Anda di halaman 1dari 12

SMK DATO AHMAD MAHER

JALAN LONG YUNUS, 15200


KOTA BHARU, KELANTAN

FOLIO SEJARAH
TINGKATAN 2
TOKOH TEMPATAN
TOK JANGGUT

Nama : Muhammad Azimuddin b Roselan


Tingkatan : 2 Al - Zahrawi
Nama Guru : Puan Shazwana bt Abdul
Rahman
Tahun : 2010

TOKOH
TEMPATAN
TOK JANGGUT

SENARAI KANDUNGAN
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.

7.
8.
9.

Perkara
Tajuk
Senarai Kandungan
Penghargaan
Objektif
Kaedah Kajian
Hasil Kajian

Muka Surat
2
3
4
5
6

a. Latar Belakang

b. Sumbangan / Faktor Penentangan

8-9

c. Rumusan Tokoh
Kesimpulan
Lampiran
Rujukan

9
10
11
12

PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapat saya menyiapkan Folio Sejarah ini dengan jayanya. Di sini juga saya ingin
mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada orangorang yang telah membantu saya menyiapkan folio ini terutamanya guru
3

matapelajaran Sejarah saya, Puan Shazwana yang telah memberikan tunjuk ajar
yang begitu mendalam sepanjang folio ini dihasilkan.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu dan bapa saya, Roselan bin Yaacob
dan Kamariah bt Mat atas sumbangan informasi serta sokongan dan dorongan
yang diberikan kepada saya.
Sekalung penghargaan juga diberikan kepada rakan-rakan saya yang
telah banyak memberi idea dan pendapat kepada saya untuk menyiapkan folio
ini. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang
terlibat di dalam menjayakan folio ini sama ada secara langsung atau sebaliknya.
Saya berharap agar folio ini akan memberi banyak faedah kepada saya pada
masa akan datang dan seterusnya.

Yang Benar,

OBJEKTIF
Objektif saya menjalankan kajian ini adalah seperti berikut :
1. Untuk mengenali tokoh yang di kagumi saya dengan lebih mendalam
2. Untuk melengkapkan syarat seperti yang dikehendaki oleh pihak
sekolah
3. Untuk mengetahui jasa-jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh
tokoh yang dikaji
4

4. Untuk mengetahui sifat kepimpinan tokoh yang dikaji

KAEDAH KAJIAN
1. Buku Ilmiah
Saya menggunakan buku teks dan beberapa buku ilmiah serta rujukan
yang saya dapati di perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam.
Hasilnya telah saya masukkan ke dalam folio ini.

2. Melayari Internet
5

Saya menggunakan internet sebagai kaedah kedua untuk mencari


seberapa maklumat serta informasi yang berkaitan dengan perjuangan Tok
Janggut. Hasilnya juga telah saya masukkan ke dalam folio ini.

HASIL KAJIAN
a. Latar Belakang
Haji Mat Hassan bin Munas dikenali juga sebagai Tok Janggut. Beliau
telah dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Haji
Mat Hassan mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Meca. Beliau
menyimpan janggut hingga ke paras dada dan sebab itulah beliau dikenali
sebagai Tok Janggut. Tok Janggut juga mahir dalam ilmu persilatan. Beliau yang
6

menetap di Kampung Nering, bekerja sebagai petani dan peniaga. Beliau


merupakan salah seorang pejuang tanah air di Kelantan yang terkorban semasa
pendudukan British.

b. Faktor Penentangan

Terdapat beberapa faktor penentangan Tok Janggut semasa pendudukan


British di Tanah Melayu seperti yang berikut :

(i) Peraturan Tanah


Tok Janggut menentang peraturan cukai yang diperkenalkan pada tahun
1915. Peraturan itu mewajibkan petani membayar cukai tanah
7

(ii) Pengenalan Cukai Yang Membebankan


Petani juga dikehendaki membayar cukai pokok kelapa berbuah sebanyak
tiga sen sepokok, pokok pinang satu sen sepokok, sirih lima sen sejunjung dan
kerbau serta lembu 20 sen seekor. Peraturan baru ini membebankan rakyat.

(iii) Perasaan Anti-British


Sentimen anti-British meningkat apabila Britain menyerang kerajaan Turki
Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama pada tahun 1914. Kerajaan Turki
Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya berjihad menentang
penjajah Barat. Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh.

(iv) Pembayaran Cukai Yang Menyusahkan


Penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana
pejabat bayaran cukai terletak jauh di Bandar. Tok Janggut telah beberapa kali
pergi untuk membayar cukai tetapi gagal. Mereka yang gagal membayar cukai
akan ditangkap dan didenda. Sikap biadap pegawai British yang bertugas
menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

c. Rumusan Tokoh

Pada 24 Mei 1915, British menyerang Tok Janggut yang berkubu di


Kampung Dalam Pupuh, Saring. Dalam pertempuran tersebut, Tok Janggut
terkorban. Mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu,
kemudiannya digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama
empat jam. Mayat beliau kemudiannya dikebumikan di Pasir Pekan.
Tok Janggut dan rakan-rakannya terkorban sebagai pahlawan yang
menentang kuasa penjajah Barat. Meskipun kebangkitan pada tahun 1915
berjaya dipatahkan oleh British, tetapi semangat juang mereka menjadi sejarah
kebanggan kita.

KESIMPULAN
Dengan mengkaji tokoh ini,Tok Janggut,beliau telah menaikkan semangat
saya untuk berani menetang penjajah. Saya juga berasa lebih cinta akan tanah
air.

Tokoh ini juga telah menggalakkan masyarakat di Negara ini untuk


bersatu teguh menentang penjajah. Dengan kejayaan ini ramai anak muda
sekarang yang sudah berjaya.

Tokoh ini meninggal pada 24 Mei 1915.Walaupun orang British


menganggap beliau pemberontak namun orang tempatan terutamanya rakyat
Negeri Kelantan mengaggap mereka sebagai pejuang. Kuburnya dikenali dan
sering dilawati oleh pelancong pelancong sama ada dalam atau luar Negara.

LAMPIRAN
a. Gambar - gambar

10

Gambar semasa Tok

Gambar Makam Tok Janggut di

Janggut digantung

Kampung Pasir Pekan

b. Peta Kelantan

RUJUKAN

11

1. Maisarah bt Mispari, Sejarah Tingkatan Dua, 2008, Dewan Bahasa dan


Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur

2. www.kongsiblog.com/keluarga/luahan-jiwa/perjuangan-sebenar-tokjanggut

12

Anda mungkin juga menyukai