Anda di halaman 1dari 11

TAJUK:

BERDASARKAN KEPADA LOKASI DAN SITUASI DI SEKOLAH DI MANA ANDA


DITUGASKAN SEKARANG INI, JUSTIFIKASI SEJAUH MANAKAH ANDA BERSETUJU
DENGAN PENDAPAT YANG MENGATAKAN BAHAWA PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT
DALAM KALANGAN MURID-MURID SEKOLAH HENDAKLAH DIBENARKAN DEMI
KEPENTINGAN BERSAMA DAN KE ARAH MEREALISASIKAN KONSEP PENDIDIKAN
YANG BERCIRIKAN MASA HADAPAN?

Kebaikan
Menyokong P&P guru
Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih
Meningkatkan minat dan mengurang beban guru

1.0

PENGENALAN

Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan
menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat
membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia.
Sehubungan dengan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan
sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita selari dengan era
moden yang penuh kecanggihan ini.
Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa
digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di
mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon
bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS). Selain itu,
kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga
semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan
3G.
Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah
dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit
1

termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat
membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan
kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya,
banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.
1.1

DEFINISI TELEFON BIMBIT

Telefon bimbit (juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa
wayar) merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat
perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai
tapak sel. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini
mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan, dan mempunyai ciri telefon
bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi perutusan teks, surat-e,
penukar paket bagi capaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan
perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (Multimedia Messaging Service MMS)
bagi menghantar dan menerima gambar dan video. Kebanyakan telefon mudah alih akan
bersambung dengan jaringan selular pada stesen pengkalan (tapak sel), yang
kemudiannya bersambung dengan jaringan telefon suis awam (Glotz, et.al, 2005).
2.0

PERMASALAHAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT BAGI KALANGAN MURID


SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN IBRAHIM 2 PASIR MAS KELANTAN

Sekolah Sultan Ibrahim 2 Pasir Mas, Kelantan terletak di dalam bandar Pasir Mas. Sekolah
ini merupakan sekolah bandar dan sebahagian besar ibu bapa terdiri dari golongan peniaga
dan profesional. Sekolah ini juga menjadi sekolah pilihan bagi menghantar anak-anak
mereka mendapatkan pendidikan awal bagi persekolahan rendah. Dalam hal ini
kebanyakkan ibu bapa melihat penggunaan telefon bimbit sebagai salah satu keperluan
diperlukan untuk berkomunikasi dengan anak-anak mereka dan melihat ia juga boleh
memberikan kesan yang positif kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Keadaan
ini selaras dengan pembangunan telekomunikasi negara. Di Malaysia, penggunaan telefon
bimbit kian meningkat dan mendapat perhatian dalam kalangan generasi muda terutamanya
kepada golongan remaja. Statistik menunjukkan bahawa 20.5 peratus daripada 92.5 peratus
adalah para remaja yang menggunakan perkhidmatan telefon bimbit (Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia, 2006: 11). Mereka ini tidak mahu ketinggalan dalam
menggunakan kelengkapan yang serba canggih ini kerana ia dapat banyak memberi
kemudahan kepada penggunanya.
Umum mengetahui, sejarah melarang murid membawa dan menggunakan telefon bimbit ke
sekolah dikuatkuasakan sejak 13 Mei 1997. Walaupun Kementerian Pelajaran membenarkan
murid membawa telefon bimbit ke sekolah secara bersyarat menerusi satu pekeliling
2

bertarikh 23 Disember 2005, namun ia ditarik balik oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk
Seri Hishammuddin Hussein pada 19 Januari 2006 atau 28 hari selepas pekeliling itu
dikeluarkan.
Kini, cadangan membenarkan murid membawa telefon bimbit dan gajet ke sekolah
disuarakan sekali lagi dan maklum balas awal yang diterima menunjukkan majoriti guru tidak
bersetuju kerana keperluan pelajar untuk membawa telefon bimbit ke sekolah amat sedikit
dan tidak mewakili suara majoriti. Tambahan pula, jika diteliti, telefon bimbit yang dijual di
pasaran kini ialah jenis telefon pintar iaitu mempunyai ciri-ciri dan aplikasi canggih yang
memudahkan sesiapa saja melayari internet, bersembang dalam laman sosial, mengambil
gambar, merakam video dan suara tanpa had batasan.
Dari sudut positif, penggunaannya dapat membantu mengembangkan minda dan kreativiti
murid di sekolah khasnya untuk mencari maklumat, namun ia juga mampu mencetuskan
lebih banyak isu disiplin kerana besar kemungkinan murid menyalahgunakannya untuk
tujuan tidak bermoral. Memang diakui, telefon bimbit dan gajet seperti tablet sudah menjadi
fenomena serta keperluan dalam kehidupan kita sehari-hari, namun adakah ia berupaya
mendorong murid di sekolah menggunakannya secara bijak dan terkawal apabila dibawa ke
sekolah (Blog 1Klik, 2012).

