Anda di halaman 1dari 15

TAJUK :

MASALAH DISIPLIN PELAJAR


Satu tinjauan di SMK Bandar Tasik
Selatan

DISEDIAKAN OLEH :

Malina Binti A. Rashid (L20092004823)

NAMA PENSYARAH :

Dr. Rahimah Binti Wahid


ABSTRAK

Pelajar yang merupakan golongan remaja pada hari ini


merupakan harapan dan generasi pelapis negara untuk
masa hadapan sepatutnya bergelut melengkapkan diri
menjadi insan serba boleh demi menempuh hari yang
semakim mencabar di masa depan. Tetapi, sebaliknya
yang berlaku dimana mereka lebih banyak mencurahkan
tumpuan dan masa muda berharga dengan tidak segan
silu melakukan pelbagai jenayah seperti mereka yang
bertaraf profesional. Atas alasan mahu mendapatkan
populariti, meraih wang mudah serta mendapat perhatian
rakan sebaya, pelajar berusia 13 hingga 18 tahun ini
sudah tidak lagi malu melakukan jenayah. Berdasarkan
pemerhatian di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Tasik Selatan menunjukkan peningkatan dalam perlakuan
masalah disiplin pelajar. Faktor utama mendorong kapada
berlakunya masalah disiplin adalah disebabkan latar
belakang keluarga pelajar itu sendiri di samping faktor-
faktor lain. Turut dibincangkan adalah langkah-langkah
untuk mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar
yang semakin meruncing pada hari ni.
1.0 PENGENALAN

Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi
pemimpin negara pada masa hadapan dan akan terus melaksanakan program
pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang
pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi
maklumat yang berlaku pada ketika ini telah membawa bersama gejala sosial yang
negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta
gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga,
masyarakat dan negara.

1.1 Konsep dan definisi disiplin


Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk
membentuk para pelajar selari kehendak agama, norma-norma masyarakat dan
undang-undang sesebuah negara. Namun begitu sesuatu yang mulia tidak
mudah diterima oleh golongan pelajar, apatah lagi banyak unsur lain
mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejala seperti ponteng sekolah,
melawan guru, bersikap antisocial (peraturan), bergaduh, membuli, merokok
dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan. Mengikut kamus
Oxford Advanced Learner’s, disiplin didefinisikan sebagai:
“ … is the practice of training people to obey rules and orders and punishing
them if they do not”
Mengikut Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors
Sdn. Bhd. (1995) mendefinisikan disiplin sebagai “ kepatuhan, kesetiaan dan
ketaatan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan”.
Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Baru Terbitan DBP, KL (1989)
mendefinisikan disiplin sebagai “Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan
supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan
sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda dikenakan”. Mengikut
Barbara An Kipter, Ph.D dalam Roger’s 21st Century Thesaurus, beliau
mengatakan disiplin itu adalah “latihan dan dendaan (Training and
punishment)”. Terdapat 3 kategori masalah disiplin atau kesalahan iaitu berat,
sederhana dan ringan. Kesalahan disiplin yang berat dan sederhana akan
dimaklumkan kepada ibubapa untuk perhatian dan tindakan. Kesalahan-
kesalahan yang ringan dan yang lebih berat sepatutnya direkodkan.

Masalah disiplin pelajar merujuk kepada perbuatan salah laku yang melanggar
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Gejala disiplin di sekolah
merupakan isu antarabangsa yang masih menjadi perbahasan semua peringkat
sama ada ahli politik, ahli akademik mahupun masyarakat biasa. Isu pelajar
sekolah membuli, merokok, bergaduh, memukul guru, dan yang paling
mengejutkan, iaitu membunuh rakan sebaya menjadi topik perbincangan hangat
setiap lapisan masyarakat memandangkan gejala ini semakin hari menjadi
semakin serius. Pelbagai pendekatan digunakan oleh pihak sekolah termasuk
melaksanakan konsep dendaan, sistem hukuman dan bimbingan, namun
masalah ini masih tidak berjaya dibendung. Merujuk pada Buku Rekod Salah
Laku Masalah Disiplin yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
pada tahun 1990, terdapat beberapa kategori salah laku disiplin, iaitu
tingkahlaku jenayah, lucah, kekemasan diri, tidak mementingkan masa, kurang
sopan dan biadab, laku musnah, tidak jujur, dan ponteng. Kesalahan yang
dianggap berat pula termasuklah merosak harta benda sekolah, bergaduh atau
bertumbuk di sekolah, memukul atau mengancam pelajar atau guru, dan
memeras ugut.

