Anda di halaman 1dari 6
iy KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Director Genoral of Education ialaysia KEMENTERIAN ARAS 8, BLOK ES. MALAYSIA ni Level 8, Block E8 “? KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Government Complex Parcel E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN ‘Tel: 03-8884 6077 Federal Government Administrative Centre Faks: 03-8889 4548 62604 PUTRAJAYA. Laman Web: www.mae.gov.my KP/KPPM/6 (4) OG Februari 2015 Semua Ketua Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 2 TAHUN 2015 PELAKSANAAN NORMA BAHARU GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TUJUAN 1, Surat Pekeliling Ikhtisas ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan norma baharu Guru Pendidikan Islam (GPI) di sekolah rendah KPM dan implikasi terhadap pengurusan guru serta mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Program j-QAF. LATAR BELAKANG 2. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Program j-QAF di sekolah rendah terdiri daripada pelbagai jawatan guru seperti Guru Penolong Agama (GPA), Guru Pendidikan Islam Khas (GPIK), Guru j-QAF (GJQ), Guru j-QAF Khas (GJQK) dan Guru Tambahan Pendidikan Islam (GTP). Norma baharu GP! telah diluluskan melalui surat Jabatan Perkhidmatan ‘Awam Malaysia (JPA) bertarikh 12 September 2013, Norma Baharu GPI Sekolah Rendah KPM 3. Norma baharu GPI mempunyai ciri-ciri berikut : 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 norma yang berasingan daripada norma Guru Akademik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) / Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Guru Bahasa Arab (GBA) dan Guru Pendidikan Moral. pemansuhan pelbagai gelaran jawatan bagi guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah seperti Guru Penolong Agama (GPA), Guru Pendidikan Islam Khas (GPIK), Guru -QAF (GJQ), Guru }-QAF Khas (GJQK), Guru Tambahan Pendidikan Islam (GTPI), dan digantikan dengan gelaran jawatan iaitu Guru Pendidikan Islam (GPI) keperluan guru dikira berasaskan jenis sekolah, bilangan kelas dan bilangan murid Islam. pelaksanaan dua (2) waktu Tasmik bagi setiap kelas diambil kira sebagai waktu mengajar rasmi guru. memastikan setiap sekolah yang mempunyai sekurang-kurang satu (1) orang murid Islam layak menerima seorang GPI 4, Pelaksanaan norma baharu ini akan mengasingkan pengiraan keperluan GBA sedia ada daripada kelompok GPA dan Guru j-QAF (GJQ). Pengiraan baharu keperluan GBA hendaklah dikira bersama-sama dengan keperiuan Guru Akademik KBSR/KSSR bagi aliran perdana dan pendidikan Khas. 5, Penentuan opsyen GPI dan GBA akan merujuk kepada opsyen pertama kelayakan ikhtisas tertinggi guru 6. Gelaran jawatan bagi Guru Pendidikan Islam ialah GPI, manakala gelaran jawatan bagi Guru Bahasa Arab ialah GBA Tanggungjawab GPI 7. GP bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara-perkara berikut 7.4 mengajar_ mata pelajaran Pendidikan Islam KBSR/KSSR, Pendidikan Islam Prasekolah dan model-model Program j-QAF kecuali Model Peluasan Bahasa Arab. 7.2 melaksanakan Model Khatam al-Quran dan Model Tasmik menggunakan pendekatan falagi dan musyafahah sera diajar secara kolaboratif. (Lampiran 1) 7.3. melaksanakan kokurikulum dan ko-akademik mata pelajaran Pendidikan Islam, program dan aktiviti dakwah di sekolah termasuk program dan aktivifi tambahan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPK) Tanggungjawab GBA 8, GBA bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara-perkara berikut 84 8.2 8.3 mengajar mata pelajaran Bahasa Arab KBSR/KSSR dan model- model Program j-QAF (kecuali Model Khatam al-Quran dan Model Tasmik). melaksanakan kokurikulum dan ko-akademik mata pelajaran Bahasa Arab termasuk program dan aktiviti dakwah di sekolah. GBA yang mengajar di PKI bertanggungjawab terhadap program dan aktiviti tambahan di PPK TARIKH KUAT KUASA 9. ‘Surat Pekeliling Ikhtisas ini berkuat kuasa pada tarikh ia dikeluarkan. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 10. YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan — dimohon~— mengambil__tindakan memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang beranggungjawab di Bahagian-bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (DATO’ SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF) Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru merangkap Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sk. 11. 12. YAB Menteri Pendidikan Malaysia YB Menteri Pendidikan Malaysia II YB Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia | YB Timbalan Menteri Pendidikan II Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Setiausaha Il Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran MalaysiaKementerian Pendidikan Malaysia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia Tueudwey rnb | munbz |] run6z | mmby | runbt | mune |] runic | mune | murBz | mindz sepyOuei0 ¢ =p mnt} onmby |} nuns | uno | mmr | onmbt ff amet | mney | rnb | nnd y eybuew0 €- 1 Didd SV13¥ NWO SVH¥ NVIGIGN3¢ 9S 1 WVISI NVXIGIONAd SLLVYO8V1OY d3SNOX “€ dewe yuunuenniy me; sine | unt | emit [rund e | | seyvoueio et -0¢ rng ¢ | [orunbz [omunéy [mnt [une | | sejayeueo 62 - or eun6y | am6t | nméy [nny ‘sepoyuewo 1-1 LYS UEP DyLS IG WVISI NVXIGIONAd SLLVeOSV ION d3SNOX Z runbe | nunby | nn6t | nbe | | seeyiuero 6y-oe nn6 |[mn6e | omnbt | mnt | mune | | seve 62 - st munét [omnbt [nun | nny 52)99/5U220 PL -T ra [or i 64 NVG SVHX T3COW ‘€WS TISW 45 “9S IG WVISI NVYICION3d SLLVeO8V 10» d3SNOX T

Anda mungkin juga menyukai