Anda di halaman 1dari 4

Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

Misi KPM
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi
negara Malaysia.

Matlamat
a. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
b. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
c. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
d. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Prinsip Etika Kerja


a.
b.
c.
d.
e.

Niat yang betul.


Perlakuan yang baik.
Penggerak ke arah kebaikan.
Memperkotakan apa-apa yang dikatakan.
Berdisiplin dan beradab.

Nilai-Nilai Utama dalam Etika Kerja


a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi
Ikhlas
Penyayang
1

Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Piagam Pelanggan
Kami warga Kementerian Pelajaran dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk:

menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta
memenuhi matlamat perpaduan negara;

menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan;

memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan
yang sebaik-baiknya;

mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan pembaharuan yang
berterusan;

menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana;


menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif;
menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras
dengan amalan perkhidmatan penyayang;

memastikan kementerian sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan murid, guru,
masyarakat dan negara/kerajaan; dan

meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.

Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan


(2006-2010)
Teras 1 : Membina Negara Bangsa
Teras 2 : Membangunkan Modal Insan
Teras 3 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5 : Memartabatkan Profesion Keguruan
Teras 6 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Teras Perkhidmatan Awam


Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara
Berpegang teguh pada ajaran agama

Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam


Kami pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuh integriti perkhidmatan awam dengan
mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan yang berikut:
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Kelima
Keenam

:
:
:
:
:
:

Berusaha dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;


Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah;
Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan;
Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah;
Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan
Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan
tugas.

Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009

Tonggak Dua Belas


1. Pengaruh teladan
2. Kewajipan menjalankan tugas
3. Keutamaan kesabaran
4. Peningkatan bakat
5. Ketekunan membawa kejayaan
6. Kebijaksanaan berhemat
7. Menghargai masa
8. Kemuliaan kesederhanaan
9. Keseronokan bekerja
10. Ketinggian peribadi
11. Nikmat mencipta
12. Kekuatan sifat baik hati

Anda mungkin juga menyukai