Anda di halaman 1dari 5

Contoh Surat kiriman tidak rasmi

Gan Lin
4898, Taman
Regent,
73200
Gemencheh,
Negeri Sembilan.
18 OKTOBER 2010

Menemui sahabatku, Lili yang kini berada di Kanada. Semoga berada dalam
keadaan sihat hendak-Nya.
Saudari,
Apa khabar, saudari? Saya berharap saudari berada dalam keadaan sihat
walafiat. Saya dan keluarga di sini juga berada dalam keadaan sihat-sihat belaka.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya
dan sekeluarga bercuti di kampung. Saya bercuti di kampung nenek pada cuti
sekolah yang lepas. Saya berada di kampung nenek selama lima hari.
Udara di sini sangat nyaman. Setiap pagi kedengaran burung berkicauan.
Setiap hari, datuk membawa saya dan adik ke dusunnya. Kebetulan pada masa itu
ialah musim buah-buahan. Di dalam dusun datuk terdapat pelbagai jenis buahbuahan seperti durian, rambutan, pisang, manggis, dan lain-lain lagi. Saya dan adik
membantu datuk mengutip durian dan memetik rambutan. Kemudian, kami makan
buah-buahan dengan sepuas-puasnya.
Pada waktu petang, datuk membawa saya memancing ikan di tepi sungai
yang terletak di belakang rumah nenek. Selain itu, datuk juga mengajar saya
membuat layang-layang. Kemudian, kami bermain layang-layang di tanah lapang.
Nenek juga telah memasak lauk-pauk yang enak untuk kami. Oh, ya, adakah
saudari pernah pergi ke rumah nenek saudari?
Sampai di sini sahaja saya coretkan. Semoga kita dapat bersua lagi di
lembaran yang lain. Sampaikan salam mesra saya kepada keluarga saudari.

Sahabatmu,

Gan Lin

Tugasan:
Rakan kamu berhasrat mengetahui suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri di
kampung
kamu. Tulis sepucuk surat untuk menceritakan pengalaman kamu
menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung kamu. Panjangnya huraian tidak kurang
180 patah perkataan
Pembuka kata: berharap dia sihat, ceritakan keadaan keadaan anda. Nyatakan
perasaan gembira mendengar berita dalam surat yang lalu dan nyatakan tujuan
anda menulis surat ini.
Isi

ceritakan tentang persiapan sebelum raya (baju raya, mengecat rumah, kuih
raya dan sebagainya), ceritakan juga perasaan anda dan suasana ketika
membeli belah
Ceritakan tentang lokasi kampung anda. Ceritakan suasana perjalanan anda
ke pulang ke kampung.
Ceritakan suasana pada malam raya.
Ceritakan suasana pagi raya. Amalan kunjung mengunjung dan sebagainya
Ceritakan tentang budaya marhaban dan rumah terbuka

Berharap dapat berjumpa dengannya nanti, menjemput rakan anda untuk datang
ke rumah terbuka anda.