Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Pada zaman globalisasi ini, salah satu agenda penting dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menjelang tahun 2013 sehingga
2025 adalah memartabatkan profesion keguruaan dan melahirkan guru yang
cemerlang pada abad ke-21. Guru memainkan peranan signifikan sebagai
seorang modal insan yang bertindak dalam mendidik anak-anak bangsa menjadi
insan yang berguna kepada negara. Guru yang cemerlang merupakan dasar
yang menjadi aspirasi negara yang mampu bertindak sebagai tunjang bagi
pembentukan generasi hadapan yang berintelektual, berakhlak mulia serta
seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial agar dapat
memimpin tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan dengan berkesan.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, guru didefinisikan sebagai individu
yang kerjanya adalah mengajar, digelar sebagai pengajar atau pendidik.
Manakala, menurut seorang pakar pendidikan ilmu yakni Husnul Chotimah
(2008), guru adalah individu yang membimbing proses peralihan ilmu
pengetahuan dan sumber belajar kepada para penuntut ilmu tersebut.
Cemerlang pula bermaksud sangat baik dan menonjol berkenaan dalam satu
kejayaan seperti keputusan peperiksaan dan sebagainya. Tuntasnya, guru
cemerlang secara keseluruhannya membawa maksud guru yang mempunyai
pengetahuan, kemahiran, berdedikasi, bermotivasi dan kepakaran yang tinggi
dalam melaksanakan tugas secara berterusan. Dalam konteks lain, pendidik
yang

cemerlang

merangkumi

kecemerlangan

peribadi,

kecemerlangan

pengetahuan dan kemahiran, kecemerlangan komunikasi dan kecemerlangan


potensi dan personaliti yang unggul.

FAKTA DAN HURAIAN


Personaliti dan kualiti yang unggul seorang guru yang cemerlang
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, jika hari ini seorang
peguam menang bicara, jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa, sejarahnya
dimulakan oleh seorang guru biasa dengan lemah lembut sabarnya mengajar
tulis-baca. Indah sungguh bait-bait sedemikian dipetik daripada sebuah puisi
Guru Oh Guru yang diungkapkan oleh seorang bekas Sasterawan Negara
tersohor tidak lain tidak bukan Datuk Usman Awang (1979). Puisi tersebut
menggambarkan maksud yang sangat mendalam dan jelas membuktikan betapa
masyarakat guru merupakan golongan yang tidak pernah mengenal erti jemu
menabur bakti memberi didikan kepada rakyat berbilang bangsa di Malaysia
sehinggalah mereka menjadi seorang yang berjaya.
Pada mutakhir ini, seorang guru yang mempunyai nilai menghargai masa
merupakan suatu contoh sikap yang terpuji bagi seorang guru yang cemerlang.
Sesuai dengan Tonggak Dua Belas sempena inovasi pelancaran Nilai dan Etika
Dalam Perkhidmatan Awam pada 16 Ogos 1991 yang meliputi di samping
memberi penegesan kepada kepentingan nilai menghargai masa dalam segala
urusan perkhidmatan. Pengurusan masa yang sistematik dapat memastikan
sesuatu tugas atau tanggungjawab dilaksanakan menepati masa yang telah
ditetapkan. Apabila diterapkan ke dalam aspek pengajaran, kualiti peribadi
tersebut adalah penting dalam menjamin perancangan pengajaran yang
sistematik bagi memenuhi keperluan pelajar yang bakal dididik. Dennis Littky
(2003) yang merupakan seorang penerima anugerah pengetua cemerlang di
Amerika Syarikat pernah berkata, Anda tidak mungkin menjadi seorang guru
cemerlang jika tidak mengorbankan masa yang lama untuk bertugas. Sebagai
tamsilan, seorang guru tersebut mengaplikasikan masa serta memanfaatkan
masa pengajaran dan pembelajaran secara maksimum. Pertindihan jadual waktu
juga tidak berlaku dan masa pembelajaran pelajar juga akan menjadi teratur.

Daripada perspektif lain, seorang guru yang cemerlang akan sentiasa


berintegriti dalam perkhidmatan mereka serta menjalankan tugas perguruan
secara jujur, amanah, tulus dan ikhlas. Guru tersebut akan memastikan tugasnya
dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar adalah sempurna. Oleh itu,
mereka akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk mengajar sehingga para pelajar
benar-benar

memahami.

