Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA

MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (1)




Allahumma Antal Azizul Jalil,


Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafakan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Rafia al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki
peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami.
Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah
kekuasaan dan iradatmu jua.
Justeru kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah
ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan
janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan
janganlah engkau persulitkan..
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan
ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang
mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan
amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa
kepada bangsa dan negara.

.

Anda mungkin juga menyukai