Anda di halaman 1dari 27

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

ABSD2103
SIASAH SYARIYYAH

KONSEP SYURA DALAM SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

MUHAMMAD YUNUS BIN ABDULLAH


1161719001
T 1161719
0195709679
arsnel_1306@yahoo.com.my

Tutors
ISMAIL BIN MAT LUDIN
KEDAH LEARNING CENTRE

SEPTEMBER 2012 Semester

ISI KANDUNGAN
1

TAJUK

1.

PENGENALAN

MUKA SURAT

...................................................................................

2. DASAR UTAMA SYURA ......................................................................


2.1
Keadilan
2.2 Persamaan
2.3 Kebebasan

3-6
6-11

3. CIRI ASAS DALAM MELAKSANAKAN SYURA ............................


11-14
3.1 Semua Orang Dibrikan Peluang Dalam Memberi
Pandangan
3.2 Mencari Cara Dan Jalan Penyelesaian Dalam Membuat
Sesuatu Keputusan Yang Tepat
3.3 Berfikiraan Terbuka Dalam Memberi Pandangan Dan
Menerima Teguran
3.4 Memperoleh Kebenaran
4. (a) PERBEZAAN SISTEM PARLIMEN DALAM DEMOKRASI
DAN MAJLIS SYURA ......................................................................
4.1 Pengertian demokrasi dan syura
4.2 Pemilihan pemimpin/khalifah
4.3 Fungsi parlimen dan majlis syura
4.4 Undang-undang
(b) HUKUM PERLAKSANAAN SYURA ........................................

15-22

22-25

4.1 Pandangan yang menyatakan syura adalah wajib


dilaksanakan
4.2 Pandangan yang menyatakan syura adalah sunat
dilaksanakan
5. KESIMPULAN .......................................................................................

26

6. RUJUKAN ..............................................................................................

27-28

PENGENALAN

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia
tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, sunnah dan Ijma Ulama. Islam
merupakan agama yang nyata (waqie) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat,
zaman dan situasi yang meliputi citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal
fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa suka
akan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak,
dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui katakata dan bahasa. Sukar untuk ditakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan
konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al Farabi menjelaskan, seni sebagai ciptaan
berbentuk keindahan. Manakala Al Ghazali mentakrifkan seni pula berkaitan dengan rasa
jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.
Mengikut kebudayaan Barat, seni sebenarnya tiada hubungan dengan agama. Ini
adalah disebabkan oleh dasar sekularisme yang mengasingkan hal keduniaan dengan agama.
Walaubagaimanapun, seni masih dianggap sebagai suatu yang ideal dan berkaitan dengan
moral. Seni juga boleh dibahagi dengan 2 tujuan iaitu seni untuk seni dan seni untuk
masyarakat, dimana seninya adalah bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini
dibebaskan untuk apa-apa tujuan sama ada yang mengandungi unsure baik atau jahat.
Manakala seni untuk masyarakat pula menyatakan bahawa seni dicipta untuk sesuatu tujuan
maka ianya mestilah difahami oleh masyarakat yang digunakan oleh kemasyarakatan, politik
dan akhlak. Eugene Johnson dalam The Encyclopedia Americana menjelaskan,seni sebagai
kemahiran. Sebagai contoh, seni pertukangan yang membawa erti kemahiran pertukangan.
Menurut istilah kebudayaan, seni membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah yang
dapat menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan atau
sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya. Di dalam buku Pandangan Islam
Tentang Kesenian hasil karya Dr. Sidi Gazalba menjelaskan bahawa kesenian adalah
sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana
setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang
menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru, manusia dikatakan sebagai
makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan dan memberi kepuasan
melalui pancaindera.

seni atau rasa seni adalah salah satu bahagian daripada rasa yang lahir dari jiwa atau rohani
manusia. Manusia dapat menciptakan sesuatu kerana kemahuan, dan kemahuan itu timbul
kerana adanya daya panduan antara rasa rohaniah manusia itu dengan akal fikiran,
sebagaimana yang dinukilkan oleh ahli ilmu jiwa:
Ilmu jiwa membahagi rasa dalam dua bahagian, iaitu rasa indera dan rasa rohani, rasa rohani
itu terbahagi dalam rasa agama, etika, estetik, intelek, sosial dan rasa diri sendiri.
Dalam pembahagian ini, ia dapati bahwa ilmu jiwa meninjau jenis-jenis yang ada pada jiwa
manusia dari jurusan rasa, iaitu rasa inderawiah dan rasa rohaniah. Pendapat ini menunjukkan
bahawa jiwa manusia dihiasi dengan unsur seni, kerana di dalam jiwa itu terdapat sifat-sifat
atau rasa senang dan terharu terhadap sesuatu yang indah. Hal ini sudah menjadi naluri
(gharizah) yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada manusia. Allah s.w.t menjelaskan
hakikat ini melalui firmanNya yang temaktub dalam al-Quran, surah Ali-Imran, ayat 14:
Maksudnya:
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang
diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak
bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan
binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup
di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu
Syurga).
Segala keindahan itu dapat dirasakan oleh jiwa manusia, dan keindahan itu adalah
manifestasi dari adanya rasa seni bersemayam di jiwa manusia. Menonjol atau tidaknya rasa
seni itu bergantung kepada peribadi yang mengembangkannya, keran benih-benihnya sudah
ada dalam jiwa setiap insan.