Selain

itu,

mereka

akan

mengelak

daripada

menyeleweng tanggungjawab mereka seperti ponteng kelas dan terbabit dengan


jenayah. Profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai
dan akhlak yang terpuji terlebih dahulu serta ditegaskan bahawa nilai-nilai murni
perlu diterapkan dalam pengajaran kerana adalah penting untuk menyediakan
pelajar supaya dapat menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa
hadapan.
Berkreativiti tinggi dan berinovatif turut tercangkum dalam kualiti peribadi
seorang guru yang cemerlang. Penggunaan teknik-teknik mengajar yang kreatif,
menarik dan menyeronokkan dapat menarik tumpuan para pelajar seperti
penyelitan unsur-unsur kecindaan dalam pengajaran, penggunaan teknik
menyanyi dalam penghafalan serta penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) yang canggih. Dengan demikian, proses penyampaian ilmu
berjalan lancar dan berkesan.
Sementelahan itu, guru yang cemerlang akan sentiasa menitikberatkan
pembelajaran sepanjang hayat kerana mereka sedar peri pentingnya ilmu
pengetahuan yang mendalam dan sentiasa menambahbaik ilmu dan kemahiran
mereka secara berterusan. Justeru, pengukuhan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) dapat terlaksana seterusnya membolehkan mereka menyelesaikan dan
membuat keputusan yang rasional serta objektif apabila masalah mendatang.

Implikasi guru yang cemerlang terhadap kecemerlangan pendidikan negara


Sebagaimana yang kita maklumi, guru yang cemerlang akan sentiasa
bersemangat

dalam

memastikan

penyampaian

ilmu

pengetahuan

yang

disalurkan dan ditimba adalah tidak putus-putus, bagai air sungai yang mengalir
menyampaikan ilmu dengan berkesan. Teknik pengajaran yang menarik dapat
menarik tumpuan pelajar sepenuhnya serta memapankan suasana gembira
dalam proses pembelajaran. Kualiti tersebut merupakan suatu pendekatan yang
dapat membantu memberi motivasi kepada para pelajar untuk terus belajar dan
suatu usaha untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran mereka.
Dengan itu, guru yang cemerlang tersebut dapat membantu meningkatkan
pencapaian akademik individu yang dididik

seterusnya memacu kemajuan

pendidikan negara. Jelaslah, guru yang cemerlang merupakan wadah visi untuk
menggarap kecemerlangan dalam pendidikan di negara kita.
Guru yang diperkukuh dan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, nilai
moral

dan

kemahiran

yang

mendalam

secara

holistik

dalam

bidang

pengkhususannya secara eksplisit dapat menyampaikan ilmu kepada para


pelajarnya dengan sempurna dan kurang ralat. Sesungguhnya, sesebuah
sekolah

dan

institusi

jelaslah

dapat

memanifestasikan

generasi

yang

berintelektual serta berkemahiran tinggi hasil daripada penyampaian ilmu yang


berkualiti dalam pendidik. Hal ini juga dapat memberi gambaran tentang kualiti
pendidikan negara kita lantaran sistem pembelajaran negara Malaysia diperakui
pada peringkat antarabangsa pada suatu ketika nanti. Dengan demikian, sistem
pendidikan negara mendapat keyakinan daripada masyarakat global khususnya
negara maju seperti negara United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun dan
Singapura seterusnya lebih ramai pelajar luar negara yang akan menjadikan
negara kita sebagai salah satu tumpuan bagi mereka melanjutkan pelajaran
sama ada peringkat rendah hinggalah ke peringkat tertinggi.
Era dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, guru yang
cemerlang berkebolehan dalam menggunakan kemudahan-kemudahan teknologi
4

yang canggih lagi sofistikated sebagai alat bantu mengajar mereka. Contohnya,
penggunaan komputer, bahan elektronik dan sebagainya. Pendedahanpendedahan alat-alat teknologi dan maklumat dalam pembelajaran akan
memanifestasikan para pelajar yang celik teknologi maklumat serta tahu
mengaplikasikannya dalam usaha mencari ilmu pengetahuan. Oleh itu,

para

pelajar di negara kita tidaklah keterbelakang dan dapat berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain dalam dunia
teknologi, natijah pelajar-pelajar negara kita tidak akan mudah dilabel sebagai
katak di bawah tempurung. Realitinya, taraf pendidikan negara kita tidak akan
dipandang serong oleh negara lain namun dapat menjadi contoh kepada negara
lain di persada dunia.

Impak guru yang cemerlang kepada profesionalisme keguruan


Guru yang cemerlang dapat bertindak sebagai seorang teladan kepada
rakan guru yang lain demi mendorong dan menggalak mereka untuk
meningkatkan keefisien mereka dalam perkhidmatan. Misalnya, para rakan
sekerja dapat membuat pemerhatian secara kendiri bagaimana guru yang
cemerlang mengendali dan menjalankan tugasnya. Secara tidak langsung,
mereka akan terpengaruhi dengan corak bekerja guru yang cemerlang tersebut.
Dengan itu, wujud semangat hendak bersaing di atma rakan guru yang lain dan
mereka juga seterusnya akan mencontohi kualiti terpuji guru yang cemerlang
tersebut. Hasilnya, lebih banyak guru yang dapat meningkatkan produktiviti
dalam pengajaran seterusnya dapat memartabatkan profesion keguruan di
Malaysia. Masyarakat juga akan memandang tinggi kerjaya sebagai seorang
guru dan mengiktiraf kerjaya seorang guru sebagai sebuah profesion yang mulia
di mata mereka. Akhirnya, lebih ramai ibu bapa yang akan menggalakkan anak
mereka untuk menceburi bidang perguruan bahkan generasi-generasi muda
turut akan lebih cenderung berminat dan terbuka hati untuk menceburi
profesionalisme keguruan.
5