3.0

KEBAIKAN TELEFON BIMBIT DALAM MEREALISASIKAN PENDIDIKAN MODEN

Industri telekomunikasi di Malaysia merupakan salah satu sektor yang sedang mengalami
pertumbuhan yang pesat dalam negara. Oleh itu, ia merupakan salah satu kunci peransang
utama yang menyumbang ke arah mencapai peindustrian yang moden dalam negara.
Melalui penerimaan teknologi selular ataupun telefon bimbit oleh penduduk Malaysia adalah
peningkatan kepada keperluan untuk perkhidmatan telekomunikasi yang lebih sofistikated di
mana ia menunjukkan bahawa industri ini akan mengalami perkembangan yang pesat. Pada
masa yang sama juga memberikan kesan kepada perkembangan pendidikan negara,
3

melalui teknologi dengan kemudahan internet tanpa wayar dan aplikasi-aplikasi lain yang
terdapat dalam telefon bimbit. Keadaan menyebabkan kita tidak dapat menolak penggunaan
telefon bimbit dikalangan murid-murid sekolah rendah. Saya melihat fenomena saya sebagai
satu keperluan kerana kebaikannya seiring dengan kemajuan negara kita kini, antara
kebaikannya ialah:
Peranan Telefon Bimbit Dalam Menyokong Pengajaran Dan Pembelajaran Guru
Telefon mudah alih menjadi popular kerana ramai orang mampu memilikinya, kini
penggunaan peranti komunikasi mudah alih telah melampaui peranan komunikasi tradisional
bahawa penggunaannya kini menyokong pengajaran dan pembelajaran. Dalam pendidikan,
telefon mudah alih telah membawa kepada evolusi paradigma baru yang dikenali sebagai
pembelajaran mudah alih (Muyinda et al, 2007). Pertumbuhan pesat akses kepada telefon
mudah alih di seluruh dunia kini mempunyai potensi untuk meningkatkan pengajaran,
pembelajaran dan kecekapan institusi bagi membolehkan negara sistem pendidikan
transformasi (UNESCO, 2012). Menurut (Huang et al, 2010), telefon mudah alih membantu
aplikasi pembelajaran dan membantu pelajar bukan sahaja belajar kandungan mudah tetapi
juga berinteraksi dengan orang lain bersama-sama bila-bila masa dan di mana sahaja. Oleh
itu, pembangunan mlearningsebagai strategi baru untuk pendidikan mempunyai implikasi
untuk cara pelajar dan pengajar dalam institusi pendidikan berinteraksi.
Feri, (2009) menerangkan bahawa telefon mudah alih moden boleh digunakan untuk
membantu pelajar untuk mengakses web, berkongsi, bekerjasama dengan orang lain dan
mewujudkan dan mewujudkan hubungan dua hala guru dan murid dengan lebih meluas tidak
hanya pada masa kelas sahaja. Seterusnya kajian yang dijalankan Cui dan Wang (2008),
universiti di United Kingdom (UK) telah membuat penggunaan bimbit untuk menyimpan dan
mendapatkan semula maklumat seperti e-buku, bahan pengajaran, menyemak markah
pelajar dan menggunakan dalam pengajaran dan amalan pembelajaran yang lebih berkesan.
Selain itu, kita juga boleh membuat capaian Internet melalui telefon bimbit pintar yang
terdapat di pasaran kini. Hal ini benar-benar membuatkan dunia berada di hujung jari kita.
Dengan menekan butang-butang tertentu di telefon bimbit, segala maklumat yang ingin
diketahui boleh didapati dengan mudah dan cepat. Justeru, kita tidak perlu lagi menunggununggu untuk mendapatkan sesuatu maklumat kerana masa itu emas. Sudah terang lagi
bersuluh, telefon bimbit memudahkan pelajar mendapatkan maklumat dengan segera.
Keadaan ini jelas membuktikan bahawa telefon bimbit boleh memberikan kesan yang positif
kepada pengajaran dan pembelajaran guru. Kajian di atas telah dilakukan di negara-negara
4

maju seperti United Kingdom menunjukkan telefon bimbit selaras dengan kehendak dan
keperluan semasa dalam dunia pendidikan moden masa kini
Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih
Peranti mudah alih mengintegrasikan satu siri ciri yang digunakan dalam pelbagai
persekitaran pembelajaran. Dalam sesetengah aplikasi pembelajaran mudah alih pada masa
ini, ciri-ciri mudah alih yang digunakan untuk pelbagai amalan pendidikan termasuk
penggunaan Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), GPS, kamera, menyemak imbas, muat
turun, bluetooth, Wi-Fi, panggilan suara dan permainan (Kizito, 2012). SMS sistem boleh
digunakan untuk membantu murid-murid belajar bahasa asing dan guru boleh menggunakan
SMS untuk berkomunikasi dengan seorang pelajar atau satu kumpulan murid. Bagi guru
contoh dalam pendidikan tinggi di UK telah dibuat menggunakan SMS sebagai menggesa
untuk keperluan kursus, kelas pengundian, pop kuiz kepada murid-murid dan maklumat
menghantar mengenai jadual dan mengingatkan pelajar tentang tarikh peperiksaan.
Pelayaran dengan telefon bimbit adalah salah satu cara mudah bagi pelajar untuk melayari
talian. Kebanyakan telefon bimbit digabungkan dengan aplikasi pelayaran seperti Opera
Mini, Internet explorer, Mozilla api fox, Opera dan Google chrome. Telefon bimbit telah
memuat turun ciri yang boleh digunakan oleh pelajar dan tutor untuk memuat turun pelbagai
jenis bahan melalui telefon mudah alih mereka dengan mudah. Telefon mudah alih boleh
digunakan untuk berkongsi sumber maklumat melalui inframerah, Bluetooth dan Wi-Fi.
Permohonan lain termasuk e-mel, memandu Google dan media sosial sama-sama boleh
digunakan untuk berkongsi sumber maklumat akademik.Kebanyakan telefon bimbit
mempunyai ciri-ciri yang boleh digunakan untuk rakaman dan bermain kandungan
multimedia. murid-murid boleh mendapat manfaat daripada mempunyai kamera pada telefon
bimbit untuk mendokumentasikan bahan-bahan visual dan mengumpul data saintifik.
Arus perkembangan dalam bidang teknologi memberi impak yang besar kepada dunia pada
hari ini. Pertumbuhan dalam bidang teknologi ini akan terus meningkat dari semasa ke
semasa tanpa ada had penghujungnya. Hal ini menjadikan dimensi dunia berwajah baru
seiring dengan perkembangan zaman pada abad ke-21. Pelbagai inovasi dihasilkan demi
kemudahan kepada manusia untuk menjalani kehidupan seharian. Dengan penghasilan
pelbagai inovasi ini, dunia kini jauh berbeza jika dibandingkan dengan satu ketika dahulu.
Sejajar dengan perkembangan dunia dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi,
Pendidikan Islam dilihat antara aspek yang terpengaruh hasil dari gelombang globalisasi ini.
Proses pengajaran dan pembelajaran dahulunya merupakan hanya berlaku dalam bilik
darjah dan menggunakan bahan seperti buku-buku. Tetapi kini, dengan kemudahan internet
5

menjadikan ilmu dapat dicapai menerusi laman web, internet, YouTube, laman sosial dan
aplikasi sosial dengan hanya beberapa klik atau sentuhan pada paparan skrin telefon bimbit
(Mohd Aliff, Ezad Azraai, Mohd Isa & Azizi, 2012). Hal ini menjadikan segala maklumat dan
ilmu pengetahuan boleh dicapai dimana-mana sahaja tanpa kekangan masa dan tempat.
Bahkan, internet juga membolehkan pengguna melakukan kaedah pembelajaran secara
elektronik atau disebut sebagai e-pembelajaran (Aliff Nawi, Ahmad Fkhrudin, Hafit Hidayah &
Mohamad Raffe, 2014; Zhang, Zhao, Zhou & Jay, 2004).
Meningkatkan Minat Murid-Murid Terutama Dalam Pelajaran Sains Matematik, Bahasa
Inggeris Dan Mengurangkan Beban Guru
Kajian oleh Saran, Cagility dan Seferoglu (2008) mendapati m-pembelajaran menggunakan
peralatan telefon mudah alih telah meningkatkan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris melalui penggunaan bahan berbentuk multimedia. Kajian juga mendapati
penggunaan MMS dan SMS dapat mempertingkatkan perbendaharaan kata pelajar dengan
berkesan.
Antara kajian terawal dalam bidang m-pembelajaran di Malaysia ialah kajian penilaian
pelaksanaan program m-pembelajaran kepada pelajar-pelajar tahun 5 di sebuah sekolah
rendah di Kuala Lumpur (Saedah Siraj dan Norlida Alias, 2005). Tujuan kajian ialah untuk
menyiasat sama ada pelaksanaan program m-pembelajaran mencapai hasrat yang
ditetapkan ke atasnya dan juga menilai kekuatan dan kelemahan program. Hasil kajian
mendapati pelaksanaan program m-pembelajaran telah mencapai hasarat yang ditetapkan
ke atasnya.
Ini sejajar dengan peribahasa Cina yang berbunyi,saya dengar, saya akan lupa, saya lihat,
saya akan saya ingat, dan apabila saya lakukan saya akan faham. (Hizamnuddin Awang
1997 dalam Fazilah, 1998). Selain itu, teknologi dapat mempermudahkan tugas serta
meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran
pembelajaran. Winston Churcil menyatakan empayar di masa depan ialah empayar
pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya,
pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran
penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan
motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota
seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan
kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Dewasa kini, Perkembangan teknologi
maklumat membawa implikasi yang besar terutamanya dalam konteks pendidikan.
6

Telefon bimbit ini menjadikan m-pembelajaran berlaku pada bila-bila masa dan mana-mana
tempat berbanding dengan penggunaan buku nota yang mudah rosak dan tidak bertahan
lama (Ahmad Sobri, 2010). Kaedah m-pembelajaran sebenarnya telah lama diamalkan dan
dipraktikkan di negara membangun seperti di Eropah dan Amerika Syarikat (Ahmad Sobri,
2010). Di Malaysia, m-pembelajaran sebenarnya masih lagi diperingkat awal. Kajian dalam
m-pembelajaran di Malaysia perlu dipergiat sebagaimana pengkaji di Eropah sedang
melakukan pelbagai kajian dan sedang di eksperimentasikan terhadap keberkesanan
penggunaannya dalam pembelajaran. Penggunaan m-pembelajaran masih lagi tidak meluas
sebagai mana penggunaan e-pembelajaran dan d-pembelajaran yang menjadi medium
pengajaran afektif masa kini. Namun, kewujudan m-pembelajaran memberikan lebih banyak
peluang kepada pengguna untuk pembelajaran yang lebih terfokus tanpa gangguan dari
pihak lain.
Walaupun penggunaan m-pembelajaran di Malaysia masih awal namun banyak kajian dalam
negara dilakukan untuk melihat sejauh manakah penggunaan kaedah m-pembelajaran dapat
memberikan kesan kepada pengajaran dan pembelajaran. Antara kajian awal berkaitan
dengan m-pembelajaran yang telah dilakukan dalam negara termasuklah kajian terhadap
reka bentuk kurikulum sekolah menengah (Ahmad Sobri, 2010), kajian terhadap subjek
Sejarah (Syafiza, 2007), subjek Matematik (Saipunidza et al. 2010), subjek Sains (Dewitt &
Saedah Siraj, 2010), pembinaan aplikasi pengecaman tulisan tangan (Noor Azam et al.,
2010) dan aplikasi jual beli untuk masyarakat muslim (Norleyza, 2008).
4.0

PERBINCANGAN KEPERLUAN TELEFON BIMBIT UNTUK MURID-MURID MASA


KINI

Perbincangan kajian ini mendapati bahawa para guru dan para pelajar sangat berpuas hati
terhadap aplikasi telefon bimbit yang dibangunkan bagi digunakan di sekolah pada masa
kini. Hal ini menunjukkan bahawa wujud potensi yang sangat positif dalam kalangan guru
dan pelajar untuk menggunakan aplikasi telefon bimbit dalam pengajaran dan pembelajaran.
Fetaji et al. (2008) dan Peerce et al. (2002) menjelaskan bahawa aspek penerimaan
pengguna bergantung kepada sejauhmana pengguna berasa mudah dan boleh diikuti oleh
pengguna apabila menggunakan sebarang jenis aplikasi. Dapatan aspek mesra pengguna
yang tinggi ini turut selari dengan kajian Grasso & Rosseli (2005) di mana ianya turut
bergantung kepada jangka masa pengguna menggunakan aplikasi dan menyesuaikan diri
dengan aplikasi berkenaan. Di samping itu juga, tahap penilaian pengguna juga berada pada
tahap yang tinggi menunjukkan bahawa aplikasi telefon bimbit berjaya dibangunkan
menepati keperluan guru dan pelajar. Hal ini bertepatan dengan kajian Sreerambhatla (2010)
yang menunjukkan bahawa tahap kepuasan pengguna akan meningkat apabila aplikasi
7

