Anda di halaman 1dari 3

TEKS CERITA :

GENGGAM BARA
API BIAR SAMPAI
JADI ARANG

MOHAMMAD ALIF ALPIAN BIN ABDULLAH


SK SEMAWANG, BELURAN

GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera. Terima kasih pengerusi acara, barisan hakim yang adil saksama, guru-guru
dan rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi. Terimalah cerita saya yang bertajuk
Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang.
Farah seorang murid tahun 4. Dia seorang murid yang bijak. Di sekolah, Farah
sering mendapat pujian daripada gurunya. Di rumah, Farah seorang anak yang rajin
bekerja. Dia ringan tulang menolong ibunya dan taat kepada ibu bapanya. Ibu Farah
sangat menyayanginya. Farah mempunyai seorang abang yang bernama Danial.
Danial pelajar tingkatan 3. Danial seorang yang berat tulang dan sering dimarahi
ibunya.
Pada suatu hari, Farah dan ibunya pergi ke pasar. Danial disuruh menjaga
rumah. Apabila pulang, ibu Farah mendapati Danial sudah tiada di rumah. Pintu
rumahnya terbuka luas. Bertuah betul budak ni, disuruh menjaga rumah, hilang entah
ke mana. Tak boleh diharapkan langsung! Rungut ibu Farah. Apabila Danial pulang,
ibunya marah-marah. Danial pula memberikan pelbagai alasan. Tidak usahlah kau
berdalih lagi. Inilah yang dikatakan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Danial memohon maaf kepada ibunya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Sebagai manusia, kita mestilah patuh dengan amanah yang diberikan kepada kita.
Kalau kerbau dipegang talinya, manusia dipegang pada janjinya. Kata ibunya sambil
meninggalkan Danial bersendirian. Danial tunduk terdiam. Farah menghampiri dan
cuba memujuk abangnya. Kenapa ni bang, janganlah macam tu. Ibu bukannya marah.
Ibu Cuma mengingatkan abang sahaja. Kata Farah kepada Danial. Namun Danial
tetap bersedih. Farah menasihati abangnya supaya tidak mengulanginya lagi.
Farah ada seorang kawan bernama Natasyah. Natasyah tinggal tidak jauh dari
rumah Farah. Mereka sebaya dan sekelas. Mereka selalu belajar bersama-sama.
Farah, hari ini saya datang ke rumah awak, ya, kata Natasyah semasa mereka

berjalan pulang dari sekolah. Baiklah. Kata Farah. Farah mulai berasa bimbang
kerana Natasyah mulutnya kalau bercakap seperti lidah tidak bertulang. Petang itu,
Natasyah mengajak Farah belajar di halaman rumahnya. Di halaman itu ada sebuah
meja rehat berserta bangku. Mereka belajar di situ.
Farah, saya hauslah. Kata Natasyah. Farah segera bangun untuk mengambil
air di dapur. Ibu menyediakan air sirap dan kuih karipap. Farah membawa minuman itu
ke halaman rumahnya. Natasyah pula sedang bermain dengan kucing kesayangan
Farah. Marilah minum Natasyah. Tadi awak kata haus. Ajak Farah. Natasyah
mencapai segelas air sirap itu dan terus minum. Sekali teguk sahaja, air itu sudah
habis. Karipap pula cepat dimakannya. Dia mengambil lagi dan mengatakan karipap itu
sangat sedap dengan mulutnya masih penuh dengan kuih. Serbuk kuih itu tersembur
dari mulutnya. Farah memalingkan mukanya apabila serbuk kuih itu terkena mukanya.
Natasyah, makan itu biarlah bersopan sikit. Bukannya lari gunung dikejar. Kata
Farah. Natasyah tersengih. Dia tersipu-sipu seperti malu-malu kucing. Setelah petang,
Natasyah pun pulang ke rumahnya. Farah menceritakan perangai buruk Natasyah
kepada ibunya. Ibunya hanya tersenyum dan tergelak kecil mendengar cerita Farah.
Ibunya berharap agar Farah tidak mengikut perangai buruk Natasyah itu.
Sejak peristiwa Danial dimarah oleh ibunya, Danial telah berubah menjadi
seorang anak yang rajin dan sangat baik. Ibunya berasa senang hati dengan anak
lelakinya. Alhamdulillah. Ibu tentu sayangkan kami kan? Tanya Farah. Ibunya
mengangguk. Ibu yang mana tidak sayangkan anak. Ibunya tidak mahu kera di hutan
disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Farah dan Danial memeluk ibu mereka
dengan penuh kasih sayang. Kami sayang ibu. Kata Farah dan Danial. Farah, Danial,
ibu harap kamu berdua belajarlah rajin-rajin supaya apabila dewasa nanti jadi insan
berguna kepada agama, bangsa dan negara. Nasihat ibunya. Ayahnya ada memesan
kepada Farah dan Danial supaya berusaha dengan kuat. Banyak lagi cabaran dan
rintangan yang perlu ditempuhi di masa depan. Jika genggam bara api biarlah sampai
jadi arang. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai