Anda di halaman 1dari 6

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 1

Pro: Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang


tinggi daripada jantina yang berlainan, mempunyai kebijaksanaan
yang tinggi, berupaya mengkaji dan menganalisis sesuatu perkara
dengan mendalam dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu
pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, seorang
yang sangat teliti dalam kebanyakan perkara, memiliki daya
kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan yang tinggi.
Cadangan: Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah
digunakan dengan sebaik-baiknya kerana individu yang memiliki
nombor kod asas 1 berpeluang besar memperolehi keuntungan
menerusi kreativiti dan kepekaan.
Kontra: Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk
menerima pandangan atau komen daripada orang lain.
Cadangan: Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja
sendiri berbanding bekerja di bawah majikan.
Selebriti dan tokoh yang memiliki nombor kod asas 1 termasuklah
Arsene Wenger, Tom Hanks dan Hulk Hogan.
Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 2
Pro: Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti
yang menarik. Mudah kelihatan tenang dan selamba dalam
kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga kebersihan.
Rajin. Berfikiran Matang. Baik hati, lembut hati dan suka menjaga
kebajikan dan keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan
golongan yang lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan,
individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk
menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka
memberi sumbangan, berjasa dan berbakti kepada masyarakat.
Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau saudara.
Kontra: Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu
perkara (kurang yakin dengan kebolehan diri, sekiranya kurang
maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilakukan)
walaupun pada hakikatnya orang lain melihat dia sebagai seorang
yang sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar

nasihat tetapi tidak semestinya mengikut nasihat tersebut


(kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil).
Lebih
mengutamakan
kepentingan
orang
lain
berbanding
kepentingan diri sendiri dalam kebanyakan situasi. Suka berkorban
untuk orang lain sehingga boleh memudaratkan atau menyusahkan
diri sendiri.
Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 2 ialah Adi Putra
(kanak-kanak pintar Malaysia).
Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 3
Pro: Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang
yang idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Tahu dan faham
keperluan diri. Mampu membezakan antara perkara buruk dengan
perkara baik. Berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Berpotensi
untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh.
Mudah menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka
memberi komen).
Kontra: Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan
boleh jadi seorang yang mudah melenting atau panas baran. Suka
mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas. Boleh jadi
seorang yang nakal dan bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan
perkataan yang digunakan semasa bercakap kerana individu dengan
nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya
merenggangkan perhubungan dengan orang lain.
Selebriti yang mempunyai nombor 3 termasuklah Wayne Rooney,
Christiano Ronaldo dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rahsia Peribadi Individu Nombor Kod Asas 4
Pro: Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun,
tabah dan memiliki strategi dalam melakukan satu-satu perkara.
Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan.
Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan diri
dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan
memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari
kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah bangkit
semula.

Kontra: Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan


rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Terlalu mengutamakan
perkara-perkara remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan
luas. Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah
tangga.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 4 termasuklah Bill Gates,
Alex Ferguson dan Margaret Thatcher.
Individu Dengan Kod Asas 5
Pro: Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko.
Suka mencuba perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada
karisma. Selalunya akan memegang jawatan tinggi. Sangat rajin
dan selalu fokus terhadap kejayaan masa depan jika beliau
berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik,
tegas, berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak
mudah melakukan satu-satu perkara yang sama, perlukan
kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara yang
dilakukan.
Kontra: Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin
melakukan sesuatu perkara. Mudah cerewet biarpun dengan hal-hal
kecil. Tidak mudah bertenang dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang
teliti dalam menyempurnakan satu-satu kerja.
Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 5 termasuklah
Britney Spears, Ronaldo, Abraham Lincoln dan Tun Abdullah Ahmad
Badawi.
Ciri-ciri Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6
Pro: Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau
wujud. Mempunyai perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan
nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi
bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam
kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah
hidup senang atau mewah dan pada masa yang sama juga
merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.
Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang
pendidikan, bidang seni dan bidang keagamaan. Individu dengan

nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan


nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan
orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu
menjadi pendamai.
Kontra: Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan
mengambil kerja mudah. Seorang yang perfectionist dan mahukan
kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap
kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap atau
arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya. Melakukan
sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja
tersebut yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu perkara
yang lain.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe
Scolari (pengurus pasukan bola sepak Chelsea), Rafa Benitez
(pengurus pasukan bola sepak Liverpool), Warren Buffett (pakar
kewangan dunia) dan Albert Einstein (genius dalam bidang
Matematik dan Fizik).
Keperibadian Individu dengan Nombor Kod Asas 7
Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila
mengendalikan sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas
7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang
yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu
ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka
kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka
menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang
boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar
kemasyhuran, populariti dan tuah.
Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap.
Tidak tetap pemikiran atau pendirian. Mudah mengubah keputusan.
Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini selalunya
menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti
persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering
menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang
tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh
bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka

menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan.


Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank
Lampard (pemain bola sepak Chelsea), Saddam Hussein, Mawi dan
Michael Jackson.
Sikap Individu Dengan Nombor Kod Asas 8
Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini
menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal.
Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan
sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh
menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang
lain.
Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau
sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran
tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya
kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya
terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang
masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah
jatuh ke jurang kegagalan.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama
Laden dan Steven Gerrad (pemain bola sepak Liverpool).
Individu dengan Kod Asas 9
Pro: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan
cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Berkebolehan
untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai dalam memenangi
hati orang lain. Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh berkawan dengan
sesiapa sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah
secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.
Kontra: Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap
emosional. Pada mulanya memiliki ramai kawan, dan kemudian
berkemungkinan besar akan kehilangan kawan satu demi satu
sehingga menjadi seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah
sikap dan sukar difahami. Mudah mengikut perasaan, kadangkala

gembira, kadangkala tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa


apabila menghadapi cabaran yang sukar.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 9 termasuklah Harrison
Ford, Elvis Presley, Suharto dan Megawati Sukarno.

Anda mungkin juga menyukai