mudah alih yang dihasilkan apabila bertepatan dengan keperluan kumpulan sasaran. Begitu
juga dengan dapatan kajian Norman (2004) yang menyatakan pengguna berasa gembira
dan

seronok

apabila

menggunakan

sesebuah

aplikasi

yang

mempunyai

ciri-ciri

kebolehgunaan yang baik. Sebaliknya, kajian oleh Jones dan Marsden (2006) pula
menyatakan bahawa tahap kepuasan pengguna banyak dipengaruhi oleh perkakasan alat
telefon bimbit itu sendiri.
Selain itu juga, faktor motivasi pengguna turut meningkat apabila aplikasi yang digunakan
dapat memberi kepuasan kepada pengguna. Perkara ini diakui oleh beberapa kajian seperti
Georgieva et al. (2011), Nur Aizya (2004) dan Rosmaria (2003) menjelaskan bahawa
pengguna akan mengesyorkan kepada orang lain untuk turut sama menggunakan aplikasi.
Lebih-lebih lagi, kajian oleh (Mohammed Sani, 2013; Mohd Aliff et al., 2013) menunjukkan
bahawa guru novis dan guru pelatih sangat memerlukan sokongan dan panduan dari guru
berpengalaman serta bahan rujukan untuk meningkatkan tahap professionalisme mereka
dalam bidang perguruan. Selain dari aspek kebolehgunaan, Ahmad Sobri et al. (2010) dan
Doyle et al. (2009) menyatakan bahawa tahap umur pengguna perlu diambil kira oleh
pembangun aplikasi semasa proses pembangunan.
Hal ini kerana setiap aplikasi yang dibangunkan adalah bergantung kepada kumpulan
sasaran yang akan menggunakan aplikasi berkenaan. Perkara ini menjelaskan bahawa,
setiap aplikasi telefon bimbit yang dibangunkan adalah sukar untuk disesuaikan dengan
semua peringkat umur. Tambahan juga, penggunaan unsur-unsur yang kompleks dalam
aplikasi perlu dijauhi kerana dapat mengakibatkan pengguna berasa bosan. Hal ini diakui
oleh Normahdiah (2010) yang menyatakan bahawa pemilihan unsur-unsur yang sepadan
dan tepat serta mengelak dari penggunaan unsur yang kompleks dapat menjadikan
sesebuah aplikasi telefon bimbit lebih mudah digunakan. Oleh yang demikian, tahap
kepuasan pengguna bergantung kepada tahap manfaat yang diperolehi dari aplikasi yang
digunakan sama ada memberi kesan yang positif.
5.0

KESIMPULAN

Keperluan teknologi kini menganggap telefon bimbit sebagai salah satu alat yang perlu ada
dalam masyarakat kita, terutama mereka yang tinggal di bandar. Mahu tidak mahu kita perlu
menerima telefon bimbit dalam keperluan pendidikan dan di bawa ke sekolah di atas
keperluan pendidikan. Masalah yang dihadapi ini mungkin pada peringkat permulaan sahaja
dan mampu diatasinya. Penggunaan telefon bimbit jelas menunjukkan bahawa wujudnya
potensi yang baik terhadap semua subjek untuk dibangunkan menggunakan teknologi
8

telefon bimbit. Justeru, penggunaan aplikasi telefon bimbit ini perlu diterokai dan
dilaksanakan untuk meningkatkan mutu pembelajaran.
(2800 patah perkataan)

Rujukan
Ahmad Sobri Shuib. (2010). Reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah:
Teknik Delphi. Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in
Information and Communication Technology 2010, hlm. 652-665.
Blog 1Klik. (2012). Banyak Keburukan Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah. Atas talian
26.2.2015,

dari

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/526-2012-

07/13569-24-jul-banyak-keburukan-bawa-telefon-bimbit-ke-sekolah.html
Cuing, G., and Wang, S. (2008). Adoption cell phones in EFL Teaching and Learning. Atas
talian 27.2.2015, dari www.notworthprinting.wordpress.com/category/mobile-learning
Fryer,

W.

(n.d.).

Scissors

and

Cell

Phones.

http://www.21centuryconnections.com/node/262z

Atas

talian

27.2.2015,

Sreerambhatla,

R.

dari

(2010).

