Anda di halaman 1dari 1

WEDNESDAY, MARCH 20, 2013

Cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam


Antara cadangan yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam ialah
1. Kuat kuasa undang-undang ~ Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu bas yang melakukan
kesalahan yang berulang-ulang. Denda atau penjara boleh dikenakan terhadap pemandu tersebut.
Pihak JPJ boleh mengenakan denda atau mengeluarkan saman kepada bas/van sekolah yang
mengeluarkan asap hitam yang mencemarkan udara.
2. Penggunaan petrol tanpa plumbum ~ Penggunaan

petrol tanpa plumbum dapat


mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini
dapat mengurangkan masalah pencemaran udara terutamanya di bandar-bandar besar
seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
3. Penapis asap /Catalytic converter ~ Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh
pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap
amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak
mencemarkan udara.
4. Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti) ~ Bagi mengatasi masalah
tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi diesel. Dengan ini, diharap tambang
pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat dikurangkan.
5. Penggunaan bahan api alternatif (contoh; NGV, elektrik, tenaga suria) ~ Dalam usaha
mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi
dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya,
menggunakan diesel kelapa sawit, kereta hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria.
6. Kursus pemanduan berhemah ~ Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya
memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak
kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan
tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan
mematuhi peraturan jalan raya.
7. Kempen Alam Sekitar ~ Bagi melindungi alam sekitar dan mengurangkan pencemaran udara,
kempen berbasikal boleh dilancarkan. Contohnya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah
menganjurkan Kempen Berbasikal Kali Ke 12 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun 2012.
( Link : Sinar Harian ).
8. Kempen Berkongsi Kereta ~ Bagi mengatasi kesesakan lalu lintas, terutama pada waktu puncak,
kerajaan boleh menggalakkan kempen berkongsi kereta sebagaimana yang dijalankan di negara
Singapura.
Posted by teratai at 11:39 PM

SUMBER : http://kelip-kelipancontest.blogspot.my/2013/03/cadanganmengurangkan-masalah.html

Anda mungkin juga menyukai