Anda di halaman 1dari 23

Tugasan Projek (100%)

Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum dan etnik dari pelbagai budaya.
Kepelbagaian budaya tersebut telah mempamerkan keunikan negara kita secara
tersendiri. Panjang esei ini hendaklah di antara 2 500 hingga 3 000 perkataan.
Bahagian 1.
(a)

Penulisan esei (50%)


Berdasarkan penyataan di atas, pilih satu kumpulan etnik/kaum dan jelaskan
aspek sejarah, adat resam, pantang larang, kepercayaan dan kebudayaan
bermula dari kelahiran hingga kematian dalam bentuk esei.

1.0 PENGENALAN
Malaysia mempunyai penduduk yang penduduk yang berbilang kaum dan agama.
Perbezaan kaum dan agama ini telah mewujudkan unsur unsur budaya, adat resam da
pantang larang yang unik dan pelbagai. Antara kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina,
India, kadazan, duzun dan iban di samping kaum lain seperti Orang Penan, Bidayuh, Bajau,
Murut dan Orang Asli menurut Siti Amnah Binti Sahran, Rahimah Binti Ibrahim, Rosiah
Binti Nawi dan Nik Zubaidah Binti Nik Yusof (2006:75). Pendidikan Sivik Dan
Kewarganegaraan Tingkatan 3.

Rajah 1.0 Berbilang Kaum Di Malaysia

Satu kumpulan kaum yang saya pilih ialah orang Cina. Orang Cina di Malaysia
merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia dan China telah mempunyai
hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Pada zaman Kesultanan Melaka,
China pernah berperanan sebagai pelindung Melaka daripada ancaman Siam. Pemindahan
rakyat Cina ke Malaysia adalah kerana desakan pada zaman Dinasti Manchu ( 1644 1911 )
kerana Manchu merupakan kerajaan asing dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di
kalangan rakyat. Kedatangan orang Cina ke Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad
ke 19. Fukien dikenalpasti merupakan kawasan memberontak kerajaan Manchu dan juga yang
paling hampir dengan Asia Tenggara.
Kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu juga merupakan faktor yang menggalakkkan
kemasukan orang Cina. Kebanyakan orang Cina datang sebagai buruh dan tukang kraf.
Mereka datang seorang diri tanpa keluarga kerana berharap untuk memperolehi gaji yang tinggi
supaya dapat hantar balik ke China atau membawa ahli keluarga datang ke Tanah Melayu.
Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu juga secara tidak langsung membawa masuk budaya,
agama dan bahasa mereka.
Agama

yang

dipegang oleh masyarakat

Cina ialah

agama Buddha.

Walau

bagaimanapun, ajaran Konfuciunisme dan Taoisma juga penting kepada masyarakat Cina.
Tema utama dalam ajaran Konfuciunisme ialah preservatuon of the state and the
preservation of the family atau dalam perkataan ialah Hao. Hal ini jelas dilihat daripada
beberapa perayaan yang masih kekal sehingga hari ini iaitu Ching Meng. Oleh kerana dalam
ajaran Konfuciunisme amat mementingkan Hao, maka untuk mendapatkan anak adalah penting
supaya menjadi warisan keluarga. Dengan ini perkahwinan adalah digalakkan supaya
mendapat anak secara sah.
Taosima merujuk kerada Tao yang bermakna way atau Principle iaitu jalan kepada
yang wujud. Daripada Tao wujud dua prinsip Yin dan Yang.Dalam ajaran Taoisme, percaya
bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa selepas mati sekiranya dia mati mengikut jalan
kehidupan yang betul sebelum mati.
Agama Buddha pula di bawa oleh Gautama Buddha dari India. Prinsip agama Buddha,
kesengsaraan dalam hidup dunia adalah disebabkan oleh kejahilan dalam fikiran yang salah
dan tindakan yang salah. Untuk mengelakkannya, manusia mesti menghapuskan keinginan dan
membuatnya dengan berjaya supaya mencapai apa yang disebut oleh Buddha sebagai
2

Nirvana. Manusia mesti memadamkan keinginan dan kewujudan sekiranya berjaya membuat
demikian maka akan bebas dari kejahilan dan mencapai kegembiraan. Agama Buddha juga ada
menyentuh kepada cycle of life iaitu manusia akan terus lahir, mati dan lahir semula.
1.1 ADAT RESAM
1.1.1 Lawatan dan Kunjungan
Menurut Norhayati Abu Bakar (1995 : 2). Adat Resam Masyarakat Cina dan India,
semasa mengunjungi rumah orang orang Cina, tetamu sebaik baiknya duduk di sebelah kiri
tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah.Minuman ringan selalunya
dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin yang boleh. Dalam pada itu tetamu janganlah
hendaknya segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah
dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka makan malam
melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab sebab yang sangat penting.
1.1.2 Kelahiran
Menurut Buku teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3, (2006:79)
sebelum melahirkan anak adat melihat perut dilakukan untuk mengetahui jantina bayi. Adat
mengelak pantang dilakukan bagi mengelakkan si Ibu daripada dijatuhi hukuman oleh Tuhan
akibat tidak mematuhi peraturan. Selain itu, adat mencukur jambul diadakan selepas kelahiran
dan adat full moon diadakan selepas bayi berumur sebulan. Semua saudara mara akan diberi
kuih ang ku dan sebiji telur yang berwarna merah. Ibu yang berpantang selama 40 hari dan
perlu makan makanan yang boleh memanaskan badan serta tidak boleh mencuci rambut.
1.1.3 Perkahwinan
Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun
keluarganya. Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan bagi seseorang
lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah untuk mendapatkan seseorang
isteri. Institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta
memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, Cina lelaki akan menghadapi banyak tanggungjawab
baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa kemudiannya.Dalam masyarakat Cina, pada
masa dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila kanak kanak itu berumur di antara 7 dan
14 tahun. Selanjutnya tidak terikat lagi dengan peraturan tradisional bagi seseorang perempuan
Cina untuk berkahwin.Pada waktu dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu
3

bapa. Tetapi keadaan itu telah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun ibu bapa masih
mempunyai kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anak anak mereka. Walaupun kini
perkahwinan tidak diatur oleh ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan ia
merupakan peringkat yang sangat penting. Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan juga
penting.Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa
sesuatu perkahwinan diadakan iaitu :
Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami
isteri yang sah dari segi undang undang.
Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin
baru memberi teh kepada ahli ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda
pengenalan

antara

satu

sama

lain,menurut

Buku

teks

Pendidikan

Sivik

dan

Kewarganegaraan Tingkatan 3, (2006 : 78 )


Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan kawan akan
dijemput.Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk
dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja.Perkara yang dianggap mustahak dalam
perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman perkahwinan itu kepada kawan kawan dan dan
saudara mara mereka dengan mengadakan jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung
kepada kemampuan seseorang. Oleh kerana majlis ini penting maka tetamu tetamu yang
hadir eloklah memakai pakaian yang cantik dan berwarna merah.
1.1.4 Kematian
Pelawat pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna warni sewaktu
pergi ke rumah orang mati. Sebaiknya baiknya pelawat itu memakai baju berwarna muram
seperti hitam atau kelabu dan sebagainya.Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia
hendaklah membawa sepasang lilin putih duit kertas dan lain lain alat sembahyang untuk
diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat
memberikan derma atau menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan
sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan panji panji yang ditulis dengan kata kata
pujian kepada si mati.
Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah
atau gula gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Menurut Buku teks
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3 (2006:79). Warna merah itu warna
4

yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula gula
yang diberi itu boleh dimakan.
1.2 PANTANG LARANG
1.2.1 Kelahiran
Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya
di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak
dibernarkan sama sekali.Ibu yang mengandung mesti berjaga jaga supaya tidak terperanjat
dengan benda benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira kira
sebulan selepas bersalin.Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji berat badannya.
Sebaliknya kata kata pujian seperti gemuk atau gemuk macam babi dapat
diterima.Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara
mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah hadiah itu
dibungkus dengan kertas merah. Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak
itu berumur satu tahun.
1.2.2 Perkahwinan
Memakai baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna warna ini biasanya
dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam masyarakat Cina. Apabila tetamu berjumpa dengan
kedua pengantin baru itu mereka haruslah mengucapkan tahniah kepada mereka. Tetamu
janganlah menceritakan atau menyebut perkataan perkataan yang sedih seperti kematian,
sakit, bencana atau hantu apabila bertutur dengan kedua pengantin itu.Warna merah
dikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh kerana itu, sekiranya tetamu
memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas berwarna merah.

