Anda di halaman 1dari 4

TEKS PIDATO :

CINTAI ALAM
SEKITAR

BORHANUDDIN BIN IMRAN


SK SEMAWANG, BELURAN

TEKS PIDATO : CINTAI ALAM SEKITAR


Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya ke mari, bukan untuk
bermadah saya ke sini, tetapi untuk kita sama-sama menghayati dan
menyelami mauduk pidato saya yang berbunyi Cintai Alam Sekitar.
Terima kasih peneraju acara, sof kehakiman teguh saksama dan seluruh
warga dewan berkarisma. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam
sehati sejiwa buat semua.
Saudara dan saudari,
Menurut Musfir Bin Said Az-Zahrani, cinta adalah satu emosi terpenting
dalam kehidupan manusia. Ia menjadi faktor utama dalam menyatukan hatihati manusia dan membentuk kasih sayang sesama mereka. Ibnu Rabbihi
pula di dalam kitabnya Al-Jumanah mentakrifkan alam sekitar sebagai
kehidupan ciptaan ilahi dan kebudayaan yang wujud di mana manusia dapat
menjalani kehidupan di dalamnya. Hal ini jelas menunjukkan kepada kita
bahawa kita perlu menyayangi bumi ini kerana di sinilah satu-satunya planet
yang boleh kita duduki.
Hadirin yang dihormati,
Saya akan pecahkan tajuk pidato saya ini kepada tiga komponen utama.
Pertama, saya akan kupaskan punca kemusnahan alam sekitar. Kedua,
kesan sekiranya alam sekitar kita tidak dijaga. Ketiga, kita akan samasama mencari jalan alternatif untuk terus melestarikan alam sekitar.
Hadirin yang dikasihi,
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan
mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memperbaiki kualiti
alam sekeliling. Isu yang sering dikaitkan dengan alam sekitar ialah
pencemaran air, udara, dan bunyi. Pelbagai punca telah dapat dikenal pasti.

Antara puncanya ialah masalah sikap individu dan organisasi yang


tidak bertanggungjawab. Hal ini disebabkan kesedaran sivik mereka amat
nipis. Contohnya, sampah dibuang merata-rata, membuang sisa toksik di
sungai-sungai,

dan

pengeluaran

asap

kilang

berkepul-kepul

yang

menyesakkan mata dan dada. Cuba bayangkan, jika ada ribuan manusia dan
kilang terus bersikap sedemikian, maka kuantiti sampah akan menjadi
semakin banyak, kualiti udara dan air menjadi semakin tercemar. Jadilah
seperti masyarakat Jepun yang amat menitikberatkan soal kebersihan.
Mereka percaya sekiranya persekitaran mereka sihat dan segar, manusia
juga akan menjadi sihat dan segar.
Warga dewan yang budiman,
Tahukah anda, fenomena tanah runtuh, jerebu, sungai tercemar dan yang
lain mencerminkan sikap masyarakat kita yang tidak mencintai alam sekitar.
Sekiranya masyarakat Malaysia tidak pandai menjaga kebersihan alam
sekitar, sudah tentu sektor pelancongan negara akan terjejas. Justeru,
kita

sewajarnya

mempunyai

rasa

tanggungjawab

yang

tinggi

untuk

memelihara alam sekitar. Percayalah kalau tak dipecahkan ruyung manakan


dapat sagunya.
Warga dewan yang penuh santun,
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan adanya Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan murid-murid dapat menghayati dan mengamalkan
adab-adab terhadap alam sekitar. Jadi, semua pihak perlu berganding
bahu dengan pihak kerajaan untuk sama-sama menjaga alam sekitar.
Sambutan Hari Bumi pada setiap 22 April kita jayakan, Program Sekolah
Lestari kita laksanakan, dan Program Gotong-royong Perdana terus kita
perhebatkan. Apa kata, minggu depan kita anjurkan gotong-royong di rumah
dan sekolah kita? Boleh kan? Saya yakin kita semua boleh!
Hadirin yang dikasihi,

Tuntasnya, mencintai alam sekitar ialah tanggungjawab kita bersama.


Ayuh kita sama-sama membersihkan sekolah kita, rumah kita, taman
permainan kita, kampung kita, tempat kerja kita dan bumi kita. Nampak
sampah sahaja di depan mata, terus kita kutip dan masukkan ke dalam tong
sampah. Susahkah?. Senang saja kan? Bumi yang tiada udara bagai tiada
nyawa. Pasti hilang suatu hari tanpa disedari. Akhir kata, cintai bumi
Tuhan, cintai alam sekitar! Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai