Anda di halaman 1dari 2

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong 2inci x 2 inci


6 batang serai - dititik sehingga pecah bawahnya
2 keping asam keping
Garam
Serbuk kunyit
Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
20 tangkai lada kering - dibuang biji dan direbus
Cara cara:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng
separuh masak. Angkat ayam dan toskan minyaknya.
Tumiskan bahan bahan yang telah dimesin sehingga
agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi. Masukkan
ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama
asam keping dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik
minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih
belum siap untuk di makan.
Angkatkan dan boleh dimakan dengan nasi putih panas
panas atau dengan nasi impit.

Bahan bahan:
1 kg udang ~ gunting separuh dari kepala
2 sudu besar asam jawa campur air & jadikan jus - guna 1 sudu kecil
pes asam jawa
1 - 2 sudu kecil garam halus
6 ~ 7 sudu besar gula - guna 7
Bahan Kisar:
100 gm cili kering ~ pilih jenis pedas
Sebesar 50 sen belacan - kisar dengan cili - tak guna
10 ~ 15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Cara cara:
Udang digaul dengan sedikit garam kemudian digoreng hingga merah,
jangan goreng lama nanti udang kecut dan keras. Bila dah merah
angkat. Ketepikan.

Kisar cili dan belacan. Kemudian kisar pula bawang merah dan bawang
putih.
Panaskan minyak. Bila buat sambal minyak kena banyak supaya bahan
tumis dapat ditumis garing supaya sambal tahan lama. Boleh guna
minyak lebihan mengoreng udang tadi, tapi panaskan dahulu minyak tu
semula hingga hilang air udang.
Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih
yang telah dikisar. Tumis hingga garing. Kemudian masukkan cili dan
belacan yang dikisar sekali dan masak lagi hingga cili betul-betul garing
dan terbit minyak.
Bila cili dah garing masukkan air asam jawa. Lepas tu perasakan
dengan garam. Kemudian masukkan gula. Gula ni letak banyak sebab
sambal kalau manis-manis pedas sedap! Bila dah letak gula warnanya
akan bertukar kemerah-merahan berkilat.
Biar merenih kejap kemudian barulah masukkan udang yang dah
digoreng tadi. Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar manis
airnya baru tutup api dan sedia di hidangkan.