Anda di halaman 1dari 2

Perubahan cuaca: Mengurangkan kesan dan menyesuaikan keadaan

Pelepasan gas rumah hijau (GHG) ke ruang angkasa bumi telah berlaku berdekad-dekad
lamanya. Jumlah pelepasannya semakin lama semakin meningkat hingga memberi kesan kepada
cuaca. GHG telah menyebabkan suhu udara yang menyelimuti bumi semakin tahun semakin
meningkat dan menyebabkan cuaca berubah daripada keadaan sedia kala kepada keadaan yang
ekstrim serta tidak menentu dan di luar jangkaan. Perubahan cuaca ini telah menyebabkan
berlakunya kesan yang tidak diingini ke atas kitaran hidrologi, pencairan lapisan ais di hemisfera
utara dan selatan, serta peningkatan suhu dan aras air laut.
Persoalan inilah yang dibincangkan di dalam artikel berkenaan. Pembicaraannya yang
menyeluruh tentang masalah pemanasan global meliputi pelbagai negara maju dan membangun
serta merujuk kepada 207 kertas kerja atau kajian di seluruh dunia antarabangsa.
Dalam keadaan sekarang, adalah mustahil untuk menghentikan serta-merta pelepasan
GHG ke atmosfera walaupun itulah cara yang paling baik di dalam mengatasi masalah
pemanasan global. Malah negara-negara perindustrian masih giat melepaskan GHG ke atmosfera
atas alasan menjana ekonomi masing-masing. Negara-negara membangun juga tidak ketinggalan
di dalam fenomena pelepasan GHG dengan alasan yang sama.
Oleh kerana pelepasan GHG seolah-olah mustahil untuk dielakkan, maka semua negara
disarankan mengambil langkah-langkah mengurangkan kesan kemusnahan (mitigasi) yang
disebabkan pemanasan global dan pada masa yang sama membuat beberapa penyesuaian
(adaptasi) ke atas penghasilan tenaga di dalam usaha mengurangkan pelepasan GHG.
Banyak kajian telah dijalankan di seluruh dunia bagi mengurangkan pelepasan GHG dan
juga bagi menghilangkan GHG terutamanya karbon dioksida yang sudah berada di atmosfera.
Secara semula jadi, karbon dioksida di atmosfera boleh dikurangkan melalui proses fotosintesis
oleh tumbuh-tumbuhan. Malah phytoplankton di permukaan laut yang luas juga menyerap
karbon dioksida untuk tujuan yang sama. Bagi meningkatkan lagi penyerapan semula jadi ini,
maka disarankan agar tumbuh-tumbuhan di hutan tidak ditebang dengan sesuka hati. Bagi
kawasan hutan yang telah diteroka, penanaman semula pokok hendaklah diusahakan dengan
giatnya. Walaupun kajian menunjukkan peratusan karbon dioksida yang digunakan untuk
fotosintesis tidak sebanyak karbon dioksida yang dilepaskan, namun sekurang-kurangnya ianya
dapat mengurangkan juga karbon dioksida di atmosfera.
1/2
Norizan bin Hasrat (CB120016)

Kajian juga dijalankan bagi meninjau potensi menyimpan karbon dioksida ke dalam
lautan dan ke dalam tanah walaupun kurang berkesan. Selain dari itu, kajian bagi mengurangkan
kesan kemusnahan yang disebabkan perubahan cuaca banyak dijalankan. Banyak lagi kajian lain
dibincangkan di dalam artikel ini seperti kesan ke atas ekonomi, kesihatan, penternakan dan
perladangan.
Penyelidikan juga dijalankan bagi menghasilkan tenaga yang tidak melibatkan
pembakaran bahan api sekali gus mengurangkan pelepasan karbon dioksida. Teknologi
penghasilan tenaga dari sumber yang boleh diperbaharui seperti solar dan angin banyak
dijalankan di negara-negara maju. Pada masa yang sama, keseimbangan di antara pengurangan
pelepasan GHG dan peningkatan pembangunan ekonomi perlu diambil kira.
Melalui Protokol Kyoto yang dimeterai pada tahun 1997, suatu mekanisma pembangunan
bersih (CDM) telah dipersetujui oleh negara-negara yang menyertainya. Pembangunan setiap
negara hendaklah mampan dan mematuhi komitmen kepada kuantiti pelepasan GHG. Mereka
mesti mempunyai polisi perdagangan dan perkembangan ekonomi yang boleh dikongsi dengan
saksama bagi berdepan dengan kesan ekonomi ke atas pemanasan global. Bagi memantapkan
polisi ini, disarankan agar pembuat dasar bekerjasama dengan komuniti saintifik di dalam usaha
penggubalannya.
Semua pihak tidak boleh berdiam diri ke atas kesan pelepasan GHG. Tindakan yang
berkesan mestilah diambil sebelum terlambat. GHG amat sinonim dengan Gas Hangatkan
Global. Jangan sampai nanti GHG bertukar kepada Gas Hanguskan Global.

2/2
Norizan bin Hasrat (CB120016)

Anda mungkin juga menyukai