Anda di halaman 1dari 1
12 STRATEGI PEDAGOG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelsjaran murid. Guru harus dapat_menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmoni serta ‘menciptakan pengajaran yang berkesan. Guru mesti menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid. Strategi yang dipilih hendaklah boleh merangsang murid belajar secara aktif, membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya ‘menarik hati murid serta menghasilkan pembelajaran yang bbermakna. Dalam merancang persediaan mengaiar, aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik bagi mencapai objektif pengajaran. Aktiviti tersebut mestilah_mampu_memberi sepenuh pengaruh terhadap pemerhatian, meningkatkan. intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta membantu guru. Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah: 7 Kaedah SumbangSaran Kaedah Tunjuk Cara (demonstrasi) Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan Kaedah Perbincangan atau Penyelesaian Masalah Kaedah Audiolingual Kaedah Kod Kognitif, Kaedah Projek KONTEKSTUAL Mengikut teori pembelajaran kontekstual pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat, atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubungkait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya, Teori Pembelajaran Kontekstual_menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilikdarjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. ‘Teor’ ini menggalakkan pendidik memilih dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. KONSTRUKTIVISME Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. BELAJAR CARABELAJAR Belajar Cara Belajar ialah proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guruatau tanpa guru: Peranan Guru: Menentukan objektif pembelajaran Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid Menyediakan pelbagai teknik dan aktiviti untuk menjalankan P&P ‘Memilih bahan P&P yang sesuai Berbincang dengan murid Menilai secara formatif dan sumatif serta ‘mengambilrekod pencapaian murid ‘Mengambiltindakan susulan sewajarnya PEMBELAJARANAKSES KENDIRI Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) adalah pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada pembelajeran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari, Dalam PAK, bahan pengajeran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Bagi membolehkan murid mendapatkan maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka, program PAK menyedia pentaksiran kendiri PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH. Penilaian Kendalian Sekolah bermaksud peranan penting ‘yang dimainkan oleh guru dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor ddan membuat tindakan susulan MODEL KEMAHIRANBERFIKIR Kemahiran berfikir dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatit. Kemahiran berfikir kritis alan kebolenan untuk menilat_kemunasabahan sesuatuidea dan bersifat evaluat. Kemahiran berfikir kreatf alah kebolehan untuk mencerna ddan menghasikan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalulilham atau gabungan idea-idea yangada, Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktivit P&P adalah pada akhimnya menuju ke arah menkonsepsi, ‘membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam. ‘membantu kita membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemabiran berfikir dan strateg) berfikr.

Anda mungkin juga menyukai