Anda di halaman 1dari 20

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

201
5

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA


MALAYSIA DI BAWAH DASAR
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS
Tajuk

Strategi Pengajaran Bahasa Malaysia Berkesan

Topik

Pengenalan : Pembelajaran Abad 21 dalam Mata Pelajaran


Bahasa Malaysia

Personel

Penceramah

A. Objektif
Pada akhir kursus ini, peserta dapat:
1. menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran abad 21.
2. mengenal pasti, membina, mengurus sesuatu pengajaran dan pembelajaran dengan
aplikasi pedagogi pembelajaran abad 21.

B. Kandungan Kursus
1. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam PdP Bahasa Malaysia
2. Pembelajaran Secara Kontekstual
3. Merentas Kurikulum
4. Kolaboratif
5. Teknologi Maklumat dan Media
6. Pembelajaran Berasaskan Projek/Modul
7. Penyelesaian Masalah
8. Pentaksiran secara Telus
C. Kaedah
1. Syarahan
2. Perbincangan
3. Aktiviti latih amal (hands-on)
4. Pembentangan

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

201
5

D. Bahan Pengajaran
1. Modul
2. Nota
3. Slaid Perisian Persembahan
4. LCD
5. Komputer
6. Papan putih
7. Pen Papan Putih
8. Kertas sebak
E. Rumusan / Refleksi
Setelah selesai mengikuti kursus ini, peserta diharap memahami konsep pedagogi dalam
pembelajaran abad 21 untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia
secara berkesan dalam kelas di sekolah masing-masing..

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

201
5

1.0 Latar Belakang


Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global
yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan
perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk
melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan
transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap
murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad 21.
Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan
kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami
dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran. (Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia, 2013)
Sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,
pembelajaran abad 21 merupakan suatu bentuk transformasi dalam sistem pendidikan
negara yang menuntut perubahan, terutamanya dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad 21 ini bermatlamat untuk
menganjak paradigma kehidupan masyarakat dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa (Tan Sri
Datuk Dr. Madinah Mohamad, 2014).
Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk
tempoh 15 tahun akan datang. Tranformasi pendidikan ini bermatlamat
melengkapkan setiap murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu
yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran
abad 21. Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju didunia,
sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang
berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran
kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan
diperingkat global.
- YAB Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin

1.1

Definisi Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21


Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) abad 21 merujuk kepada beberapa
kompetensi teras, iaitu kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir dan penyelesaian
masalah. Bernet Berry (2011) menjelaskan pembelajaran abad 21 sebagai suatu
bentuk pembelajaran yang memerlukan pelajar menguasai isi kandungan dan
menghasilkan, mensintesis (penyatuan/penggabungan) dan menilai maklumat
daripada pelbagai mata pelajaran dan sumber yang luas dengan memahami dan
menghormati budaya yang berbeza. Mereka (murid) diharap dapat mencipta,
berkomunikasi, bekerjasama serta celik digital selain mempunyai tanggungjawab
sivik.
Murid perlu disediakan dengan kemahiran menangani cabaran dunia
pendidikan yang terdedah kepada pelbagai interpretasi dan kontroversi yang
mencabar pemikiran individu. Semua mata pelajaran perlu menekankan ciri
pengajaran dan pembelajaran abad 21 termasuklah mata pelajaran Bahasa
Malaysia.
3

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

201
5

Hasil pendidikan abad 21 adalah seperti yang berikut.

1.2Perbandingan Ciri Pengajaran dan Pembelajaran Abad 20 dan Abad 21

1.2.1 Banding Beza Ciri-Ciri Kelas


a) Kelas Tradisional
a.
Susunan kerusi meja adalah rigid dan mengikut baris demi baris
Interaksi guru-murid hanya boleh dilakukan sehala
b.
Menggunakan kaedah syarahan dan kaedah secara kelas
c.
Penglibatan murid dalam aktiviti PdP amat kurang
d.
Potensi JERI+S sukar untuk dikembangkan
b) Kelas Futuristik
i.
Mempunyai ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian
untuk murid-murid, ruang untuk aktiviti dan ruang untuk bahanbahan pembelajaran
4

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

201
5

ii.

Persekitaran bilik darjah yang positif supaya murid dapat melalui


proses pembelajaran dengan baik.
iii.
Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar
iv.
Kemudahan TMK
1.2.2 Contoh Bilik Darjah Pendidikan Abad 21
Konsep bilik darjah abad 21 yang akan dibangunkan adalah dengan:

Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha


murid supaya menarik dan bermakna
Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar
secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

201
5

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

201
5

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

Fizikal bilik darjah abad 21 yang dicadangkan ialah


i.
Murid duduk dalam kumpulan (empat hingga enam orang).
ii.
Sudut OPEM dan Kriteria Kejayaan di papan tulis.
iii.
Sudut Parking Lot
iv.
Sudut hasil kerja murid
v.
Sudut maklumat
vi.
Ruang santai

201
5

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

201
5

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

10

201
5

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

1.3

201
5

Peranan Guru dalam Pembelajaran Abad 21


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Bina persekitaran pembelajaran kondusif yang konstruktif.


Merangsang pemikiran kritis secara latih amal (hands-on) & latih
minda (minds-on).
Menggalak pembelajaran aktif pelajar secara koperatif dan
kolaboratif.
Menggalak kreativiti & inovasi pelajar berbantukan TMK.
Menyerap inovasi dalam PdP berbantukan TMK.
Memberi maklum balas dan penilaian secara berkesan dan
berterusan.