Seni secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu seni melalui
pendengaran sebagai contoh muzik,deklamasi puisi,prosa dan seni suara. Seni melalui
penglihatan mata iaitu seni lukis, seni hias, seni bina dan seni pakaian. Manakala seni yang

diperoleh melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater dan filem. Dan
yang terakhir seni melalui pembacaan seperti hasil karya berbentuk puisi dan prosa.
PENGERTIAN DAN FALSAFAH SENI DALAM ISLAM
Dalam segi makna literal, seni ialah halus, indah atau permai. Manakala dari segi
istilah,seni ditakrifkan sebagai segala yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta
perasaan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu, ia membawa nilai halus, indah, baik
dan suci yang berguna dan bermanfaat serta mempunyai fungsi dan nilai sosial.
Pengertian seni dalam islam di sini dapat dibezakan antara seni Islam dengan seni
bukan Islam. Seni islam dengan seni bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dengan nilai
akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu
juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam dimana tujuan Seni Islam ini adalah
kerana Allah s.w.t.Walaupun seni merupakan salah satu unsure yang disumbangkan tetapi
Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah s.w.t yang bermaksud
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.
Selain itu keindahan seni adalah sesuatu yang wujud di luar diri manusia yang
menikmati keindahan

itu sendiri yang dapat dirasa,ditanggapi dan dihayati oleh

manusia.Oleh itu seni boleh dibahagikan kepada 2 iaitu seni ciptaan Allah dan seni ciptaan
manusia. Di sinilah letaknya keistimewaan manusia yang tidak dimiliki oleh makhluk lain
sama ada malaikat,jin dan haiwan. Konsep kesenian dan kebudayaan dalam Islam berbeza
dengan peradaban Islam yang lain.Manusia dijadikan sebagai makhluk yang paling indah dan
paling sempurna.Bumi yang merupakan tempat manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan
segala keindahan.Allah s.w.t bukan sekadar menjadikan manusia sebagai makhluk yang
terindah tetapi juga mempunyai naluri yang cintekan keindahan.
Dalam Islam seni tidaklah bermatlamatkan hiburan semata-mata untuk tujuan
keduniaan ataupun keseronokan. Islam telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri
dan fitrah semulajadi manusia. Sewajarnyalah juga manusia mengemudi seni mengikut fitrah
manusia yang sedia ada berbekalkan sempadan syariah demi kesejahteraan jiwa dan dunia
manusia. Seni dikira sebagai suatu ibadah apabila pembawaan seni itu adalah betul.Alangkah
5

ruginya manusia Muslim yang tidak tahu bagaimana untuk membawa kecenderungan
makhluk sejenisnya kearah ketaqwaan kepada Allah s.w.t.Seni Islam dibentuk untuk
melahirkan seseorang yang benar-benar baik dan beradab. Konsep seni Islam dan
pembawaannya haruslah menjurus kearah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah s.w.t.
Motif seni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara maruf ( kebaikan ),halal dan berakhlak.
Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal manusia kerana kebebasan jiwa dalam
membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah s.w.t. Fungsi seni
tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan seni antara alam,
ketuhanan,kerohanian atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan
keunikan penciptaanNya. Seni dalam Islam menanamkan rasa khusyuk kepada Allah
disamping member ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan
dengan fitrah yang gemar kepada keindahan dalam seni.Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak
berslogan seni untuk seni tetapi seni kerana Allah untuk manusia,makhluk dan alam
sekitar.Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan dan
penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang berpaksikan tauhid dapat
menanamkan sifat ketaqwaan dan keimanan. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan
bukan sahaja emosi di dalam kehidupan seharian.
Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan dapat
meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia.
Seni mestilah satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam,
menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Ertinya, seni mestilah
bersifat Al Amar bil Maaruf dan An Nahy an Munkar serta membangunkan akhlak
masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan merosakkan akhlak masyarakat.Semua
aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan dan
ketaqwaan Allah) serta kesanggupan untuk berserah diri kepada Allah sebagai Tuhan yang
mencipta.

PRINSIP-PRINSIP SENI DALAM ISLAM

Islam tidak pernah menolak kesenian selagi dan selama mana kesenian itu bersifat
seni untuk masyarakat dan bukannya seni untuk seni. Di dalam pengertian dan perbincangan
mengenai seni dalam Islam, terdapat beberapa prinsip yang perlu dititik beratkan untuk
menjadikan seni itu mengikut batas-batas syarak. Antaranya ialah :
1. Seni haruslah memartabatkan akhlak Islam
Seperti nyanyian dengan seni kata yang baik dan didendangkan dengan suara yang sederhana
dan di tempat yang dibenarkan. Seni itu mestilah bukan sesuatu yang dapat meruntuhkan
akhlak seperti nyanyian yang menjerit-jerit dengan pakaian yang terdedah dan menjolok mata
serta seni kata yang lucah.Seni yang sedemikian sebenarnya meruntuhkan akhlak malah
mungkin penyanyi itu sendiri sudah rosak akhlaknya.
2. Meningkatkan nilai kemanusiaan
Jika persembahan seni itu merosakkan akal seperti adanya arak dan mabuk,maka pada masa
itu ia telah meruntuhkan nilai kemanusiaan kerana orang yang hilang akal itu perangainya
seperti binatang.Seni bina jelas mengangkat darjat manusia dan kemanusiaan.Manusia ialah
makhluk yang diberi akal dan mampu berfikir sehingga mereka dapat mencipta bentukbentuk bangunan yang berbagai-bagai indah,menarik dan canggih.
3. Seni Islam berdasarkan wahyu
Maksudnya ialah seni itu mestilah sesuai dengan kehendak wahyu,yakni undang-undang
Islam yang diambil daripada Al Quran dan Hadis.Membuat patung-patung atau seni pahat
salah pada pandangan Islam.Islam membenarkan ahli seni memahat bentuk-bentuk yang
tidak bernyawa seperti padang,rumah,gunung-gunung dan sebagainya.Yang dilarang oleh
Islam hanyalah memahat bentuk-bentuk bernyawa seperti manusia atau binatang kerana
ukiran itu dapat menjadi patung berhala apabila dipuja.
4. Kesenian Islam menghubungkan manusia dan peciptanya.
Setiap yang seni itu cantik dan indah. Kecantikan dan keindahan sesuatu benda itu ialah
ciptaan Allah kerana Allah itu lebih seni dari segala-galanya. Contohnya orang yang suaranya
sedap dan merdu dikurniakan oleh Allah mesti bersyukur diatas pemberianNya.Seni juga
menggunakan bermacam alat untuk membina sebuah binaan,melukis gambar atau
sebagainya.

