Anda di halaman 1dari 8

SEMINAR MENJAWAB KERTAS 2

BIOLOGI SPM
TIPS UTK CALON-CALON SPM BIOLOGI

TIPS UTK CALON-CALON SPM BIOLOGI


1.

2.
3.

4.
5.

Kenal pasti gambarajah yang diberi. Pastikan anda melabel


dengan betul dan tepat.
Masa untuk menjawab setiap soalan struktur ialah 18 minit.
Manakala, setiap soalan esei ialah 30 minit.
Mulakan dengan soalan yang mudah. Bulatkan soalan yang
sukar dan kembali semula menjawab setelah selesai soalan
lain. Elakkan daripada membiarkan soalan tidak dijawab.
Baca kehendak soalan dengan teliti atau gariskan/ bulatkan
kata kunci soalan.
Perhatikan markah yang diperuntukkan dalam setiap soalan
kerana panjang- pendek jawapan berdasarkan markah yang
disediakan.

TIPS UTK CALON-CALON SPM BIOLOGI


6.Akur dengan arahan soalan yang meminta anda menjawab atau
menyatakan secara khusus berapa bilangan jawapan yang perlu
dijawab. Contohnya, nyatakan dua jenis variasi. Jawab dua
sahaja. jika jawab lebih daripada itu, jawapan seterusnya tidak
diambil kira.
7. Ada soalan yang bersandar dengan soalan yang sebelumnya.
Justeru, pastikan jawapan sebelumnya betul. Jika tak pasti,
gunakan huruf yang dibenarkan sahaja.(lihat contoh).
8. Elakkan menjawab dua jawapan untuk soalan yang
memperuntukkan 1 markah. Contohnya, nyatakan enzim yang
bertindak secara optimum pada pH 7? Sepatutnya anda jawab
amilase. Bukannya jawab amilase dan pepsin (markah tidak akan
diberi dan dikira sebagai WCR!)

TIPS UTK CALON-CALON SPM BIOLOGI


9. Sekiranya anda dikehendaki melukis gambarajah, pastikan anda
menggunakan pensil dan melabelkan struktur yang penting.
Contohnya, lukiskan sel tumbuhan yang telah mengalami
keadaan plasmolisis. Lukiskan struktur vilus. Lengkapkan rajah
dengan melukis struktur kompleks molekul enzim-substrat dan
hasil. Lukiskan rantai DNA.
10. Perlu diingat semasa melabel, elakkan menggunakan anak
panah. Penggunaan anak panah hanya untuk menunjukkan arah.
Jangan melabel secara bersilang.
11. Menulis jawapan sewajarnya menggunakan pen hitam atau
biru sahaja. sekiranya anda menjawab (menulis) menggunakan
pensil, ada kemungkinan jawapan anda tidak jelas dilihat oleh
pemeriksa.

TIPS UTK CALON-CALON SPM BIOLOGI


12. Pastikan tulisan anda mudah difahami. Tulisan yang kemas
dan cantik tidak mempengaruhi pemarkahan tetapi ia
mungkin membantu anda memperoleh markah yang lebih
baik, apabila pemeriksa dapat membaca jawapan anda dengan
jelas dan lancar.
13. Gunakan ruang jawapan yang disediakan sahaja. Jika tersalah,
elakkan menggunakan liquid paper. Anda hanya perlu potong
jawapan yang salah tersebut dan tulis jawapan baru sama ada
di atas dgn simbol tertinggal () atau selepas itu. Penggunaan
kertas ujian tambahan untuk soalan struktur amat tidak
digalakkan.

TIPS UTK CALON-CALON SPM BIOLOGI


14. Bagi soalan esei, anda sewajarnya hanya menjawab dua
soalan sahaja. Sekiranya anda berhajat utk menjawab lebih
drp dua soalan, pastikan anda menyusun soalan
berdasarkan tahap keyakinan anda.
15. Soalan esei perlulah dijawab dalam bentuk perenggan
dengan ayat yang lengkap. Anda dibenarkan menjawab
menggunakan jadual (soalan perbandingan/perbezaan) atau
gambar rajah skema (mekanisme pembekuan darah dan
kacukan Hukum Mendel I dan II) atau melukis gambar
rajah sel, proses mitosis/ meiosis) berdasarkan kehendak
soalan.

TIPS UTK CALON-CALON SPM BIOLOGI


16. Jawapan esei anda mestilah menjurus kepada kehendak
soalan dan tidak perlu meleret-leret atau terlalu detail.
Markah diberi berdasarkan poin yang betul dengan huraian
yang betul. Fahami kehendak soalan dengan baik serta
cuba drafkan jawapan anda secepat yang boleh. Ingat!
Anda hanya ada 30 minit termasuk masa menyemak utk
setiap soalan esei.
17. Secara personal, saya lebih menggalakkan calon
menjawab soalan no.8 dan no.9 kerana soalan ini lebih
mudah utk mendapat markah. Namun, sekiranya calon
mempunyai fakta yang kuat, soalan 6 dan 7 mungkin
menjadi pilihan. Ianya terpulang kepada anda sendiri.

TIPS UTK CALON-CALON SPM BIOLOGI


18. Elakkan menjawab secara ringkas atau poin sahaja tanpa
penjelasan.
19. Mulakan soalan lain dengan kertas ujian yang baru. Jangan
campur adukkan jawapan drp soalan berlainan dalam
helaian yang sama.
20. Susun dan ikat kemas kertas ujian anda bersama-sama
dengan soalan struktur.