Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah Ya Tuhan Kami, dengan keberkatan bulan Syawal yang mulia ini,

turunkanlah rahmat dan keberkatan kepada kami semua, ampunilah kami


semua, masukkanlah kami semua ke dalam Syurga-Mu dan jauhkanlah
kami dari seksaan api neraka-Mu.Ya Allah Ya Tuhan Kami, kurniakan
lah kesihatan, keselamatan,kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan dan
kegembiraan kepada kami semua, perbaikilah hubungan di antara kami dan
mesrakanlah di antara hati-hati kami dan tunjukkanlah kepada kami jalanjalan yang membawa kebajikan di dunia ini dan lepaskanlah kami dari
kegelapan dosa dan jauhkanlah kami dari segala kekejian sama ada
zahir ataupun yang tersembunyi daripadanya.Ya Allah, Engkaulah yang maha
terpuji, Engkaulah yang maha pemurah dan yang maha kaya,
kurniakanlah keberkatan kepada rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami
semua khususnya rezeki yang Engkau Kurniakan kepada tuan rumahini
(sebutkan nama tuan rumah) seisi keluarga, denganrahmat Mu
Ya Karim Ya ArhamarrahimininYa Allah Ya Tuhan Kami, jadikanlah usaha
sambutan hari raya ini sebagai usaha yang diberkati dan dirahmati, segala
amal perbuatan baik kami diterima dan jadikanlah kami semua hambahamba-Mu yang sentiasa bersyukur ke atas nimat kurniaan-Mu.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, jadikanlah pertemuan kami ini pertemuan yang
dirahmati, dan perpisahan kami selepas ini nanti perpisahan yang sentiasa
terpelihara. Permudahkanlah urusan kami dan sempurnakanlah semua
pekerjaan kami dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya
ArhamarRahimin

Anda mungkin juga menyukai