5. Kesenian meningkatkan aspek kerohanian.


Kesenian Islam merupakan kesenian mukadas. Ia harus memiliki kekudusan mauduk.
Kekudusan mauduk bermaksud kebenaran kerohanian yang dapat mempertemukan manusia
dengan kehadiran alam semesta di mana tujuan estetika tidak terlintas di dalam fikiran
penciptanya. Tetapi ia indah kerana kebenaran keruhanian yang dipancarkan.
Kebenaran yang terkandung dalam ajaran wahyu dengan sendiri terdapat pada kesenian
mukadas. Islam mengutamakan ajaran tauhid yang asli kerana itu ia menghindar dari
sebarang pencemaran syirik, maka penggunaan mitos serta lambang-lambang tertentu yang
memesongkan inti tauhid adalah dilarang. Di dalam kesenian mukadas, bukan saja perutusan
atau isinya sahaja yang mesti suci, bentuk atau salurannya juga mesti suci. Matlamat tidak
menghalalkan cara.

Terdapat 5 hukum dalam seni yang telah diperincikan. Antarnya ialah :


HUKUM
1. Wajib

HURAIAN
Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya
individu tersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk
membina dan mencantikkan bentuk binaan serta seni taman bagi
menarik orang ramai mengunjungi sesuatu tempat itu.
Contohnya : Mencantikkan reka bentuk binaan masjid sebagai rumah
Allah untuk menarik pengunjung berkunjung sambil beribadah kepada
Allah.

2. Sunat

Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat


penyatuan umat Islam.
Contohnya : Nasyid, Qasidah dan selawat ke atas Baginda Rasulullah
saw yang sering diucapkan dan dilaungkan beramai-ramai dalam
sambutan Maulidur Rasul atau seni taranum Al Quran.

3. Makruh

Jika kesenian itu membawa unsure yang sia-sia (lagha) seperti karya
seni yang tidak diperlukan oleh manusia.

4. Haram

Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang ;

Dapat melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan


asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah fardhu ain dan
fardhu kifayah.

Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat


membezakan antara hak dan batil.

Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah


dan pelbagai kemaksiatan yang lain.

Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan


mahram seperti pergaulan bebas tanpa batas dalam bentuk sukasuka yang melampau.

Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan dalam Islam


seperti alat-alat tiupan, bertali, tabuhan yang bertutup di
bahagian atas dan bawah serta alat-alat muzik dari tekanan jari.

Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau


yang

berbentuk

tidak

bermoral

seperti

tarian

terkini

(kontemporari).

Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang


menunjuk-nunjuk dan kesombongan.

5. Harus

Apa sahaja bentuk seni yang tiada nas yang mengharamkannya.

PERANAN SENI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA


Seni adalah manifestasi keindahan manusia yang diungkapkan melalui penciptaan suatu
karya seni. Seni lahir bersama dengan kelahiran manusia. Kedua-duanya erat dan tidak oleh
dipisahkan. Dimana ada manusia disitulah terdapatnya kesenian. Meskipun seni sudah lama
didalam kehidupan manusia, namun masih sukar untuk diberikan pengertian dari zaman ke
zaman yang mengalami perubahan. Sepanjang kehidupan manusia dari zaman dahulu
sehingga kini ternyata gejala seni itu sudah ada, sehinggalah lahirnya pendapat yang
mengatakan art is a old as mankind. Kehidupan manusia tidak terlepas dari kesenian.
Kesenian itu timbul kerana manusia selalu ingin akan keindahan serta kebahagiaan. Sejak
zaman pra sejarah, manusia sudah mengenal kesenian berbanding dengan lain-lain
9

kebudayaan. Dengan itu, maka kehidupan manusia akan lebih indah dengan seni lukis, seni
pahat, seni suara, seni sastera dan sebagainya.
Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur yang
dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranan Pendidikan
Seni yang berteraskan seni adalah bertujuan melahirkan seseorang indivdu yang bersifat
kreatif,

inovatif,

berimaginatif,

berketrampilan

serta

menguasai

teknologi

dalam

menghasilkan citarasa dalam penciptaan bahkan mampu melahirkan pelajar yang sempurna
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping memahami nilai-nilai estetika dan
faham akan norma-norma kebudayaan yang berteraskan kebudayaan kebangsaan.
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, tentulah anggota masyarakat mengharapkan
bidang seni ini boleh menyumbang sesuatu bertujuan membentuk generasi yang berdikari dan
yakin diri. Justeru dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk
membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain
untuk keperluan negara, pelajar boleh memilih bidang ini untuk membentuk satu profesion
baru seterusnya menjadikan seni sebagai profesion sepenuh masa kerana terdapat ramai artist
yang mampu hidup selesa melalui bidang ini.
Seni juga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahan boleh dianggap sebagai
agen perubahan masyarakat. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada disedari atau
tidak telah meletakkan seni di tempat yang sewajarnya.
Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni perlu dijadikan teras
kepada pembentukan masyarakat. Seni boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat
yang cinta kepada nilai-nilai keindahan. Ini bertujuan supaya masyarakat tidak mengabaikan
nilai-nilai estetika dan moral yang menjadi aset penting dalam pembangunan negara.
Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat paling wajar. Peranan murid, guru
dan pihak pendidikan (pengurusan pentadbiran) amat penting untuk merealisasikan perkara
itu. Justeru semua masyarakat boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada
kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah mengekalkan
seni, budaya dan warisannya.

10

Seni dianggap sebagai sumber terpenting dalam kehidupan manusia, untuk berkomunikasi,
berinteraksi dan berhubung sesama manusia, kesenian adalah penghubung kepada faktorfaktor terpenting ini. Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang kewajaran seni
dikembangkan berdasar keperluan manusia. Manusia sendiri adalah seni di mana kejadian
awal manusia adalah ciptaan Allah SWT.