Laporan akhbar Utusan Malaysia pada 14 April 2006 mendedahkan kenyataan yang
dibuat oleh Timbalan Menteri Pelajaran, berkaitan masalah disiplin di kalangan
pelajar. Menurut beliau, pada tahun 1995 kira-kira 1.74% daripada 5.5 juta pelajar
di Malaysia terlibat dengan kes disiplin. Bilangan yang kecil ini sepatutnya tidak
menyebabkan kita berasa selamat dan selesa. Sebabnya bilangan 100, 000 ini
boleh mempengaruhi bilangan yang ramai itu. Walaupun statistik menunjukkan
penurunan berbanding tahun sebelumnya tetapi beliau berpendapat masalah ini
tidak boleh dipandang ringan. Statistik bagi sepanjang 2007, sejumlah 1,836 kes
jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak
382 kes kepada 2,218 kes tahun lalu yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar
ditahan.

Jadual 1 : Kesalahan disiplin pelajar di SMK Bandar Tasik Selatan pada


tahun 2008 dan sehingga Mei 2010
KESALAHAN 2008 2010

Datang lewat ke sekolah 809 785

Ponteng sekolah 228 233

Mencederakan murid lain 2 36

Mencuri 5 15

Melawan/mencederakan guru 2 7

Merosakkan harta benda 1 7


sekolah

Jadual 2 : Masalah disiplin pelajar di SMK Bandar Tasik Selatan mengikut tingkatan
pada tahun 2010
Tingkata Tingkata Tingkata Tingkata Tingkata Jumla
KESALAHAN
n1 n2 n3 n4 n5 h

Datang lewat ke
0 5 146 168 465 784
sekolah

Ponteng sekolah 1 36 40 64 92 233

Mencederakan murid
1 6 14 5 10 36
lain

Mencuri 2 10 0 1 2 15

Pemakaian tidak
1 23 15 10 49 98
mengikut peraturan
Mengganggu
pengajaran dan 10 10 20 62 95 197
pembelajaran

Tidak menghormati
0 10 11 23 15 59
guru

Jumlah 15 100 246 333 728 1422

Daripada jadual diatas, jelas menunjukkan bahawa masalah yang paling serius
berlaku di sekolah ini ialah kes pelajar datang lewat ke sekolah dan diikuti oleh kes
ponteng sekolah. Daripada kes-kes tersebut, kebanyakkannya terdiri daripada
pelajar tingkatan lima dan seterusnya pelajar tingkatan empat. Masalah ini tidak
boleh dipandang enteng kerana bagi palajar tingkatan lima, mereka akan
menghadapai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan masalah ini akan
mengganggu pelajaran mereka. Memang tidak dinafikan bahawa, kebanyakkan
pelajar ini adalah daripada kelas-kelas yang lemah dan menghadapi masalah
pembelajaran. Namun begitu, jika masalah ini masih tidak dapat dibendung akan
menyebabkan kesan buruk kepada sekolah dan diri mereka sendiri.