Jika dipandang dengan lebih jauh, seorang guru yang cemerlang dapat
menaiktaraf sistem pembelajaran pusat institusi pengajian guru. Sebagai contoh,
Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Teori-teori pengajaran yang disampaikan kepada pelajar guru dilengkapi dengan
praktikum menyeluruh pengajaran di kelas bagi mengaplikasikan pengetahuan
mereka. Sistem pembelajaran pusat institusi pengajian guru juga diperkemas
setanding dengan sistem pembelajaran perguruan di institusi luar negara bagi
melahirkan golongan guru yang cemerlang.

PENUTUP
Setelah mengkaji topik perbincangan dengan teliti, dalam menggapai visi
dan misi kudsi iaitu bagi membentuk rakyat yang berilmu pengetahuan dan
berakhlak mulia menjelang Wawasan 2020, semuanya perlu bermula pada akar
umbi yang paling terutama dan asas sekali iaitu warga pendidik. Guru yang
cemerlang dapat dibentuk melalui pelaksanaan kurikulum bersepadu yang
bersifat holistik dan sama tahap dengan kurikulum pembelajaran perguruan
negara maju yang lain. Ia juga harus dilaksanakan dengan lebih proaktif di
seluruh institusi pengajian guru di Malaysia agar bilangan guru yang berkualiti
tinggi dan cemerlang daripada setiap dimensi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial bertambah. Sebagai konklusi dan penyimpul kata, guru yang cemerlang
sememangnya merupakan tunjang kepada lonjakkan kecemerlangan pendidikan
negara kita ke peringkat global dan seterusnya pemacu kepada perubahan yang
baik terhadap profesionalisme keguruan di negara kita.

RUJUKAN
Buku
Kamus Dewan Edisi keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Cunningham, P. & Gardner, P. (1907). Becoming Teachers. London & Portland:
Woburn Press.
Khalid Johari. (2003). Penyelidikan dalam Pendidikan Konsep dan Prosedur.
Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Longman Kamus Dwibahasa. (2009). Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Petaling
Jaya.
Scherer, M. (2003). Keeping Good Teachers. Alexandria, USA: Association for
Supervision and Curriculum Development. Ms
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2014). Pengantar Pengajian
Profesionalisme. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Jurnal
Richmond, G., Bartell, T., Dunn, A. H. (2016). Beyond Tinkering Enacting the
Imperative for Change in Teacher Education in a Climate of Standards
and Accountability. Journal of Teacher Education, 152.

Internet
Jessie Dethamai. (t.t). Implikasi kepada profesionalisme keguruan. Akses pada
9 Februari 2016, http://www.authorstream.com/Presentation/jessisdetham
ai-2083459-implikasi-kepada-profesionalisme-keguruan/
Kamus Elektronik Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Akses 15 Februari 2016,
daripada http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=keguruan
Ropidi Laili. (2013). Sajak Guru oh Guru. Akses pada 13 Februari 2016, http://
salam-monash.blogspot.my/2013/05/sajak-guru-oh-guru-dato-usmanawang.html

Akhbar
Mohd. Amin Jalil. (2014, Mei 8). Kreativiti, inovasi rangsang minat murid. Berita
Harian, ms. 5.
Khairul Abidin Muar.(2014, Mac 14). Kualiti guru penentu PPPM. Utusan
Malaysia, ms. 2.

LAMPIRAN
Gambar 1 Sumber rujukan yang digunakan (internet)

Gambar 2 Sumber rujukan yang digunakan (internet)

Gambar 3 Sumber rujukan yang digunakan (akhbar)

Gambar 3 Sumber rujukan yang digunakan (akhbar dan internet)

10

ISI KANDUNGAN

11

PENGENALAN.......................................................................................................1
FAKTA DAN HURAIAN........................................................................................2-6
Personaliti dan kualiti yang unggul seorang guru yang cemerlang.................2-3
Implikasi guru yang cemerlang terhadap kecemerlangan pendidikan negara
4-5
Impak guru yang cemerlang kepada profesionalisme keguruan........................5
PENUTUP...............................................................................................................6
RUJUKAN...............................................................................................................7
Buku....................................................................................................................7
Jurnal...................................................................................................................7
Internet................................................................................................................8
Akhbar.................................................................................................................8
LAMPIRAN........................................................................................................9-12

12