Anda di halaman 1dari 19

MEMACU KECEMERLANGAN ANAK ANDA

DI DALAM PELAJARAN MELALUI


PENINGKATAN MOTIVASI

www.RahsiaAnakPintar.com

10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK

HAKCIPTA TERPELIHARA
[Anda TIDAK BOLEH] mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana,
ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa
cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin sama ada dalam bentuk tulisan daripada
penerbit www.RahsiaAnakPintar.com
[Anda TIDAK BOLEH] menjual report ini untuk mendapat sebarang
keuntungan.
[Anda TIDAK BOLEH] mengedar report ini secara spam atau apa-apa
cara yang tidak beretika dan salah disisi undang-undang
[Anda TIDAK BOLEH] mengubahsuai mana-mana kandungan dalam
report ini.
[Anda TIDAK BOLEH] mengedarkan report ini kepada sesiapa jua.

WALAU BAGAIMANAPUN
[Anda BOLEH] menjadikan report ini sebagai BONUS bagi mana-mana
produk yang anda jual dengan syarat harga produk anda tidak kurang
daripada RM40.00
[Anda BOLEH] mencetak untuk kegunaan anda sendiri.

Hakcipta Terpelihara 2010 www.RahsiaAnakPintar.com

10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK

PENAFIAN PENULIS
Segala maklumat yang terkandung dalam report ini adalah untuk
tujuan pengetahuan dan maklumat semata-mata. Ia tidak bertujuan
untuk sebarang diagnosis atau rawatan. Segala kandungan dalam
ebook ini bukanlah nasihat rasmi atau menepati 100% daripada apa
yang dinyatakan. Ia bergantung kepada usaha yang dilakukan, masa,
keadaan dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi hasil daripada
kaedah yang dicadangkan. Penulis sedaya upaya menyampaikan
maklumat yang tepat, namun jika ada kesalahan atau maklumat yang
sudah tidak relevan, ia adalah di luar jangkauan penulis. Report ini tidak
bertujuan untuk menggantikan khidmat nasihat dan konsultansi oleh
doktor. Oleh itu, sebarang gangguan kesihatan, kesan sampingan,
komplikasi, kerugian baik dalam jangkamasa pendek atau jangkamasa
panjang kesan daripada kaedah-kaedah yang dicadangkan dalam
report ini adalah di luar tanggungjawab penulis

Hakcipta Terpelihara 2010 www.RahsiaAnakPintar.com

10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK

ISI KANDUNGAN
KANDUNGANHALAMAN
PENYATAAN HAKCIPTA.....................................................................................3
PENAFIAN PENULIS............................................................................................4
1.0 PENGENALAN..............................................................................................6
2.1 PENETAPAN MATLAMAT DAN CITA-CITA.................................................7
2.2 BINA KEYAKINAN DIRI................................................................................8
2.3 GANJARAN.....9
2.4 LIBATKAN DALAM URUSAN PEMBELAJARAN ANAK...10
2.5 BANDINGKAN DENGAN PELAJAR YANG CEMERLANG..11
2.6 HORMATI GURU.......................................................................................12
2.7 GAYA KEIBUBAPAAN...............................................................................13
2.8 TEMPAT BELAJAR YANG KONDUSIF.....................................................15
2.9 MEMPELBAGAI KAEDAH BELAJAR........................................................16
2.10 TIDUR........................................................................................................17
3.0 PENUTUP..................................................................................................18
BIODATA PENULIS...........................................................................................19
IKLAN.................................................................................................................20

Hakcipta Terpelihara 2010 www.RahsiaAnakPintar.com

10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK

1.0 PENGENALAN

Motivasi adalah proses psikologi yang merangsang, memberi arah dan


mengekalkan tingkah laku seseorang ke arah pencapaian matlamat tertentu.
Motivasi belajar pula boleh didefinisikan sebagai keinginan yang sangat kuat
pada diri seseorang pelajar yang mendorongnya untuk berusaha bersungguhsungguh demi mencapai kecemerlangan di dalam pelajaran. Menurut Abraham
Harold Maslow, seorang pakar psikologi menyebut di dalam bukunya bertajuk
Motivation and Personality bahawa individu akan terus bermotivasi oleh kerana
adanya sesuatu matlamat. Beliau menjelaskan lagi bahawa matlamat tersebut
merangkumi 5 keperluan iaitu fisiologi, keselamatan, sosial, penghormatan dan
pencapaian hasrat hati bagi diri seseorang.