TAHUN BARU
CINA

PESTA KUIH
BULAN

LUKISAN
KALIGRAFI

CHAP GOH MEI

PESTA DONG
ZHI

PERAYAAN

PESTA CHING
MING

PESTA HANTU
LAPAR

KEPERCAYA AN DAN
KEBUDAYA AN

PESTA TUAN WU

PIPA
GU ZHENG
ALAT MUZIK

ERH HU
YANG QIN

ZHUDI
TARIAN NAGA
TARIAN
TRADISIONAL.

TARIAN SINGA
TARIAN KIPAS
CHEONG SAM

PAKAIAN
SAMFU

Peta Minda 1.3


6

1.3 KEPERCAYAAN DAN KEBUDAYAAN


1.3.1 Lukisan Kaligrafi Cina
Bagi kaum cina, mereka bukan saja menggunakan kaligrafi untuk menulis, tetapi juga
suka menggunakan kaligrafi untuk melukis gambar ( ) seperti gambar feng-shui, bungabungaan, bukit-bukau, kuda, ikan-ikan dan sebagainya. Biasanya gambar kaligrafi dilukis pada
kertas yang bermutu, berkualiti dan istimewa yang dipanggil 'Xuan Zhi'. Oleh kerana
kebanyakkan lukisan kaligrafi hanya berwarna hitam sahaja, maka berkembanglah seni lukisan
yang lain yang berwarna-warni dengan menggunakan tapak tangan, Qi-Gong dan lain-lain

Rajah 1.3.1 Lukisan Kaligrafi Cina


1.3.2 PERAYAAN
TAHUN BARU CINA
Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang
terbesar dan terpenting bagi kaum cina. Tahun Baru Cina dianggap penting kerana
membolehkan semua ahli keluarga yang belajar atau bekerja di luar negara dapat pulang ke
rumah untuk berkumpul bersama. Sebelum sehari Tahun Baru Cina, semua keluarga cina akan
berkumpul bersama dan makan bersama-sama (reunion) untuk melambangkan bersatu semula
atau perpaduan. Menurut Buku teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3
(2006:88) dan Menurut Norhayati Abu Bakar (1995 : 2). Adat Resam Masyarakat Cina dan
India, pada sebelah petang menjelang Tahun Baru Cina setiap anggota keluarga digalakkan
berkumpul dan makan bersama- sama demi kesejahteraan dan kenahagiaan semua. Biasanya
selepas makan, kanak kanak dan mereka yang belum berkahwin akan diberi angpau. Selepas
itu, mereka akan membakar mercun. Mercun dipercayai membawa tuah dan kemakmuran
7

dalam perniagaan.Buah limau melambangkan emas dan kekayaan dalam masyarakat Cina.
Sebab itu, pada setiap sambutan Tahun Baru Cina limau menjadi hidangan utama. Pokok limau
diletakkan dihadapan pintu sebagai lambing kekayaan dan tuah. Buahnya tidak boleh dipetik.
Menurut kepercayaan masyarakat Cina, jika buahnya dipetik kekayaan dan tuah akan hilang
atau berkurangan. Tahun Baru Cina akan disambut selama 15 hari sehingga Chap Goh Mei.

Rajah 1.3.2 Sambutan Tahun Baru Cina


Pada Tahun Baru Cina, orang cina juga suka menggunakan berus untuk menulis pasangan
ayat yang bermakna baik dengan kaligrafi cina pada kertas merah dan ditampalkan
pada pintu masuk agar kebaikkan dan kebahagaian akan bersama ahli keluarga sepanjang
tahun.Dibawah menunjukkan contoh kaligrafi cina yang biasanya digunakan pada Tahun Baru
Cina.

Chap Goh Mei


Hari Chap Goh Mei merupakan Tahun Baru Cina yang terakhir. Ia terjatuh
pada hari ke-15 pada bulan 1 dalam kalender cina.
Bagi kaum wanita yang belum kahwin, mereka digalakkan menulis nama dan
nombor telefon di atas limau mandarin dan dibuang ke dalam sungai. Kaum
lelaki yang masih bujang pula boleh mengutip limau yang dibuang agar
boleh mencari jodoh mereka menerusi limau mandarin

