Anda di halaman 1dari 5

MESYUARAT PENGELOLA DAN HAKIM KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI

PENGERUSI : PUAN RUBIAH BINTI TAIP (PK KOKU SMK BARU)


NAIB PENGERUSI : PN FATIMAH TARMUDI (KETUA BIDANG SAINS DAN
MATEMATIK)
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMK BARU
TARIKH : 13 JULAI 2016
MASA : 2.30 PETANG

TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN PENYELARAS PERTANDINGAN SAINTIS


MUDA
BAHAGIAN BINTULU
PENYELARAS : PUAN TIONG KIONG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMK BARU
TARIKH : 13 JULAI 2016
MASA : 3.30 PETANG

KEHADIRAN :
TIONG KIONG

(SMK BARU)

FHATIN AMIRA MUSA

(SMK BARU)

SITI AISYAH BT SAARI

(SMK BARU)

NORITING AK KUPONG

(SMK ASYAKIRIN)

NURDALILA BT ROSLIN

(SMK KEMENA)

WINNIE WAYNE AK AWANBI

(SMK BANDAR)

NORA BT. MD. KAMAL

(SMK BARU)

WONG SING YEE

(SMK KIDURONG)

MAS AYU BT. ABDUL RAHIM

(SMK BINTULU)

NORHAIZUM BT. SULAIMAN

(SMK SEBAUH)

A VIGNISVARY A/P ARUMUGAM

(SMK BANDAR)

ZAHORA BINTI AHYAN

(SMK KEMENA)

MOK YU MEI

(SMK BINTULU)

AGENDA :

1)

2)
Pertandingan

1)

Ucapan Penyelaras
Penerangan Aturcara Dan Perbincangan Perjalanan

3)

Peranan Hakim dan Pemilihan Ketua Hakim

5)

Hal-Hal Lain

Ucapan Penyelaras
Penyelaras Saintis Muda , Puan Tiong Kiong mengucapkan ribuan
terima kasih kepada guru-guru pembimbing dan hakim pertandingan
yang hadir dan menyatakan kerjasama yang diharapkan dari ahli untuk
kelancaran program yang pertama kali dikelolakan oleh SMK Baru.
Justeru, perkongsian pengalaman dan ilmu dalam perbincangan
amatlah dialu-alukan.
Untuk tindakan
pembimbing Saintis Muda

2)

Penerangan
Pertandingan

Aturcara

Dan

Semua

hakim

Perbincangan

dan

guru

Perjalanan

Penyelaras memberi penerangan tentang gambaran perjalanan


program dan telah menyediakan dua pelan masa dan agihan stesen.
Hakim dan guru pembimbing (berserta pasukan) diminta hadir sebelum
pukul 7 pagi. Pendaftaran akan bermula dari pukul 7 hingga 7.30 pagi.
Hakim diminta mengambil tag Hakim Saintis Muda di lobi sewaktu
pendafaran. Taklimat kepada hakim dan peserta akan dijalankan
selepas pendaftaran di Makmal Fizik 1 dan 2.
Agihan stesen kepada hakim akan ditentukan pada hari kejadian,
manakala nombor peserta akan dijalankan secara undian pada hari
tersebut.
Pengawas sekolah akan bertindak sebagai pengiring dan slip atau flow
stesen akan diberikan kepada pengiring setiap kumpulan.
Menerusi perbincangan bersama ahli, kawasan stesen perlu diasing
atau diletakkan penghadang supaya kumpulan peserta tidak
bertembung. Justeru, penyelaras telah menyatakan lokasi stesen akan
dinilai semula dan diubah berdasarkan kesesuaian. Eksperimen yang
dijalankan perlu berasingan dan dipastikan agar peserta lain tidak
dapat lihat. Aturan bilik atau tempat stesen akan ditentukan semula.
Loceng atau wisel digunakan untuk peringatan masa kepada peserta.
Penyelaras telah mencadangkan dua pelan serta meminta ahli memilih
pelan yang lebih sesuai digunakan untuk pertandingan dan akhirnya
ahli sepakat melalui undian majoriti memilih plan B yang mempunyai

masa rehat (kuarantin) dan hanya melibatkan 5 stesen sahaja. Justeru,


penyelaras telah menyatakan bilik kuarantin adalah di makmal fizik 1.
Untuk tindakan:Penyelaras,semua
pembimbing Saintis Muda
3)

hakim

dan

guru

Peranan Hakim dan Pemilihan Ketua Hakim


Penyelaras menyatakan peranan hakim ialah untuk mengadili peserta
dengan adil dan saksama. Memandangkan dua hakim diperlukan untuk
setiap stesen, dan bilangan sekolah yang menyertai adalah 7, pihak
pengelola masih kekurangan tiga lagi hakim pertandingan. Justeru,
cadangan daripada penyelaras kepada ahli untuk menambah tiga lagi
hakim daripada SMK Baru. Ahli mesyuarat bersetuju.
Pemilihan ketua hakim turut dijalankan dan dipersetujui Cik Fhatin
Amira Musa daripada SMK Baru sebagai ketua hakim 1, Puan Noriting
Anak Kupong dari SMK Asyakirin sebagai ketua hakim 2 dan Puan
Winnie Wayne dari SMK Bandar sebagai Ketua Hakim 3.
Untuk tindakan : Semua hakim
Saintis Muda

4)

Hal-Hal Lain
Masa pertandingan telah dipersetujui untuk diawalkan dan dimulakan
pada pukul 8.30 pagi dan 20 minit bagi setiap sesi (termasuk masa
perjalanan dari satu stesen ke stesen lain). Penyelaras juga
mengingatkan kepada hakim-hakim untuk memastikan peserta
mengikuti peraturan yang telah ditetapkan dan menolak markah
sekiranya ada yang melanggar. Penggunaan kalkulator saintifik adalah
dilarang sewaktu pertandingan. Pengawas sekolah sebagai pengiring
perlu diberikan taklimat awal tentang perjalanan program dan lokasi
stesen. Peranan pengiring juga adalah untuk memastikan disiplin
peserta terkawal.
Untuk tindakan : Semua hakim dan guru
pembimbing Saintis Muda

Disediakan oleh,
.
(CIK FHATIN AMIRA BINTI MUSA)
Naib Setiausaha

Disahkan oleh,
.
(PN TIONG KIONG)
Penyelaras Pertandingan
Saintis Muda
Disahkan oleh,

.
(PN FATIMAH BINTI
TARMUDI)
Penyelaras Karnival Sains
dan Teknologi