Agama Islam mengutamakan motivasi. Banyak ayat-ayat Al-Quran berupa


motivasi untuk menggalakkan penganutnya melakukan amal kebaikan secara
ikhlas. Salah satu ayat di dalam Al-Quran yang menggalakkan umatnya
menuntut ilmu, Allah s.w.t berfirman bermaksud; Allah s.w.t akan meninggikan
orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan beberapa darjat dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu
kerjakan. (S. Al-Mujadilah: 11).

Motivasi belajar anak sangat penting dan hendaklah sentiasa di tahap


yang tinggi supaya semangat dan keinginan untuk belajar sentiasa wujud dalam
diri anak-anak. Motivasi merupakan faktor dalaman diri anak-anak sendiri yang
boleh ditingkatkan melalui berbagai kaedah. Motivasi yang tinggi amat berkait
rapat dengan kejayaan yang cemerlang. Semakin tinggi motivasi, semakin kuat
dan bersemangat seseorang itu belajar, maka semakin cerah peluang untuk
berjaya.

Hakcipta Terpelihara 2010 www.RahsiaAnakPintar.com

10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK

2.1 PENETAPAN MATLAMAT DAN CIT-CITA

Perkara paling utama yang perlu dibentuk di dalam diri anak-anak untuk
meningkatkan motivasi belajar ialah penetapan matlamat belajar. Tanpa
matlamat yang jelas sudah pasti motivasi yang tinggi tidak akan wujud. Bantu
anak-anak anda menetapkan matlamat dan cita-cita berdasarkan minat dan
potensi diri yang mereka miliki. Jelaskan kepada anak anda bahawa belajar
adalah perintah Allah dan mendatangkan ganjaran di akhirat di samping faedah
di dunia.

Matlamat jangka pendek dan matlamat jangka sederhana juga dapat


meningkatkan motivasi belajar. Matlamat jangka pendek bermaksud pencapaianpencapaian di dalam tempoh masa yang singkat seperti pencapaian dalam ujianujian bulanan atau peperiksaan penggal. Manakala matlamat jangka sederhana
adalah seperti memperolehi 5A di dalam UPSR, 8A di dalam PMR atau 9A di
dalam SPM. Ibu bapa seharusnya mengikuti perkembangan anak-anak belajar
secara berterusan di samping mendorong mereka ke arah pencapaian matlamat
yang telah ditetapkan.

Bantu anak anda membezakan antara cita-cita dan angan-angan. Citacita perlu disertai dengan usaha dan munasabah (archieveable) untuk
mencapainya. Cita-cita juga boleh bertukar menjadi angan-angan sekiranya tidak
disertai dengan usaha yang bersesuaian.

Hakcipta Terpelihara 2010 www.RahsiaAnakPintar.com

10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK

2.2 BINA KEYAKINAN DIRI


Bina keyakinan diri anak anda. Anak anda tidak harus merasa rendah diri
sekiranya memiliki sesuatu kelemahan sebaliknya cuba meneroka kekuatan
yang ada pada diri mereka. Bantu anak anda untuk memperkukuhkan
kepercayaan bahawa mereka akan berjaya sepertimana orang lain yang telah
berjaya.

Kebanyakan anak-anak mudah berputus asa sekiranya mereka gagal


dalam sesuatu perkara. Oleh itu, jangan biarkan mereka berfikiran negatif,
menyesali diri sehingga menganggap diri mereka bodoh. Lantaran itu, ibu bapa
hendaklah sentiasa membimbing mereka dengan memberi harapan dan
dorongan. Bukakan minda mereka dengan memberi mereka contoh-contoh yang
sesuai. Berfikiran positif amat istimewa. Berfikiran positif berupaya menukar
sesuatu masalah menjadi suatu peluang. Perkara yang dianggap payah menjadi
mudah.