Pesta Tuan Wu
Pesta Tuan-Wu disambut pada 5 haribulan dalam bulan ke-5 kalender cina.
Perayaan ini disambut untuk mengenang budi dan jasa seorang patriotisme
yang bernama Qu-Yuan pada zaman dahulu yang bunuh diri dengan cara
terjun sungai dimana ikat batu pada badan diri untuk mengelakkan mayat
terapung. Qu-Yuan bunuh diri kerana sedih dan kecewa terhadap raja yang
tidak ingin mendengar nasihatnya sehingga negaranya terjatuh ke tangan
orang lain.
Dengan adanya cerita ini, maka Pesta Tuan-Wu disambutkan sehingga masa
kini untuk mengenang jasa seorang patriotisme. Oleh itu, makanan "Bak
Zhang" dan pertandingan lumba perahu masih disambut setiap tahun
sehingga masa kini.

Pesta Kuih Bulan


Pesta Kuih Bulan juga merupakan perayaan yang penting bagi kaum cina.
Pesta ini disambut pada 15 haribulan pada bulan ke-8 dalam kalender cina.
Pada hari itu, orang cina akan makan kuih bulan dan kanak-kanak pula akan
bermain tanglung. Manakala golongan orang tua akan bersembahyang bulan
yang cantik dan bulat pada malam tersebut.

Pesta Hantu Lapar


Pesta ini disambut pada 15 haribulan pada bulan ke-7 dalam kalender cina.

Pesta Dong Zhi


Pesta ini merupakan pesta yang terakhir dalam setahun bagi kaum cina.
Bebola digosok dengan tepung pulut dan diwarnakan dengan warna merah
dan warna yang disukai. Selepas itu, bebola dimasak dengan air rebus
bercampur daum pandan dan gula. Bebola yang bulat mewakili keluarga
yang perpaduan dan selepas makan dianggap sudah bertambah usia
setahun.

Pesta Ching Ming

Pesta Ching Ming merupakan perayaan yang penting bagi kaum cina untuk
mengenang nenek moyang yang telah meninggal dunia. Biasanya anak-anak
dan cucu-cicit akan pergi ke kubuh atau tempat nenek moyang bersemandi.
Mereka juga akan membakar kertas-kertas wang da bahan keperluan asas
kepada nenek myang kerana mereka yakin nenek moyang jug akan
menggunakan wang pada dunia yang ketiga

Peta Minda 1.3.2


1.3.3 PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA

SAMFU

CHEONG SAM

Rajah 1.3.3 Pakaian Tradisional Kaum Cina

1.3.4 MAKANAN TRADISONAL KAUM CINA

10

lao-sheng (

shao-bee

KUIH BULAN

DONG ZHI

Rajah 1.3.4 Makanan Tradisional Kaum Cina


1.4 ALAT MUZIK

11

Masyarakat Cina di Malaysia juga kaya dengan warisan kesenian budayanya yang
tersendiri. Begitu juga dengan muzik, alat muzik dan tariannya.Warisan muzik masyarakat cina
yang paling dikenali ialah muzik Guangdong. Muzik Guangdong sebenarnya berasal dan
bermula dari Selatan China pada abad ke 20. Pada peringkat awal, muzik Guangdong
dimainkan sebagai iringan muzik dalam Opera Yue. Kemudian, secara beransur-ansur muzik
Guangdong telah menjadi popular bukan sahaja di seluruh China bahkan juga sangat diminati
oleh para perantau China di seberang laut.Selain itu, alat-alat muzik tradisional masyarakat cina
yang digunakan juga sangat menarik sehinggakan dimainkan dalam okestra. Antara alat muzik
tradisional masyarakat cina ialah pipa, yangqin, guzheng,erh hu, ensemble gendering, luo Gu gong dan seruling cina (zhudi).

Guzhe
ng

Pip
a

Erh
Hu

Zhudi
12

Yangqi
n

Lu Gu- Gong

Ensembel
genderang

Rajah 1.4 Alat Muzik


1.5 TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA
Warisan seni tari masyarakat cina pula ditonjolkan terutamanya semasa sambutan tahun
baru cina. Tarian yang sering dipersembahkan ialah tarian singa dan tarian naga. Malah
terdapat satu lagi seni tari yang popular yang asalnya ditarikan oleh 2 lelaki dan 7 orang wanita.
Namun, setelah beberapa ketika tarian ini banyak ditarikan oleh golongan wanita sahaja dalam
majlis-majlis

perayaan.

Tarian-tarian

tradisional

dipertandingkan sehingga peringkat antarabangsa.

13

ini

juga

semakin

popular

sehingga

TARIAN NAGA

Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya
Cina.Sepertilah tarian singa,tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.Orang
Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik.Pada fikiran orang
cina,naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan.Naga mewakili kekuatan yang tiada
bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab
itu,sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin
prosesi untuk menyambut seorang dewa,bahkan ketika ada bencana alam atau bencana
peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat
dari syurga.

TARIAN SINGA

Menurut Norhayati Abu Bakar (1995 : 2). Adat Resam Masyarakat Cina dan India,
tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat
Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singadengan menggunakan kostum singa.
Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan
dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penariakan memainkan bahagian
belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penariitu akan bergerak seakan-akan singa di atas
pentas yang disediakan. Tarian singa iniakan diiringi olehgong,dram, dan dentuman mercun
yang dikatakan akan membawa tuah.

14

TARIAN KIPAS

Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7
wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati
dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai
alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana
masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya
tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka.
Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui"
yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.

15

(b)

Bincangkan implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid


terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Kepelbagaian sosio budaya d Malaysia turut memberi kesan kepada sistem pendidikan.
Ini memberikan cabaran kepada guru dalam usaha untuk memberikan pendidikan yang
seimbang kepada murid tanpa mengira latar belakang dan kaum.
Pembelajaran yang berkesan bagi sekumpulan pelajar tidak semestinya berkesan bagi
kumpulan lain. Guru tidak seharusnya menganggap semua pelajar boleh belajar melalui cara
yang sama. Pendidkan yang saksama bukan bermakna sistem penyampaian yang sama.
Kesaksamaan pendidikan lebih bergantung kepada persekitaran tempat tinggal pelajar, faktor
status sosioekonomi keluarga dan gaya pembelajaran pelajar. Dengan mengambil kira faktorfaktor yang membantu pembelajaran, guru dapat menyediakan pembelajaran yang berkesan
mengikut kemampuan pelajar. Satu strategi yang boleh digunakan ialah pembelajaran koperatif.
Melalui struktur pembelajaran koperatif, pelajar dalam kumpulan heterogenous dapat berkongsi
pengetahuan dan pengalaman, belajar bersama-sama, saling memebantu dan berinteraksi
untuk memastikan pencapaian kumpulan. Pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang,
etnik, taraf sosial dan pencapaian dapat saling belajar dan mengenali budaya secara tidak
langsung. Kesedaran budaya mikro kumpulan etnik yang berbeza dapat membantu
mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam
masyarakat majmuk.
Implikasi terhadap kepelbagaian sosiobudaya termasuklah kemahiran dan penguasaan
bahasa yang berbeza. Sesetengah murid hanya menguasai dialek, bahasa ibunda atau dialek
semata-mata berkemungkinan menghadapi masalah pembelajaran, kurang faham bahan yang
dibaca dan penerangan guru. Kesannya mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Disamping
itu, dua atau lebih bahasa dengan kosa kata yang terbatas atau meluas juga salah satu
implikasi pelbagai sosiobudaya. Pelajar yang menguasai dua atau lebih bahasa. Contohnya
bahasa ibunda, bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris akan lebih mudah menguasai
pembelajaran memandangkan sinopsis telah terbentuk dalam otaknya. Lantaran itu, pelajar
polyglot (menurut Kamus Dewan Edisi Baru, muka surat 976, bermaksud orang yang
menguasai banyak bahasa) cepat dan tangkas dalam pemahaman konsep dan menjadi
pelajar pintar cerdas jika dididik dan diasuh dengan cara yang betul dan sesuai dengan
keupayaanya.

16

Guru juga perlu menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil kepada semua
murid, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana menyebabkan
hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat murid untuk
meneruskan pembelajaran. Guru boleh menggunakan kata-kata bermotivasi dan penuh dengan
senyuman dan jenaka, dan pujian supaya suasana sentiasa ceria, di samping memberi teguran
umum yang berupa nasihat tetapi bukan leteran.Guru bertanggungjawab untuk membentuk
komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosiobudaya.
Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat kemungkinan
berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum,pembentukan
kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dalamkalangan murid. Dari aspek
kepercayaan pula guru harus tidak menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang
diamalkan oleh murid-murid mereka. Setiap nilai dan kepercayaan yang tersebut harus diterima
dengan seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan dengan agama murid yang berkaitan dengan
agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan.
Guru perlulah merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua
kepercayaan, nilai, dan agama murid mereka. Jantina yang berbeza juga akan memberikan
kesan kepada aktiviti pembelajaran. Guru seharusnya merancang aktiviti pembelajaran yang
boleh disertai oleh semua murid, tanpa mengira jantina. Isu yang mempunyai unsur bias
kepada mana-mana jantina mesti dielakkan kerana peluang yang sama haruslah diberikan
kepada setiap murid dalam menerokai aktivtiti pembelajaran. Bagi murid yang menghadapi
kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif dalam
kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.Pendidikan
merupakan

salah

satu

faktor

utama

dalam

mencapai

Misi

Nasional

dan guru

memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini.Justeru, guru perlu memahami,
memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan
pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan.Peranan guru sebagai
sumber utama pengetahuan kepada murid telah bertukar kepada guru sebagai pemudah cara
dalam pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid.
Guru harus kreatif dan inovati untuk menjadikan sistem penyampaian pengajaran dan
pembelajaran menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan.

17

(c) Cadangkan langkah-langkah untuk menangani isu kepelbagaian budaya dan


bahasa dalam kalangan murid di dalam bilik darjah.
Menurut Hazil Abdul Hamid (1990:7).Sosiologi Pendidikan. Bagi menghubungkaitkan
antara kebudayaan dengan pendidikan ianya bergantung kepada definisi kebudayaan. Definisi
kebudayaan ialah satu keseluruhan cara hidup dan jika disempitkan lagi difinisi ini cara hidup itu
meliputi perkara perkara seperti ini, membayangkan bahawa alam sekaliling yang tertentu
menyebabkan kehidupan seorang kanak- kanak itu berbeza. Jadi tugas pendidikan ialah
menyesuaikan kanak kanak tadi dengan alam sekeliling kebudayaan kanak- kanak.
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya.
Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding negara lain.
Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan keseluruhan yang
kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral,
hukum,adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai
anggota masyarakat. Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat muka surat 106,
mendefinisikan bahasa adalah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia ( antara seorang individu dengan
individu yang lain ).
Langkah langkah untuk menangani kepelbagaian budaya dan bahasa dalam kalangan
murid di dalam bilik darjah ialah seorang guru perlu memberi keutamaan dalam penggunaan
Bahasa pengantar. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang ini
menyebabkan berlaku pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa
standard yang mampu difahami oleh semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti
pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih berkesan.
Menurut Hazil Abdul Hamid( 1990:8 ).Sosiologi Pendidikan, setiap masyarakat
mempunyai kebudayaan tersendiri dan kanak- kanak hidup berdasarkan kehendak masyarakat
dan menyesuaikan diri di dalam masyarakatnya. Dengan demikian, sebahagian sahsiah kanak
kanak ditentukan oleh kebudayaan kanak kanak itu sendiri. Pihak guru dan pentadbir
dibidang pendidikan harus melihat fakta fakta ini untuk mengetahui latar belakang kanak
kanak. Kaedah ini guru membolehkan merancang pengajaran dengan cara yang lebih berkesan
kerana pihak guru lebih memahami keadaan murid muridnya. Misalnya, kanak kanak

18

daripada kumpula sosial yang berlainan mempunyai sikap yang berlainan dari segi
menyelesaikan masalahnya.
Seterusnya ialah, guru perlulah menyesuaikan diri dengan suasana bilik darjah dan
menjaga perlakuan dan tutur kata supaya bebas daripada unsur-unsur yang berbaur
perkauman dan sensitiviti agama semasa menyampaikan penjelasan dan penerangan dalam
bilik darjah. Hal ini kerana, sekiranya guru tersilap memberi fakta tentang sesuatu kaum, muridmurid lain akan menerima konsep yang negatif tentang kaum tersebut dan sekali gus akan
mewujudkan jurang perbezaan sosial yang ketara.
Akibatnya, masalah sosial dalam pembelajaran mereka seperti tiada kerjasama
dan tolak ansur semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Maka, rancangan
pengajaran yang awal dan rapi perlu direka terlebih dahulu sebagai langkah berhati-hati supaya
guru dapat meminimumkan kesilapan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, Sekolah rendah terbahagi kepada tiga jenis aliran iaitu Sekolah Kebangsaan
(SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Namun begitu, terdapat juga murid Cina dan India yang belajar di Sekolah Kebangsaan yang
menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa perantara. Ini akan menimbulkan masalah
pertuturan dalam kalangan murid Cina dan India mempengaruhi