CONTOH BIDANG SENI DALAM ISLAM DAN CIRI-CIRINYA


1. Seni Khat

Kaligrafi atau seni khat berasal daripada perkataan latin iaitu Kallos yang bererti
indah dan graph bermaksud tulisan atau garisan.Ia merupakan seni yang mengandungi
keindahan estetika yang paling asas di dalam Islam kerana ia merupakan wadah kepada
pengaliran ilmu.Seni khat ini bermula serentak dengan turunnya wahyu Illahi kepada
Rasulullah kerana pada zaman jahiliyyah,orang-orang Arab berpegang kepada tradisi lisan
untuk menyimpan maklumat dan komunikasi mereka.
Kepentingan Seni Khat :

Mempunyai kaitan dengan peningkatan tahap tamadun itu sendiri.Oleh itu,ia


merupakan hasil aktiviti masyarakat maju dan bertamadun.

Salah satu maksud dalam saranan Nabu Muhammad saw agar umat Islam
membaca dan menulis ayat-ayat Al Quran dengan baik serta memudahkan lagi
mereka mempelajari dan menghafalnya.
11

Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta


citarasa penulisnya.

Rasulullah menggalakkkan penulisan khat kerana sabdanya Hendaklah kamu


mengindahkan seni khat kerana ianya ternyata kunci rezeki.

Antara khat utama ialah Khat Kufi, Tuluth, Nasakh, Farisi, Riqah, Diwani, Diwani Jali dan
Raihani.
Khat Kufi: berasal dari Khufah. Pada zaman Abasiah, khat ini digunakan sebagai hiasan pada
pelbagai bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan dan tulisan dalam bentuk
ukiran timbul.
Contohnya;

Khat Tuluth: kebanyakkan khat ini digunakan untuk hiasan seperti mashaf uthmani (Al
Quran), nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain.
Contohnya:

Khat Nasakh: khat ini merupakan tulisan yang paling banyak digunakan kerana tulisannya
mudah dibaca, jelas dan tidak mengelirukan. Kebanyakkan kaht ini ditemui dalam penulisan
buku keagamaan.
Contohnya;

Khat Farisi: khat ini mula dikembangkan di Parsi. Ia dicirikan dengan bentuk hurufnya
condong sedikit ke kanan. Ia banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan, nama
dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar.
Contohnya:
12

Khat Riqah: Khat ini dapat ditulis dengan cepat. Oleh itu khat jenis ini digunakan untuk
tujuan surat menyurat dan digunakan oleh pelajar university dan madrasah untuk mengambil
nota kuliah.
Contohnya;

Khat Diwani: khat ini membawa erti catatan atau antologi karangan. Ia diguna secara meluas
semasa pemerintahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Ia digunakan untuk
penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya. Fungsinya
adalah sebagai hiasan.
Contohnya;

Khat Diwani Jali: Khat ini dicirikan dengan bentuk yang rumit penulisannya,lebih indah dan
estatik.
Contohnya;

Khat Raihani; hampir menyerupai khat Tuluth dimana hurufnya agak lebar dan panjang serta
ditambah dengan tanda syakal.
Contohnya;

13

Seni Bina
Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan,reka bentuk
yang direka oleh manusia.Menurut Ibnu Khaldun,seni bina merupakan satu daripada asas
tamadun yang paling utama yang menjadi lambang atau manifestasi sesebuah tamadun.Oleh
itu,berdasarkan pencapaian ini maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat
diukur.Buktinya dapat dilihat pada tamadun purba yang agung.Pada zaman tersebut,seni bina
yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujud walaupun dalam bentuk yang telah usang dan
hampir runtuh.Aspek seni bina Islam yang terpenting yang harus diperhatikan ialah seni bina
masjid.Ini adalah kerana Islam telah meletakkan tempat ibadah sebagai ciri terpenting
sesebuah Bandar.Semasa Baginda Rasulullah berhijrah ke Madinah,perkara pertama yang
baginda lakukan ialah mencari tapak yang sesuai untuk membina masjid.Masjid pertama
yang menjadi lambang kekuatan aqidah,kesatuan dan perpaduan umat muslimin.Masjid
pertama yang didirikan ialah Masjid Quba.Seni bina masjid ini amat ringkas dan
sederhana,sesuai

dengan

ajaran

islam

yang

mengutamakan

pembentukan

akhlak,tanggungjawab beribadah dan soal-soal lain berkaitan dengan kebudayaan.Selain


untuk bersolat,masjid ini digunakan sebagai tempat bermesyuwarah.Masjid Quba didirikan
di atas tanah lapang dan mempunyai ruang sembahyang yang dilindungi tembok-tembok
yang diperbuat daripada tamar.Masjid pertama mempunyai bumbung di bahagian tepi
(serambi keliling) atau ruang riwaqs.Bumbung serambi yang beratap daun tamar disokong
oleh sebilangan tiang yang diperbuat daripada batang tamar.Masjid ini juga mempunyai
sebuah mimbar yang diperbuat daripada batang tamar.
Setelah terdirinya Masjid Quba,Nabi Muhammad meneruskan perjalanannya ke Madinah
atau dikenali sebagai Yathrib.Di sini,Baginda telah meminta para sahabatnya membina
sebuah masjid yang kemudiannya dinamakan Masjid Nabi atau Nabawi dan kadangkala
disebut Masjid Besar.Pembinaan masjid ini terikat kuat kepada kehendak dan fungsi agama
Islam.Seni binanya yang sederhana,berbentuk segi empat,mempunyai halaman dalam dan
sebahagian lagi ialah bangunan yang berbumbung disekeliling bangunan atay riwaqs.Seni
bina masjid ini berasaskan seni bina Masjid Quba. Masjid Al Nabawi ini digunakan oleh
Rasulullah

sebagai

pusat

pendidikan

dan

ekonomi,peradaban,perang dan sebagainya.

14

pentadbiran

dalam

menyusun

strategi

Selari dengan masa dan kepentingannya,masjid kemudiannya dikembangkan dan


diperindahkan dengan pelbagai unsure dekoratif-ornamentif berdasarkan latar belakang dan
budaya umat Islam.Seni bina masjid menjadi lambing keagungan tamadun berbanding
dengan Barat kerana unsur-unsur ketamadunan yang dikembangkan di kota-kota raya Islam
mementingkan nilai kerohanian dan pada masa yang sama pembangunan fizikal dan
kebendaan tidak dipinggirkan.
Konsep penting dalam seni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal,taqwa dan
tawadhu,aman dan damai serta merendah hati kepada keagungan Allah swt.Pengagungan
dan perhiasan bukanlah menjadi matlamat seni bina Islam,tetapi kerana kreativiti dan inovasi
artis,seniman dan arkitek Muslim menjadi satu seni yang bernilai tinggi yang disepadukan
bersama penggunaan corak,warna dan reka bentuk yang dibuat berdasarkan ajaran Al
Quran.Selain itu,seni bina masjid banyak mengetengahkan bentuk-bentuk blat yang
merupakan bentuk yang paling sempurna yang mencerminkan kelembutan dan kehalusan
seolah-olah ia tidak berkesudahan.
Seni bina Islam telah berkembang seiring dengan seni ukir dan seni khat Islam. Ia
mempunyai ciri-cirinya tersendiri yang bersifat unik yang meliputi seni khat,bentuk
arabesque,corak geometric dan motif seni reka.Selepas kewafatan Rasulullah,seni bina terus
berkembang terutama di zaman Khulafa Ar Rasyidin khususnya melalui pembinaan masjid
yang dihias dengan tulisan khat.Di zaman bani Umayyah,istana khalifah turut diukir dengan
seni ukir yang unik.Contohnya istana Amarah yang terletak di timur Laut Mati dan Masjidil
Haram tersergam indah dengan seni bina Islam dan ukiran yang bercirikan Islam.Di zaman
kerajaan Islam di Sepanyol,unsur-unsur seni bina Islam amat terserlah pada bangunan dan
istana seperti yang terdapat pada istana Alhambra dan Masjid Cordova.

15

Pada zaman kerajaan Islam Abbasiyyah,seni bina Islam mencapai zaman keemasan
kerana ciri-ciri seni bina Islam mampu bersepadu dengan seni bina Islam Parsi yang tidak
mempunyai

unsur-unsur

seni

yang

bertentangan

dengan

Islam.Kerajaan

Dawlah

Uthamniyyah yang berpusat di Turki turut mencatatkan kehebatan di dalam perkembangan


seni bina.Buktinya ialah Masjid Mihrimah,Masjid Sehzade,Suleymaniye dan Selimiye.Seni
bina ini terhasil dengan kepakaran para arkitek Islam seperti Sinanuddin Yusuf bin
Abdullah,Khayruddi dan Ahmad Pasha.
Seni Sastera
Sastera ertinya bahasa,seni sastera ialah seni bahasa.Susastera bermaksud bahasa yang
indah.Kesusasteraan pula bermaksud sejumlah tulisan yang menggunakan bahasa yang indah
bagi melahirkan perasaan yang indah.Sastera adalah salah satu cabang seni manakala seni itu
ialah suatu yang indah yang dapat dihubungkan dengan keindahan mutlak Allah itu sendiri.
Dalam memperkatakan tentang sastera,tulisan tidak dapat dipisahkan darinya.Tulisan adalah
merupakan satu ciri-ciri tamadun Islam.Sejak dahulu lagi seni tulisan ini penting dalam
sejarah Islam kerana tulisan adalah saluran seni yang berbeza dengan saluran seni yang
lain.Ini kerana tulisan adalah kekal.Di zaman kegemilangan tamadun Islam,cendikiawan
Islam menulis tentang ajaran dan amalan Islam di dalam 6 juta buah buku.Antaranya ialah
kisah-kisah nabi dan pahlawan Islam.Kesusateraan ialah satu bentuk tulisan yang dicipta oleh
manusia dengan bantuan bahasa dengan tujuan menikmati penerokaannya ke dalam
pengalaman-pengalaman semasa hidup.Bentuk utama sastera ialah sifat pengisahan yang
16

terdapat di dalam penyataanya.Ahli karya sastera peka bertindak balas ke atas fakta-fakta
penghidupan

dan

instuitif.Bermula

mempersembahkan
daripada

karya

kepada

yang

pembaca

bersifat

mudah

hasil

daripada

hinggalah

kesedaran

kepada

yang

kompleks,semua hasil karya yang disesuaikan atau diterjemahkan dapat dibahagikan kepada
2. Iaitu :

Prosa

iaitu karangan bebas yang tidak terikat dengan sebarang

peraturan.

Puisi .Syair ialah Karangan atau gubahan perkataan yang terikat


dengan peraturan tertentu seperti sajak,pantun,ibarat dan sebagainya.

Antara seni dalam sastera yang disebut ialah syair. Syair adalah tidak dilarang jika ianya
digunakan untuk tujuan meningkatkan semangat jihad,perbaharui tekad,menghibur juga
menghilangkan

penat

lelah

bekerja,menyeru

melaksanakan

amar

maaruf

nahi

mungkar,menyebut syurga atau neraka,menyelar perbuatan zina,minum arak atau


pengambilan dadah,menimbulkan keraguan terhadap berhala dan penyembahannya.
Contohnya,Rasulullah sendiri mengucapkan syair sewaktu menggali parit dalam peristiwa
perang Ahzab.Menggarap syair yang baik dan mendengarnya adalah digalakkan dalam Islam
yang menggunakan keupayaan kreatif sama ada melalui prosa atau puisi amat digalakkan
terutama untuk menentang musuh dan membela Islam,bahkan ia dianggap suatu jihad.Selain
itu,seni dalam sastera ialah puisi.Puisi merujuk kepada susunan aturan ayat yang
menyampaikan maksud dalam bentuk yang indah.Puisi merupakan cabang kesenian
manusia.Puisi boleh berdiri sendiri dan juga boleh disulam dalam seni lain seperti drama
puisi,him atau lirik.
Sebagai contoh puisi Cina yang telah ditulis oleh Maharaja Gaozong pada Dinasti Song.