Berdasarkan rekod Kementerian Pelajaran tahun 2007 menunjukkan 21,060 pelajar


(0.39 peratus) dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar (0.46 peratus)
pada tahun sebelumnya. Jika melihat kepada jumlah peratusan yang kecil, tetapi
jumlah yang kecil ini boleh mempengaruhi pelajar lain untuk melakukan kesalahan
yang sama. Isu lewat ke sekolah atau tidak pentingkan masa juga agak ketara
dengan rekod 18,360 pelajar (0.34 peratus) terbabit tahun lalu dan 15,120 pelajar
(0.28 peratus) pada tahun sebelumnya. Selain itu, salah laku pelajar kurang sopan
seperti merokok, tidak hormat guru dan pengawas serta berbahasa kesat adalah
kesalahan paling banyak berlaku di sekolah membabitkan 23,220 kes (0.43
peratus ) tahun lalu dan 19,980 kes (0.37 peratus) pada 2006. Kesalahan berunsur
jenayah seperti mencuri, mencederakan pelajar, bergaduh dan pukul juga antara
kes banyak dicatatkan di sekolah iaitu 18,900 (0.35 peratus) tahun lalu dan 18,360
(0.34 peratus) pada 2006. Masalah kenakalan pelajar seperti membawa telefon
bimbit ke sekolah mencatatkan penurunan kes agak ketara iaitu daripada 15,120
pada 2006 kepada 8,640 kes tahun lalu. Kesalahan laku musnah seperti
merosakkan kemudahan atau menconteng di bangunan sekolah juga berkurangan
daripada 3,780 kes pada 2006 kepada 3,240 kes tahun lalu. Kes salah laku disiplin
berunsur kelucahan termasuk membuat bahasa isyarat, lukisan serta menggunakan
perkataan tidak senonoh mencatat jumlah sama pada 2006 dan tahun lalu, iaitu
2,700 kes. Statistik kementerian mengenai salah laku disiplin pelajar dalam tempoh
2003 hingga 2007 mencatatkan kadar purata dua peratus, manakala kes jenayah
yang diteliti menerusi rekod polis pada kadar purata 0.03 peratus.

20 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH DISIPLIN PELAJAR

2.1 Kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa


Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan
perhatian ibubapa di era globalisasi ini. Di mana, ibubapa lebih
mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tentang tanggungjawab
mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Sehinggakan
anak-anak dibiarkan dirumah tanpa dijaga oleh orang tua mereka selepas
waktu persekolahan dan ada juga ibubapa yang menggunakan khidmat
pembantu rumah untuk menguruskan rumah tangga mereka kerana
kekangan masa yang dihadapai. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan
keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk
menarik perhatian ibubapa mereka. Kadangkala ibubapa tidak memahami
keinginan anak-anak mereka menyebabkan masalah ini semakin berlanjutan
sehingga memungkinkan berlakunya kes jenayah.

2.2 Rakan sebaya


Pengaruh daripada rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin dalam
kalangan pelajar sekolah. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka
sebagai rakan yang sebenar yang mampu memberikan perhatian dan
pertolongan setiap masa. Bagi mereka, rakan ialah pendengar dan sanggup
berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan
tanggungjawab mereka. Hal ini disebabkan, mereka lebih banyak
menghabiskan masa bersama rakan-rakan berbanding dengan keluarga
kerana tiada harmoni dalam keluarga menyebabkan mereka mencari hiburan
di luar bersama rakan-rakan yang kebanyakkan menghadapai masalah yang
sama. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin
pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

2.3 Kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus


Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam
isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada
pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekolah mereka kerana
tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar
yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan
oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru
disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin
kerana beranggapan tindakan mereka tidak dapat dikesan oleh guru. Oleh
itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan
peningkatan masalah disiplin pelajar. Namun begitu, terdapat juga pelajar
yang sudah lali dengan hukuman yang dikenakan menyebabkan mereka
tidak lagi gentar dengan tindakan yang bakal dikenakan.

2.4 Ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar


Keadaan ini turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang
menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-
pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa
yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti yang disediakan di sekolah
akan menjadikan mereka lebih berdisiplin dan tidak mensia-siakan waktu
petang mereka dengan perkara yang tidak berfaedah. Pihak sekolah boleh
menjalankan pelbagai aktiviti selepas waktu persekolahan seperti kelas
tambahan, aktiviti kokurikulum dan sukan atau perjumpaan dengan guru.
Aktiviti yang hendak dijalankan mestilah yang dapat menarik minat mereka
untuk menyertainya. Dengan ini, mereka akan merasakan mereka lebih
dekat dengan guru dan perhatian diberika kepada mereka akan mewujudkan
keharmonian di sekolah dan berkurangnya masalah disiplin.

2.5 Suasana dan persekitaran sekolah


Faktor ini turut mendorong kepada berlakunya paningkatan dalam masalah
disiplin pelajar. Hal ini kerana, kebanyakkan pelajar sekolah ini adalah tinggal
berdekatan dengan sekolah dan memudahkan mereka untuk ponteng tanpa
pengetahuan ibubapa atau dengan pengetahuan ibu bapa. Selain tu,
terdapat juga pelajar yang keluar dari rumah dengan berpakaian sekolah
tetapi melencong ke tempat lain tanpa pengetahuan keluarga dan pihak
sekolah. Mereka akan berkeliaran dimana-mana pusat membeli belah atau
tempat-tempat yang selalu mereka lepak. Gejala ini terkenal terutamanya di
sekolah-sekolah yang terletak di bandar kerana terdapat banyak tempat-
tempat hiburan untuk dikunjungi dan suasana kawasan perumahan yang
penduduknya masing-masing tidak ambil peduli akan hal orang lain. Jadi,
masalah ini perlu diatasi dengan mengetatkan peraturan disekolah dan
perhatian yang lebih daripada ibubapa.

2.6 Latar belakang keluarga


Kemerosotan disiplin pelajar juga berpunca daripada latar belakang keluarga
pelajar sendiri. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan institusi keluarga
yang goyang merupakan salah satu punca utama pelajar terlibat dalam salah
laku di sekolah. Ini kerana sesetengah pelajar terpaksa bekerja untuk
meringankan beban keluarga. Keadaan hidup yang susah ini menyebabkan
pelajar alpa akan pentingnya pelajaran. Ada di kalangan mereka mempunyai
pandangan yang negatif terhadap persekolahan. Sebaliknya, bagi pelajar
yang mewah pula, mereka terlalu mudah mendapat wang. Ini menyebabkan
mereka bebas melakukan apa sahaja yang diingini seperti menghabiskan
masa berpeleseran di tempat-tempat hiburan dan melepak serta membeli-
belah. Hal ini menyemarakkan lagi gejala ponteng sekolah, antara kes salah
laku pelajar yang paling utama.

2.7 Kaedah serta bahan pengajaran yang tidak sesuai


Pengaruh guru juga dapat mempengaruhi pelajar melakukan disiplin seperti
ponteng kelas. Hal ini mungkin disebankan penggunaan bahan pengajaran
yang gagal menarik minat pelajar atau isi pelajaran itu tidak bersesuaian
dengan mereka. Mereka merasa bosan sekiranya isi pelajaran tidak
mencabar atau terlalu mudah. Kesukaran memahami isi pelajaran yang
disampaikan juga menjadikan mereka bosan dan gelisah. Penyampaian
pengajaran guru yang terlalu linear membuatkan mereka bosan dan tidak
menumpukan perhatian dan guru sekali sekala perlu menyelitkan kata-kata
jenaka untuk menarik perhatian pelajar.

2.8 Media massa


Sementara itu, kemunculan media massa turut mendorong masalah ini
memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonah yang mereka
saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar.
Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang
telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat
dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

Kemelut ini mudah dibendung jika semua pihak saling berganding bahu untuk
sama-sama mencari jalan menyelesaikan kemelut ini. Melalui penilaian aspek-aspek
yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani permasalahan
disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat pengajian yang lebih tinggi
demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwibawa dan
dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan
pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah
perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar, sekolah dan
masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak
berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan
yang berkesan serta menyeluruh berdasarkan langkah-langkah yang berkesan.

3.0 LANGKAH MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR

Menurut Feldman & Weinberger di dalam buku Developmental Psychology


Childhood and Adolescence (1996) di atas menerangkan bahawa penampilan sikap
negatif yang persisten oleh pelajar-pelajar hasil daripada keluarga yang bermasalah
ini, akan menyebabkan beberapa respon negatif, tanpa disedari, oleh masyarakat
sekolah.
Pelajar-pelajar lain yang lebih pandai akan menjauhi diri daripada mereka.
Pelajar-pelajar ini juga akan kerap dikritik dan tidak diambil berat oleh guru-
guru.
Pelajar-pelajar ini akan ditempatkan di dalam kelompok pelajar-pelajar yang
sama taraf akademiknya dan secara relatifnya juga bermasalah dan mempunyai
sikap anti-sosial.

Penolakkan masyarakat sekolah tersebut akan menyebabkan skop pergaulan


mereka terbatas kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam matapelajaran dan
bermasalah sama seperti mereka dan Sesetengah daripada mereka membentuk
geng-geng ataupun deviant cliques. Kumpulan ini akan menjerumuskan mereka
kepada peningkatan sikap-sikap agresif, anti-sosial, tidak mementingkan pelajaran
dan terjebak di dalam aktiviti-aktiviti yang berbau jenayah (Thomas Dishion &
Associates, 1991). Kajian tersebut bertepatan dengan senario kita hari ini. Biasanya
unsur-unsur negatif yang besar seperti buli, peras ugut, holiganisme, gangsterisme
dan membakar sekolah melibatkan penyertaan lebih daripada satu pelajar.
Terdapat juga golongan pelajar yang memencilkan diri, hilang pegangan role model
mereka iaitu ibubapa dan guru dan sebagainya.

3.1 Peranan Sekolah


Di sekolah, subjek yang diajar oleh guru harus ada nilai tambah, iaitu
menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap kelas. Kelas boleh dijalankan
dengan interaktif supaya pelajar lebih berminat untuk datang ke sekolah dan
meneruskan kelas. Pelajar bukan sahaja diajar mengenai nilai murni dan
moral dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dan
Pendidikan Moral tetapi elemen agama dan sivik seharusnya ada dalam
setiap subjek supaya remaja akan terdidik dengan nilai-nilai murni dalam
setiap apa yang dipelajarinya. Penerapan nilai murni dalam kelas boleh
dijalankan dengan perbincangan dua hala antara pelajar dan guru dan
seterusnya dapat melihat sejauh mana pemahaman pelajar terhadap sesuatu
nilai murni.

Selain itu, guru perlu sentiasa berbincang dengan ibu bapa tentang masalah
yang dihadapi oleh pelajar. Guru kelas boleh mengambil langkah yang
proaktif dengan menyelidik latar belakang pelajar-pelajar kelasnya dan
menghubungi ibu bapa untuk berbincang jika timbul apa-apa masalah yang
boleh membawa kepada perlakuan disiplin. Dengan melabel murid jahat
bukanlah penyelesaiannya, tetapi guru seharusnya berusaha untuk
memahami punca pelajar bertindak sedemikian. Guru kaunseling juga harus
ditambah kerana pelajar boleh merujuk kepada mereka untuk
membincangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah yang mereka
hadapi.

3.2 Diri sendiri


Golongan remaja perlu mencari rakan sebaya yang betul yang tidak
mendorong kearah negatif. Umumnya, remaja banyak menghabiskan masa di
sekolah bersama rakan-rakan dan apabila pulang dari sekolah, mereka juga
akan berkumpul dengan rakan-rakan yang sama. Pemilihan rakan sebaya
yang betul dapat mengelakkan daripada terpengaruh dengan unsur-unsur
yang salah dan akan yang baik adalah rakan yang mengingatkan kita semasa
kita tersalah arah dan laku. Selalunya rakan-rakan terdiri daripada orang
yang sebaya mempunyai fikiran dan pendapat yang sama dalam segala hal
membolahkan mereka menjalankan aktiviti bersama-sama. Maka remaja
harus berhati-hati dalam memilih rakan dan tidak semestinya rakan mereka
terdiri daripada golongan yang sebaya kerana berkawan dengan orang yang
lebih dewasa akan membuatkan fikirannya menjadi lebih matang dalam
melakukan sesuatu perkara.

Mereka yang menghadapi masalah perlu mendapatkan bantuan dengan


orang lain jika tidak dapat menyelesaikannya sendiri. Remaja perlu
mendapatkan nasihat daripada orang lain selain rakan sebaya jika
menghadapi masalah di rumah atau dengan rakan-rakan kerana tidak semua
rakan sebaya memahami tentang masalah tersebut dan tidak dapat
membantu. Kebanyakan remaja lebih suka mendiamkan diri dengan masalah
mereka ataupun hanya menceritakan kepada rakan sebaya. Akibatnya,
kadangkala langkah yang diambil menjadi masalah kepada orang lain kerana
tidak selari dengan tuntutan agama dan undang-undang. Berbincang dengan
kaunselor atau guru dapat membantu sekiranya ibu bapa dan penjaga tidak
memahami masalah remaja.
Berusaha menjadi contoh yang baik. Sikap ini harus ada pada setiap remaja
kerana ia dapat membantu remaja untuk mengawal diri daripada perlakuan
yang tidak senonoh. Sekurang-kurangnya jika tidak boleh menjadi contoh
yang baik kepada orang lain, jadilah contoh dalam ahli keluarga sendiri dan
juga pada diri sendiri. Rasa bersalah sekiranya melakukan kesalahan harus
dibayar dengan azam untuk tidak mengulanginya lagi dan tidak berharap
orang yang terdekat melakukan kesalahan yang sama.

3.3 Peranan Keluarga


Ibu bapa adalah contoh dan role model yang terbaik kepada anak-anak
dengan memberikan contoh yang baik untuk diteladani. Elakkan
pertengkaran di hadapan anak-anak serta perlakuan yang menyebabkan
anak-anak berdendam dan tidak berpuas hati terhadap ibu bapa. Setiap ibu
bapa pastinya menginginkan anak-anak mereka menjadi baik, tetapi ibu bapa
seharusnya terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik untuk diikuti.
Selain itu ibu bapa harus prihatin dengan pergerakan serta rakan anak-anak
untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku dan menunjukkan
keprihatinan ibu bapa kepada anak-anak supaya merasakan mereka dihargai
dan disayangi.

Seorang ibu bapa yang menginginkan keluarga yang bahagia perlu berusaha
memahami keperluan emosi dan jasmani anak-anak. Boleh dikatakan
masalah banyak berpunca daripada masalah dalaman iaitu masalah
keperluan psikologi. Justeru itu adalah wajar bagi ibu bapa untuk mempelajari
keperluan psikologi anak-anak dan cara-cara menangani setiap isu anak dan
sentiasa mengambil tahu keinginan dah masalah anak-anak. Ibu bapa juga
harus berperanan memperlengkapkan anak-anak dengan ilmu agama dan
kekuatan spiritual supaya lebih kuat berdepan dengan cabaran-cabaran
masa kini.

3.4 Peranan masyarakat dan media


Masyarakat juga harus berperanan dalam membantu remaja-remaja yang
bermasalah dengan memahami situasi keluarga remaja berkenaan. Orang
yang terdekat dengan mereka seperti jiran-jiran dan saudara mara boleh
membantu dalam mengenal pasti remaja yang bermasalah dan cuba
membawa mereka ke jalan yang baik melalui teguran yang berhemah.

Media massa juga dapat membantu dari segi pengisian yang berguna melalui
rancangan di televisyen, radio dan juga di suratkhabar. Hal ini kerana,
golongan remaja lebih terdedah dan sangat peka dengan perkembangan
teknologi semasa yang memungkinkan mereka lebih mendorong kearah
positif dan negatif jika disalahgunakan maklumat tersebut. Program-program
yang disediakan seharusnya lebih berinformatif dan menjana pemikiran
remaja kearah positif dan lebih matang.

4.0 PENUTUP
Para guru dan masyarakat harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza
dengan pelajar pada zaman 70-an dan 80-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat
kepada guru, mempunyai hala tuju yang jelas dalam belajar, tidak mudah
dipengaruhi oleh mana-mana pihak, bercita-cita tinggi selain daripada dibesarkan
dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati di
samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata. Pelajar dulu
kaya dengan nilai-nilai budaya timur yang mengutamakan nilai menghormati
mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru ibarat
nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan
pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilai-nilai
ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang paling berkesan untuk
merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh bezanya.

Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih
lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka
adakalanya berani mencabar kewibawaan sekolah. Oleh itu, kaedah-kaedah
tradisional seperti dengan memarahi, merotan, menggantung dan membuang
sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang. Sekolah perlu
mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga
tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan
mendorongnya untuk memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di
kalangan pelajar sekarang banyak berpunca daripada masalah keluarga serta
kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu
para pelajar.