Anda di halaman 1dari 2

5.

0 REFLEKSI
Melalui kerja kursus ini saya dapat memahami tentang penerapan nilai-nilai murni yang
memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan. Didalam
subjek ini saya telah belajar mengenai pentingnya pembentukan moral terhadap diri sendiri,
saya mendapat bahawa dengan adanya penderapan moral dalam diri setiap masyarakat maka,
dapatlah membentuk sebuah negara yang aman dan damai. Saya juga sangat bersyukur
kerana mampu membuat kerja kursus ini, sehingga saya dapat berfikir secara kritis kreatif
dengan memilih mana yang baik dan mana tidak baik untuk dimasukkan kedalam assignment
saya. Selain itu, sewaktu saya membuat assignment ini saya mengalami masalah buku yang
habis dipinjam orang yang lebih dulu di pusat sumber, saya pertama agak kecewa tapi dengan
usaha saya sendiri, saya mencari kawan-kawan yang ada meminjam buku itu dan bertanya
untuk meminjam buku tersebut, saya bersyukur kerana semua rakn-rakan saya tidak
mementingkan diri sendiri. malahan mereka sanggup meminjam buku yang sepatutnya mereka
juga guna. Tanpa mereka siapalah saya sehingga mampu membuat assignment ini
Selain dari pada itu, saya juga ingin mengucapa berbanyak terima kasih kepada abangabang seperjuangan saya yang telah membantu saya dalam memberikan idea dan pendapat
yang lebih jelas ketika membuat assignment ini, malahan ketika saya datang di tengah malam
pun mereka sanggup menerima dan membimbing saya sehinggalah saya dapat menyelesaikan
tugas ini. Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya
membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu sama lain
untuk memantapkan lagi kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya
siaplah kerja kursus ini dengan jayanya. Saya juga tidak lupa kepada pensyarah saya yang
sangat baik orangnya, sangat ambil berat terhadap pelajar-pelajarnya sehingga memberikan
tunjuk ajar dan memberik kami banyak pendapat-pendapat di dalam subjek moral ini Iaitu Encik
Hegretul Al- Amin. Jasa baiknya hanya Tuhan yang mampu membalas dan memberi rezeki.
Saya telah belajar banyak mengenai
Seterusnya, saya juga ingin menyatakan bahawa syukur saya ke hadiral ilahi kerana dia
telah memberi keluarga yang sangat prihatin terhadap saya sehingga memberikan banyak
banyak idea-idea yang boleh saya guna pakai terutama sekali apabila ianya berkaitan dengan
peranan keluarga dalam pembentukan moral ini, dengan bantuan keluarga saya, saya dapat
mengumpul banyak maklumat dan memilih dan menggabungkan mana isi-isi yang terbaik dan
boleh diguna pakai untuk assignment saya.
14

Dengan ini, saya tidak lupa kepada Tuhan yang maha esa kerana telah memberi saya
ketenangan dan kekuatan dalam proses melakukan kerja kursus ini, walaupun pelbagai aktiviti
dan gangguan sehingga saya tidak dapat mencari masa yang sesuai untuk membuat kerja
Kursus ini, akhirnya saya dapat membuka langkah dan tidak menjadikan itu sebagai alasan,
Tuhan sudah memberi masa kepada saya, dan hanya saya yang perlu memaanfaatkanya.
Tuhan sangat baik kepada saya sehingga memberi saya rakan-rakan, keluarga dan pensyarah
yang sangat baik dan tegas.
Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti
sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana
berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Sekali lagi Saya ingin
mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini, terutama kepada keluarga saya
yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat .Semoga dengan bantuan anda-anda
semua diberkati oleh Tuhan yang maha esa

15

Anda mungkin juga menyukai