17

Seni kesusasteraan sememangnya mendapat sambutan yang sangat hangat di kalangan umat
Islam dan ianya terjadi kerana kesusasteraan Islam bersumberkan Al Quran dan As Sunnah
yang mana kesusasteraan Al Quran dapat dilihat dari 2 aspek iaitu keindahan bahasa dan dari
segi isinya.Di sinilah dapat dilihat bahawa hasil atau sumbangan kesusasteraan yang
berteraskan Al Quran dan As Sunnah telah menyebabkan ramai kaum musyrikin memeluk
Islam hanya apabila mendengar bacaan Al Quran.
Kesusasteraan penting dalam pembangunan Negara.Antaranya ialah untuk :
1. Mewujudkan satu identity kebangsaan
Merupakan wadah pembentukan budaya nasional
Sastera menyalurkan fikiran dan idea budaya bangsa
Kesusasteraan akan melambangkan masyarakat Malaysia
Nilai-nilai budaya Malaysia akan tersebar luas
2. Kesusasteraan mencerminkan kehidupan

Kesusasteraan member pedoman dan iktibar

Kelemahan masyarakat dapat diketengahkan

Unsure didaktik dapat memajukan masyarakat

3. Kesusasteraan dapat menyebarkan semangat nasionalisme

Kesusasteraan memaparkan kezaliman penjajah dan penderitaan hidup

Terdapat banyak karya kreatif bernada patriotic dan anti penjajah

Memupuk semangat nasionalisma dan memdorong usaha mencapai kemerdekaan

4. Meningkatkan imej Negara


18

Karya-karya

sasterawan

Negara

popular

dan

mendapat

pengiktirafan

antarabangsa

Mereka dijemput untuk member ceramah di luar Negara

Banyak karya mereka diterjemahkan dalam bahasa asing

Contohnya Walid Mughirah yang merupakan penyair yang terkenal pada zaman jahiliyyah
dan pengkritik yang paling tajam terhadap Rasulullah saw,Umar al Khattab serta
Labid,Rabiah dan Jubair bin Matam.Al Quran telah Berjaya melumpuhkan keangkuhan dan
kejaguhan sasterawan Arab dari segi keindahan bahasa kesusasteraan dan yang lebih
menakjubkan lagi ianya bukan sahaja menggetarkan jiwa mereka yang memahami bahasa
Arab

malah

melintasi

batas

peribadi,bahasa,keturunan,ebudayaan,pangkat

dan

sebagainya.Kesusasteraan Islam mula disebarkan oleh Rasulullah saw dan terus berkembang
pada

zaman

khalifah

Ar

Rasyidin,Umaiyah

dan

Abasiyyah.

Pada

kesimpulannya,kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia yang


diekspresi dari diri manusia itu sendiri.
Seni Lukisan dan Arca (ukiran)
Seni ini dikenali sebagai seni halus.Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk lain perhiasan
yang diperbuat dari emas,pohon dan batu mahal dan ukiran seni halus ini juga terdapat pada
perabot rumah,piring,kuali,buku,jubin,tembikar,daun pintu,makam,gading dan lain-lain
lagi.Selain itu juga,di dalam seni halus ini terdapat objek-objek seperti ukiran kayu dan
logam yang banyak diperoleh dari zaman kerajaan Fatimiyah.Logam yang dipilih biasanya
bewarna emas,perak dan tembaga contohnya pada mata wang syiling,cerek,bekas
air,buyung,tunku dan topi besi perang.Begitu juga seni seramik yang juga terdapat pada
piring dan tembikar manakala seni sulaman dibuat dalam bentuk kain seperti kain penghias
dinding,tikar permaidani,sejadah,barang-barang tenunan sutera dan sebagainya. Seni hias
pula berbentuk seperti kerrawangaes,lampu dan bentuk-bentuk geometri pada kubah dan lainlain.Sebagai contoh sewaktu zaman Khulafa Muawiyyah di Damsyik,seni lukis ular bermula
dan ia biasanya tertera pada helaian-helaian safhah Al Quran yang dihiasi dengan corak
lukisan bungaan dan gambar berbentuk arasque dengan pilihan warna emas,buku-buku
sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik seperti kitab Al Tarikh
19

Syahnama dan buku hikayat Al Fun Al Lail dan buku-buku cerita.Seni lukis Islam biasanya
terhad kepada lukisan keindahan alam tidak termasuk benda-benda bernyawa yang boleh
menjadi pujaan seperti haiwan,dewa atau patung.

Ketelitian ukiran seni halus berasaskan geometri Islam UKIRAN kayu ini berusia ratusan
dapat dilihat pada almari ini.

tahun namun ia masih relevan untuk


dijadikan panduan untuk diikuti pencinta
seni kini.

2. Seni rupa
Pada umumnya ulama membahagikan seni rupa kepada 2 iaitu :

Seni rupa yang mempunyai imej ataupun bentuk dan hasilnya


dinamakan patung.

Seni rupa yang tidak mempunyai imej walaupun bentuk dan hasilnya
dinamakan gambar atau lukisan.

