Anda di halaman 1dari 1

NAMA: NABILA BINTI ISHAM

I.D. PELAJAR: 1511170100


KELAS: STANFORD

LAPORAN KAJIAN FALSAFAH RUMAH IBADAH


Assalamualaikum w.b.t dan Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dan
ahli kumpulan berjaya menyiapkan tugas yang telah diberikan oleh pensyarah berkenaan
dengan tajuk falsafah rumah ibadah. Saya sekumpulan telah bekerjasama menyiapkan replika
rumah ibadah dan kami telah memilih untuk melakukan rumah ibadah bagi agama Buddha.

Pertamanya, sudah menjadi kepastian bahawa kita akan mendapat pelbagai informasi
berkenaan dengan sesuatu agama dengan lebih mendalam serta kita dapat mengambil iktibar
daripada sejarah atau simbol yang berkenaan dengan rumah ibadah yang dipilih. Saya dan
ahli kumpulan telah sebulat suara untuk memilih stupa sebagai replika yang kami ingin bina.
Walaubagaimanapun, stupa iaitu tempat beribadah bagi penganut Buddha, adalah berlainan di
setiap tempat di seluruh dunia ini. Hal ini kerana, Buddha merupakan agama yang diasaskan
sendiri oleh manusia berdasarkan keadaan persekitaran dan penganut-penganut mereka
mempunyai pemikiran serta adat yang berbeza yang menyebabkan mereka mempunyai
pendapat yang berlainan. Oleh sebab itu, kami telah memilih stupa yang terletak di Dambulla,
Sri Lanka. Stupa ini dikenali sebagai The Golden Stupa atau The Golden Dagoba.

Stupa pada asalnya bukanlah tempat bagi penganut agama Buddha untuk melakukan
ibadah. Berdasarkan sejarah, stupa merupakan tempat untuk menyimpan barang-barang relik
Buddha atau sebagai tempat untuk menyimpan mayat yang telah dibakar dan abunya itu
disimpankan di dalam stupa. Perkara ini dikatakan hanya berlaku pada zaman purba
terdahulu dan oleh sebab perubahan zaman yang mempunyai pelbagai pemikiran serta
pendapat, stupa ini akhirnya dijadikan sebagai suatu tempat ibadah bagi penganut agama
Buddha. Walaupun kini stupa menjadi salah satu tempat ibadah, bagi orang Barat mereka
menganggap bahawa stupa dan pagoda adalah sama dan tiada perbezaan diantara keduaduanya. Pagoda merupakan tempat yang memang asalnya adalah tempat beribadah bagi
mereka yang mengamalkan ajaran Buddha.

Secara keseluruhannya, saya amat bersyukur dan gembira kerana kami sekumpulan
dapat menyiapkan projek ini dengan jayanya dalam tempoh yang telah ditetapkan. Projek ini
juga telah membuatkan kami sekumpulan mengetahui serba sedikit tentang sejarah dan
tempat ibadah bagi agama Buddha.

Anda mungkin juga menyukai