempraktis teknik ini beberapa kali seminggu untuk
beberapa minggu, individu boleh mencapai satu tahap yang membantu untuk
tidak merasa kecewa terhadap situasi negatif yang difikirkan. Oleh itu,
melalui teknik ini, klien boleh membuat imiginasi terhadap sesuatu yang
mungkin berlaku terhadap dirinya sekiranya dia mengambil tindakan tertentu,

seperti tindakan semasa berfikiran tidak rasional.


Humor - REBT berpendapat bahawa gangguan emosi sering diakibatkan
oleh memikirkan sesuatu kesalahan diri dengan terlalu serius. Wolfe (2007)
mengatakan bahawa REBT mempunyai satu aspek menarik di mana ia
menggalakkan klien dalam membangunkan unsur humor dan membantu
dalam meletakkan diri ke dalam perspektif tersebut. Unsur humor secara
jelasnya dapat memberi kesan yang baik terhadap perubahan kognitif dan
emosi. Kaunselor perlu bijak dalam menggunakan teknik humor dengan
berjenaka secara halus untuk memperolokkan kepercayaan tidak rasional

klien.
Main Peranan (Role Playing) - Melibatkan tindakan emosi dan tingkahlaku
klien. Klien perlu menunjukkan atau memainkan keadaan di mana klien
mempunyai

keadaan

kebimbangan,

tekanan

ataupun

kemurungan.

Kemudian, kaunselor mengambil bahagian dengan memainkan peranan klien


ataupun reverse role- play sehinggalah klien menyedari dan dapat
menerangkan semula bagaimana pemikiran tidak rasional itu berlaku. Teknik
role-play boleh juga digunakan dengan klien supaya menjadi lebih asertif
apabila dia mendapati dirinya sukar bertindakbalas dengan keadaan yang
dibimbanginya. Role-play memberi peluang kepada individu ini untuk
mencuba mengeluarkan satu tingkahlaku baru dalam situasi yang lebih
selamat sebelum digunakan di luar atau di tempat-tempat yang signifikan
dengan klien.

Teknik Sosiodrama Memberi peluang mengekspresikan pelbagai perasaan


yang menekan klien itu melalui suasana yang didramatisasikan sehingga
klien dapat secara bebas mengungkapkan dirinya sendiri secara lisan, tulisan

atau melalui gerakan dramatis


Shame-Attacking - membangunkan latihan ini untuk membantu individu
mengurangkan rasa malu terhadap sesetengah tingkahlaku yang dilakukan.
Beliau mengatakan kita boleh menolak untuk berasa malu dengan
mengatakan kepada diri sendiri bahawa ia bukanlah suatu bencana besar
sekiranya

seseorang

mengandaikan

kita

kurang

bijak.

Kaunselor

memberikan tugasan melakukan sesuatu yang sebelum ini takut untuk


dilakukan oleh klien atas faktor malu dan rendah diri, ataupun perkara baru
yang mungkin tidak terfikir untuk dilakukan di khalayak ramai. Latihan ini
akan mampu membantu klien melihat persekitaran dan orang ramai yang
mungkin tidak berminat atau tidak mengambil perhatian terhadap tingkahlaku
dan tindakan klien tersebut. Latihan berterusan mampu membantu klien
mengurangkan perasaan malu dan kerisauan terhadap tingkahlaku mereka.
Namun, perlu diingatkan bahawa latihan adalah berdasarkan sesuatu yang
tidak melanggar undang-undang atau mendatangkan kerosakan kepada diri

sendiri dan orang lain.


Teknik 'Assertive Training' Digunakan untuk melatih, mendorong dan
membiasakan klien dengan pola perilaku tertentu yang diinginkannya.

3. Teknik-teknik Behavioristik.

Pengamal REBT menggunakan teknik tingkahlaku yang lebih kurang sama


dengan prosuder terapi tingkahlaku, antaranya pelaziman operan, prinsip
pengurusan

kendiri,

desintesasi

bersistematik,

teknik

releksasi

dan

modelling. Kesemua teknik tersebut adalah bertujuan untuk mengubah

tingkahlaku yang tidak diingini pada diri klien.


Teknik tingkahlaku memerlukan klien memberikan komitmen di luar sesi,
ianya mungkin boleh diandaikan dengan pembelajaran secara teori adalah di

dalam sesi, manakala praktikal pula dilakukan di luar sesi.


Ledly (2005), mengatakan tugasan kepada klien memberikan mereka
peluang untuk praktis kemahiran baru di luar sesi terapi, di mana ianya
mungkin lebih bernilai untuk klien berbanding semasa sesi terapi.

Teknik Peneguhan - Digunakan dalam proses untuk menggalakkan perkara


yang positif dan menghindari perkara yang negatif daripada berlaku
berterusan. Konsep peneguhan boleh diaplikasikan di dalam sesi REBT bagi
membantu klien menyingkirkan kepercayaan tidak rasional dan membuat
peneguhan kepada pemikiran yang lebih positif agar klien tidak merosakkan
dirinya dengan kepercayaan lama. Galakkan seperti pujian atas perubahan
yang dilakukan oleh klien ataupun mengendahkan tingkahlaku yang
cenderung kepada pemikiran tidak rasional dapat membantu klien untuk

melakukan perubahan.
Desintisasi Bersistematik - Teknik ini adalah terapi yang berasaskan kepada
proses counterconditioning (Martin & Pear, 2003). Pengertian mudah bagi
teknik ini ialah respon yang tidak diingini digantikan dengan tingkahlaku yang
diinginkan sebagai hasil latihan yang berulang dan berperingkat oleh klien.
Berdasarkan proses REBT, latihan tersebut merupakan komitmen daripada
klien yang ingin melakukan perubahan dan menyingkirkan kepercayaan tidak
rasional klien. Teknik ini boleh diaplikasikan kepada klien yang mempunyai

perasaan risau, malu, takut dan tidak yakin.


Modelling - Teknik ini digunakan dalam membantu klien melihat keadaan
yang lebih baik berbanding keadaannya pada masa sekarang ataupun
permasalahan yang dihadapinya. Melalui teori REBT, kaunselor boleh
memandu klien untuk melihat situasi yang dihadapinya dan memberikan
model yang positif agar klien dapat meniru atau menjadikannya sebagai
panduan dalam melihat dirinya. Kaunselor turut boleh memperlihatkan dua
model atau situasi berbeza antara positif dan negatif untuk membantu klien
melihat sendiri di mana kedudukan sebenar klien, dengan itu klien mampu
memilih keputusan yang lebih baik berbanding keadaan yang dihadapi.

Anda mungkin juga menyukai