Seni ukir
Seni ukir Islam mempunyai nilai yang tinggi baik dalam susunan komposisi cara pengisian
bidang yang dihias ataupun dalam cara menjejaskan motif-motif ukirannya.Pembahagian
bidang diatur berdasarkan geometri,motif-motif tabii seperti daun,akar,bunga dan
20

sebagainya.Dalam seni ukir Islam wujud paduan yang harmoni antara rasa dan akal.Ia juga
dikenali seni pahat yang merangkumi apa-apa sahaja yang diukir atau yang dipahat.
Patung
Islam mengharamkan patung di dalam rumah yang dijadikan perhiasan dan sebagainya
kerana malaikat rahmat akan menjauhi rumah tersebut.Jika si pembuat patung tersebut
mengetahui bahawa patung itu akan disembah maka dia adalah seorang kafir.Jika si pembuat
patung itu tidak sengaja dan tidak mengetahui bahawa patung itu akan disembah,maka dia
berdosa sahaja dengan perbuatannya itu.Terdapat hadith yang menyatakan bahawa si pembuat
patung akan dipaksa memberi nyawa kepada patungnya.Dia akan diseksa selama mana ia
tidak dapat memberikan nyawanya kepada patung tersebut.
Patung permainan kanak-kanak
Tidak terdapat larangan khusus mengenainya dalam Islam kerana ia sekadar
lukisan atau ukiran untuk hiburan kanak-kanak bukan bermaksud untuk
disembah.Menurut Imam Al Syawkan,anak-anak kecil boleh bermain dengan
boneka (patung).Tetapi imam Malik melarang lelaki membelikan boneka
kepada anak perempuannya.Menurut Qadi Iyad pula membolehkan anak-anak
kecil perempuan bermain-main dengan boneka kerana rukhsah.
a) Filem ( wayang gambar )
Filem Islam ialah filem yang menemukan kefahaman-kefahaman Islam
dengan Allah,alam semesta,kehidupan dan manusia sebagai pertemuan yang
menyeluruh dan sebahagiannya yang hanya terhad kepada sifat-sifat
keislamannya.

3. Seni Suara
Antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan menenangkan hati serta
menenangkan jiwa ialah nyanyian.Menurut pandangan Islam,seni suara dibahagikan
kepada 2 kriteria iaitu seni suara yang baik dan seni suara yang buruk.Seni suara yang
baik merangkumi bacaan Al Quran,dengan suara yang merdu,syahdu dan
lunak,melaungkan

azan,menyanyikan

lagu-lagu

jihad,berzikir,mendendangkan

nyanyian hari-hari raya menyanyikan selamat jalan dan selamat kembali kepada para
21

jemaah haji,berzanji dan lain-lain.Seni suara yang buruk pula merangkumi nyanyian
yang sering menimbulkan nafsu berahi,lagu-lagu joget dan tarian yang bercampur
antara lelaki dan perempuan yang bukan makram,lagu-lagu yang boleh merosakkan
budi pekerti muda mudi serta melalaikan mereka dari beribadat kepada Allah.
a) Bacaan Al Quran
Al Quran adalah kalam Allah dan kitab suci umat Islam.Ia bukan sahaja mempunyai
nilai sastera yang amat indah dan tinggi tetapi juga mempunyai seni bacaan yang
unik.Oleh itu,membaca Al Quran diberikan priority yang pertama dan utama dalam
Islam.Kita dituntut oleh syariat Islam supaya membaca Al Quran mengikut tajwidnya
yang betul dengan suara yang baik buakn dengan cara berlagu sebagaimana lagu-lagu
qasidah.

Ini kerana ia boleh merosakkan dan mungkin menambah atau mengurangkan


huruf-huruf Al Quran dan dianggap suatu bidah pula.Menurut Ibnu Hajar Al
Haithami dalam kitabnya,Kaff Al Ria al Muharramat al Sama,kesengajaan
membaca Al Quran berlagu dengan menambah huruf atau mengurangkannya
untuk memperelokkan dan memperhiaskannya adalah fasiq.Bahkan menurut fatwa
Imam Al Nawawi mengenai golongan yang membaca Al Quran dengan berlagu
buruk serta banyak perubahannya,maka hukumnya adalah haram menurut ijmak
para ulama.Pemerintah wajib mengancam dan meminta mereka bertaubat,malah
setiap orang yang muallaf hendaklah mengingkarinya seupaya yang mungkin.
b) Nyanyian dan seni muzik
Antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan menenangkan hati ialah
nyanyian.Hal ini dibolehkan dalam Islam selagi tidak mencampuri lirik-lirik
kotor,cabul dan yang dapat mengarahkan kepada perbuatan dosa dan dengan
muzik yang tidak membangkitkan nafsu bahkan disunatkan hiburan itu seperti hari
raya,perkahwinan,aqiqah dan waktu lahirnya seorang bayi.Daripada Aisyah r.a
bahawa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat lelaki ansar,maka
nabi berkata : Hai Aisyah,apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan?Sebab
orang-orang ansar gemar sekali terhadap hiburan.Nyanyian dan muzik boleh
mengubah sikap kea rah pencapaian peradaban yang bererti di samping
mempunyai kekuasaannya tersendiri hingga boleh menukar emosi menjadi
22

terharu,pilu,sedih,menangis bahkan gila.Ini menunjukkan bahawa nyanyian dan


muzik sangat rapat hubungannya dengan jiwa manusia.Oleh itu,ia perlu dikawal
dan diberi perhatian supaya tidak merosakkan jiwa manusia.Islam dari segi
falsafahnya menyatakan nyanyian dan muzik harusah bertujuan kea rah
pembentukan peribadi dan sebagai tali penghubung kea rah taqwa kepada
Allah.Islam tidak mengizinkan nyanyian dan muzik yang melalaikan manusia dari
kewajipan terhadap Allah.Seni yang merosakkan adalah seni sesat yang hukumnya
haram dan patut dijauhi.
Ciri-ciri muzik yang terdapat dalam Islam :

Muzik yang lembut dan berdisiplin

Tidak menggangu seperti pada waktu solat,pada larut malam dan


mengganggu jiran tetangga

Diadakan di tempat yang baik seperti majlis perkahwinan,hari raya dan


bukannya di tempat yang tidak baik seperti di kelab-kelab
malam,kaberet,bar dan sebagainya.

