sering kali dilaporkan tidak kira melalui media cetak mahupun media elektronik. Isu-isu ini telah
menjadi topik perbincangan yang hangat oleh masyarakat di seluruh Malaysia dan juga di
seluruh dunia. Pelbagai masalah yang melibatkan etika keguruan yang dilaporkan dalam berita
melibatkan beberapa kes tingkah laku negatif yang telah dilakukan oleh segelintir guru di
sekolah rendah ataudi sekolah menengah. Antaranya ialah gangguan seksual, mendera, kes
rasuah, ponteng dan sebagainya.
Isu yang saya telah baca dari artikel ialah isu berkaitan gangguan seksual iaitu
memegang payu dara murid yang dilakukan oleh guru disiplin yang disiarkan oleh Malaysia Kini
pada 4 Mac 2011. Isu ini amat mengejutkan masyarakat kerana mangsa dalam kes ini bukan
sahaja seorang malah adalah 11 orang pelajar perempuan yang berusia antara 15 dan 16
tahun. Berdasarkan kes tersebut iaitu merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002). Menurut Peraturan 4A ada dijelaskan bahawa
seseorang penjawat awam tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadaporang lain.
Berdasarkan ini isu gangguan seksual yang dilakukan oleh guru disiplin tersebut, menunjukkan
guru tersebut telah melanggar kod etika perguruan dengan membuat gangguan seksual ke atas
muridnya. Isu gangguan seksual yang dilakukan oleh guru semakin berleluasa dari hari ke hari.
Gangguan seksual yang dilakukan oleh para pendidik ini menunjukkan mereka tidak
bertanggungjawab dalam melindungi anak murid di bawah jagaan mereka. Ini memberikan
gambaran bahawa sekolah bukan lagi institusi yang selamat lagi jika hal ini dilakukan sendiri
oleh guru.
Menurut Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat
Kerja menerangkan, gangguan seksual adalah sebarang perlakuan berunsur seksual yang tidak
diingini penerima atau mangsa. Gangguan seksual merangkumi pelbagai tingkah laku seksual
yang boleh dibahagikan kepada lima jenis. Gangguan secara lisan merupakan yang mana
pelaku menggunakan kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalan berbentuk ancaman
atau cadangan seksual. Gangguan seksual jenis bukan lisan ataupun gangguan seksual dalam
bentuk isyarat pula wujud apabila pelaku memandang atau mengerling yang membayangkan
niat, menjilat bibir, memegang sesuatu secara menggoda, membuat isyarat tangan,
menggunakan bahasa isyarat yang menunjukkan perlakuan seks atau tingkah laku mengurat
yang berterusan. Bagi gangguan seksual jenis visual, pelaku menunjukkan bahan lucah,
melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, menayangkan bahagian sulit badan
1
yang tidak sepatutnya didedahkan dan sebagainya. Selain itu, jika pelaku mengulangi jemputan
sosial yang telah ditolak, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau ingin
bercumbuan, ia digelar gangguan seksual psikologi. Manakala gangguan seksual jenis fizikal
ialah di mana pelaku akan menggunakan cara sentuhan seperti memegang, menepuk,
mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium atau serangan seksual tanpa
kerelaan mangsa.
Berdasarkan pandangan saya, gangguan seksual merupakan salah satu isu tingkah
laku yang negatif yang dilakukan oleh guru terhadap muridnya sehingga mangsa menjadi
trauma dan takut untuk ke sekolah. Keselamatan murid telah terancam kerana perbuatan guru
tersebut sangat keterlaluan. Menurt Strauss,S.(1993), mengatakan bahawa remaja yang
menghadapi gangguan seksual di sekolah akan mengalami kesan yang sama seperti yang
dialami oleh mangsa rogol iaitu marah, takut, tidak bertenaga, malu dan menyalahkan diri,
hilang keyakinan diri, rasa bersalah, keliru dan tertekan. Mangsa akan menghadapi simptom
fizikal seperti pening kepala, sakit perut, nausea, bertukar tabiat makan dan sakit perut (acne).
Murid yang menjadi mangsa akan melarikan diri dari keadaan tersebut dan sekaligus telah
menjejaskan masa hadapan mereka. Keadaan yang dialami oleh murid ini berpunca dari guru
yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan murid.
Perbuatan gangguan seksual ini teah memberi kesan kepada diri guru tersebut. Kesan
yang menimpa guru yang melakukan perbuatan tersebut akan menyebabkan semua murid
membencinya dan takut untuk menuntut ilmu dengan guru tersebut kerana berasa tidak
selamat. Hubungan guru tersebut dengan rakan sejawat juga akan musnah kerana mereka
tidak lagi mempercayai guru tersebut selepas dia melakukan perkara yang tidak senonoh dan
menjatuhkan maruah sebagai seorang guru. Di samping itu, keluarga guru yang terbabit akan
mendapat kesan buruk seperti dicemuh oleh masyarakat. Ini menyebabkan keluarga beliau
hidup dalam suasana yang tidak tenteram. Guru tersebut juga akan menerima balasan yang
sepatutnya seperti dipindahkan ke sekolah yang lain, kehilangan perkerjaan dan mata
pencarian akibat dari perbuatan yang tidak senonoh dan tidak ada tempat dalam masyarakat
(Lawson & Shen, 1998).