Application of Usability Concepts on Text Message Formatting. Kingsville: Texas A &


M University.
Glotz, Peter & Bertsch, Stefan, eds. (2005). Thumb Culture: The Meaning of Mobile Phones
for Society. Transaction Publisher: New Brunwick: U.S.A
Hoppe,M.(2009).Mobile learning and Education application. Atas talian 26.2.2015 dari
www.pervasive.wiwi.unidue.de/.../hoppe_mobile-learning-and-educ/
9

Huang, Y-M., Hwang W-Y.,& K,-E.(2010). Innovations in designing mobile learning


applications. Atas talian 26.2.2015 .www.ifets .info/download _pdf. Php ?j_id
=48&a_id=1056.
Kizito, N.R, (2012).Pre testing Mathematical Concepts with the Mobile Phone: Implications
for Curriculum. Atas talian 27.2.2015, dari Design. http://www .irrodl.org/ind ex.
php/irrodl/article/view/1065/2075
Mohd Aliff Mohd Nawi, Ezad Azraai Jamsari, Adibah Sulaiman & Mohd Isa Hamzah. (2013).
Development and Evaluation Of Ning Social Network for Teaching Training Online
Surveillance. Turkish Online Journal of Distance Education. 14(1): 245-255 Atas talian
26.2.2015.
Mohd Aliff Mohd Nawi, Surina Akmal Ab Sattai & Mohd Isa Hamzaha. (2011). Kesediaan
Penggunaan telefon bimbit sebagai M-Pembelajaran dalam kalangan guru
Pendidikan Islam. Proceeding International Conference on World-Class Education,
hlm. 201-209.
Saipunidzam Mahamad, Mohamad Noor Ibrahim & Shakirah Mohd. Taib. (2010). M-learning:
A new paradigm of learning mathematics in Malaysia. International Journal of
Computer Science & Information Technology, 2(4): 76-86.
Shahrizan Salian. (2010). 7.5 juta telefon bimbit dijual 2010. Berita Harian, 17 Februari
http:// www.bharian.com.my/articles/7_5jutatelefonbimbitdijual2010/Article/
Siti Fatimah Mohd Yassin, Baharuddin Aris & Abdul Hafidz Omar. (2006). Strategi
pembelajaran projek pembangunan produk multimedia kreatif secara kolaboratif.
Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 11: 24-35.
SKMM.

(2006).

Perpustakaan

Komuniti

Jalur

Lebar. Atas talian

26.2.2015, dari

http://www.skmm.gov.my/Sectors/Broadband/Community-Broadband-ibraries.aspx

lang=ms-MY
Syafiza Abd Wahab. (2007). Mobile Learning Notes for SPM Sejarah: Islam di Asia
Tenggara. Latihan Ilmiah. Fakulti Teknologi dan Komunikasi Maklumat. Universiti
Teknikal Malaysia Melaka.
UNESCO, (2012). Mobile learning for teachers in Africa and the Middle East: Exploring the
potentials of mobile technologies to support teachers and improve practices.Atas
talian 26.2.2015, dari http://unesdoc.unesco.org/images/0021/002163/216358e.pdf

10

Zamri Mahamod & Nur Aisyah Mohamad Noor. (2011). Persepsi guru tentang penggunaan
aplikasi multimedia dalam pengajaran komponen sastera Bahasa Melayu. GEMA
Online Journal of Language Studies, 11(3): 163-177
Zoraini Wati Abbas, Tina Lim & Norazlina Mohamad. (2010). Engaging ODL Learners
through Mobile Learning at Open University Malaysia. Atas talian 27.2.2015 dari
http:// eprints.oum.edu.my/482/1/formal_zoraini.pdf
Noor Azam Zakaria, Wan Fatimah Wan Ahmad, Mohd Hilmi Hasan. (2010). Mobile-Based
Interactive Learning Using Handwriting Recognition. Kertas kerja Information
Technology (ITSim) International Symposium, Kuala Lumpur, 15-17 Jun.
Norleyza Jailani, Ahmed Patel, Noor Faezah Mohd Yatim, Yazrina Yahya, Muriati Mukhtar,
Zuraidah Abdullah, Marini Abu Bakar, Mazliza Othman & Salha Abdullah. (2008). A
Mobile Agent-based E-marketplace Model For the Muslim Community. Proceedings
of the International Conference on Knowledge Based Development, hlm. 272-277.

11

Anda mungkin juga menyukai