Ibu bapa perlu mengelak daripada memperlekeh tahap kebolehan anakanak mereka. Sekiranya anak anda lemah di dalam sesuatu bidang tertentu,
jangan sekali-kali memperkecilkannya, menyindir atau merendah-rendahkannya.
Elakkan daripada menceritakan kelemahan anak anda kepada orang lain
dihadapan mereka. Sebaliknya anda hendaklah memberi kata-kata positif yang
membina untuk meningkatkan motivasi mereka.

Hakcipta Terpelihara 2010 www.RahsiaAnakPintar.com

10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK

2.3 GANJARAN
Pemberian ganjaran dapat meningkatkan motivasi. Berikan ganjaran
apabila anak anda menunjukkan peningkatan prestasi dalam pelajaran,
walaupun peningkatan yang diperolehi adalah sedikit atau hanya pencapaian
peringkat ujian bulanan. Dengan ganjaran yang diberi, motivasi mereka akan
melonjak dan mereka akan memperbaiki pencapaian dari semasa ke semasa.
Walaupun demikian, anak-anak perlu diberi masa secukupnya untuk menjadi
pelajar cemerlang. Lebih-lebih lagi sekiranya mereka berada di dalam kategori
pelajar yang sederhana atau lemah.

Ganjaran

yang

perlu

disediakan

tidak

semestinya

mahal

tetapi

mempunyai nilai-nilai tertentu. Sebaik-baik ganjaran biarlah mempunyai kaitan


dengan pelajaran seperti pen, beg, jam tangan, bekas pensil atau sebagainya
bergantung kepada kreativiti anda. Selain itu ganjaran juga boleh berbentuk
pujian tetapi hendaklah diingat, janganlah keterlaluan sehingga menampakkan
ketidakikhlasan anda. Lantaran itu janganlah kedekut untuk memberi pujian
kepada anak anda.

Anak-anak anda juga digalakkan memberi ganjaran kepada diri mereka


sendiri untuk meningkatkan motivasi. Umpamanya apabila selesai sesuatu sesi
belajar atau selesai menduduki sesuatu ujian, sediakan sedikit masa untuk
membaca suratkhabar atau menonton rancangan televisyen yang berfaedah
atau seumpamanya sebagai ganjaran kepada diri sendiri .
Hakcipta Terpelihara 2010 www.RahsiaAnakPintar.com

10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK

2.4 LIBATKAN DALAM URUSAN


PEMBELAJARAN ANAK

Tunjukkan yang anda mengambil berat tentang pelajaran anak-anak


anda. Temani mereka mengulangkaji pelajaran walaupun anda sebenarnya tidak
mampu membantu mereka menjawab soalan-soalan latihan. Sekiranya anda
sendiri mempunyai kemahiran dan dapat membantu mereka menyelesaikan
masalah di dalam mata-mata pelajaran tertentu, ianya merupakan suatu bonus
buat anak anda.

Meluangkan masa anda bersama anak-anak anda ketika belajar


khususnya anak-anak di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah, mereka
berasa dihargai dan bermotivasi. Dengan kata lain menemani anak anda belajar,
walaupun sambil melakukan tugasan anda yang lain berupaya meningkatkan
motivasi anak belajar. Apatah lagi sekiranya anda dapat mewujudkan budaya
membaca di kalangan anak-anak, maka motivasi belajar anak-anak anda akan
dapat dikekalkan.

Sekiranya anak anda memerlukan buku-buku rujukan dan peralatan


berkaitan pelajaran, bawalah anak-anak sekali ketika membeli. Berbincang
dengan mereka keperluan yang perlu disediakan. Mereka akan rasa diri mereka
dihargai seterusnya dapat meningkatkan motivasi belajar.

Melibatkan diri dalam program-program di sekolah anak-anak anda


seperti mesyuarat PIBG, gotong royong dan seumpamanya juga dapat
meningkatkan motivasi anak anda belajar. Penglibatan anda dengan aktiviti di
sekolah menunjukkan kepada anak anda bahawa anda memberi komitmen yang
tinggi terhadap persekolahannya.
Hakcipta Terpelihara 2010 www.RahsiaAnakPintar.com

10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK

2.5 BANDINGKAN DENGAN PELAJAR


YANG CEMERLANG
Anak anda perlu menjejaki orang yang lebih cemerlang daripada dirinya.
Jadikan seseorang yang terbukti hebat dan cemerlang sebagai rujukan dan idola
mereka. Jangan sekali-kali membiarkan anak anda membandingkan pencapaian
dengan orang yang lebih rendah tahap pencapaiannya daripada mereka.

Sesetengah anak-anak gemar membandingkan dengan rakan yang lebih


rendah pencapaian daripada mereka dengan tujuan untuk menutup kelemahan
dirinya. Sekiranya mereka membandingkan dengan orang yang lebih rendah,
sudah tentu mereka akan mudah berpuashati dengan apa yang sudah dicapai
dan motivasi akan menurun. Sebagai pelajar, hendaklah mempunyai sifat tamak
kepada ilmu (tolab) dan tidak mudah berpuas hati bagi mendorong ke arah
pencapaian yang lebih cemerlang.

Pastikan anak-anak anda bijak memilih kawan. Pilihlah kawan yang


mempunyai motivasi belajar yang tinggi di sekolah untuk dijadikan sebagai
kawan rapat atau rakan untuk belajar. Anda hendaklah mengambil tahu siapakah
rakan baik anak anda. Terdapat kajian mendapati bahawa pelajar lebih mudah
dipengaruhi oleh rakan berbanding guru. Oleh itu jadikan rakan-rakan anak anda
yang bermotivasi tinggi sebagai pendorong motivasi belajar kepada anak anda.

Hakcipta Terpelihara 2010 www.RahsiaAnakPintar.com

10

10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK

2.6 HORMATI GURU


Hormati para guru merupakan salah satu kunci kejayaan. Anak anda perlu
tunjukkan hormat kepada guru dengan mengenepikan soal peribadi mereka.
Sikap hormat dan sayang kepada guru akan meningkatkan minat kepada mata
pelajaran yang diajar seterusnya akan meningkatkan motivasi belajar anak anda.

Sekiranya berlaku konflik antara anak anda dan guru, sudah pasti
motivasi belajar anak anda akan terjejas. Justeru itu, pantau perkembangan
anak anda di sekolah bagi memastikan mereka mempunyai hubungan yang baik
dengan guru. Keberkatan di dalam pelajaran akan datang dengan menghormati
guru walau sekecil mana sekalipun ilmu yang dicurahkan kepada anak anda.

Hakcipta Terpelihara 2010 www.RahsiaAnakPintar.com

11

10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK

2.7 GAYA KEIBUBAPAAN


Gaya keibubapaan yang baik antara ibu atau bapa terhadap anak-anak
merupakan sumber pembentuk peribadi mulia kepada anak-anak. Setiap ibu
atau bapa di dalam dunia ini mempunyai latar belakang dan pengalaman yang
berbeza.

Oleh

itu

mereka

menggunakan

gaya

yang

berbeza

dalam

berkomunikasi dengan anak-anak.

Menurut kajian yang dijalankan oleh sekumpulan ahli psikologi daripada


Universiti Teknologi Malaysia yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azizi Hj Yahya
mendapati bahawa gaya keibubapaan AUTORITATIF merupakan yang terbaik
dapat mempengaruhi motivasi belajar anak.

Ibu bapa autoritatif bersifat tegas namun sedia mendengar pandangan


anak-anak mereka. Ibu bapa juga sedia bertolak ansur mengikut keadaan dan
anak-anak pula dididik dengan penuh kemesraan. Kesannya anak-anak dapat
menikmati kehidupan dan mempunyai motivasi yang tinggi.

Jika anak dibesarkan dengan celaan,


dia belajar memaki.

Jika anak dibesarkan dengan permusuhan,


dia belajar berkelahi.

Jika anak dibesarkan dengan cemuhan,


dia belajar rendah diri.

Jika anak dibesarkan dengan penghinaan,


dia belajar menyesali diri.

Jika anak dibesarkan dengan toleransi,


dia belajar menahan diri.
Hakcipta Terpelihara 2010 www.RahsiaAnakPintar.com

12

10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK

Jika anak dibesarkan dengan dorongan,


dia belajar percaya diri.

Jika anak dibesarkan dengan celaan,


dia belajar memaki.

Jika anak dibesarkan dengan pujian,


dia belajar menghargai.

Jika anak dibesarkan dengan perilaku yang baik,


dia belajar keadilan.

Jika anak dibesarkan dengan rasa aman,


dia belajar menaruh kepercayaan.

Jika anak dibesarkan dengan dokongan,


dia belajar menyayangi dirinya.

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan,


dia belajar menemukan cinta dalam kehidupan.

Terjemahan petikan kata-kata Dorothy Law Notle;

Hakcipta Terpelihara 2010 www.RahsiaAnakPintar.com

13

10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK

2.8 TEMPAT BELAJAR YANG KONDUSIF

Tempat belajar yang kondusif boleh difahami dalam bahasa yang mudah
sebagai tempat belajar yang selesa dan sesuai untuk proses pembelajaran
berlaku. Tempat belajar yang selesa akan menggalakkan anak-anak belajar,
memberi semangat belajar serta dapat mengurangkan kebosanan.

Tempat belajar yang selesa membawa erti yang agak subjektif dan
berbeza-beza antara seseorang dengan seorang yang lain. Tidak semestinya
tempat belajar yang selesa ialah sebuah bilik khas berhawa dingin yang menelan
belanja yang besar. Namun anda boleh berbincang dengan anak-anak anda
berhubung perkara tersebut.

Tidak semua ibu bapa mampu menyediakan sebuah bilik khas untuk
belajar. Oleh itu, corakkan rumah anda supaya mempunyai suasana belajar dan
sesuai untuk proses pembelajaran. Khaskan suatu sudut yang diletakkan sebuah
meja untuk belajar, kerusi, kipas angina dan jam dinding.

Tempat belajar hendaklah mempunyai cahaya yang terang dan tiada


gangguan kebisingan. Pastikan tempat belajar mempunyai pengudaraan yang
baik. Tampal slogan-slogan tertentu dengan kata-kata yang boleh membakar
semangat. Tulis dengan jelas matlamat anak anda dan tampal pada ruang yang
mudah dilihat, sebaik-baiknya ianya ditulis dan ditampal sendiri oleh anak anda.

Sekiranya terdapat kemudahan perpustakaan, jangan lepaskan peluang


untuk menggunakannya. Perpustakaan merupakan salah satu tempat yang
sesuai untuk mengulangkaji dan mentelaah pelajaran. Walaupun demikian,
pemantauan

ibu

bapa

masih

diperlukan

bagi

memastikan

anak-anak

menggunakan kemudahan perpustakaan dengan berkesan.

Hakcipta Terpelihara 2010 www.RahsiaAnakPintar.com

14

10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK

2.9 MEMPELBAGAIKAN KAEDAH BELAJAR


Mempelbagaikan kaedah dan aktiviti belajar dapat meningkatkan motivasi
belajar anak-anak. Kaedah belajar perlu dipelbagaikan seperti kaedah membuat
nota yang menarik, cara mengulangkaji dan sebagainya.

Mempelbagaikan topik pelajaran pada sesuatu tempoh masa tertentu juga


boleh mengelak kebosanan dan meningkatkan motivasi belajar. Anak-anak perlu
mengelak daripada hanya menumpukan kepada mata-mata pelajaran tertentu
yang diminati sahaja.

Kaedah pembelajaran output mampu meningkatkan motivasi anak anda.


Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar
mengeluar dan mengguna segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui
latihan-latihan. Antara kaedah pembelajaran output tradisional ialah latihanlatihan menggunakan buku kerja, mencuba soalan peperiksaan tahun-tahun
sebelumnya, diskusi bersama rakan, kuiz dan sebagainya.

Kini terdapat sistem-sistem pembelajaran output secara online yang interaktif


dan memberi jawapan serta merta. Prasarana seumpama ini dibangunkan oleh
berbagai pihak iaitu kerajaan dan swasta seiring dengan perkembangan
penggunaan internet secara meluas di serata dunia.

Hakcipta Terpelihara 2010 www.RahsiaAnakPintar.com

15

10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK

2.10 TIDUR
Tidur merupakan kaedah rehat yang paling baik. Sebagai pelajar, anakanak memerlukan rehat secukupnya mengikut peringkat umur. Namun demikian,
tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk anak-anak yang sedang belajar.
Kajian mendapati bahawa kekurangan tidur akan meningkatkan kerunsingan,
keresahan dan bersikap cepat marah, akhirnya akan menjejaskan motivasi
belajar.

Sebaliknya tidur yang mencukupi akan meningkatkan keupayaan untuk


belajar dan membantu memelihara daya ingatan seseorang. Tidur yang cukup
menjadikan anak anda lebih bersedia dengan mental dan fizikan bagi menerima
pelajaran pada hari esoknya.

Cadangan Jangkamasa Tidur Yang Sesuai;

Usia

Jumlah Tidur Purata Sehari

Baru lahir

18 jam

1 12 bulan

14 18 jam

1 3 tahun

12 15 jam

3 5 tahun

11 13 jam

5 12 tahun

9 11 jam

Remaja

9 10 jam

Elakkan tidur selepas Asar dan selepas Subuh kerana dua waktu ini tidak
digalakkan di dalam Islam. Hadis Rasulullah ada menyebut bahawa Tidur
selepas subuh (sebelum terbit matahari) akan mewarisi kepapaan manakala
tidur selepas Asar akan mewarisi penyakit gila.

Hakcipta Terpelihara 2010 www.RahsiaAnakPintar.com

16

10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK

3.0 PENUTUP

Motivasi merupakan dorongan dari dalam diri anak-anak yang boleh


ditingkatkan ke tahap lebih tinggi melalui berbagai cara. Walaubagaimanapun,
semua kaedah untuk meningkatkan motivasi anak-anak belajar memerlukan
usaha dan pemantauan berterusan tanpa jemu. Ibu bapa seharusnya
mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan mengutamakan perasaan kasih
sayang sebagai asas untuk mendorong motivasi anak belajar. Sokongan dan
dorongan yang ikhlas daripada ibu bapa akan memacu peningkatan motivasi
anak belajar dengan lebih berkesan.

Hakcipta Terpelihara 2010 www.RahsiaAnakPintar.com

17

10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK

BIODATA PENULIS

Nama

Hj. Mohamad Jaafar bin Hj. Hussin

Tarikh Lahir

10.11.1967

Tempat Lahir

Kedah, Malaysia.

Kelulusan

Ijazah Sarjana Muda Sains


(Pembangunan Sumber Manusia)

Pengalaman
Bidang Pendidikan :

Guru, Tutor, Fasilitator, Perunding e-Learning.

Nama

Hjh. Nor Azlina bt. Hj. Sidek

Tarikh Lahir

10.12.1969

Tempat Lahir

Selangor, Malaysia

Pengalaman

Ibu kepada 3 anak

http://www.RahsiaAnakPintar.com

Hakcipta Terpelihara 2010 www.RahsiaAnakPintar.com

18

10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK

SUMBER MAKLUMAT & PROGRAM

DAPATKAN MAKLUMAT BERKAITAN ANAK PINTAR DI LAMAN


BERIKUT;

www.blog.rahsiaanakpintar.com
www.anakpintar2u.com

PROGRAM PEMBELAJARAN ON-LINE (OUTPUT LEARNING);


www.anakpintar2u.com/scorea2u

SOFTWARE MENJANA KEUPAYAAN MINDA


www.xcellmind.net

GAMES MEWARNA PENDIDIKAN BERCIRI ISLAM;


www.games.anakpintar2u.com

PEMAKANAN TAMBAHAN MINDA


www.anakpintar2u.com/examo

Hakcipta Terpelihara 2010 www.RahsiaAnakPintar.com

19

Anda mungkin juga menyukai