kefahaman konsep. Bagi

menangani masalah ini, guru-guru juga hendaklah kreatif dan inovatif dalam menyediakan
bahan bantu mengajar, seperti lebih kerap menggunakan bahan-bahan autentik, pendekatan,
kaedah dan teknik yang dapat melibatkan murid-murid secara aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru Bahasa Melayu juga perlu segera menyedari tahap kemampuan
penguasaan bahasa murid-murid mereka. Dengan cara ini, guru akan dapat mencari
pendekatan pengajaran yang sesuai untuk murid mereka.
Akhirnya, guru perlu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Dari segi aspek
fizikal guru perlu menyusun meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai
mengikut keperluan aktiviti. Murid diletakkan dalam kumpulan yang sama, terdiri daripada
etnik yang berbeza. Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah
supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan
tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada
perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari
pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu
kumpulan akan dapat diwujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya. Pembelajaran
19

dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk menimba ilmu
secara berkesan.

KESIMPULAN
Dalam membina satu budaya yang berteraskan perpaduan, guru sebagai patriot
memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Ini kerana kaum gurulah yang ditugaskan
untuk melaksanakan program KSSR atau KBSM. Oleh itu, semua aktiviti pengajaran dan
pembelajaran

termasuk

aktiviti

kokurikulum

harus

menekankan

menekankan

unsur

perpaduan.Kemajuan dan kemakmuran negara amat bergantung kepada perpaduan rakyat


berbilang kaum. Sifat cinta dan taat setia ini juga merangkumi sikap hormat dan toleransi di
antara satu sama lain. Pembentukan sikap ini dapat membantu kita mencapai cita cita
perpaduan kaum dan menghapuskan polarisasi kaum, demi membentuk rakyat yang mencinta
negara kita.

20

BIBLIOGRAFI
BUKU
Ahmad Kamal Ariffin bin Mohd.Rus,Lina Binti Zakariah,Norani Binti Abd.Rahim dan
Maggie Low Poh Lean(2007).Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan
4.Selangor:Asia Galaxy Sdn.Bhd.
Abdul Ghalib Bin Yunus Dan Gazali Bin Lateh(2006).Pendidikan Sivik Dan
KewarganegaraanTingkatan 3.Selangor: Multi Media SynergyCorporation Sdn.Bhd.
Abdul Aziz Bin Abdul Rahman,Vincent De Selva dan Lim Jin Fou(2006).Pendidikan
Sivik dan KewarganegaraanTingkatan 3.Kuala Lumpur:Percetakan Rina Sdn.
Bhd.
Gazali Bin Lateh & Abdul Ghalib Bin Yunus ( 2008 ).Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan Tingkatan 5.Selangor:Cerdik Publications Sdn. Bhd.
Hazil Abdul Hamid.( 1996).Sosiologi Pendidikan Dalam Perspektif Pembangunan
Negara.(1996).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Koo Kee Peng,Wan Hasmah Binti Wan Mamat dan Tay Siok Eian.(2005).Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2.Selangor:AG Grafik Sdn.Bhd.
Norhayati Abu Bakar(1995).Adat Resam Masyarakat Cina dan India.Kuala Lumpur:
Pustaka Cita Tinggi.
Siti Amnah Binti Sahran,Rahimah Binti Ibrahim,Rosiah Binti Nawi dan Nik Zubaidah
Binti Nik Yusof(2006).Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 3.
Kuala Lumpur:Attarbiah Sdn. Bhd.
Vishalache Balakrishnan,Koo Kee Peng dan Mohd Bakri Che Amin(2006).Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 6.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
21

Pustaka.

INTERNET
http://bmpengurusan2010.blogspot.com/2010/09/kaum-cina.html
http://www.slideshare.net/nurfara1/esei-kenegaraan
http://www.slideshare.net/NorhanimBtZainudinHanim/adat-resam-dan-pantang-larangmasyarakat-cina

JURNAL
Prof Madya Dr Ahmad Esa.Pendidik Pejuangkan Bahasa Jiwa Bangsa.Berita Harian.
(20.Ogos.2015 :32)

22

23

Anda mungkin juga menyukai