Hadirin yang hadir hendaklah berpakaian sopan,tidak bercampur dan


bergaul bebas antara lelaki dan wanita dan tidak ada unsur-unsur
haram dalam majlis seperti arak,judi,zina dan tarian yang dilarang.

c) Tari menari
Islam tidak dapat menerima apa yang dikenali dengan budaya rock.Bahkan semua
perbuatan yang membawa kepada keghairahan syahwat seperti nyanyian-nyanyian
lucah dan drama-drama liar meskipun iainya dianggap sebagai seni dan dikatakan
kemajuan.Ini kerana,nilai dan kemajuan dalam Islam berbeza dengan barat yang
tidak mengambil kira agama sebagai panduan atau kayu pengukurnya.Islam
mengharamkan sebarang interaksi bebas insan yang berlainan jantina tanpa
perkahwinan yang sah.Demikian juga sebarang perbuatan atau kegiatan yang
membawa kepada yang diharamkan seperti perbuatan zina dimana Islam tidak saja
melarang dengan sebutan jangan berzina tetapi semua yang membangkitkan
syahwat dan keghairahan nafsu.
4. Seni Pakaian
23

Pakaian merupakan kebudayaan manusia yang dibenarkan bahkan dituntut oleh


agama Islam agar manusia kelihatan sopan dan cantik,berbeza dengan haiwan yang tidak
berakal.Dalam Islam,seni pakaian dari sudut estatikanya diserahkan kepada kebijaksanaan
umat Islam sendiri mengubahnya untuk disesuaikan dengan adat,tradisi dan keadaan
setempat.Islam amat menitikberatkan soal kebersihan kerana melihatnya sebagai asas
bagi setiap perhiasan yang baik dan pemandangan yang elok dalam pakaian.Pakaian yang
diperbuat daripada bulu kambing,sutera,kulit binatang yang halal,pakain dari benang guni
dan sebagaianya adalah dihalalkan.Begitu juga dengan seni memperagakan pakaian.Ia
dihalalkan selagi tidak melanggar batas-batas hukum Islam.Pakaian berfungsi sebagai
usaha menutup aurat meskipun dapat dijadikan perhiasan diri seperti kain yang jarang
adalah dianggap tidak menurut hukum Islam.Pakaian yang dapat memelihara diri dari
panas dan kesejukkan serta dapat mempertahankan diri dalam peperangan juga dihalalkan
dalam Islam.Selain itu,terdapat hadith yang menganjurkan agar kita berpakaian menutup
aurat pada setiap masa.Lebih-lebih lagi sewaktu solat dan mengerjakan haji agar dapat
dibezakan atau dibanteras amalan orang-orang Arab Jahiliyyah masa lampau.Ini
kerana,semasa ingin beribadat mereka membuka seluruh pakaian mereka.Apa sahaja
perhiasan yang didapati dari perut laut seperti mutiara,batu-batu berharga dan lain-lain
boleh dijadikan pakaian dan perhiasan manusia terutamanya kaum wanita.

Dalam hal warna pakaian pula,tidaklah terlalu dititikberatkan oleh Islam.Namun


begitu,adalah lebih baik jika bewarna putih.Pakaian yang diperbuat dari sutera dan
perhiasan emas dihalalkan bagi kaum wanita memakainya tetapi diharamkan bagi kaum
lelaki. Haram bagi kaum lelaki untuk memakai atau mengguna apa sahaja yag diperbuat
daripada emas seperti gelang,rantai,bekas rokok,gigi emas dan sebagainya.tetapi tidak
diharamkan mereka memakai atau mengguna apa sahaja yang diperbuat daripada
perak,logam,besi dan sebagainya.

24

KESIMPULAN
Kesenian Islam bertunjangkan tauhid, iaitu keesaan Tuhan yang bertolak dari
pengajaran Al Quran dan As Sunnah. Bacaan Al Quran yang liturgis telah menciptakan suatu
cabang muzik baru. Pemeliharaan naskahnya telah melahirkan tulisan atau khat Arab yang
indah. Pembinaan masjid-masjid sebagai tempat ibadah kaum muslimin pula telah
mengembangkan seni bina dan seni hias. Di dalam menjaga keseimbangan antara keperluan
jasad dan jiwa, Islam telah menganjurkan sikap sederhana dalam semua perkara dan
membawa kepada bakat-bakat alami di dalam jurusan-jurusan yang benar dan telah mencuba
untuk mengembangkan suatu keseluruhan yang harmonis dalam diri manusia.Dalam sabda
Nabi, terdapat

teks-teks yang menegaskan keprihatinan Islam terhadap pelbagai aspek

seni.Misalnya,sabda Baginda Allah itu indah dan suka akan keindahan dan Keindahan itu

25

disuruh di dalam segala sesuatu,biarpun engkau membunuh seseorang,maka bunuhlah dia


dengan suatu cara yang baik.
Di dalam kehidupan nabi, kita dapati peristiwa berikut yang bersifat instruktif,di mana
Baginda pada suatu hari telah melihat sebahagian dari pusara yang tidak diratakan
sepenuhnya.Baginda telah memerintahkan kekurangan itu ditimbun sampai rata,sambil
menambah bahawa ia tidak akan menjejaskan orang yang mati tetapi ia lebih menyenangkan
mata orang yang hidup.

KSIMPULAN
RUJUKAN
http://www.islamgrid.gov.my/articles/seniislam/pengenalan.php
http://diserambibuku.blogspot.com/2009/07/pengenalan-kesenian-islam.html
http://www.scribd.com/doc/39521059/Kesenian-Islam
http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/01/konsep-kesenian-islam.html
http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/2931/04%20Bil%204%20utz
%20lah.pdf

http://www.mmu.edu.my/co/images/speeches/959.505UCA%28f%29-1999/050299.pdf

4. RUJUKAN

26

Al-Quran al-Karim
Pengalaman pendidikan Seni Membantu meningkat Kreativiti Dalam Kehidupan Sosial
Masyarakat,

Diperolehi

pada

05

mac

http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/

27

2013

daripada

world

wide

web: