Anda di halaman 1dari 2

Sebelum pergi ke praktikum, saya telah menghadiri taklimat praktikum dan

mendapatkan semua maklumat berkenaan apa-apa yang perlu saya lakukan dan selesaikan
semasa berada di sekolah nanti. Sebenarnya, banyak perkara yang perlu saya dilakukan dan
selesaikan semasa berpraktikum di sekolah.

Selain daripada mengajar, saya perlu

menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) setiap hari dan sentiasa bersedia untuk
melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pihak sekolah, menyertai segala aktiviti yang
dianjurkan

oleh

pihak

sekolah,

menghadirkan

diri ke

mesyuarat

yang

diadakan

serta perlu menyiapkan semua tugasan praktikum yang telah disenaraikan untuk dimuatkan
dalam portfolio praktikum. Selain itu, saya juga perlu menjalinkan hubungan baik dan mesra
bersama semua warga sekolah termasuk kerani, pengawal keselamatan, tukang kebun
mahupun pekerja kantin di sekolah. Saya juga perlu memahami budaya komuniti sekolah
berkenaan serta perlu membiasakan diri di sekolah tersebut supaya saya dapat menjalani
praktikum selama satu bulan ini tanpa sebarang masalah.
Di samping itu, saya juga perlu sentiasa bersedia untuk dipantau oleh pensyarah
pembimbing dan guru pembimbing pada bila-bila masa sahaja. RPH perlu sentiasa lengkap dan
saya juga perlu merancang aktiviti-aktiviti p&p yang menarik agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Saya bertekad untuk menjalankan
praktikum fasa pertama ini dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab di samping
mengamalkan semua pegadogi dan amalan professional keguruan yang telah saya pelajari
selama 5 tahun belajar di IPG.

Saya sedang menjalani praktikum selama dua bulan di bermula dari Selama berada di
sekolah ini, saya mengajar subjek major saya iaitu. Saya diberi kelas Tahun untuk mengajar
semasa praktikum. Sepanjang berpraktikum di sekolah ini, saya berpeluang untuk mempelajari
banyak perkara terutamanya tentang budaya sekolah, pengurusan kelas, pengurusan masa
dan cara-cara berinteraksi dengan komuniti sekolah.
Oleh kerana, ini merupakan kali pertama saya berpraktikum, banyak kelemahan telah
saya kenal pasti dalam masa seminggu fasa pertama ini yang perlu saya baiki dan banyak juga
cabaran yang telah saya lalui. Bukan itu sahaja, saya juga mempelajari banyak perkara yang
positif daripada guru-guru di sekolah tersebut terutamanya cara menghadapi cabaran dalam
bilik darjah. Saya juga dapat mengenalpasti budaya sekolah ini sedikit berbeza dengan
sekolah-sekolah lain yang pernah saya hadiri sebelum ini. Contohnya, setiap kali, murid-murid
diminta berkumpul di dewan sekolah pada pagi sebelum kelas bermula dan guru akan
membimbing para pelajar ke kelas.
Selain itu, saya dapati bahawa sekolah ini lengkap dengan pelbagai kemudahan yang
selaras dengan konsep bilik darjah abad ke-21. Ia juga kerap digunakan dalam P&P contohnya
LCD, Youtube dan peta i-Think dalam bilik darjah. Dari segi disiplin pula, saya dapati kawalan
disiplin di sekolah ini adalah terkawal dan tegas. Daripada segi kakitangan sekolah pula, guruguru di sekolah ini baik dan bersedia untuk menolong apabila saya memerlukan bantuan
mereka. Kakitangan yang lain seperti kerani dan pekerja kantin juga amat peramah. Dari segi
pengurusan sekolah pula, saya mendapati pengurusan sekolah ini adalah baik dan terurus.

Banyak nasihat dan panduan telah saya perolehi daripada pihak pengurusan sekolah ini
berkenaan dengan pengurusan kelas seperti jadual waktu kelas dan kelas-kelas relief.
Kekuatan yang dikenalpasti semasa berpraktikum di sekolah ini ialah saya berjaya mengajar
dengan penuh keyakinan diri dan berjaya memupuk hubungan yang mesra dengan komuniti
sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai