Anda di halaman 1dari 1

Menghilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu
bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai
dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini
pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk
meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air
suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh
rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama
dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut


Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu
tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit
sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata


Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata
Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam
jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu,
sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada
waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan
campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan
sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan
kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke
muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan
setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke
dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan
selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin


Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh
badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan
yg masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut.

Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah
beberapa minit sebelum tidur.

Anda mungkin juga menyukai