Anda di halaman 1dari 2

Novel Bimasakti Menari, bab 5: Sungai rahsia.

Nurul Hafsah mempunyai seorang abang bernama Budiman. Budiman sedang mengikuti perkemahan
di Taman Rimba Templer bersama-sama budak-budak pengakap di bawah seliaannya. Pada malam itu,
Nurul Hafsah membayar RM25.00 untuk pergi menaiki bot di jeti untuk melihat kelip-kelip.Dia
menjemput ayahnya, Haji Yassir untuk turut serta tapi ayahnya menolak. Maka, Nurul Hafsah Hafsah
berakit di Kampung Kuantan bersama sepasang pelancong orang putih. Basiron, pengemudi bot
menasihati mereka agar bercakap dengan nada perlahan dan tidak menggunakan lensa kamera kerana
kelip-kelip peka dengan kehadiran manusia dan tidak sukakan cahaya. Nurul Hafsah beimaginasi
meihat kelip-kelip yang banyak namun, realitinya bilangan kelip-kelip pada malam itu sangat sedikit.

Tiba-tiba, Nurul Hafsah terlihat satu cabang sungai yang melencong dari arus utama yang bermula

dari Kampung Bukit Belimbing. Pecahan sungai itu kecil dan hampir ditutupi rimbunan pohn-pohon
yang tebal. Basiron tidak mengemudi bot di kawasan itu kerana papan tanda menyatakan 'Kawasan
Larangan'. Nurul Hafsah jelas kecewa dan menceritakan kepada ayahnya selepas tamat menaiki bot.

Semasa dalam perjalanan pulang, Nurul Hafsah berfikir akan cara untuk memulihkan keadaan Kuala
Selangor yang menjadi pusat tarikan pelancong. Sebuah pesta ria dengan roda ferris yang berfungsi
dari 7 - 12 malam, kedai-kedai makan di tebing sungai, pokok-pokok yang diselubungi lampulamu malah kebersihan Sungai Selangor yang menjadi tarikan pelancong kepada negeri itu. Kuala
Selangor yang dahulunya berasaskan alam sekitar menjadi bandar cahaya yang meriah. Nurul Hafsah
menyimpulkan pencemaran cahaya yang menyebabkan kepupusan kelip-kelip dan memikirkan cara
bagi mengatasi masalah itu.