Pada masa yang sama, masyarakat tidak lagi mempercayai bahawa guru dapat
mendidik dan mengajar anak mereka menyebabkan tugas guru tidak lagi dipandang sebagai
satu tugas yang mulia oleh masyarakat. Kesan daripada itu juga, menyebabkan guru-guru
walaupun mereka tidak bersalah akan diselubungi dengan perasaan malu terhadap masyarakat
dengan tindakan yang dilakukan oleh rakan sejawatannya yang berkelakuan negatf seperti
2
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kesan jangka panjang kepada guru yang lain
menyebabkan mereka sendiri tidak lagi berminat untuk meneruskan profesion ini lagi. Selain itu
guru-guru yang lain tidak lagi mempunyai perasaan seorang pendidik jika masalah ini
berleluasan.
Selain itu, gangguan seksual yang berlaku juga turut memberi kesan kepada organisasi
tempat kerja. Dari aspek pelaksanaan tugas, Pegawai Awam yang yang terlibat dalam
gangguan seksual akan mempamerkan prestasi kerja yang menurun, kurang berkualiti dan
bermotivasi. Mereka juga lebih cenderung untuk meletak jawatan sebagai jalan terakhir
sekiranya perbuatan tersebut menjadi lebih serius. Tindakan tersebut boleh meningkatkan kos
operasi kerana Ketua Jabatan perlu melatih pegawai baru bagi mengisi kekosongan yang telah
ditinggalkan oleh pegawai awam yang telah meletak jawatan. Wilson (1995) melaporkan
bahawa gangguan seksual boleh membebankan sesebuah syarikat Fortuiie 500 dengan kos
sebanyak lebih kurang US$6.7 miilion setahun akibat penurunan produktiviti, penurunan
semangat, peningkatan ketidak hadiran pekerja dan kadar pusing ganti pekerja. Manakala
Lengnick-hall (1995) juga menyatakan gangguan seksual boleh menjejaskan daya saing
syarikat disebabkan oleh masalah yang timbul seperti masalah psikologi, penurunan
produktiviti, publisiti yang tidak diingini dan tindakan undang -undang.
Selain memberi kesan kepada organisasi, gangguan seksual juga turut memberi kesan
kepada profesion keguruan. Hal ini demikian, tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru ini
menyebabkan profesion perguruan ini dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat tidak
lagi mempercayai kepada profesion perguruan. Pada masa yang sama, profesion perguruan
juga tidak lagi dianggap mulia oleh masyarakat dimana mereka tidak lagi mempercayai bahawa
profesion ini dapat membantu anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang selamat dan
berkesan. Tambahan pula, profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama ibu bapa
dan murid-murid. Manakala kesan yang lebih membimbangkan kepada profesion perguruan
menyebabkan generasi muda tidak lagi berminat untuk menjadi guru dan ini mengakibatkan
profesion ini kekurangan genarasi muda yang berbakat untuk mendidik anak bangsa. Di
samping itu juga, kesan dari ini kerajaan tidak lagi dapat melahirkan guru-guru yang
berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana kekurangan generasi muda yang ingin menceburi
bidang ini. Mengikut Lilia dan Norlena (1998), penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas
secara professional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat.
Sebagai kesimpulannya saya dapat simpulkan bahawa gangguan seksual merupakan
tingkah laku negatif dan tidak bermoral yang mana boleh merendahkan kehormatan sama ada
3
kepada mangsa atau pelakunya sendiri. Perlakuan gangguan seksual selain bersalahan di
bawah peruntukan undang-undang seperti yang sudah dibincangkan, masalah ini juga
bercanggah dengan prinsip keadilan asasi. Kepentingan memberi tumpuan kepada kesalahan
ini kerana ia mempunyai pertalian rapat dengan banyak objektif pembangunan Negara
khususnya bagi gangguan seksual. Menurut Sinclair dan Anor (1994), gangguan seksual boleh
dirujuk sebagai salah satu bentuk diskriminasi yang melibatkan penghinaan, penganiayaan dan
kelakuan yang mengancam pihak yang terlibat oleh seseorang atau sekumpulan orang kerana
hendak memenuhi keingini seksual mereka. Kesan yang akan berlaku kepada Negara amat
buruk sekali apabila banyak organisasi tidak produktif. Untuk itu, peranan undang-undang yang
boleh mengawal ganguan seksual yang dilakukan oleh guru daripada berlaku amatlah penting.