Anda di halaman 1dari 3

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI KE -4

SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDIQ


TAHUN 2015

TARIKH:03.09.2015 (KHAMIS)
MASA :12.45
TEMPAT:BILIK MESYUARAT AS-SIDIQ

KEHADIRAN:
1.USTAZ ZULKIFLI BIN HASSAN
2.USTAZ MOHD .NAJIB BIN AHMADI
3.USTAZ GHANI BIN AHMAD
4.USTAZAH NURJANNAH BINTI SHAARANI
5.USTAZAH NOOR HALIZAH BINTI HAJI AHMAD
6.USTAZAH NUR HIDAYATI BINTI AHMAD
7.USTAZAH NAJIHAH BINTI ABDUL RAZAK
8.USTAZAH AINA SAFIAH BINTI AZIZI
9.USTAZ WARIDI BIN HJ ALI
10.USTAZAH FATHIYAH BT.HAJI SALLEH HILMI
TIDAK HADIR BERSEBAB:
1.USTAZ AHMAD ZAWAWI BIN MOHAMED YASSIN

1.UCAPAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli panitia yang sudi
hadir pada hari ini.Semoga dengan kekuatan ukhwah di antara sesama ahli dapat
memantapkan lagi mutu pengajaran anak-anak didik SKWSS.Semoga segala
masalah yang timbul dapat di selesaikan dalam mesyuarat pada hari ini.

2.UCAPAN GURU BESAR


Mengucapkan ribuan terma kasih kepada semua ahli yang dapat meluangkan
masa pada hari ini
1.Mengharapkan semua guru agama dapat saling menasihati antara satu sama
lain dan menjadi role model kepada guru-guru lain

2.Menyatakan Ustaz Zawawi mendapat cuti CTR selama 3 hari.(Mengikut


pekeliling baru).
3.Mengharapkan semua guru agama dapat menonjolkan bakat dan kebolehan
masing-masing.
4.Mengatur semula Aktiviti Bulanan Pendidikan Islam dan setiap aktiviti perlu ada
dokumentasi.

3.MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


3.1 .Ustazah Noor Halizah membentangkan minit mesyuarat yang ke-tiga:
3.2 . Di cadangkan oleh Ustaz Waridi Bin Hj.Ali
3.3. Di sokong oleh Ustazah Najihah Binti Abdul Razak

4.PERKARA BERBANGKIT
4.1.Masalah jadual waktu guru agama yang baru berkuat kuasa dan di susun
semula oleh cikgu Saad.Semua guru agama merasa sedikit terbeban kerana
setiap guru agama mendapat peruntukan masa seminggu sebanyak 30 waktu
dan di tambah lagi dengan masa relief.
4.2.Ustaz Zulkifli menyatakan jadual waktu akan di susun dan di selaraskan
semula.
4.3.Ustazah Nur Jannah menyatakan waktu drilling untuk guru perempuan pada
setiap hari Khamis berjalan lancar,tetapi guru lelaki kurang mengambil peranan
ketika bacaan Yasin untuk tahun 6.Harap semua ustaz dapat menghadirkan
diri.Ustaz Zulkifli menyatakan mungkin sebab faktor jarak perjalanan dari rumah
para ustaz yang agak jauh dari jarak sekolah.
4.4.Ustaz Najib menyatakan untuk bacaan Yaasin sebelum UPSR pada tahun
hadapan eloklah diadakan pada waktu malam.Kerana Majlis Bacaan Yaasin
sebelum UPSR yang di adakan baru-baru ini kurangnya kehadiran para
waris,mungkin faktor mereka bekerja dan susah mendapat cuti ataupun
sebagainya.

5.PERBINCANGAN AKTIVITI PANITIA


5.1.Ustazah Nur Jannah menyatakan Kem Kecemerlangan Jawi bermula dari Jun
sehingga Oktober.Walaubagaimanapun berdasarkan keputusan Ujian yang telah
dijalankan ramai murid tahun 5 dan 6 tidak dapat menguasai Jawi.
5.2.Ustazah Aina Safiah mencadangkan agar murid di didik supaya mengqadha
solat.
5.3.Kem Bestari Solat yang akan diadakan tidak mengambil makanan di kantin
sekolah tetapi menempah makanan luar,kerana lebih murah dan jimat.

6.HAL-HAL LAIN
6.1.Ustazah Aina mengemukakan masalah tentang perbincangan dengan
JPN,beliau telah berazam untuk memberikan komitmen yang lebih baik kepada
Guru Besar.
6.2.Ustazah Fathiyyah menyatakan beliau pernah mendapat relief sedangkan
pada waktu tersebut beliau mempunyai kelas.
6.3.Ustazah Najihah menyatakan jadual barunya banyak yang bertembung masa
dengan relief jugak.
6.4.Ustazah NurHidayati juga menyatakan beliau tidak dapat mengajar Bahasa
Arab sedangkan beliau di tukarkan ke SKWSS adalah dengan tiket Guru Bahasa
Arab.

Tindakan:Pentadbir Sekolah

7.UCAPAN PENANGGUHAN
7.1.Semoga komitmen para guru agama dapat di mantapkan lagi dan terus
bersemangat mendidik anak bangsa.
Mesyuarat di tangguhkan pada jam 2.15 petang dan di akhiri dengan tasbih
Kafarah dan Surah Al-Asr.

DISEDIAKAN OLEH
DISAHKAN OLEH

................................
................................
(NOOR HALIZAH BT.HJ.AHMAD)
NAJIB BIN AHMADI)
SETIAUSAHA
PANITIA
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN ISLAM

.........
(MOHD
KETUA
PANITIA