1.4 Prinsip Pembelajaran Abad 21

11

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

12

201
5

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

13

201
5

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

14

201
5

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

15

201
5

1.5

Elemen Pendidikan Abad 21


Terdapat beberapa elemen dalam kemahiran abad 21 seperti yang berikut.

1.6

Kreatif dan inovatif


Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
Komunikasi dan kolaborasi
Literasi maklumat
Literasi teknologi maklumat dan komunikasi
Fleksibiliti dan keupayaan menyesuaikan diri
Berinisiatif dan mempunyai haluan diri
Kemahiran sosial dan antara budaya
Produktiviti dan akauntabiliti
Kepimpinan dan tanggungjawab

Ciri-ciri Guru Abad 21


Dalam abad 21, banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru. Menurut Zamri
Mahamod (2011), sering kali terdapat kegagalan guru untuk menerapkan pelbagai
kemahiran yang diajar, terutamanya kemahiran-kemahiran alaf 21. Di samping itu, para
guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan
pembelajaran untuk abad 21 amat mencabar. Guru-guru untuk abad 21 memerlukan
beberapa ciri tertentu seperti berikut:
1.
Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan kandungan kurikulum.
2.
Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran.
3.
Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi murid.
4.
Memahami psikologi pembelajaran iaitu Cognitive Psychology.
5.
Memiliki kemahiran kaunseling.
6.
Menggunakan teknologi terkini tidak kira semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran mahupun di luar sesi tersebut.

Rajah : Ciri-Ciri Guru Abad 21


1.7

Ciri-ciri Murid Abad 21


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.

Berupaya menghubung kait pelajaran dengan keadaan sekeliling.


Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.
Yakin untuk berkomunikasi.
Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang
diberikan oleh guru dan juga berani mencuba.
Dahagakan ilmu dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu.
Mempunyai perasaan ingin tahu.
Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel.
Tidak pernah berputus asa.
Sentiasa mendengar dan membuat refleksi
Berkemahiran kritis dan mampu menguasai kemahiran literasi.
Mampu berfikir sendiri dan membuat inisiatif.
Mampu bekerja dengan orang lain dan membuat perubahan.
Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam mahupun
di luar bilik darjah.

1.8 Kemahiran Alaf 21 enGauge Skills


Pandangan tentang kemahiran-kemahiran alaf 21 daripada perspektif enGauge Skills (NCREL
& Metiri Group 2003) boleh dikongsi bersama-sama dan empat komponen kemahiran alaf 21
yang perlu dikuasai oleh guru dan murid. Guru-guru boleh memberikan penekanan kepada
kemahiran alaf 21 yang diketengahkan. Kemahiran alaf 21 enGauge Skills digambarkan seperti
rajah yang berikut;

Rajah : Kemahiran Alaf 21 enGauge Skills


Kemahiran Alaf 21 dilandaskan kepada Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan yang
menuntut sistem pendidikan kita untuk menyediakan sumber manusia berkualiti dan cemerlang.
Antara ciri pendidik yang berkualiti ialah:

kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi),


kekuatan minda,
menguasai subjek / kepakaran dalam sesuatu bidang (subject matter expert)
mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), dan
menggunakan teknologi maklumat terkini.

1.9

Kemahiran Pengajaran Abad 21

PdP alaf 21 juga mengambil kira kemahiran yang dicadangkan oleh The Partnerships 21st
Century Skills (2008) untuk memupuk kemahiran generik dalam kalangan murid. Kepekaan
guru-guru terhadap kemahiran ini amat penting bagi memastikan semua kemahiran dapat
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai
adalah seperti berikut;

i.
ii.
iii.
iv.
v.

Kemahiran mengubah suai dan bertanggungjawab.


Mengamalkan sifat bertanggungjawab, fleksibel dan toleransi
Kemahiran berkomunikasi
Mahir menggunakan alat-alat telekomunikasi.
Kemahiran kreativiti dan sifat ingin tahu yang kuat

vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.

xvi.
xvii.

Dapat menjana, melaksanakan dan menyampaikan idea baharu


Bersikap terbuka dan sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain.
Kemahiran berfikir secara sistematik dan kritikal
Berkebolehan menganalisis dan membuat hubung kait fakta yang diberikan.
Kemahiran literasi media dan informasi.
Berkebolehan mengakses maklumat, menganalisis, mengurus, menilai dan
mengintegrasikan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai media.
Kemahiran interpersonal dan kerjasama. mempunyai sifat
kepimpinan, dapat
mengadaptasi dan bekerja dengan produktif di samping itu mengamalkan sikap empati
dan menghormati kelainan pendapat.
Kemahiran mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya.
Kebolehan untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan setiap masalah
yang dihadapi.
Kemahiran pengurusan kendiri, iaitu mengawasi dan menilai keperluan kendiri serta
mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan.
Kemahiran tanggungjawab sosial
Mengambil kira kepentingan masyarakat, beretika di sekolah dan dalam masyarakat.

1.10

Pedagogi Abad 21

xii.
xiii.
xiv.
xv.

Guru-guru dalam perkembangan profesionnya harus menguasai kemahiran pedagogi yang


seiring dengan trend perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang terus
berkembang. Pembangunan profesionalisme perlu ke arah pembinaan pengetahuan dan
kemahiran Pedagogi Abad 21 dengan menjadikan diri sebagai guru yang resourceful seperti
yang dirumuskan dalam rajah yang berikut;

Rajah : Pedagogi Abad 21


1.11

Amalan Pengurusan dalam PdP Abad 21


1. Komunikasi Isyarat (The Quiet Signal)

2. Papan Putih Mini

3. Program Bintang

Anda mungkin juga menyukai