Anda di halaman 1dari 7

1.

Dol Said
- Menentang British bagi mempertahankan kedaulatan Naning.
- Menentang pelaksanaan undang-undang British dan bayaran cukai.
- Pada tahun 1831,Dol Said berjaya mengalahkan British dengan menggunakan
taktik perang gerila dan mendapat bantuan pembesar dari daerah Seri
Menanti,Sungai Ujong,Johol dan Muar.
- Pada tahun 1832,British bertindak menawan pusat pentadbiran Naning dan
membakar rumah penduduk.
- British terpaksa membelnjakan 100 ribu Paun Sterling untuk mengalahkan Dol
Said.
- British hanya dapat menewaskan Dol Said dalam serangan yang ketiga.
- Pada tahun 1832,Dol Said telah ditewaskan dan tinggal dalam buangan di
Melaka.

2. Rentap
- Menentang James Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai lanun dan
telah menghapuskan petempatan mereka.
- James Brooke telah mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasai
prgerakan orang Iban.
- Pada tahun 1853,Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan
mencapai kejayaan.
- Rentap membina kubu pertahanan di Bukit Sadok.Ramai pahlawan Iban yang
menyokongnya.
- Pertempuran yang sengit berlaku antara Rentap dan James Brooke di Bukit
Sadok.
- Rentap telah berundur ke Sungai Entabai dan tidak dapat dikesan selepas itu.

3. Sharif Masahor
- Menetang James Brooke yang meluaskan kuasa ke atas wilayah Sarikei dan
mengambil alih kuasa pentadbir.
- Pada tahun 1855,Sharif Masahor telah menyerang Mukah.Beliau berjaya
mengusir keluar pembesar tempatan yang menyokong James Brooke.
- Sharif Masahor bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan
Temeggung Hashim telah mengadakan kerjasama untuk menyerang Kuching.
- Sharif Masahor tidak dapat mengalahkan pasukan tentera Charles Brooke,anak
saudara James Brooke dan berundur ke Mukah.
- Pada tahun 186,sharif Masahor ditewaskan dan dibuang negeri ke Singapura.
- Setelah dibebaskan,Sharif Masahor menuju ke Selangor untuk membantu Raja
Mahadi dalam perang saudara yang dikenali sebagai Perang Klang.

4. Dato' Maharaja Lela


- Menetang British kerana British memperkenalkan sistem cukai baharu dan
campur tangan dalam adat resam orang Melayu.
- Sultan Abdullah,Dato" Maharaja Lela dan pembesar-pembesar lain telah
mengambil keputusan untuk membunuh J.W.W. Birch.
- Dato' Maharaja Lela dan Seputum telah membunuh J.W.W. Birch.
- Dato' Maharaja Lela telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada
tahun 1877.

5. Yamtuan Antah
- Menentang British kerana tidak bersutuju dengan perjanjian antara British
dengan Dato' Kelana Sungai ujong.
- Yamtuan Antah juga tidak bersetuju dengan tindakan Dato' Kelana yang
mengishtiharkan Terachi sebagai wilayahnya.
- Yamtuan Antah telah menawan Paroi dan membina kubu pertahanan.
- Pihak British mengalahkan pasukan Yamtuan Antah.
- Yamtuan Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus.
- Yamtuan Antah dan British telah mengadakan rundingan perdamaian.
- Yamtuan Antah telah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.

6. Dato' Bahaman
- Menentang British disebabkan kehilangan hak mengutip cukai dan dilucutkan
gelaran sebagai pembesar.
- Pada tahun 1891,Dato' Bahaman menyerang Balai Polis Lubuk Terua dan
menawan kembali Lubuk Terua dengan bantuan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau.
- Pada Tahun 1894,Dato' Bahaman menawan KUala Tembeling dan Jeram Ampai.
- Dato' bahaman terpaksa beryndur ke Kelantan dan mendapat perlindungan di
Chiengmai,Thailand.

7. Tok Janggut
- Tok Janggut menetang British disebabkan cukai dan peraturan tanah baharu
yang membebankan.
- Pada tahun 1915,Tok Janggut telah melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh.
- Pihak British bertindak menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampumg
Saring.
- Tok Janggut terkorban dalam pertempuran itu.

8. Mat Salleh
- Menetang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) kerana kehilangan kawasan
pengaruh.
- Mat Salleh membantah cukai yang dikenakan serta peraturan baharu yang
membebankan.
- Pada tahun 1897,Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan menyerang
Pulau Gaya dan Ambong.
- Mat Salleh telah ditewaskan di Tambunan dan dikatakan telah terkorban.

9. Antanom
-

Menentang

(SBUB)

kerana

kehilangan

kuasa

dan

pengaruh,menetang

pembayaran cukai yang dikenakan,menjadikan orang Murut sebagai buruh paksa


dan menceroboh kawasan hutan orang Murut untuk membina jalan.
- Antanom telah menyatukan orang Murut untuk menentang SBUB.
- Pada tahun 1915, Antanom telah menyerang Pensiangan dan membina kubu di
Sungai Selangit.
- Terkorban dalam pertempuran di Sungai Selangit.

10. Haji Abdul Rahman Limbong


-

Menetang

British

kerana

penguatkusaan

undang-undang

binatang

buas,peraturan tanah baharu dan pas kebenaran untuk menjalankan aktiviti


pertanian.
- Pada tahun 1922,Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam untuk
membela petani di Kuala Telemong yang ditangkap kerana menentang peraturan
baharu.Mereka telah membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran.
- Pihak British juga telah mengancam akan mengambil tindakan undang-undang ke
atas mereka yang enggan membayar cukai.
- Ancaman British untuk mengambil tindakan undang-undang menyebabkan para
petani telah menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang.
- Pihak British telah melancarkan serangan dan Haji Abdul Rahman Limbong telah
ditangkap.
- Beliau dijatuhi hukuman buang negeri ke Mekah.

Anda mungkin juga menyukai